Monday, November 10, 2008

Jangan berfikir ke arah 'itu'...

Hari ni saya nak menceritakan sesuatu yang berlainan dari postingan
saya sebelum ini. Perkara ini terjadi setahun yang lalu apabila saya dan
kawan perempuan saya pergi menziarahi saudara perempuannya yang kurang sihat.

Perempuan itu "kurang sihat" bukan kerana sakit biasa tetapi lebih kepada
"sakit hati". Ceritanya begini, biarlah saya namakan perempuan ini 'J'.

'J' adalah seorang perempuan dalam lingkungan 50an. Masalah berpunca
dari suaminya yang bermain kayu tiga. Suaminya telah menemui perempuan
lain semasa menghadiri sebuah kelas tarian di bandar. Menurut cerita kawan
saya, suami si 'J' itu mula bersikap lain selepas menghadiri beberapa sesi tarian.
(itulah baik buruk kelas tarian..kalau berpasangan...hmmm...iyalah..tak perlulah
saya huraikan keadaan tu macamana..kita bukannya budak-budak sekolah rendah...)

Kawan saya itu memang pandai ber'diplomatik' dengan saudara perempuannya itu.
Kamu nak tahu...'J' telah banyak kali cuba membunuh diri. Nasib baiklah kawan
saya itu seorang yang penyabar, penyayang dan pandai pula 'berkata-kata'.
Pada hari saya melawatnya..'J' ada menyimpan mata pisau cukur didalam koceknya.
(Dia cuba mengelar pergelangan tangannya)..wuishh..nasib kami tiba awal arr..

Menurut kawan saya, 'J' sebenarnya sungguh kecewa kerana suaminya beralih kasih.
Saya dan 'J" sebenarnya tidak begitu mengenali satu sama lain (itulah sebabnya
dia banyak bercerita dengan kawan saya) Sesiapa juga akan berasa amat kasihan
melihat perempuan itu, walaupun matanya memandang kearah kamu, tapi
fikirannya jauh melayang sebenarnya. Dirinya cukup tidak terurus lagi.
Dia benar-benar patah hati.

(Tidak kira apa sahajalah penderitaan, kesedihan ataupun kesusahan yang kita alami, tak usahlah kita mengambil langkah yang salah iaitu dengan membunuh diri. Tindakan sebegitu sebenarnya tidak akan dapat menyelesaikan apa-apa masalah yang kita hadapi..bahkan hanya membuat orang lain yang menyayangi kita menderita diatas perbuatan kita. JANGAN sesekali berfikir kearah itu kerana sesungguhnya tindakan 'itu' tidak berbaloi sama sekali)

14 comments:

Medusa said...

Hmmm nice sharing hun! im not taking any sides in here but.. hmmm if u aware bout my writing sometimes i've mentions about silly things like those..

i was too naive before and i thought that "suicidal is only for stupid person" but then... i guess i understand what the heck that makes people conducted to think and act that way...

i know its not that wise to take that action my friend.. but "when u think its out of hopes and u know u'll suffer to live long.. even though u try to b better sooner or later u'll think that this is a better way to end everything" NO dont get me wrong! i didnt say that i accept this negative stuff in community BUT juz sharing.. at least u guy know that it causes by some infinity of soreness that one who live

hmmm im not good baa in talking ni.. but i guess i understand the feeling -_- even tho its not a similar prob but the sorrow always there n its bullshit when u think u're heals but then the memories keep coming.. and its killing u! its like a zombie u know..? lol.. ^_^

anyway.. ^_^ (alalal supiking terus ni.. siou honey.. engulish sa uda laa tunggang langgang but.. my BM worst.. so be it laa kan..? ^_^" hehe)

i juz wish she'll heals asap! and -_-" damn to any guys who do that.. :( we; as female were full of emotions but guyz juz didnt care.. :(

xoox honey nice sharing.. :)

HoneyBUZZin said...

ThankQ for sharing Beck. Through'soreness' in life we learned to be matured, we learned to be much careful in life and how we go afterwards from there. Your pain and mine are not the same but let us not focus so much on the pain..let us move on..'let go'... Look at a much better side of life. I mixed around with many people, I heard their stories. I haven't write about a mother who saw her own child run down by a 10tons lorry in Keningau..(few yrs back)..the kid who suffered leukimia, and many more. Those are more painful..but they strive... I believed you CAN overcome too. Cherished whatever you have in life.
Ba..Beck, sia pun tia pandai engulish..sia antam saja. Palan2 kamu Beck...jgn fikir banyak. U r my friend, and I care about u.
Love always, Honey

Unknown said...

Thats a very good sharing..see when we talk about love and sorrow..its always there. So that we can differentiate between this two. Ya..lets move on..dont let the sorrow take place..poor this 'J'. Pray for her..I never think suicide as an answer. I've been in this kind of situation when sorrow took my life. I'm in depression..luckly I overcome it now..hehehehe

Apple said...

Yeah, commit suicide, what a crap to do.. y wastin our time with bull, crying etc? shuld do something that can gv us more benefits..
Dah 50an pun nak bunuh dr lagi, mmg x patut. Bak kata pepatah melayu, "Rumah kata pergi, kubur kata mari". Dah dekat2 nak mari ke kubur harusla bertaubat etc..
Ops! Ceramah agama ke sy nie? :)

HoneyBUZZin said...

Ryu..cinta tidak mengenal usia..begitu juga dengan perempuan/lelaki yang berumur 50thn ataupun 70thn. Mereka juga mempunyai perasaan..impian..dan layak bergembira seperti orang lain.
lelaki itu bukan orang lain..tetapi suaminya yang pernah mengucap sehidup semati dengannya..lelaki itu bapa kepada anak-anaknya..sesiapa sahaja akan mengimpikan sebuah rumahtangga yang bahagia..
ryu..lain kali klu kamu berumahtangga..adakah kamu akan memperlakukan begitu dengan orang yg kamu sayangi? atau melayani dia dengan lebih baik? keputusan ditangan kamu sendiri.Renung-renunglah bersama - Salam

ReNo said...

thanks for sharing this very good story Honey..isk namau la mencurang bini ni..serius ni... :D
naaa, i'm noty2 but not to that extnd ba...isk sian dia...jan la sesakali terpikir ke arah 'itu' walau mcmana teruk patah hati pun...find GOD!

Nika said...

kesiannya... kenapa la tu lelaki tu nda bawa dia bp belajar menari sama2 kan... kalu derang pi sama2 mesti nda jadi begini.

Bambangan @ Ony said...

Sehati Berdansa kah tu nika... ya lah sia pun tidak juga menyebelahi mana2 pihak tapi kalau boleh biarlah kita menjaga hati pasangan kita jangan pernah terfikir untuk ke arah negatif lebih2 lagi kalau sudah bersama untuk satu tempoh yg panjang dan sepatutnya hati budi masing2 sudah dalam gengaman.... kalau lah sia ada bini pun sia inda mau kecewakan dia hanya kerana ada sumandak baru.... NAMAUUUUUUUUUUUU kasihan anak2

HoneyBUZZin said...

Reno..
Betul tu..hargailah isteri kamu..bersyukurlah kalau mendapat isteri yang baik..kerana isteri yang baik itu sukar dicari.

HoneyBUZZin said...

Nika...orang luar seperti kita elalunya akan tertanya-tanya mengapalah tia p sama-sam..mungkin tia terjadi ini perkara kalu ada p sama-sama.
Not everyone got the same liking..ada yang gemar membaca..ada yang suka berenang ..cuma dalam kes ini tarian pula dan tak begitu diminati oleh salah seorang darinya. Walau apapapun, sekiranya si isteri suda bagi "green light" p sana sini..janganlah ambil kesempatan pula.
Tapi di luar sana memang banyak godaan arr...

HoneyBUZZin said...

Bambangan...

er..er..ko suda ada girlpren ka belum? Klu belum da lagi..sia kasi senarai panjang sumandak punia nama arr...

huhu..bertuah dapat lelaki macam Tuan Bambangan..aiseyman..

HoneyBUZZin said...

C.alv.b,

Hi dear...agreed with u. Regards.

sweetie~ said...

hal2 macam ni makin banyak berlaku skarang.....sy pun x berani mau komen apa sbb sy tidak akan faham how deep is the hurts that she's going thru...but one thing that we must remember.....after darkness there will always be light....

HoneyBUZZin said...

Sweet...thank you for commenting..manusia ni macam2 ragam...sia pun tia tau mao sakap apa..