Sunday, July 18, 2010

Budi Bahasa BUKAN lagi Budaya Kita!

Adakah patut saya menulis begitu? Memang tidak patut! Bukankah ini slogan yang begitu ditekankan sejak akhir-akhir ini? Memang Benar!

Pada mulanya, saya juga berasa sedikit janggal, bukankah orang-orang kita kaya dengan budi bahasa tetapi dari pengiklanan yang dipamerkan di rangkaian media...saya rasa budi bahasa bukan lagi setakat mempraktikkan penggunaan beberapa ayat seperti "Terimakasih", "sila", "tumpang lalu" dan lain lain yang banyak diajar di buku-buku moral atau pengertian tatabahasa. Tetapi lebih kepada sikap! Sikap orang kita yang semakin lama semakin tidak lagi mempraktikkan nilai-nilai tersebut!

Semalam, sewaktu saya berbaris di barisan kedua untuk menempah makanan di sebuah restoran yang menjual makanan segera di sebuah pusat membeli belah, saya tersentak apabila seorang gadis berusia lingkungan belasan tahun terus memotong barisan kami dan tidak mempedulikan dua gadis melayu bertudung yang berdiri dihadapan kaunter penempahan makanan tersebut.

Dua gadis melayu itu hanya mampu berbisik bisik sesama mereka dan memandangnya dengan geram. Saya terdengar juga mereka berkata "Bodoh.." tapi hanya setakat mampu berkata demikian dan protes diam-diam.

Terus naik kemarahan saya. Saya berjalan kehadapan dan berkata dengan gadis bebal yang tidak mempunyai ciri-ciri "budi bahasa" itu.

"Alo....Boleh kamu beratur di belakang" kata saya dengan nada yang tinggi dan serius.

"Ini..(sambil jari menunjukkan kedua gadis melayu itu) ..mereka datang duluan...kata saya lagi.

Dan saya terus memberitahu kedua gadis itu .."Silakan" sambil tangan mempelawa mereka maju ke hadapan.

Mereka yang bekerja di restoran itu hanya mampu memandang sahaja dan mungkin agak terkejut dengan gelajat saya. ("Huh! kau ingat apa?...semua orang bodoh ka? atau takut...dengan orang biadap macam itu...?"..sorilah kawan...salah orang arr...)

Apalagi, gadis biadap itu tidak mampu protes pun kerana saya memandangnya dengan pandangan yang cukup tajam...dan ditambah lagi dengan ketinggian 5'5 saya itu. (hehehe...kin takut).

Ini cuma satu contoh sahaja bagaimana masyarakat kita ini sudah begitu kurang berbudi bahasa. Tidak percaya, sila rujuk ke blog kawan kita ANGELBEAR http://charity1313.blogspot.com/
dan gambar ini yang diambil dari laman facebooknya.

Diatas adalah gambar contoh seorang yang boleh dikategorikan dalam bahagian.."kurang pendidikan sivik.."

Rakan blogger saya ANGELBEAR cuba menolak troli melalui tempat yang sempit itu tetapi gadis itu langsung tidak mengendahkannya atau memberi ruang untuknya berlalu. Huh! sungguh tidak berprihatin sekali!

Begitu juga dengan seorang kanak-kanak yang baru berusia 6tahun. Saya menemuinya di sebuah salun kecantikkan. Bapanya juga berada di sana. Anda tahu, budak hingusan ini memanggil saya "Moi...!!" dan rakan lelaki saya "pondan.."? Benar-benar kurang ajar! Yang hairannya, bapanya hanya mampu berkata "..Derekkkkkk......." Saya pula tidak mahu berkata apa-apa kerana saya tidak mahu menyusahkan rakan saya yang membuka salun kecantikan itu.

Inilah contoh yang terbaik bagaimana gagalnya fungsi ibubapa dalam mendidik anak-anak. Saya percaya, guru-guru di sekolahnya pasti pening kepala dengan gelagat kurang ajarnya itu. Nak dipukul..takut pula kena saman. Maklumlah..zaman sekarang zaman saman menyaman dan menuding jari kesalahan orang lain. Kesalahan sendiri sikit pun tidak nampak!

Hah! ini baru tiga cerita..belum lagi yang lain-lain. Perlukah saya menghuraikan satu persatu..saya rasa tidak perlu lagi kerana saya percaya anda tentu pernah mengalaminya. Sakit Hati? Jangan! TEGUR SAHAJA!

Buzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzing Out!

35 comments:

Annie said...

Sa suka ni post, Honeybuzz! Ngam lah, sepa makan cili, dia rasa pedas.. Memang macam tu la yang berlaku di mana2 skrg. Susah juga ni kalau urang teda kesedaran sivik..

AngeL BeaR said...

wor...if me...siap la tu perempuan yg putung barisan...confirm kena tiau kaw2 gila...=p

one time sa pernah stay di satu hotel di KL, so kebetulan ada sekumpulan budak2 sekolah ada lawatan pi KL, dorang pun stay sana...jam 6 pagi dorang keluar (mungkin mo pi somewhere) pas tu lari2, jerit2 di corridor sana...sa lagi ni teda cukup tidur the night before sebab baru sampai dari Melaka jam 3pagi sebelumnya...what I do? sa buka pintu, tiau tu budak2 suru diam, pas tu pigi kaunter (rupa kusut2, pakai pajamas lagi) sa tanya tu reception sepa pengiring tu budak2, sa suru turun pi kaunter. Free2 sa cakap dalam slang sabah lagi tu "Bole ko suru budak2 ko diam ka? Biadap juga awal2 pagi kecoh! Kamurang teda ajar ka ni budak2 mcm mana mo jaga kelakuan bila di luar?!!??"

hahahaha..trus berabis dia minta sorry..aman sa stay sana sampai dorang check out..mangkali sebab ada makcik garang tinggal di same hotel hahahahaha~

9W2OCC SHAM aka Misai Tanglooong said...

kalau zaman sy ada diajar TATARAKYAT dan KESEDARAN SIVIK,,,

nampaknya generasi skrang suka mementingkan diri sendiri,,,

p/s sudah baca blog rakan anda,,,
PERIKEMANUSIAN perlu diganti dgn
PERIKEBINATANGAN,,,

Sebab semakin ramai yg buang anak,,,
sedangkan binatang amat menyayangi anak mereka,,,

maaf,,,agak kasar bahasa yg digunakan,,

Lee said...

Hi Honeybuzz, there'll always be people like these. Happens here too. There's road rage, Mall rage, check out rage....but I guess we unless want to start some problems or send someone to the dentist have to just bear with it....

But more I guess doing what you did.
You stay easy, have a great week. By the way, you were at my pondok earlier....senang datang balek. Lee

Willie a.k.a Reptoz said...

Hmmm...di mana mana saja memang ada org macam ni bah. Geram juga tengok org potong barisan tuh.

Nanti si Angelbear tembak pakai senapang paintball. Hahah

HoneyBUZZin said...

Honey to AnnieMing - Ya, itu belum lagi sia kasi cerita habis. Ada kawan saya tanya "mana mama ko Derek?" dibilangnya..."Itu perempuan pemalas.." katanya. Bukan ko takajut!
Mau saja sia tampiling itu budak..atau bagus kasi lada itu mulut. silaka betul! Duiii...

HoneyBUZZin said...

Honey to AngelBear - bah..ngam laitu ko kasi sound derang. Tia tau pa mo jadi sekarang...
Kadang2 ko tertanya jugak...ini budak ada sikul ka teda?
belum lagi ko nampak bergaduh sini sana di youtube...
Dulu, mana kita berani....kana rotan sigu pun takut ketahuan..sekarang, manada...siap kana saman..sentuh sikit pun inda bole....
Aiyaaaaaaaaaaaaaa........fail!

HoneyBUZZin said...

Honey to 9W2OCC Sham - Memang benarlah kata-kata bro tu. Generasi sekarang memang terlalu mementingkan diri sendiri.
Kes-kes buang anak memang seakan satu trend sekarang ini. Sungguh menyedihkan sekali.

HoneyBUZZin said...

Honey to Uncle Lee - Yes..agreed. People are way too different now. They couldn't care less, pretty selfish. I guessed everywhere's the same.
Thank you for commenting here. Sure, I'll love to visit your blog again. :)
Have a great day Sir!

HoneyBUZZin said...

Honey to Willie - Itulah yang paling boring..panat2 urang beratur, dia pun main masuk line saja...
Palui betul! Bah, meh kita pinjam senapang paintball Angelbear...
:)

HoneyBUZZin said...

Here's a comment taken from my facebook account concerning the matter I wrote in this entry. One Ms Tahirah Manesah Abu Bakar wrote :-

I agree with your entry about the issue on queueing up. These days budak2 mana ada adat. Ntah apa ja yang mamak bapak dia ajar di rumah, bila keluar mcm anak monyet terlepas. Sudahlah kurang ajar, mcm diorang enjoy/bangga bersikap sedemikian. Biar di mana sekali di Msia ni, sama ja perangai org negara kita ni rata2nya.

Cerita pasal troli, ada ... See moresekali tu sy n mami sy pegi tingu satu stall jual kuih dalam shopping mall dekat rumah kami. Time tu sy letak troli di tepi stall tu. Keliling stall tu luas ruang untuk org lain lalu-lalang.Tiba-tiba tu penjual kuih pigi halau2 sy (dgn hand gesture mcm mau halau tu kucing kakai sampah) menandakan menyuruh sy alihkan troli sy sb dia mau lalu. Ada ka patut?? Sy ni customer dia! Lagipun byk ruang lagi di sekeliling untuk dia berjalan. Kamu tau, itulah last sy beli kuih dari dia. Lain kali sy lalu, tingu dia punya muka pun sy nda hingin. Dia makan la tu kuih sendiri, nda sy mau beli lagi!

HoneyBUZZin said...

Honey to Pn Tahirah - Saya teruja kerana Puan dapat berkongsi cerita dengan semua. Beginilah gaya orang di zaman baru yang dikatakan pesat membangun. Cuma tidak membangun adalah sikap! Semakin lama semakin ke arah zaman batu!
Sungguh menyedihkan!

Puan Saiman said...

Adikku Honey,

ini post la paling kakak suka tau. Betul tu adik ckp, skrg ni pun, mana2 jak bulih nampak, jangankan mau potong q di jalan raya, depan2 kita mau bayar pun bah. Bikin panas.

Pasal tu budak lagi, kalau itu anak kakak siap la tu. Pernah sekali kakak kasih lada tu mulut anak kakak, Bukan 1 biji tapi 2 biji lada, kakak kasih pecah dalam mulut dia. Mau tau apa dia buat, dia ckp maid kakak tu 'buduh'. Bukan jak tu anak kakak nangis sampai mau pengsan sebab kepedasan, tu maid kakak pun sama2 nangis. Bilang maid kakak itu perkara kecil saja Tp bagi kakak, masa rebung la kena ajar, kalau sdh jadi bambu, tinggal putung bikin 'sulap' saja sebab sdh keras...

'hugs'...

HoneyBUZZin said...

Honey to Pn Saiman - Memang honey setujulah kakak buat gitu sama dia..kasi lada ja...pa boleh buat...inilah time mo ajar derang..kalau uda besar, mana mao dingar uda...
Kakak memang ibu yang baik..tahan ja kak...pelan-pelan. Honey percaya satu hari nanti anak kakak jadi seorang yang tau pikir mana baik dan tidak.
Take Care Sis. HUGS

9W2OCC SHAM aka Misai Tanglooong said...

add sy d fb,,,

sham shahrul,,,
ada 2 acc yg sama,,,
add 2 2 sekali,,,
yg 1 tu sudah lupa password,,,
jd tak boleh delete,,,
thx

Anonymous said...

Honey, Georgie here...I think you did the right thing but unfortunately we can't change people's thinking. It is sad to see how rude people can be in our society when Malaysians are supposed to be known as well mannered people...This kind of fenomena can be caused by their upbringing but for certain part, some are affected by survival instinct....Yes, we should be braved enough to tell them off, sometimes this helps to make them realize & hopefully change for the better....

HoneyBUZZin said...

Honey to 9W2OCC Sham - Ok. I will add you Sir. Thank you.

HoneyBUZZin said...

Honey to Georgie - Yes..I agree with you. I was a bit cross actually. Our society are changing rapidly with the development of modern era. Guessed manners are a thing of the past :(

cicak said...

hi sahabatku HoneyBuzz,

adidi kin panas juga tu budak tia kana tegur oleh parents dia. ba len kali bila kena batang hidung sendiri baru dia tau kan. mgkn tu anak panggil bapa dia 'hoi' pun bapa dia nda peduli. kin panas. sa pula yang 'sikodut' (teringin mo cubit) ni. hehe.

pasal putung Q sa inda pernah sound urang dapan-dapan tapi sa cakap kuat-kuat di belakang ni "Wow punya main cantik budi bahasa" LOL. Sama macam urang yang pigi pakai ATM mo sampai 10 kali pakai kad berlainan ni. Sa cakap "Wow check email ka tu di dapan" hahaha.

Rilek-rilek. Jangan susah hati. Pastikan kita jaga budi bahasa anak-anak kita supaya generasi baru tia la macam yg di iklan tu. Yang becakap kuat-kuat pakai handphone di library trus dia tanya tu librarian "kak.. mana saya boleh cari buku pasal BUDI BAHASA tu?" hahahaha....

Williborn said...

Hi HoneyBuzz...lama betul sia inda komen2 post ko ne...hehehe.

Ikut pengalaman sia, kejadian seumpama ini memang sudah begitu banyak kali berlaku di depan mata sia sendiri macam yg ko cerita tu..selalunya berlaku di supermarket dan mana-mana kaunter yg tidak ada menyediakan nombor giliran (Berbaris)..Dalam hati sia ada rasa-rasa mo cakap perkataan 'celaka punya orang' tapi tia keluar di mulutlah...sia cuma dapat menggeleng-gelengkan kepala kerana budi bahasa diri tu masih ada.
Kebanyakan mereka2 yg biadap tu (yg sia pernah jumpa) ialah golongan pendatang...jarang pula sia jumpa orang kita sendiri berkelakuan kurang Sivik...hehehe

HoneyBUZZin said...

Honey to Cicak - Aiyaa...ko mao cubit itu budak saja? Sia mao tampiling dia ooo...punyalah geram!
Ada kawan sia tanya " Derek ..mana mama ko"? Dibilangnya.."Itu perempuan pemalas.."
Duiiii!!!! kalau sia punya anak itu, saya kasi lada 1kilo dalam mulut dia.
Biarlh sia kana tangkap dera anak..paduli...
apa guna juga ada anak teda guna itu macam..tapi salah sapa juga..kalau bukan bapak yang tia jaga mulut dan hormat urang lain depan anak!? Baru 6 tahun oooo...
Oh my goshhhh!!!
Kalau di ATM tu jan cerita la..itu semua ALONG punya urang tu...
Aiyaaa.......mungkn itu bank punya urang mao kasi simpan notis...

HoneyBUZZin said...

Honey to Williborn - Inilah masalah kita apabila kita mempraktikkan budi bahasa.
Hanya berguna sesama orang yang mempraktikkan budi bahasa..yang tidak,hanya menganggap itu "sampah" sahaja.
Saya bukanlah mahu memihak kepada orang kita dan mengatakan itu perbuatan orang asing. Sikap biadap seseorang itu dilihat bukan dari segi keturunan atau bangsa tapi dari sikap individu itu sendiri.
:(

Unknown said...

memang sekarang ini banyak anak2 muda termasuk anak2 kecil yg tidak tahu sopan santun, tidak tahu etika. Tidak mau antri dan suka main serobot. Begitulah..saya saja suka sebal melihatnya.

PRofijo said...

Sopan santun mulai ditinggalkan..., sesuatu yang memprihatinkan.

BudakhutaN said...

Sering kali berlaku macam tu. Entah mungkin mereka beranggapan mereka itu punya status yang tinggi berbanding orang lain atau terlalu macho, lawa atau kiut untuk menjadi biadap.
Setuju untuk menegur mereka, tapi kadang2 ada yang terlalu 'sivik' kita plak yang kena 'tegur' balik...
paling kurang pun yang boleh kita buat kalau tak dapat tegur... tunjukkan sahaja pada mereka apa itu budi bahasa dan bersopan santun...

HoneyBUZZin said...

Honey to Fanny(Sang Cerpenis Bercerita) .Benar tu Fanny! Anak-anak kecil pun tidak tahu berbudi bahasa...sungguh memeranjatkan saya.
Saya rasa di mana-mana sahaja serupa...sungguh mengecewakan sekali.

HoneyBUZZin said...

Honey to PRofijo - memang benar! Saya cukup setuju!

HoneyBUZZin said...

Honey to BudakHutan -

Saya rasa perbuatan biadap itu bermula dari kurang kesedaran sivik iaitu kurang menghormati orang lain, kurang bertimbang rasa..dan kurang bersabar...

Tentu ada sebab sekiranya kita di tegur tetapi sekiranya kita telah tersilap melakukan sesuatu, maka patutlah kita ditegur!

Salam Sejahtera.

Jesson Balaoing said...

nice post,... love your blog!

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

bagi saja flyingkick kan senang

HoneyBUZZin said...

Honey to B.R.U.T.A.L.S.O.L.O - hehehe...
Bro memang brutal arr..

budiawanhutasoit said...

hi honey,
sudah lama tidak berkunjung..
jika saya tidak salah, ini artikel ada hubungannya dengan sopan santun.
di indonesia juga masih sering terjadi, apalagi pada saat antri (Q)..
memalukan....
boleh tau, apakah arti panggilan 'moi' dan 'pondan'
apakah artinya negatif (bad?)

HoneyBUZZin said...

Honey to Bro Budiawan -

Bagi kami di Sabah, panggilan 'moi' bermula dari perkataan panggilan yang sering digunakan oleh bangsa Cina iatu AH MOI bermaksud gadis/perempuan terutama yg belum berumahtangga ..tetapi di siber ini, dimana-mana pun kami menggunakan perkataan tersebut.

Tidak juga ada apa-apa masalah bagi kami, tetapi kalau bagi anak-anak kecil, memanggil seseorang dengan panggilan itu ternyata begitu kurang ajar kerana tiada rasa hormat pada orang yang lebih tua darinya.

Pondan itu bermaksud - LADYBOY. Lelaki yang mempunyai sikap dan tatacara gaya kelembutan seperti seorang perempuan.

Negatif itu membawakan maksud yang tidak sepakat/kurang baik akan sesuatu perkara..atau sesuatu kenyataan.

Salam sejahtera.

PRofijo said...

Saya selalu kesulitan untuk merangkai cerita....

HoneyBUZZin said...

Honey to Profijo - Saya juga begitu pabila singgah di blog rakan-rakan Indo...
But I'll try my best to understand it!