Tuesday, May 26, 2009

Disebalik kata-katanya...

Cerita ini tidak pernah diceritakan dimana-mana majalah atau media masa. Cerita ini terjadi dikalangan kita. Sekiranya kamu adalah seorang kakak, seorang abang, seorang ibu, seorang ayah atau seorang adik yang prihatin, anda disarankan membaca kisah benar ini.

DISEBALIK KATA-KATANYA...

Mereka mengenali satu sama lain di Internet. Gadis itu berusia 19tahun. Pemuda itu mungkin beberapa tahun lebih tua darinya. Mereka tidak pernah berjumpa dan setelah hampir dua tahun berinteraksi melalui ruangan 'chatting' di Internet, mereka pun saling jatuh cinta. Saling rindu merindui. Tidak syak lagi, banyak janji telah diukir bersama. Banyak cerita yang dikongsi bersama. Mereka berjanji akan bertemu. Mereka berjanji akan bersama..mereka berjanji akan sehidup semati. Betapa indahnya musim-musim bercinta...

Pada suatu hari si pria memberitahu sesuatu yang mengejutkan. Dia terpaksa meninggalkan si dara. Okay! SAYONARA...THE END! Aahhh.....cerita biasa!

Tunggu dulu! Baca lagi!

Anda silap benar! Akibat kekecewaan yang amat, gadis itu sakit jiwa. Keluarga gadis itu berasa cukup bingung, dimanakah silapnya..dan mengapa anaknya boleh jatuh sakit dan sakit jiwa. Selepas beberapa lama menyiasat akan perkara itu, pada suatu hari, ibu kepada si gadis terjumpa ruangan 'chatting' mereka.

Ibu membuat penyiasatan sendiri. Ibunya cukup terkejut! Lelaki yang meninggalkan anak gadisnya sebenarnya tidak wujud. Dia bukanlah seorang lelaki tetapi seorang wanita! Dan wanita itu adalah musuh ketat keluarganya. Semua ini dirancang dengan penuh teliti oleh musuh mereka.

Plot cerita yang dahsyat..apa bukan? Ini bukan plot yang dibaca dari buku tetapi cerita benar yang disampaikan oleh rakan saya sewaktu ber'jogging' dengannya beberapa bulan yang lalu.

Saya terkejut juga apabila mendengar cerita ini. Betulkah ada kejadian seumpama ini? Saya tidak ingat dimana kes ini berlaku..adakah di tempat kita atau di tempat lain. Tapi yang nyata, perkara ini memang pernah berlaku.

Secara terus terang, saya amat bersimpati dengan gadis itu. Saya rasa kita perlu berhati-hati dengan siapa kita berinteraksi di Internet. Anda mungkin setuju dengan saya kalau saya katakan betapa kejinya perbuatan wanita yang menyamar menjadi kekasih gadis itu.

Saya hairan dengan jenis orang yang sebegitu. Mereka boleh berbuat apa sahaja untuk mempersenda dan menyakiti hati orang lain. Saya tertanya tanya juga...bolehkah dia tidur dengan aman di waktu malam..bolehkah dia makan dengan selera sekiranya dia tahu perbuatannya menyebabkan kelumpuhan jiwa seseorang?

Saya ingin bertanya, di alam maya ini adakah kita di beri 'lampu hijau' untuk berbuat sesuka hati? Bukankah memperdaya dan menyinggung perasaan orang lain adalah satu perbuatan yang tidak baik sama sekali? Haruskah kita berbuat begitu?

Cerita ini benar-benar membuka minda saya. Satu cerita yang cukup tragis. Tidak perlulah saya membuat huraian lanjutan dari cerita ini. Anda fikir fikirlah sendiri.


Williborn - "Saya berani mengatakan demikian kerana pernah terlihat kawan yang sedang berchatting di Tagged dan begitu asyik berbohong kepada seorang wanita dengan menyatakan bahawa dia masih Bujang padahal baru sebulan melangsungkan perkhawinan...entah apa tujuan sebenar..."

Ocoi -" ...tak kira gmail,chat box,yahoomail,roketmail,SMS,yahoo messanger dan apa juga yg wujud tanpa wajah dan suara sama aja.. ia sebenarnya terpulang kepada seseorang individu itu aja.."

23 comments:

FL Feinier said...

Errmmm...that y, kalu ada org mengorat...atau di ngorat.. make sure dpt no tipon.. hehe.. ble dgr suara.. pastu, jgn la bg sratus pratus tu hati klu blum jumpa..

klu crita ni mang kisah benar..sya turut tumpang simpati.. (^_^) tak pa, ini smua ble bg pgajarn dgn girl tu.. masa akan memulihkan dia..hehe..

AngeL BeaR said...

well...that's life kan. ppl wud do anything just to make other's life miserable. so becareful with internet world...

Nirmana said...

didunia maya, apapun segalanya bisa terjadi bahkan sesuatu yang tidak mungkin terjadi bisa terjadi. itulah mayaaaaa

D.L Sumunie said...

Berkongsi pengetahuan dan kegembiraan dalam internet namun janganlah bercinta dialam maya, sangat bahaya. Tak perlulah dedahkan maklumat sebenar dalam internet namun jangan menyakiti hati orang didunia cyber ini walau kita merahsiakan siapa diri kita.

Don MS said...

Adusss...! Sadisss...!
Kalau saya yang jadi mangsa tu... saya kasi pecah-pecah... hancur-hancur itu kepala dia! Bukan kepala tu orang... tapi kepala tu mouse dulu... pas tu... skrin dia... pas tu.. kasi hempas itu CPU dia... last sekali, kasi berenang dalam kolam. hu..hu..

Tapi itulah kenyataannya... tiada gunanya menaruh harapan pada bayang-bayang... mimpi... dan angan-angan... tipu belaka!

Oh ya.. honeybuzz, itu orang masih hidup kah lagi sampai sekarang?

rahma said...

tu la bah tuh... sy paling nda suka chatting smpi skrg. klu chatting pun guna gamil or yahoomail jak.

klu sdh dendam, apapun sanggup buat!!

rahma said...

*gmail

hehehe smpi tesilap sy eja! kikikiii

Fanda Classiclit said...

Salam kenal ya!
Tragis sekali ceritanya. Mungkin sebuah pelajaran untuk kita agar lebih berhati-hati bergaul di dunia maya.

admin said...

tidak semua hal bisa kita percaya di dunia maya.
jadi kita sendiri yang harus berhati-hati.

cukup tragis dengan apa yang terjadi pada gadis ini. mudah-mudahan dia bisa segera sembuh.

main point is we have to be careful in internet world.

FATAMORGANA said...

Maaf sinyal dunia maya lagi lelet nih..... busyet dah.

Semoga kejadian ini memberikan pembelajaran berharga agar berhati-hati dalam menjali pergaulan di dunia maya, terlebih lagi di dunia nyata.

HoneyBUZZin said...

FL Feinier - Cerita ini memang kisah benar. Saya juga mengharapkan supaya dia cepat sembuh. Saya tidk siapa atau dimana perkara ini terjadi.

Angel Bear - Sad isn't it?

Trimatra - Benar deh! Honey setuju.

DL Sumunie - Betul 100%

HoneyBUZZin said...

Malaikat Sesat - Aikk..emosional nampak? hehe
Sia tdk tau itu urg masih hidup ka tidak...tapi yg sia dengar begitula ceritanya. Sesal duu pendapatan, sesal kedmudian..tdk berguna lagi.

Rahma - betul. Dendam yang keterlampauan. Sungguh menyedihkan!

Bro Budiawan - Betul..Honey sokong kata-kata bro tu!

HoneyBUZZin said...

Cikgu Setiawan Dirgantara - Ya..semoga menjadi pengajaran untuk kita semua.

Miss G said...

Kasihan sekali gadis itu, mmg di dunia maya harus hati2, sebenarnya hal2 keji terjadi dimana2, penipuan hati semacam ini juga terjadi di dunia bukan maya, hanya saja di dunia maya lebih mudah menjadi seseorang lain sesuai mau kita.

HoneyBUZZin said...

Sis G - Bagi Honey memang mengecewakan sekiranya manusia yang punya akal dan fikiran serta bijak pandai( Maklumlah..semua mahir IT) tetapi bersikap sebaliknya pabila mereka memperdaya, menyinggung, menghina dan melukai perasaan orang.
I dunno wat to say ooo.....
Kita jangan sesekali berbuat begitula...

Williborn said...

Chatting di internet tidak kira email, Gmail, yahoo, tagged, frenster dan sebagainya adalah amat bahaya. Hampir 90% biodata-biodata yang kita lihat adalah lebih bersifat penipuan.

Saya berani mengatakan demikian kerana pernah terlihat kawan yang sedang berchatting di Tagged dan begitu asyik berbohong kepada seorang wanita dengan menyatakan bahawa dia masih Bujang padahal baru sebulan melangsungkan perkhawinan...entah apa tujuan sebenar. Dalam ruangan seperti itu kita tidak tahu pun siapa sebenarnya mereka disebalik paparan internet. Gambar yang terpapar pun belum tentu terbukti kesahihannya bahawa itulah dia empunya. Ada yang sengaja merahsiakan biodata peribadi atas sebap sekadar mahu bersuka-suka atau tidak mahu diketahui status dan realiti sebenar.

...kejadian dalam cerita tersebut memang amat trajis buat si Wanita tadi dan saya harap ianya juga akan menjadi pengajaran buat wanita2 yang masih tidak sedar diri dan mereka yang sedang berjiwa-jiwa cintan di luar sana...hehehe.

ocoi said...

Coi setuju bahawa dlm dunia maya bisa berlaku apa aja yang tak biasa berlaku. Andai benar ini cerita benar..cukup tergis, kalau ia kakak,adik atau siapa aja yang hampir dgn coi, pasti coi berusaha tuk beri dia kehidupan dan harapan2 baru.

Ocoi melihat tragedi ini dari dua sudut, 1. Si musuh keluarga mungkin sendiri tidak tahu dan tak menyangka akan kesan daripada perbuatannya. 2. Si gadis terlalu lemah dalam menilai reliti hidup. Mengapa harus bercinta dan memberi harapan kepada bait2 kata yang tanpa wajah dan suara? Bermakna..jika seekor beruk sakalipun jika ia bisa manaip pasti dapat menawan hati si gadis tu.

Tapi logik ka cerita ini? Kenapa boleh jatuh ati begitu jauh sekali? hanya melalui bait2 bicara? Takkan sampai begitu parah cinta no tel pun tak saling memperolehi..? SMS tak ada ambil peranan langsungkah dalam hal ni? bagaimana dengan jangka masa hubungan itu? seminggu? sebulan? Setahun? Ocoi macam pernah menyaksikan jalan cerita sebegini dalam filem Hindi sejak lama dulu..lupa pula tajuknya...

Apapun, satu hal.. janganlah mudah terpedaya dengan kemanisan kata di alam maya tanpa sokongan suara. Coi sokong c Willborn bhwa tak kira gmail,chat box,yahoomail,roketmail,SMS,yahoo messanger dan apa juga yg wujud tanpa wajah dan suara sama aja.. ia sebenarnya terpulang kepada seseorang individu itu aja..

atok said...

agak ar.
bnde ney btol2 ley terjady ke?
hmmmm

HoneyBUZZin said...

Williborn - Terimakasih kerana 'sharing' dengan semua disini. Hanya satu saja yang dapat saya katakan disini - Kawan kamu itu memang penipu.
Dia bukan sahaja akan melukai isterinya..tetapi juga memperbodoh-bodohkan perempuan lain. Sungguh Kasihan sungguh jenis orang begitu.
Kamu janganlah mencontohi dia.
-honey

HoneyBUZZin said...

Ocoi - Saya rasa perempuan itu betul betul terpedaya. Saya percaya dia pernah mendengar suara seorang lelaki...email diberi dan macam macam lagi. orang yang sedang marah dengan perasaan dendam meluap-luap akan menyuruh sesiapa sahaja..suara seorang lelaki untuk bercakap dengan perempuan itu diatas pihaknya. Mungkinkah ini yang berlaku? Tentu bolehkan?
Apa-apapun...memang keji perbuatan sebegitu. This is so sad.

Atok - Ia benar-benar terjadi tetapi saya tidak tahu dimana ia berlaku..di sini atau di semenajung. Cerita ini sangat tragis..semoga memberi pengajaran untuk semua.

Kelebar Malam said...

manusia sememangnya penuh dgn cerita tersembunyi. lakonan mereka sgt mantap sehingga ada diantara penontonnya terpukau. jd, berhati-hatilah bila melakukan apa jua perkara..

Lala said...

Selain dari motif balas dendam ni, ada juga mereka2 yg jadikan alam maya ni sbg hobi dan sarapan,makan t/hari,mkn mlm,dan sbgnya...

moga2 gadis itu boleh melawan rasa kecewa yg amat sangat dan jadikan ini 1 iktibar d masa2 akan datang...

HoneyBUZZin said...

Kelebar malam dan Lala - Terimakasih kerana sudi memberikan komentari diasini. ya..Honey setuju, kita sepatutnya berhati-hati dialam maya ini...
Kita jadikan ini sebagai satu ikhtibar...