Tuesday, May 12, 2009

ISYARAT

Tahukah anda bahawa penggunaan asap merupakan satu-satunya isyarat perhubungan yang paling awal pernah diketahui sebagai cara perhubungan diantara satu sama lain... IYAka??? Mestila..ada baca buku sejarah? Iyalah...sekarangkan zaman IT?..mana ada main isyarat-isyarat kuno macam tu?

Aikk...anda silap tu. Pagi tadi sewaktu saya sedang 'berangkat' ke tempat kerja, dan semasa melalui sebatang jalanraya yang sedia kenal dengan trafik paginya, ada pulak 'manusia' yang buat isyarat asap!

Asap yang berkepul-kepul tebal dan tidak ada arah tuju bukan lagi isyarat kepulan asap yang mengisyaratkan makna 'meminta perhatian' ataupun 'ok' tapi lebih pantas menyebabkan peperangan. Huh!

Inilah 'part' yang paling boring kalau mau diceritakan!

Hampir setiap tahun, apabila hujan tidak turun, cuaca terik panas membahang dan ramai pula yang sakit-sakit, ada pulak mereka-mereka ini yang tidak prihatin. Mereka suka benar membakar sampah bila musim kering kontang!

Saya tertanya-tanya juga..kenapa dengan mereka ini? Bukankah panas terik? Bukankah hujan tidak turun setitik pun? Mengapa mesti membakar sampah? Bukankah kita dilarang membakar sampah secara terbuka? Mengapa susah sangat untuk faham?

Hmmmmm....

16 comments:

cicak said...

Oit! open burning bulih kena fine RM10k tu!

Bagitau yang buat open burning tu. "oi! RM10 ribu!"

D.L Sumunie said...

Orang memang keras kepala!

Nirmana said...

mereka yang berlaku seperti itu pasti bukan crew greenpeace.!!

jim-experience said...

most people just don't care.....
until it happens to them
:-(

Anonymous said...

Orang seperti ni ada di mana2.. sini keningau pun ada :( Mengikut prediction, cuaca panas ni akan berlarutan hingga bulan september.. syukurlah ada hujan jg kamarin sini keningau.. Basah juga bumi :D

zener_lie said...

jadi ingat ada yang membakar sampah di baleakang kamar kos. tak enak rasanya kamar menjadi bau :(

FATAMORGANA said...

Tipe seperti itu ada dimana-mana, untung di tempat saya ini masih musim hujan

atok said...

sepak je.
eheh

Unknown said...

Lagi dilarang..lagi syok mau buat..mungkin itu mcm satu 'vhallenge' kpd org2 tertentu kan?...

HoneyBUZZin said...

Cicak - That's correct. ..tapi derang buat juga sebab mungkin tia penah ada orang butul2 kana maximun 10k.
Kalu kana...masuk paper..baru derang takut.

Sumunie - So susah oo this type of people.

Trimatra - hahaha..sudah tentu sobat.

Jim-Experience - Exactly!

HoneyBUZZin said...

Bro Oiga - Hari ni ja baru ujan...itupun hujan selam 10-15 min ja. Huhu...

Zener - betul tu my friend...kalau bau asap masuk kamar...boleh sesak nafas!

Bro Setiawan - Memang benar tu..mereka ini tidak peduli sama orang lain. sungguh mengecewakan!

HoneyBUZZin said...

Atok - hahaha..boleh ker buat macam tu?

C.Alv.B - iya kan.. Just don't understand some people..

rahma said...

ya, betul... betul... hari selasa ka rabu ka tu me n hubby pun nmpk ada urg bkr smph tepi jalan... asap dia bukan main byk lagi ooh!! sana dekat trafick light mo pigi lintas... eh, we used the road everyday kali kan honey... ^0^

Willie a.k.a Reptoz said...

Hi. long time no see...

Entahla. yg memabkar d belakang rumah tu memang tak patut. Tapi yg membakar utk tanam padi tuh mungkin masih boleh diterima sebab mereka cari makan.

Mama Mia said...

Semua bergantung sama mentality urang bah Hunny. Selagi mentality kita tida berubah, maka teda la perubahan dlm sikap.

tempat ko tida hjn ka? sini penampang hjn kuat o tadi..trus fresh bah semua tu tumbuh-tumbuhan. :)

HoneyBUZZin said...

Sis Rahma - hahaha...sudah tentu!

Willie - Honey cukup setuju kalau membakar untuk tanam padi. tapi kalau membakar sampah sesuka hati...dan abu sampai masuk rumah..geram juga kan?

Mama Mia - saya di Penampang juga nih. Bukan semua tempat kana ujan...hari ni hujan oooo....saya rasa sejuk sikitla...
Rumput pun tia kering lagi...memang fresh kana ujankan? What a blessing!