Mereka berkomplot mengenakan perempuan itu. Jenny yang mempunyai
dua orang anak itulah yang selalu menjadi "batu api" dan dalang pada
peristiwa beberapa tahun yang lalu. "Huh.... suka hati anak sayalah kalau
mau main basikal di tempat letak kereta" katanya sambil menjuihkan bibirnya.
Dia mengadu pada Ivy dan Anita, jiran yang tinggal di kawasan perumahan itu.
"Iya..apa salahnya bermain di tempat letak kereta..bukankah kawasan itu juga
kawasan awam?" kata Ivy sambil memerhatikan anak-anak mereka bermain
basikal 'mountain bike' yang berharga $300 ringgit itu. Anak-anak yang
berusia diantara 8-11tahun adalah 'samseng muda' di sana dan kelihatan selalu,
kelima-lima budak itu memperagakan aksi 'stunt' dengan basikal mahal mereka.
Perempuan yang menjadi mangsa itu tidak dapat berbuat apa-apa. Dia
sebenarnya cuma menasihati budak-budak itu supaya jangan bermain di
tempat letak kereta kerana keretanya tercalar dengan teruk akibat basikal
mereka yang menyelusup sini sana dan aksi "stunt" yang cukup bahaya.
Ada juga kereta jiran lain yang menghadapi keretakan di bahagian
nombor 'plate' akibat kecuaian anak-anak ini semasa bermain basikal.
"Dik..dik..bagus adik pergi bermain di taman...disini banyak kereta yang
tercalar nanti" itu sahaja kata-katanya kepada sekumpulan budak-budak
yang dilihatnya seringkali bermain basikal di tempat dimana keretanya diletakkan.
Malangnya ada sesetengah orang tidak suka anak mereka ditegur. Ramai penduduk
telahpun menyuarakan ketidakpuasan mereka berkenaan hal itu dan telahpun
membuat aduan kepada pihak pengurusan apartmen itu malangnya ibubapa kepada
anak-anak nakal ini tidak mengendahkan aduan tersebut.
Kasihan sungguh perempuan malang yang menjadi "target" mereka kali ini.
Setiap kali ada sahaja kesan calar yang baru..kesan calar yang cukup dalam.
Perbuatan "khianat"orang dewasa. Pernah 3 kali keretanya dipancit dengan
paku "konkrit" yang sepanjang 2 setengah cm itu. "Kegilaan" itu berlaku hampir
setiap hari. Pernah sekali dia ternampak anak-anak si batu api itu
menyemburkan minyak basikal keatas keretanya. Kawan sekepala dengannya
itu masing-masing membuat sedikit sebanyak 'hadiah' di kereta kepunyaan perempuan
itu. (selepas kejadian tayar dipancit, laporan polis telahpun
dibuat pada hari yang sama)
Perempuan itu tidak dapat berbuat apa-apa. Dia cukup malas melayan
karenah orang-orang dewasa yang kurang pendidikan 'sivik'...walaupun
dia sudah cuba berdiplomatik dengan mereka..tetapi usahanya sia-sia.
Dia cukup hairan...mengapa dia diperlakukan sebegitu? Salahkah menyuarakan
sesuatu dengan baik? Kalau kereta tak dicalar, tayar dipancitnya pula
dan pernah menyebabkannya terkandas di jalanraya. Aduhai...keluh perempuan itu.
"Kadang-kadang perkara itu berlaku bukan kerana adanya salah faham.."
kata kawan kepada perempuan malang itu. "Ada setengah orang itu..dia
benci dan iri hati melihat kemampuan orang lain..." "Ada setengah orang itu
sengaja mencari perbalahan..kerana mungkin kamu ada sesuatu yang dia tidak ada.."
"Ada juga yang suka memperbesar-besarkan sesuatu perkara yang boleh
diselesaikan dengan cara yang baik".
"manusia ini bermacam-macam ragam.." kata pula kawan-kawannya yang
lain selepas mendengar rintihan perempuan itu.
"Yalah....tidak apa..mereka kuat" jawab perempuan itu dengan nada yang sedih.
Memang kes ini kes menangis tak berlagu....perempuan malang dalam cerita ini adalah saya sendiri! Hwaaaaaaaaaaa.................
(sebenarnya perbualan mereka itu didengar oleh saya di bahagian dapur
rumah dimana kedudukan ruang tempat letak kereta itu betul-betul dibahagian
bawah rumah saya..huhu)
19 comments:
Memang benar, ada orang tua yang yang kurang suka kalau anaknya ditegur dan diingatkan.
Mereka malah tersinggung.
Alalala.. btul ba? kalu kena sm sya ni, meradang tahap gaban sda sya... alalala.. mimg org tua yg tiada pendidikan sivik gitu la tu..anak dorg la yg plg pandai yg plg btul..wuahahah... sedih btul la...
Honey, saya pun pernah melalui situasi sebegini, tapi apa yang saya ingin tulis di sini, kita harus berhati-hati dengan jiran kita, kalau kita bernasib baik kita bertemu jiran yang O.K., kalau nasib malang, nah kita akan berdepan dengan jiran yang K.O.
Hati-hati dengan tindakan kita, kalu jiran kita yang tahap pemikirannya tinggi, dan bersikap professional hah selamat kita, tapi kalau mereka yang tiada moral dan harga diri, mereka sanggup buat apa saja.
Take care Honey,
Kesian juga ko ni Honey.. Kadang-kadang susah juga mereka buat macam tu...
kecemburuan tu memang ada, memang mereka cemburu kalau fikiran mereka sudah dikuasai oleh hantu..
Itulah hantu cemburu.. kalau ada jiran sa buat macam itu, lebih baik janganlah tinggal di sana.. sa cari tempat lain.. nanti lain pula jadinya..
napa la masih ada org yg begini ah? sabar jalah Honey. one fine day durg akan sedar juga tu... tp mmg x guna layan atau lawan durg ni pun...kin abis nasi ja...
yang terbesar adalah kasih... satu ari durg akan sedar juga tu... kesian ko o. hmmm minta bantuan bloggers sekalian? sepa yang keja dgn PDRM sana, angkat tangan?
Nda heran tu Honey..urg tua yg tersinggung sbb anak dia kena tegur tu..coz mrk malu pada ketidakmampuan mrk ajar anak bh tu..hehehehhe. Masing2 mo show off la tu apatah lg kalau tinggal di kwsn perumahan cam tu..
Sia pun geram betul bila tingu tu budak2 yg berlagak samseng ni. Yg tambah bikin geram tu ibubapa yg tidak bertanggung jawab.
adui terjumpa lah pula ko dengan jiran yg inda bagus ni, sian tu kereta oh....
emm pihak polis tiada buat apa2 tindakan kah? ko suruh diorang p siasat bah,
emmm susah2 pindah rumah ja lah mandak, daripada setiap hari disakiti...
jenis diorang lagi ni, kalau ko buat melebih2 (pada anggapan diorang padahal teguran yg paling ayu sudah tu ko buat) pasti diorang buat yg lebih2 lagi utk ko....
emmm basikal ada minyak kah?
Erik...ya memang benar tu. Saya pun tidak terduga..saya menegur sebab saya mengenali mereka dan berkawan baik pada mulanya...malah saya pernah menghulurkan bantuan padanya..tapi tidak apalah, it's ok. Thanks for commenting.
Nadia..pa boleh buat..taik kambing bulat-bulat..hwaaaa....
Saya tidak memikirkan sangat perkara itu sebab bukan saya sahaja yang menjadi mangsa malah ramai yang tidak puas hati. Like this la..klu tinggal tempat macam tu..
Cikgu Greg..betul tu...nasib sayalah..dapat jiran yang K.O punya spesies... Adedeh...
San...kalau tinggal berkelompok macam tu memang ada masalah ja..mana-mana pun sama.
Cuma mungkin cerita kita berbeza sedikit la.
Tak kisahlah sangat kalau dia mao bikin kereta ka apa ka..janji sia tidak dicederakan la..gitu arr...
Tengkiu Boss
Brader Reno..selalu saja bikin sia katawa...hahahahaha
terhibur juga hatiku yang gundah gulana ini..Chewahhh!
C.Alv.B dan Nika...biar sajalah..memang ada urg macam tu..
Ibubapa yang sebegini akan menyesal di kemudian hari...
sudah lama itu cerita..
iyala..nanti sa pindah p Labuan arr...mao cari itu cokolet buang stress..ada ka cokolet jenis itu?
Sekarang keadaan disini ok suda...satu kawasan pun tahu gaya oraang-orang ini. Semua dengan hal masing2..."memupuk semangat kejiranan"..aduii..I don't think so!
Wah, hebat oo ko.. kesabaran yg tinggi..salute2.. harap sya pun gitu la.. ( sabar2 nadia, jan tensen kalu murid ko bgtu..~harap2 nda bgtu la..) huhu.. :)
-_-"" hmm.. its juz too silly! wtf..? i mean..? doh serious.. wtf.. is htey thinking..? -_-"" hmm... y one earth does these kind of pple exist oo..? -_-"" hmm.. tia tau laa pa mo ckp ni honey.. its like.. same old same old.. it happen like 24/7 n mentioning bout em is kinda pissing.. -_-"" doh!
human.. :( ~ :( xcuse me for my evil side.. lets juz wish they hav their debt soon! -_-""
Nadia....sa bukanlah penyabar sangat tapi malas mao gaduh gaduh..sa tia suka bergaduh.
Dari kejadian tu sia belajar juga something la..menjadi matang. TakeC
Hi Beck..ya kindda "pissing" at first for me but then I comfort myself..aiya, what the heck!
I still got plenty of friends..good ones..don't worry.
Keep on Rocking Beck..YO!
Post a Comment