Tuesday, March 23, 2010

DEBAT

Baru-baru ini saya telah mendapat kiriman emel dari seorang rakan forumer berkenaan beberapa produk jualan langsung yang agak mencurigakan.

Dia telah memberikan beberapa senarai nama produk jualan langsung kepada saya dan menasihatkan saya agar berhati-hati tentangnya. Selepas saya membacanya, hati saya terus berasa gusar. Memang betullah tebakan saya selama ini dan memang benarlah kata hati naluri saya.

Seringkali sahaja saya dipertemukan dengan orang yang menjual berbagai-bagai produk jualan langsung. Kebanyakkannya adalah produk kesihatan yang dikatakan boleh menyembuhkan sesuatu penyakit itu.

Apa yang saya tahu, penyampaian setiap barangan itu berbeza dari satu sama lain. Ada juga mempamerkan produk mereka ala gaya seorang ahli sains yang bijak dengan mencampurkan bahan ini ke bahan itu dan bah! maka terhasillah satu pembentukan cecair yang dikatakan memberikan penyembuhan kepada masalah kesihatan kita. Benar-benar tidak berasas sama sekali.

(Bukahkah pembentukan molekul sesuatu cecair itu berlaku sekiranya terjadinya sesuatu campuran? )

Saya hanya dapat menjawab setiap hujah mereka dengan jawapan.."iyaka"? "Ummp"..."ya..ya'...'gitu arr'...
Saya malas bertanyakan ini itu kepada penjual-penjual yang berpakaian segak dan boleh berkomunikasi bagaikan seorang pensyarah ataupun seorang ahli dewan rakyat yang hebat.

Terlalu banyak persoalan yang bermain di minda saya. Kalau benarlah produk sebegitu boleh menyembuhkan berbagai-bagai penyakit, mengapa Jabatan kesihatan tidak tahu akan kewujudan produk itu? Tentulah kementerian itu akan membeli produk itu kalau ternyata ianya adalah jalan penyelesaian kepada berbagai-bagai penyakit yang tidak boleh diubati.

Yang menyedihkan, mungkin ramai orang-orang kita secara tidak langsung tertipu dengan dakyah penjual-penjual langsung ini yang kebanyakkannya bukan dari tempat kita.

Tentu ramai yang tertanya-tanya bagaimana mereka boleh terlepas dari pemantauan penguatkuasa? Lesen syarikat ada.....hmmmm...

16 comments:

Uncle Greg said...

apabila semua cara suda kita cuba, semua sudah kita ikhtiar ... kita jadi buntu, dan kebetulan pula ada member yang menjual produk yang "mungkin" mampu menyembuhkan penyakit yang kita alami itu ... dalam keaadaan yang tertekan, terdesak kita akan mengambil risiko itu ...

Saya stuju pandangan Honey, kenapa pihak berkuasa tidak memantau produk yang didaftarkan di bawah jualan langsung ... adakah mereka hanya akan bertindak bila terima aduan ... adakah kita semua ni bahan uji kaji?

yang menjual bukannya pakar perubatan kebanyakan hanya membaca dari risalah yang datang bersam-sama dengan produk ...

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

mintak dia orang bagi free dulu jika ok beli

cicak said...

Mau see to believe atau experience to believe ba ni baru la picaya. Kalau yang kana suru 'try' sa takut btul.

Sangat sedih bila teringat yang selama ini sa ikuttttt saja jadi member untuk mana-mana produk jualan langsung seperti DCL, Ganoderma, Elken (bukan mengiklan ni ah hehe) tapi 'takut' untuk betul-betul menggunakan produk.

Testimoni ada banyak, tapi mungkin kerana terdengar atau terbaca kenyataan 'results may vary' membuatkan saya skeptical.

Apa2pun, semoga kita semua sihat la.

Shirley S Wong said...

Betul tu honeybuzz....susah juga mau percaya pasal jualan langsung ni....apa2 pun kita "iya..iya" ja, padahal dlm hati...sorry ya,tak minat pun hehehe

Puan Saiman said...

Yang bikin panas lagi, lama indak jumpa kita. Drng dtng pg rumah, kita sangka mau menyambung perhubungan yang terputus, rupanya mau promote barang.... bila kita indak mau, cakap kita indak menyokong kawan....'sigh'...

HoneyBUZZin said...

Honey to Uncle Greg - benar kata2 uncle tu..mungkin juga sebab terdesak..tetapi kalau terdesak pun janganlah terlalu mudah diperdaya sehingga menghabiskan wang yang banyak.
Saya pernah terbaca akan satu kiriman emel yang memperjelaskan tentang isu jualan langsung ini.
Didalam emel itu, ia mengatakan bahawa syarikat yang berdaftar itu sebenarnya tidak didaftar dibawah kategori jualan langsung tetapi di satu bidang yang lain..dan inilah yang cukup mengelirukan.
(saya hanya terbaca melalui kiriman emel sahaja...benar atau tidak, i am not sure)

HoneyBUZZin said...

Honey to B.R.U.T.A.L.S.O.L.O - kalau free tidak apa juga..tapi kesihatan mesti diutamakan dahulu..
manatau tidak sesuai pula pada empunya diri..

HoneyBUZZin said...

Honey to Cicak - Bukan semua jualan langsung itu tidak membawa faedah kepada kita. Tupperware is good product...dan ada lagi beberapa produk jualan langsung yang hebat dan mantap pasarrannya di sini.
Tetapi saya selalu didatangi mereka yang menjual produk kesihatan yang mengatakan ianya ada..efek ini..efek itu...dan memberikan ujikaji yang tidak masuk akal sama sekali. Ada juga efek 'Placebo' iaitu anda mempercayai boleh disembuhkan melalui barangan itu..dan *KWANGGG* anda sihat!
si penjual itu juga dengan megah mengatakan, "bulan lalu saya cuma dapat dua pelanggan sahaja, tetapi hari ini saya telah mendapat hampir 30 pelanggan. Barangan saya laris macam pisang goreng" katanya.

Saya berharap kita akan terus berhati-hati. Kita mungkin ditipu dan kita pula tanpa disedari menipu orang lain pula.

HoneyBUZZin said...

Honey to Shirley - Hi Shirley, welcome to my page. It's nice having u droppingby here.
saya rasa lebih selamat menjawab hujah-hujah yang disampaikan oleh mereka ini dengan mengIYAkan apa-apa sahaja yang mereka katakan.
Kita tidak mungkin boleh berDEBAT dengan mereka mereka yang pro ini.
Biasalah....bisnes!

HoneyBUZZin said...

Honey to Puan Saiman - hehehe......"killing two birds with one stone"...
Tell them...."no money.." habis cerita.

Ninneta - MissPlum said...

Guys,

Support The Earth Hour, by turning off all the electricity for an hour on Saturday, March 27'th 2010, 8.30 pm.

Dukung The Earth Hour, dengan mematikan semua lampu dan listrik selama 1 jam, pada hari Sabtu, 27 Maret 2010 mulai dari jam 20.30 malam.

This is the least we can do....


Love the Earth...

Ninneta

Thariq said...

kunjungan perdana....salam kenal ya...

Ron Veronicazo said...

baca post ni mengingatkan sa pasal tu iklan bio-aura d tv.. skg macam x keluar lagi. bukan mau cakap apa la tapi iklan macam tu macam memperbodohkan org terutama org kg yg xtau apa2.. diorang claim tu penapis air dorg boleh memecahkan molekul2 air jadi lebih halus.
padahal sa walaupn bukan majoring in science n biologi tp berdasarkan pengetahuan sa dari sekolah menengah, sa pun tau molekul air tu membentuk ikatan hidrogen yg kuat sesama sendiri, susah ataupn almost impossible mau kna kasi pecah.. kalau mau kaya betul pn xpayah mau deceive org sampai macam tu skali ba..

HoneyBUZZin said...

Honey to Ninneta - Hi there! will do..

HoneyBUZZin said...

Honey to Alrezamittariq - Salam perkenalan juga...selamat datang ke blog Honey.

HoneyBUZZin said...

Honey to madu Beracun - betul tu ...Honey sokong sangat..memang ada segelintir orang itu pandai memperdaya..tapi kita mesti juga mencari 'kebenaran' sesuatu produk itu. Janganlah kita bersikap 'antam' ja...nanti diri sendiri yang rugi.
Tapi bukan semua produk direct selling tu tidak bagus..ada yang bagus juga dan mendapat pasaran hebat.
We just need to do a bit of research here and there, so as not to be deceived by these irresponsible culprits.
Cheers!