"Murid-murid pun 'tension' juga.." katanya. "Apa tidaknya....bila balik dari sekolah, batang hidung makbapak tak nampak pula! Tidak merasa pula mereka kasih sayang, bimbingan akhlak pula menjadi tandatanya." "Itulah sebabnya, pelajar zaman sekarang biadap...haa...salah siapa?" tanyanya kepada saya.
"..belum lagi masuk bab kerja sekolah yang bertimbun-timbun ... buku kerja bukan main banyak...sampai hujung tahun pun masih ada yang tidak siap!.."Kesian juga mereka!
"Betul! Betul! Betul!.." kata saya bersetuju sambil mengangguk-anggukkan kepala bagaikan burung belatuk mematuk dahan pokok.
"Kadang-kadang guru pun ada yang menjadi mangsa, cikgu..." kata saya.
"Betul!" kata lelaki tinggi dan kurus itu.
"Dulu, kelas saya cuma mempunyai 35 orang, sekarang sampai 55 orang sekelas pun ada.." tambahnya. "Cucu saya tidak pula suka belajar sekarang..."
"Aikkk..mengapa cikgu..?" tanya saya lagi kepadanya.
"Bila cikgu suka berkata 'awak bodoh!' "memang tak pandai"...maka musnahlah semangatnya.. " katanya lagi.
"Tapi susah juga.. bila cikgu suruh menyiapkan latihan sekolah, tidak pula dibuatnya. Kecewa juga cikgu yang mengajar...Sekarang, guru pun tidak boleh merotan ..silap haribulan keluar masuk mahkamah....macamana pula dapat mengajar dengan baik?" dan pelajar pula ada yang pandai tunjuk perasaan..kereta beribu-ribu kepunyaan cikgu menjadi sasaran pula! tambahnya lagi.
"..inipun sebab musabab mengapa cikgu sekarang pun macam hilang semangat nak mengajar..mengapa tidak..marah tak boleh..nah...dibiarkan sajalah!
"Ada juga cikgu-cikgu yang dihantar ke pendalaman untuk mengajar..rasanya mereka patut diberi semangat dan insentif yang lebih berpatutan dan menariklah cikgu.." kata saya. "..kemudahan asas pun, ada yang tidak seberapa..." kata saya lagi.
"Memanglah patut diberi pujian"..kata cikgu lagi. Selepas itu kami berpindah ke topik lain pula. Hmm..seronok juga dapat berbual dengan bekas guru besar.
Saya rasa segalanya bermula disini. Bermula dari mana?
Hanya satu perkataan sahaja.. - SIKAP!
Hmmm....tepuk dada, tanyalah selera!
6 comments:
cikgu dalam bahasa Indonesia apa ya?
pengalaman sy sendiri yg baru berlaku,,,
anak buah sy yg yatim piatu,,,dipukul sampai pengsan oleh 4,5 org pelajar di asarama,,,
sy tolak ke tepi dahulu siapa yg bersalah,,,
yg ingin sy tekankan disini,,, mengapa guru yg menjaga kebajikan murid di asrama tidak menghubungi keluarga dan membiarkan anak buah sy tanpa dihantar ke hospital,,,dan yg paling sy marah bila guru besar tidak membenarkan lapuran polis dibuat,,,
bila soalan ini diajukan,,, ramai guru yg melenting dan berlaku pertengkaran,,,
mereka menuduh anak buah sy merosakan harta sekolah,,,bila diajukan bila perkara ini berlaku,,, mereka memberi tarikh yg secara kebetulan anak buah sy telah 3 hari bercuti dirumah,,,
sekarang pihak sekolah ingin anak buah sy segera bertukar sekolah bg memudahkan mereka tutup kes,,,
guru besar dan guru terbabit juga mencabar agar melapurkan perkara ini kepada kementrian pelajaran,,,seolah2 ada pihak yg akan menyelesaikan perkara ini tanpa diambil sebarang tindakan,,,
persoalan sy,,,
adakah nama dan reputasi sekolah lebih berharga dr nyawa manusia,,,
mungkin didunia ini mereka akan terlepas,,,
adakah mereka sedar perbuatan mereka menginaya anak yatim akan terlepas dr hukum tuhan,,,
berani kerana benar,,,
Honey to Fanny - guru..(is it?) but in English, teacher.
Honey to 9W2OCC SHAM ..
Bukan main terperanjat saya apabila membaca komentari bro!
Guru yang menjaga kebajikan pelajar yang tinggal di asrama sepatutnya PERLU menghantar pelajar terbabit yang cedera ke hospital dan segera menghubungi ahli keluarga mengenai kejadian yang menimpanya!
Sungguh tidak bertanggungjawab bagi pihak sekolah terutama Guru Besar sekolah terbabit yang tidak membenarkan laporan polis dibuat.
Saya cukup hairan! Apakah dan siapakah yang pihak sekolah lindungi? Some big shot kids?
atau mungkin cuba mempertahankan kariernya?
Saya sarankan bro membuat laporan polis mengenai kejadian yang menimpa anak buah saudara dengan seberapa segera...dan kemukakan perkara ini ke pihak kementerian yang terbabit.
Saya setuju dengan saudara - BERANI KERANA BENAR!
met malam...just stop by
kakak setuju bila adik cakap pasal sikap....
dan adalah lebih baik dan wajar sekiranya semua orang tahu tanggungjawab dan komitmen masing2.
Adikku Honey, sekian sahaja pendapat kakakmu ini yang tidak sekolah tinggi.....dan kelulusan hanyalah cukup2 makan sahaja....
take care n hugs sis...
Post a Comment