Saya tidak tahu bagaimana ingin memulakan entri kali ini. Saya tidak dapat berkata apa-apa. Selepas sahaja saya mendengar ceritanya, saya terus berasa…..hanya satu perkataan..BINGUNG!
Banyak yang bermain di kotak fikiran saya sekarang. Perasaan yang bercampur baur. Bila kita membaca berita kekejaman di dada akhbar..secara tidak langsung kita akan mengatakan “..aaahhh memang jahat orang yang begitu…”. Memang patutlah si polan ini dan itu dihukum dan lain lain kesimpulan lagi. Bukankah begitu?
Bagi saya, mereka yang sangat berbahaya adalah mereka-mereka yang ‘tikam belakang’…’..yang menjual kawan sendiri..’..’yang suka menghina dan membuat apa sahaja untuk kepentingan sendiri dan menyusahkan pula hidup orang lain.
Inilah entri yang saya rasa paling susah untuk di ketengahkan ..susah betul untuk saya mencari perkataan yang sesuai untuk dipadankan dengan jenis manusia yang bukan manusia ini.
Saya masih ingat kata-kata Jinar berkenaan bekas majikannya itu. Saya tidak tahu pula apakah salah faham yang terjadi diantara mereka.
“…sedih hati saya…mengapa dia benci saya sampai begitu….” kata Jinar dengan nada yang tersekat-sekat. Saya dapat merasakan betapa tersinggungnya dia.
Jinar menceritakan kepada saya bagaimana pagi itu (beberapa bulan yang lalu) sewaktu berjalan kaki ke perhentian bas, kereta pancuan empat roda yang dipandu oleh bekas majikannya itu memandu kearahnya dan kemudian seperti sengaja memecut laju dan menyebabkan lopak air yang banyak di jalanraya memercik basah ke baju dan rambutnya.
Terkebil-kebil terus saya pabila mendengar ceritanya. Dihati saya berkata “ ..manusia jenis apakah bekas majikannya itu? Perlukah berbuat begitu walaupun tidak berasa senang akan seseorang?
Secara terus terang, saya amat menyampah dengan orang yang suka menghina orang lain. Hidup di dunia ini tidak perlulah terlalu taksub, angkuh dan menyangka kita lebih mulia dan berharga dari orang lain. Kadang-kadang hidup dalam keserderhanaan itu adalah jauh lebih bermakna. Apalah guna kalau wang bertimbun tetapi tidak bahagia, tidak gembira..dan malang lagi kalau tidak punya seorang kawan yang berniat baik dan ikhlas?
Pernah juga beberapa ketika yang lalu, dua usahawan muda(sahabat saya), terpaksa bergulung tikar gara-gara di’tikam’oleh rakan kongsi mereka sendiri. Sudahlah modal perniagaan lenyap, rakan kongsi pun hilang entah kemana, yang tinggal hanyalah bebanan hutang bank dan lain-lain sehingga mereka hampir mencari jalan mudah yang bukan mudah - MATI
Inilah kejahatan manusia yang melampau. Yang hadir secara diam-diam dikalangan kita. Mereka ini ibarat anai-anai, yang membuat sarang di pokok. Kita hanya akan tahu betapa rapuhnya pokok itu bila ia tumbang musnah ke bumi. Begitulah mereka ini…..hmmm…begitulah mereka ini.
11 comments:
jahat jg tu..
Honey to gadis borneo - memang jahat....
Dear Uncle Greg...
Honey berterimakasih kepada Uncle kerana dari awal lagi Honey menjadi seorang blogger, Uncle, Adora, Beck, Ryuzaki adalah diantara beberapa blogger awal yang selalu memberikan komentari di sini. Sampai hari inipun uncle memberikan komentari dan semangat pada Honey.
Bagi Honey, adalah bagus kalau kita dapat meluahkan sesuatu yang terpendam. Jangan disimpan perkara yang menyakitkan hati itu terlalu lama.
Saya juga pernah diberi nasihat ini...iaitu JANGAN TERLALU MEMPERCAYAI SESEORANG..sekiranya ia melibatkan soal wang. Kawan baik pun akan menjadi musuh kita.
Seperti kata Uncle, ia hanya akan merosakkan sebuah persahabatan.
Seseorang yang 'tikam belakang' tidak layak menjadi sahabat kita. Orang sebeginilah yang patut kita jauhi.
Tidak ada jalan penyelesaian yang mudah akibat diperbuat sebegitu. Anggaplah ia sebagai sebuah pengalaman yang terbaik pernah kita lalui.
Honey tahu bukan mudah untuk kita lalui ini semua..tetapi Honey percaya, orang yang selalu menyakiti hati orang..orang yang menghina, menganiaya, menipu...tidak akan pergi jauh dalam kehidupan ini.
Salam sejahtera buat Uncle dan keluarga. Take good care of yourself. Maybe one day, I hope to see you in person.
Your cyber friend,
Little Honeybuzz
Ish...main tikam tikam ni memang susah. Cuba la mereka kasi tikam dart ke baloon...ada jugak hadiah teddy bear dapat. Ish ish ish...
dia tikam kenapa ko tak elak...
Honey to Willie - if life can be so humble like that....
Honey to B.R.U.T.A.L.S.O.L.O - Susah juga mao elak tu...bukan tahu juga kalau jumpa org mao 'tikam' kita...
Kena extra berhati-hati dengan org2 jenis macam ni. Tiap hari kita akan berjumpa dan mungkin akan berkenalan dengan kawan baru. Sedar atau tidak memang 'mungkin' akan terdapat salah satu dari 10 orang kawan baru yang kita kenal tu jenis 'gunting dalam lipatan'.
Kena jaga-jaga lah. Kalau sudah pernah kena, jangan kita kena skali lagi.
Harap2 suatu hari nanti tu 'anai-anai' akan teringat balik dosa2 dia bila dia ditimpa kesusahan. Huh!
Honey to Cicak - betul tu....
wah,kejam sekali.
Honey to Fanny - Dunia kita memang kejam..
Post a Comment