Monday, April 30, 2012

Bila tiada sudah keadilan...

Hari itu semasa saya melintasi kawasan itu dengan Sue, kami singgah sebentar membeli gula-gula kapas yang dibalut berpusing-pusing sehingga menjadi bentuk kon. Sudah lama saya tidak makan gula-gula itu dan kebetulan hari itu kami ternampak gula-gula kapas lembut berwarna merah muda.

Selepas menghulurkan wang kepada penjual yang berbadan gempal itu, saya bertanyakan kepadanya, "kamu pandai masak ka..? Saya bertanyakan kepadanya soalan itu kerana secara kebetulan ada rakan saya yang membuka restoran dan menyuruh saya menolong mencarinya tukang masak.

"Boleh"..kata lelaki itu. "Saya pandai masakan Jipun" tambahnya lagi.

"waa....bagus ..bagus.." kata saya. "Tapi mengapa kamu buka bisnes ini?"..bagus kamu kerja di restoran la." kata saya yang memang agak peramah.

"tidak boleh lagi..."

"napa"

"kana blacklist suda sia ini.." (saya di blacklist) katanya terus terang.

"Hah..kenapa...apa sebab?" tanya saya.

"Saya bakar kadai"..mana-mana pun tidak mau ambil saya karja lagi.." katanya kepada saya. Kemudian diapun menceritakan kepada saya betapa majikan lamanya itu tidak membayar gaji kepadanya selama 2 bulan. Disebabkan tekanan emosilah maka dia mengambil keputusan drastik dengan membakar kedai majikan lamanya itu.

Terperanjat saya sebentar. Sue dan saya berpandangan tanpa mengeluarkan sebarang kata. Mungkin teramat terkejut. Pada masa itu saya tidak lagi berseloroh lagi dengan pemuda gempal yang kelihatan lewat 20an itu.

Saya kemudian mengatakan kepadanya "Tidak perlu kamu bakar kadai bha.....kasi repot saja sama 'labour' sana.."

Sedih pula saya rasa sebaik sahaja berlalu dari situ. Rasa kasihan pada si penjual tu pun ada..begitu juga rasa gerun. Aduuiiiii...........

5 comments:

Anonymous said...

Hi Buzzing Bee, Georgie bah...Dalam dunia pekerjaan, perkara ni memang banyak berlaku. Majikan yang hanya pentingkan keuntungan lupa pekerja mereka memerlukan nafkah untuk hidup, tanpa wang, bagaimana mereka hendak membeli keperluan harian, apa tah kali sekiranya mereka sudah bekeluarga.

Apple said...

Aisey, biar betul honey. Tak bayar gaji dua bulan terus bakar kedai. Tapi mmg majikan tu teruk benar sbb tak jaga kebajikan pekerja. Dahla skrg ni barang2 harga naik. Tv kata eko baik, tapi rakyat punyalah kesian. Hoho..

HoneyBUZZin said...

Honey to georgie,
Setuju sekali...tidak patutlah pekerja ditindas sebegitu rupa. Kalau rasa pekerja itu bermasalah diberhentikan sahajalah..tidak perlu buat begitu..

:(

HoneyBUZZin said...

Honey to Apple,
memang majikan itu tidak menjaga kebajikan pekerja...tidak patut buat begitu.

Anonymous said...

Kesian pun Ada, gerun pun ada klu gitu.