Ada sesuatu memori yang seringkali terlintas di fikiran saya apabila
terlihat kanak-kanak sekolah..tak kira dimana sahaja saya pergi, saya selalu
teringatkan dia. Saya mempunyai ramai sahabat tetapi hanya seorang
sahabat inilah yang selalu membuat saya terkenangkannya.
Masih jelas diingatan saya, petang itu..saya mencari Nur dirumahnya.
Ibu Nur menyambut saya dengan wajah yang cukup ceria. Ada
sesuatu yang dia katakan pada saya.." Selalulah datang sini..kawanlah dengan
anak makcik..dia tak ada kawan.."
Ibu Nur mengatakan kepada saya dengan perasaan yang begitu mengharap.
Saya cuma mengangguk-anggukkan kepala tanda berjanji dengan ibu Nur.
Nur pun cukup suka kalau saya datang bertandang kerumahnya.
Selalunya kami akan membaca buku cerita bersama-sama atau saya
melukis untuknya. Nur suka benar lukisan saya.
Saya rindukan sahabat saya Nur...sebenarnya Nur adalah gadis istimewa.
Dia dilahirkan kerdil. Ketinggiannya tidak mencecah 3 kaki. Saya masih ingat..
rambut Nur hanya setakat bahu sahaja..dan Nur selalu pakai baju kurung.
Nur seorang yang pintar, berbudi bahasa dan suaranya cukup lunak.
Hari ini saya terkenangkan Nur..terkenangkan dia di tahun yang baru..
dimanakah dia? sihatkah dia? masihkah dia ingat pada saya?
Kali terakhir saya terserempak dengan Nur ialah di perhentian sebuah bas.
Pada mulanya saya tidak perasan pun akan Nur...saya hanya menoleh kebawah
dan mendapati dia menarik-narik baju kurung sekolah menengah saya.
Saya agak terperanjat dan terus membongkokkan badan saya supaya
dapat bersemuka dengan Nur dan berbual. Sebenarnya saya berasa agak
terkilan masa itu, hati saya sedikit hiba...saya berperasaan begitu kerana
saya sihat..saya semakin tinggi dan tidak ada cacat celanya..tapi disini, sahabat
saya terpaksa menarik-narik hujung kain saya untuk menarik perhatian saya
... tersentuh perasaan saya.
Bagaimanakah perasaan dia? Mungkin juga Nur sedih dan sendirian...
mungkin juga dia sangka saya sudah melupakannya..hakikat sebenarnya,
saya tidak pernah melupakan Nur...saya selalu terkenangkan Nur sampai
ke hari ini.
(Nur...Selamat Tahun Baru! Saya mengharapkan yang terbaik untuk kamu tahun ini.
Ingatlah persahabatan kita...hubungilah saya)
16 comments:
Kawan memang sukar di cari. Kita ramai kawan dan setiap satunya ada keunikan sendiri. Harap Honey dapat bertemu dengan Nur..
harap Honey dapat bertemu dengan Nur
...hmm people come n go..
..some is forgotten and other is trying to forget
..sometimes we've remember em, n sometimes we're not even thinking of em..~
we might feel bad, sad or guilty by doing wat we're doing~ even if its not ours to control.. ...sometimes not try to remember em is another way to make us happy~ ...while other people might feel satisfy by doing it... "IGNORING"
...but dun worry hun; im not good in words neither trying to be a judgemental.. :)
but yeah this is what world's always hav to offers~ dont u think so..? O_o"...life, pple, world, attiudes~ sometimes we're out of controls.. dont blame urself.. :P
happy new year hun~ =)
P/s: once forgotten.. there'll always ...be forgotten~
hey cheer up! :)
C.Alv.B - Kawan memang sukar dicari dan benar...setiap satu-satu sahabat kita mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. Ini..saya cukup setuju.
Cikge greg...uda lama tia jumpa tu..tia tau dia p mana uda ne..Sobsobsob..
Beck..I really do miss her...but I don't know where is she now..I am hoping that she'll stumble upon this blog of mine...
Tomi dari sebsrang :D
Semoga kita akan jadi teman sejati :D
I Love You...
suka saya membaca cerita ni.. mengingatkan saya.. bahawa kita berkawan biar lah iklas, jangan sekali berkawan utk mengambil kesempatan dari kawan-kawan kita.. thanks Honey..
"Senang nak ingat jika ianya berbeza dari biasa."
dats y saya slalu wat benda pelik kat sekolah, kat U. hanya org2 tertentu sedar akan benda yg saya buat tp ianya sangat hebat, sy masih mengingati hampir setiap perincian hari tersebut sebab ianya berbeza dari biasa.
Nur-cahaya, berbeza dari biasa.
Saya suka kisah ini. Semoga persahabatan sejati tidak pernah luntur.
Ahhh...Tomi! (shy mode-ON)
Ryu my friend....jadilah pelangi dalam hidup org yang kita sayangi...samada keluarga ataupun sahabat kita. M sure they'll remember u..(ko nakal yer...?hehe)
Thanks Tikno..saya masih mencari Nur sampai ke hari ini..menyesal saya rasa kerana tidak bertanyakan alamatnya..
Akh, senangnya punya sahabat ya.
Sahabat baik tidak memandang rupa memang.
Saya yakin, Nur tidak minder dengan keadaan dirinya.
Fata...saya sayangkan Nur...she is so special in my heart.
Keindahan sebuah persahabatan bukanlah datanya dari kemewahan melainkan kelemahan, serta suka duka dalam pengertian sesebuah hubungan, dan ketahuilah juga, hanya masa yang akan menentukan bila pertemuan itu akan berlaku namun berdoalah dan berusahalah untuk itu.
Post a Comment