Wednesday, December 31, 2008

Seindah percikan bunga api dilangit..

Malam ini Disember 31...akan kedengaran percikan bunga api dan dentuman
kuat dilangit. Sekiranya dilihat dari ruang angkasa, kita pasti nampak banyak
tompokan-tompokan putih dan kecil di planet yang bernama bumi ini.

Saya mahu turut bergembira..saya mahu juga mengira detik jam...
tik tik tik ..lima saat..empat..tiga..dua..satu...KABOOOOMM...! seiring
dengan mesej-mesej didalam telefon bimbit yang saya terima tak putus-putus nanti...

Aaahh..cepat betul masa berlalu. Tempohari baru kita menyambut
Krismas...sekarang, di kebanyakkan tempat membeli-belah kedengaran
pula lagu menyambut Perayaan Tahun Baru Cina...hik hik hik...!! apa nak buat,
beginilah cara berniaga...semuanya cepat..cepat...cepat..
Begitu juga dengan usia kita..semakin meningkat dengan cepat...

makan semakin cepat..memandu semakin cepat...cuma penerimaan
gaji saja yang lambat! aikk...ini tak boleh jadi!

Ada juga yang bertanyakan saya..apakah azam Tahun Baru saya?
Susah pula nak jawab..hari ni saya buat azam Tahun Baru...bila akhir
tahun menjelang..tak ingat pula azam yang telah dibuat!
Pelik!

Tahun 2009, saya tidak mahu membuat azam yang baru. Saya tidak
mahu azam saya sekadar kata-kata. Saya tidak mahu azam yang dibuat
hanya seindah percikan bunga api di langit...cantik sekali tapi sebentar sahaja.
Cukup hanya ala-kadar sahaja..mensyukuri apa-apa rezeki yang mendatang...
dan sihat! Ini yang penting bagi saya.

Selamat Tahun Baru 2009 buat semua, semoga dimurahkan
rezeki dan sihat sejahtera selalu.... sila naikkan gelas... yat yee sum
YAMmmmmmmm SENG!!







16 comments:

Erik said...

Selamat tahun baru ya Honey, semoga di tahun depan kita memperoleh yang lebih baik lagi.

FATAMORGANA said...

met tahun baru, Honey.

C.Alv.B said...

Selamat Tahun Baru Honey!!! betul azam tanpa niat tidak berguna juga hehehehe

GregChai said...

Selamat Tahun Baru Honey :)

Pauls said...

Met Tahun Baru yach,semoga apa yang kamu cita2-kan menjadi sebuah kado indah dari-NYA d Tahun yang baru ini.


salam hangat sahabatku

Nayden79 said...

Happy New Year 2009! Enjoy the first day...

†bandaged-knee† †Broken-Medusa† said...

:P slmt taun baru sumandak.. :P

hmm.. i didnt get many messages.. :P hmm.. n yup.. before 12am i oredi heard lots of.. explosions.. setiap suku sudut.. baa can c the fireworks.. :P i bet it must be beautiful to watch it live at that very place kan..? :P

SOGOH said...

Selamat Tahu Baru Honey....moga lebih sukses n ceria selalu di tahun baru....

HoneyBUZZin said...

Erik...Selamat tahun Baru juga...semoga kamu selalu dimurahkan rezeki dan selalu sihat disamping yang tersayang.
Terimakasih juga kerana sudi menjadi sahabat Honey.

HoneyBUZZin said...

Fatamorgana, C.alv.B, Cikgu Greg, Paul dan Adora,
Selamat Tahun Baru juga...semoga hari-hari mendatang kamu dilimpahi rezeki yang banyak, diberkati dengan kesihatan yang baik..kalian dan seisi keluarga.
Selamat berblogging...Tq for being my friend!

HoneyBUZZin said...

Beck....sia tidur awal ooo...sebelum pukul 11pm suda sia sama bantal peluk..hehehe
memang sia ada dengar itu 'fireworks' la..tapi sia malas bangun arr..
Happy New Year to u Beck...tahun baru...mesti kasi tukar mood sikit arr...(m hopeful..a new Beck..huhu)
tapi misti tatap Rock arr!Chiow..

HoneyBUZZin said...

Sogoh my friend..apa macam kampung? ada baguska? selamat tahun baru juga my friend...semoga diberkati dengan rezeki yang melimpah...dan juga kesihatan yang baik. Salam dari honey.

Ryuzaki "L" The KiD said...

wah! sy lambat nak ucap hepi new year kat awk honey!
new year ni sy masih main mercun lagi. hoho.. habis rm100++ just tuk bunga api n mercun. hepi new year 2009 honey!!

tikno said...

Honey betul, sihat paling penting.
Like Chinese poverb says "Health is the biggest wealth"

Selamat Tahun Baru.
Gong Xi Fat Choy

HoneyBUZZin said...

It's okay ryu..kita masih didalam Tahun Baru.. Happy New Year to you my friend! have a blessed Year ahead!

HoneyBUZZin said...

That's correct Tikno...health is the biggest wealth. TC