Friday, July 29, 2011

DARI DIARI SEORANG GURU - Lada (Terakhir)

“Mulai hari ini, sesiapa sahaja yang didapati bertutur kata-kata yang ‘tidak elok’, namanya akan dicatat dan didenda makan lada padi!”

Sebenarnya, saya pun tidak tahu mengapa saya berani membuat pengumuman sebegitu .. tapi ide ini datang kepada saya apabila saya teringatkan kisah orang dulu-dulu dan cara mereka menandatangani masalah ini. Tidak tahulah samada kamu pernah mendengarnya atau tidak tapi pada zaman saya itu, apabila kita cakap perkataan-perkataan yang tidak baik, pasti akan didenda makan lada padi.

Pada hari itu, belumpun sampai dua jam, nama lapan orang pelajar telah dicatit dan diserahkan kepada saya. Tidak pula saya menjangka begitu cepat pula respon pelajar-pelajar dajal ini. Mereka seakan cuba mencabar saya. Mungkin juga mereka sangka saya hanya bercakap kosong sahaja dan hanya menakut-nakutkan pelajar sekolah. Siapa yang berani mengawal mereka?

“pengetua....saya bawa mereka kesini..” kata guru displin.

“nanti dulu...tunggu waktu rehat” jawab saya. Secara terus terang saya betul-betul mati akal kala itu. Bolehkah saya laksanakan apa yang saya kata? Susah pula hati saya kerana yang akan didenda ini anak orang, bukan anak sendiri.

Setibanya waktu rehat, saya telah berdepan dengan lapan orang pelajar yang terkenal dengan kedajalannya itu. Saya berkata kepada mereka :-

“Bukankah sewaktu perhimpunan pagi tadi saya telah memberikan amaran, sesiapa sahaja yang tutur kata-kata yang tidak baik akan didenda makan lada padi?”

“ya cikgu..” kata mereka.

“Jadi kamu tahukan sekarang..sebagai denda, kamu terpaksa makan lada padi?” kata saya

“tidak mahu" jawab mereka dengan angkuh.

“..jadi kamu semua tidak mahu makan lada padilah?’

“ya!”

“okey....kamu semua ada telefon di rumahkan?” tanya saya lagi.

Mereka semua menganggukkan kepala.

“okey...kamu semua beratur dan telefon bapa atau mak kamu, suruh mereka datang ke sekolah sekarang juga!”..saya mahu kamu sebutkan semula perkataan ‘tidak baik’ yang dicatit oleh cikgu depan bapa atau mak kamu. .Sekiranya bapa kamu kata “Bagus anak aku!”, maka kamu dan bapa kamu boleh keluar dari sini”. Begitu juga kamu, kamu, kamu dan kamu semua!” kata saya sambil menuding jari kearah mereka.

Saya berkata lagi “dan sekiranya, bapa kamu menjawab “..huh...kenapa kau cakap begitu ..” maka bapa kamulah yang akan memberikan kamu makan lada padi!“

Kemudian sayapun memerhatikan mereka satu persatu yang kelihatan agak bingung lantas bertanyakan lagi “Jadi?”

“kami makan lada padi cikgu” kata mereka, tertewas dengan perangkap sendiri.

Kesanggupan mereka didenda itu membuat saya terdiam seketika. Alahai....apa pula yang patut saya buat sekarang? Ini anak orang..bolehkah saya berikan mereka makan lada padi? Dan dimana pula saya dapat cari lada padi sekarang?..banyak benar persoalan yang bermain di minda saya masa itu.

Saya mati akal lagi.

“Ni pengetua...lada padi” kata seorang cikgu dan membawakan kotak kecil yang berisi lada itu. Cikgu-cikgu lain yang hadir, memberikan lapan pelajar itu lada padi setiap seorang. Pada masa itu ramai pelajar mengerumi kami dan menyaksikan peristiwa itu.

Belum lagi sempat kelapan-lapan pelajar itu memasukkan lada padi kemulut mereka ..saya berkata lagi “eehhhh...tunggu...tunggu...”

Saya pun berpaling kearah mereka yang datang dan bertanyakan kepada mereka dengan suara yang lantang ..

“Adakah saya memaksa mereka ambil lada padi?”

“TIDAK CIKGU!!”

“mereka ambil dengan sendirikan..?

“YA CIKGU!!”

“Jadi...ini bermakna mereka suka makan lada padi kan?”

“YA CIKGU!!”

Saya menoleh kearah lapan pelajar itu sekarang dan berkata “kamu semua boleh makan lada padi sekarang, gigit dan kunyah..jangan telan!”

Apalagi, sebaik sahaja mereka mengunyah lada yang sedia terkenal dengan kepedasannya itu maka pelajar-pelajar itupun ber’Huaa...” Huiisss” ...Shiisuihh..” kerana kepedasan dan ada yang sehingga mengalirkan airmata.

“Cikgu.. air...air....” kata mereka.

“nanti dulu.......enjoyyy...” kata saya tersenyum kambing. Rasa kesian pun ada. Pelajar-pelajar yang lain terpaku memerhatikan perkara yang terjadi di hadapan mereka. Buat pertama kalinya..dan untuk sekian lamanya, sungguh tidak terduga!

Terus terang saya katakan, saya amat bersyukur dengan kejadian pada tahun itu. Saya tidak menjangkakan peristiwa itu telah merubah situasi ‘persekitaran’ ...dari sebuah sekolah yang terkenal dengan kedajalannya, kini menjadi sebuah sekolah yang terbaik di kawasan itu.

Mana mungkin kita tahu... disebalik cabaran semua ini ..ada ‘keindahannya’?

T.A.M.A.T

(Specially dedicated to all teachers out there...and teachers who had taught me....about life, about kindness, about being strong and take courage, THANK YOU!..Jasamu dikenang! Thank you all for reading this blog. Have a wonderful weekend-cerita ini adalah cerita yang disampaikan melalui sebuah pita hadiah seorang sahabat kepada saya. Harap Maklum)

7 comments:

NasQ said...

beraninya cikgu... tapi nak betulkan manusia memang kena keras sikit bila perlu...

Hanys Najib said...

cuba kalau denda tu dilaksanakan pada budak2 sekarng, rasanya apa yg bakal berlaku..?hmm..




p/s: jasa cikgu tetap dihargai sampai bila2! =)

PRofijo said...

Assalamu'alaikum, berkunjung setelah makan sahur..:)

HoneyBUZZin said...

Honey to Tukang karut - bagi saya menjadi seorang guru memang tidak mudah...dlm cerita ini, pengetua sekolah tu bukan sahaja terpaksa ber'keras' tapi disebalik ketegasannya itu ada juga keprihatinan dan merendah diri. Inilah yang buat pelajar hormat pada guru yang begini...
Kadang-kadang saya berpendapat, guru memainkan peranan yang sangat penting, bukn sahaja dlm bab mengajar tetapi memahami jugalah..
Pelajar pun banyak masalah sekarang... hmm..

HoneyBUZZin said...

Honey to hAnYS - denda begini tk boleh dilaksanakan sekrg...tetapi ada cara-cara lain yang lebih baiklah... saya rasa selain mengajar, guru juga patut lebih mengenali setiap pelajarnya dengan lebih dekat lagi..tetapi cakap memang senang...apa-apapun, TEACHERS are the BEST!

HoneyBUZZin said...

Honey to PRofijo..
Awal Bro! Selamat menjalankan ibadah berpuasa. :)

Anonymous said...

Selamat Hari Raya Aidilfitri, cikgu.

Kalau mengikut saya, denda seperti itu dibuat aekarang pun saya tiada bantahan, meskipun melibatkan anak saya (yg saya pasti tidak akan berkelakuan begitu).