Thursday, December 25, 2008

Dia

Namanya Valerie. Gadis kecil berusia 10tahun. Dia kini terlantar di Hospital Likas,
Kota Kinabalu. Seminggu yang lalu kami dikejutkan dengan keadaan kesihatannya
yang kurang stabil. Jade menalifon saya sambil menangis..."saya dapat tahu dia
berada didalam keadaan koma selama beberapa hari...selepas itu dia sedar,
menangis dan dalam keadaan yang takut.." kata Jade dengan nada yang sedih.

Pada mulanya saya terpaku seketika...saya tidak tahu kerana saya memang
agak sibuk kebelakangan ini... Dulu, anak kecil yang berusia 10tahun
itu memang pernah sakit..tapi kali ini agak teruk. Saya tidak dapat merasakan
kehibaan yang dirasai Jade ketika dia menalifon saya...mungkin kerana Jade amat
rapat
dengannya.

Tapi hari ini, semasa orang ramai berpusu-pusu membeli belah di 1-Borneo
atau di tempat-tempat makan bersama keluarga tersayang, saya mengambil
keputusan untuk melawat Valerie..kerana saya tidak mempunyai banyak masa.
Saya memang kenal anak kecil ini walaupun
tidak seakrab sahabat baik saya, Jade.

Semasa saya melawatnya, saya melihatnya tidur, dicelah matanya tergenang
sedikit airmata dan saya lihat wajahnya agak lebam akibat
suntikan 'steroid'..
Melihat keadaannya yang sebegitu, hati saya bagaikan direntap dengan kuat.
Saya tidak dapat menahan perasaan langsung menangis diatas bahu Jade.


Saya masih ingat, dulu..setiap kali apabila saya menemui Valerie..saya akan
terus memegang tangannya dan bertanyakan khabarnya. Tapi kali ini saya
hanya mampu memegang tangannya kerana Valerie didalam keadaan separa sedar.

Baru saya tahu perasaan Jade apabila dia menangis di telefon tempohari...
hari ini saya juga tidak dapat mengawal perasaan apabila melihat dengan
sendiri keadaan Valerie yang sakit itu.

Kadang-kadang bila mengalami keadaan sebegini, saya berfikir sejenak....
ramai orang bersuka-ria hari ini tetapi ramai juga yang sakit dan menderita di
luar sana. Bagi saya, hadapilah hidup hari ini dengan penuh kesyukuran..kita tidak
akan tahu apa yang akan berlaku di kemudian hari!

12 comments:

Erik said...

Benar Honey, kita tidak tau apa yang akan terjadi sebentar lagi. Kita hanya bisa merencanakan dan berusaha sebaik-baiknya.

-salma- said...

honey..i'm here.selamat hari natal.lame xjengok honey..r u okey?kesian valerie..kecik2 da kene adap sume tue..hanya tuhan je tahu pe die rasa...sy sgt bersimpati.doakan yg terbaik untk die...

tikno said...

Semoga Valerie cepat sembuh. Tuhan memberkati.

C.Alv.B said...

The opposite of life? Christmas is everything.. not just happy moment but also to share the 'burdens' of others. Kita tidak tau apa yang akan berlaku. Berdoa untuk Valerie..

†bandaged-knee† †Broken-Medusa† said...

hmm agree with u hun.. hope valarie will getting better soon.

HoneyBUZZin said...

Terimakasih Erik kerana singgah dan memberi pendapat. Memang kita hanya mampu merencanakan sesuatu dan berusaha sebaik mungkin.
Esok lusa kita memang tidak tahu apa yang akan berlaku.Salam.

HoneyBUZZin said...

Hi Salma...ingatkan tak ingat kita da...
Thanks for the greetings...memang betul...ada katil sebelah tu..hanya baby...empat bulan jer...sakit 'Pneumonia'...
Kecualilah klu kita p hospital lawat org sakit..mana nak tahu untung nasib sendiri yang sihat walafiat ni...huhu

HoneyBUZZin said...

Thank you Tikno and C.Alv.B...
she was blessed with many prayers..pls do remember her in your prayers. with regards...

HoneyBUZZin said...

Beck...thank you dear...hoping for the best for her.

Nayden79 said...

Sy harapkan yg terbaik buat Valerie, sama2 lah kita satukan doa utk kesihatan dia.

God bless.

HoneyBUZZin said...

Thank you Adora...latest update...dia sudah boleh berjalan..tapi dengan perlahan sahaja. PTL

FATAMORGANA said...

yah, bersyukurlah senantiasa.
btw, saya add link kamu ya.