Friday, July 22, 2011

DARI DIARI SEORANG GURU - Lada (Bah 1)

(Seringkali sahaja kita dipaparkan dengan cerita-cerita yang tidak begitu sedap didengar sejak kebelakangan ini berkenaan dengan profession perguruan. Iyalah..bak kata orang ‘nila setitik..rosak susu sebelanga’. Jadi hari ini saya akan memaparkan sebuah kisah benar yang disampaikan oleh seorang bekas pengetua yang pernah mengajar disebuah sekolah menengah di Semenanjung. Cerita ini disampaikan melalui pita yang dihadiahkan oleh seorang sahabat kepada saya baru-baru ini. Setelah mendengarnya, saya berpendapat cerita ceritanya harus diketengahkan supaya kita sedar, tanpa mereka yang bernama guru...kita bukanlah sesiapa hari ini. Saya juga mengalu-alukan pendapat dan komentari dari pihak guru yang singgah membaca di blog ini. Salam Sejahtera)

Dulu, sewaktu saya dihantar mengajar kesebuah sekolah yang baru, saya tidak sangka saya dihantar mengajar disebuah kelas yang begitu dajal. Pengetua sekolah hanya memberitahu
“ kamu mengajar kelas XX.......kelas yang bagus..’' katanya dengan tegas.

Apabila rakan-rakan seperjuangan menanyakan kepada saya, “ cikgu ajar kelas apa?”
Saya pun memberitahu mereka kelas yang dikatakan “bagus’ oleh pengetua.
“Huh...kelas itu....susah kelas tu....banyak masalah...”
“..tapi ..pengetua cakap kelas bagus.....”
kata saya kehairanan.

Apabila saya melangkah masuk ke kelas itu, ternyata kelas itu adalah seperti yang digambarkan. Bagi sayalah, sekiranya semua orang beranggapan sukar untuk mengendalikan sesuatu yang bermasalah, bagaimana pula kita dapat menolong mereka? Saya menganggap semua ini sebagai satu cabaran yang perlu saya tempuhi.

Kadang-kadang kita hanya melihat dari sudut perspektif kita. Kadang-kadang kita tidak sedar, anak-anak yang datang belajar ini mungkin datang dengan hati yang terluka, yang mempunyai seribu-satu masalah yang lama tersembunyi dan sukar diceritakan kepada sesiapapun. Begitu juga saya, hanya manusia biasa dan ada tahap kesabarannya. Saya masih ingat kejadian 30tahun yang lalu.

Saya telah melakukan kesilapan. Saya tidak dapat menahan kesabaran dengan tingkah laku Siva(bukan nama sebenar) yang begitu dajal dan menyakitkan hati. Tangan saya terlepas. Siva tidak berkata apa-apa, langsung duduk diam di tempatnya. Kemudian pada masa waktu rehat dua orang pelajar lain datang kepada saya dan memberitahu..”Cikgu, bukan Siva yang buat...”..”bukan dia cikgu”..kata mereka. “Aaahh..peduli” kata saya didalam hati yang ego.

Tapi malam itu, saya tidak dapat tidur. Perkataan itu “Bukan dia...bukan dia...bukan dia..” datang menerjah dalam minda saya. Bukan kepalang menyesal saya rasa. Malulah saya sebagai seorang guru meminta maaf, jatuhlah airmuka saya. Tetapi perkataan itu bagaikan terngiang-ngiang di cuping telinga “bukan dia..bukan dia...bukan dia..”

Keesokkan paginya saya juga telah meminta nasihat daripada beberapa rakan sekerja. Kata mereka ”..aaaa....budak tu...peduli dia...tak makan nasihat langsung...degil...menyusahkan orang” lupakanlah semua tu cikgu..."

Tetapi hari itu, setelah berfikir panjang, saya rasa saya patut melakukan apa yang betul. Saya benar-benar malu tetapi saya telah melakukan kesilapan. Setiap langkah kaki saya ke kelas Siva bagaikan langkahan orang yang mati. Sekali jalan..sekali itulah jiwa saya mati. Hari itu juga terasa amat panjang...

Setelah saya sampai ke kelas Siva, saya memanggilnya..”Siva...mari sini...”
“oh..no ..no ...”
katanya gentar.
“Mari sini...”
Siva pun mampir dan saya pun memegang tangannya. Saya memberitahu pelajar di kelas “Cikgu telah melakukan kesalahan terhadap Siva semalam.. oleh itu Cikgu ingin meminta maaf dengan Siva.

Siva...saya minta maaf kerana menampar kamu..apa yang saya buat semalam adalah salah..saya benar-benar menyesal...maafkan cikgu..’ kata saya memandangnya.

“eeh cikgu....okay cikgu...okay..okay..” kata Siva langsung lari kearah tempat duduknya.

Semua pelajar hanya terdiam. Mereka memandang kearah saya. Hati saya penuh dengan penyesalan. Tetapi selepas satu minggu, kelas itu bukan lagi kelas yang sedia kenal dengan kedajalannya. Kelas yang tidak disenangi guru-guru lain...kelas yang dianggap “tiada harapan”..kini sudah bertukar arah.

“Apa yang cikgu dah buat dengan mereka...baik benar sekarang..” kata rakan-rakan seperjuangan saya yang lain.

Saya tidak menjawab soalan mereka dan saya rasa tidak perlu menjawab soalan mereka. Hanya saya dan pelajar-pelajar dikelas itu sahaja yang tahu. Siva juga telah berkelakuan baik sejak hari itu.

Selepas saya ditukarkan ke sebuah sekolah yang lain pula sebagai pengetua, saya tidak menjangka akan berhadapan dengan seorang pelajar yang lain yang telah membuat saya berfikir sekaligus menyedarkan saya betapa pentingnya profession ini...

Pelajar tahun tingkatan satu kelas peralihan yang telah membuat saya menangis setiap kali mengenangkannya....

bersambung....

8 comments:

Uncle Greg said...

hi Honey, wah lama jua sia inda singgah sini kan, minta maaf banyak pasal sia terlalu mem'busy'kan diri cari bahan-bahan di alam cyber ... sampai hari ini masih blum 'puas'

balik pasal post kali ini, seperti biasa Honey membawa cerita yang menarik, ... bagi sia la kan, kerjaya guru mimang mencabar dan memerlukan banyak pengorbanan ... tabik durang yang sahut cabaran sebagai guru.

sebagai pelajar ada peranan, sebagai guru juga punya peranan kan ... namun tidak ada manusia yang perfect bah, sekolah tempat 'kita' sama-sama belajar, simurid belajar dari gurunya, si guru belajar dari muridnya ... ada yang berjaya mendapat 'ilmu' ada yang perlu mencari 'ilmu' di 'sekolah' lain.

rasanya sia telebih suda ni takut nanti salah faham pula ... apapun ini adalah pandangan sia harap tiada yang tersalah paham , :)

Terima kasih kepada semua Guru, sensei, sifu ... :)

Unknown said...

jadi guru memang tidak mudah

Miss G said...

Hai sis Honey :) Thanks sudah mampir di "pulau sunyi" saya :)

Jadi guru memang tidak mudah, apalagi kalau dikerjakan dengan setengah hati... Kalau sepenuh hati mengerjakannya, malahan mendapatkan banyak pelajaran berharga dari para murid ya..

HoneyBUZZin said...

Honey to Uncle Greg - Tiada manusia yang sempurna didunia ini..dan kata-kata Uncle memang benar. Cikgu belajar dari anak muridnya juga...
Kita semua mahukan yang terbaik.

HoneyBUZZin said...

Honey to Fanny - benar kata-katamu. Guru adalah satu profession yang mencabar..bukan mudah untuk mengajar..bu7kan mudah untuk membentuk jiwa muda..

HoneyBUZZin said...

Honey to Sis G - Iya..benar! Bukan sahaja bidang perguruan..tetapi apa-apa sahaja kerja yang kita lakukan, perlulah dikerjakan sepenuh hati...

Salam sejahtera buat sis.

SunDhe said...

profesi guru adalah profesi mulia honey, mengajara pelajar dengan kekerasan bukanlah merupakan mendidik dan jadinya mereka akan semakin nakal *dajal*, tetapi mendidik dengan kelembutan dan rasa sayang, kiranya membuat mereka sadar dan luruh hati*

*dhe pernah mengajar juga dulu di play gorup*

HoneyBUZZin said...

Honey to Dhe - memang benar kata-kata Dhe...honey sokong...dulu, honey diajari oleh seorang guru yang tegas tetapi benar-benar baik orangnya..sampai ke hari ini Honey teringat akannya...