Tuesday, May 5, 2009

Curhat

Semalam saya bercerita dan memberitahu semua akan perasaan saya yang telahpun jatuh hati dengan seorang pelakon hebat dan tampan dari Negara 'Sonata' itu. Tapi lain pula perasaan saya hari ini..macam pemusingan 360 darjah paksi...Saya berasa cukup bengang!

Adakah kerana cinta saya telah ditolak oleh si dia, jejaka tampan pelakon " Boys over Flowers " itu? ( Chewah! "Kadang-kadang misti mao ada sikit 'visualising' la...baru hidup ada dramatik sikit maa...)

Wah..sesungguhnya 'mood' manusia seperti kita mudah bertukar-tukar.." sekejap marah, sekejap sedih, gembira, lucu, geram, bengang dan sedikit bangang pun ada.. " Bayangkanlah..semua perasaan ini akan kita rasai hanya dengan menonton sinetron hebat! Bukankah begitu?

Tapi hari ini saya cukup-cukup bengang. Pagi tadi semasa saya melewati sebuah kedai kopi, saya ternampak sepasang pelanggan membawa binatang peliharaan ke dalam kedai itu. Terbeliak mata saya apabila ternampak binatang yang di dudukkan di atas kerusi bersebelahan dengan tuannya.

Ini adalah kali kedua saya ternampak akan orang yang kurang peradaban. Tidakkah dia tahu kita dilarang membawa binatang peliharaan ke dalam premis yang menjual dan menghidangkan makanan?

Apa kena dengan mereka ini? Saya tertanya-tanya, bolehkah pihak yang tertentu mengenakan kompaun yang tinggi ke atas premis-premis yang bertoleransi dengan perkara sebegitu? Saya geram betul ne...tapi nak buat aduan dengan siapa? Tauke kedai pun tutup mata sebelah..apa macam ini? Fikir-fikir...pernahkah kawan-kawan mengalami peristiwa sebegitu? Mana tahu ada pulak cerita orang bodoh yang bawak 'kambing' dalam kedai kopi?

Aikkkk......cepatnya masa berlalu..sudah pukul 11 malam ni. Bantal peluk sudah panggil......"ok..ok....switch mood ...sekarang saya mahu berfeeling sikit...teringat my korean darlin..
Peluk bantal lagi malam ne....apalagi! Asal saya bahagia...Ahakkkks...

15 comments:

Nirmana said...

iya nih telah larut jam 11 malam, tak baik lah macam awak nih pempoan tido malam-malam...hehe

Tikno said...

Selamat mimpi yang indah.

Anonymous said...

Morning Honey.. Bukan setakat pelanggan bawa binatang, ada juga kadai makan yg piara 'binatang'.. ko bulih jumpa macam2 binatang di sana... lalat, lipas, cicak, tikus, labah2 dan beberapa species binatang yg lain lagi.. Bila mau dakat2 sdh masa pengredan, barulah dorang sibuk2 kasih bersih lagi kadai dorang :D

Mell_f said...

Ada juga yg bawa pet dalam beg khas, yg mcm paris hiltong selalu bawa tu. but still,memang binatang tu x sepatutnya dibawa masuk ke dalam premis makanan biarpun the pet kena kasi mandi 10x a day (adakah begitu? haha)

Cheers honey :)

Beautydaffodil said...

Good morning Honey,

Sy pun pernah masuk dan makan di restoran yg tuannya membela anjing. Kalau anjing tu bersih dan wangi, tidak apa la kan, ini bebau dan meloyakan..hehehehe.. patut kena kompaun tu

HoneyBUZZin said...

Trimatra....hahaha...Nice Try! Nice Try...!Kamu yang pertamaxxx

Tikno - Hi my bro...thankQ. Mimpi indah buat kamu juga.

Bro Oiga - Ya bah! Honey sokong tu...macam chipsmore derang ni....skijap ada..skijap teda...
Time ada officer datag checking, derang kasi bersih..kalu teda..back to square 1. Alalaa

HoneyBUZZin said...

Mell - Betul! betul!

Adora - Betul! Betul! I failed to understd these people! Mangkali otak di lutut ne!

Don MS said...

Hai honeybuzz... i'm buzzin here too...
Pasal taukeh kedai tutup sebelah mata tu... memang menggeramkan! Macam tindakan mereka "menutup kedua-dua mata" dalam kes larangan "smoking" di tempat awam lah tu. Terang-terang ada logo "no smoking" di dinding kedai... dan dorang yang kunun kasi lekat sendiri... tapi bila ada pelanggan yang tidak tau baca merokok di premis dia... si tauke tu pun buat-buat buta juga... dalam hati si taukeh tu... "yang penting $$$ masuk sudah...pergi jahanamlah dengan peraturan tu".

t.e.3.k.4 said...

siang honey...

kita asik curhat kan hari ini :D

HoneyBUZZin said...

MS - Money factor bro...apa-apapun..$$$$ dulu. Lain lain belakang kira. Huhu..sedihnya..

T.e.3.K.4 - hehe

Alan said...

madu,apa kah 'jenis' binatang hari tu?di keningau ada pesabung2 ayam bawa ayam2 sabung diorg bekfst sekali..siap berkokok tu ayam dlm kdai.hahaha

The Diary said...

thank you for visiting my blog and thank you for comments

Kelebar Malam said...

memang tak baik kalau kita bawa "pet" bersama kat mana-mana kedai makan. Not hygenic dan sungguh kurang sopan..

Mama Mia said...

Melampau juga tu urang smpi bawa pet masuk kadai makan.Tida bertimbang rasa sm urg lain. Tu tauke pun 2x5 sj.Mmg patut kana report bah ni..

HoneyBUZZin said...

Alan - ayam pun masuk kadai ka? wa ..very fantastica!!hwaaa...

Lyla - thank you for returning the visit too. 3 cheers

Kelebar-malam - memangpun...nak buat camaner...tauke kadai tutup sebelah mata..macam pirate! Aikkkss..

Malaikat sesat - memang selalunya begitu...itu law mesti kasi butul butul enforce dia..baru derang takut! Dia main tarik tali layang2..susah oo mao track ini maciem!