Monday, September 29, 2008

Anak siapa tu....?

Saya terpandang dia. Comel betul budak melayu itu.. Masa tu kereta saya berhenti di
persimpangan lampu isyarat, dan budak itu berada didalam kereta kancil bersebelahan
kereta saya.

Saya nampak dia dengan jelas sekali kerana cermin pada kereta yang dinaikinya itu
diturunkan. Dia pun memandang saya juga. Kami saling berpandangan.
Semasa lampu isyarat bertukar berwarna hijau, sayapun memandu pergi sambil
melambaikan tangan kearahnya dan budak itupun membalas juga lambaian tangan saya.

Hmmm...comel betullah dia tu...anak siapalah agaknya tu? Kalaulah dekat, nak cubit-cubit
pipinya.

Saya teringat pada bulan Disember tahun lalu, pihak DBKK telah menganjurkan
Karnival krismas di Jalan Gaya. Karnival itu telah berlansung selama 3 hari berturut-
turut dan pihak gereja kami telah mengambil bahagian untuk menjayakan sebuah musikal
dan drama disana. (Seramai 30,000 pengunjung dikatakan telah datang ke karnival tersebut)

Untuk pengetahuan anda, sebenarnya ada tiga buah gereja yang berlainan menjayakan
persembahan tersebut. Gereja A mengambil bahagian dalam tarian dan musik, gereja B
pula dalam bahagian koir-nyanyian dan gereja C pula dalam bahagian drama. Bukan
mudah untuk menjayakan konsert musikal dan drama ini kerana terdapat seramai 100
kanak-kanak yang terlibat didalam persembahan tersebut.

Kami tidak berjumpa dan berlatih bersama- sama tetapi berlatih di gereja masing-masing
mengikut bahagian yang diberi dan didalam jadual waktu yang ditetapkan. Kami hanya
bergabung pada 5 latihan serentak bersama pada dua minggu terakhir sebelum
pertunjukan diadakan.

Saya bukanlah nak cerita pasal krismas ni..tapi saya nak menyentuh akan satu aspek
yang begitu menyentuh sanubari saya.

Selepas selesainya pertunjukan tersebut, pihak kami (drama) telah diminta untuk
mengadakan satu pertunjukan di hospital. Kami berasa teruja kerana diberi peluang
untuk berdrama sekali lagi, tapi kali ini di wad bahagian kanak-kanak. Memang ramai
kanak-kanak disana..berbagai bangsa..Cina, Melayu, Kadazan dan lain-lain yang kurang
sihat pada masa itu. Mereka memberikan respon yang sangat baik kepada kami. Ada
juga dua orang badut yang hadir memberikan persembahan. Apalagi, riuh rendahlah seluruh wad itu.

Bila segalanya sudah berakhir, saya duduk sambil berfikir...alangkah baiknya kalau orang
dewasa seperti kita merendahkan diri sedikit seperti kanak-kanak? Mereka bermain
bersama-sama, makan bersama-sama dan ketawa bersama-sama. Sederhana sahaja
cara mereka berfikir..kerana hati mereka suci dan bersih..kalau bergaduhpun..sekejap sahaja.

Saya teringat akan satu iklan di TV..dan didalam iklan ini ada seorang budak dan
kawannya yang berlainan bangsa selalu pergi memancing bersama dan menyanyikan lagu
itu...tak ingat liriknya..tentang "ikan di ...." kemudian lagu itu juga telah mempertemukan
mereka semula(sudah dewasa la)..kali ini rupanya mereka hidup berjiran pula.

Sedih pula saya rasa kerana beberapa tahun lalu, saya telah kehilangan sebuah buku
alamat sewaktu pindah rumah. Banyak alamat kawan-kawan saya tertulis disana.
Alahai..tak dapatlah saya menyampaikan ucapan Selamat Hari Raya kepada mereka.
(Apa nak buat..taik kambing bulat-bulat..huhuhu)

Walaubagaimanapun, disini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan
Selamat Hari Raya kepada para bloggers yang beragama Islam. Semoga syawal kali ini
membawa berkat dan kebahagiaan kepada anda dan seisi keluarga.

Salam Sejahtera dari saya.

(Untuk Sis Rita, Dhannis, Sis Mira, Datin Dairies, CopyPaste, Zahil, Karapoleh, Flores
Tegal, Sukarnowoto, Sunflower, Burberry, Bibik, Peace4U, Chief40, 4 Sahabat,
dan lain-lain lagi.. sowey..lepas raya baru Honey jamming sana balik arr
..hahaha..sibuk berblogging...Selamat Hari Raya...jaga diri bebaik noh'..huhuhu
Buzzzzzzzzzzing Out)

7 comments:

Beck the BandagedKnees said...

hehe.. ^_^ morning.. honey!! ^_^ BBKK! ^_^ hehe.. ya baa...

"ikan di laut.. "lupa".. di darat.. "lupa" bikin muafakat..." <--- lol tu song kan..? honey! xD hehe.. ya baa.. if only adult pple.. can b humble sometimes.. n merge up wif juz anyone kan bagus.. >_<""

hmm.. -_-"" *thinking*

anyway.. its monday~ :P

san said...

Anak siapa kaitu Honey? Saya indak tau laitu anak siapa tu? Dia keriting rambut kah? itu anak timur mangkali tu..kekekekekek..

Honey,
Merendahkan diri ini memang susah kecuali ada kesedaran diri sendiri.. menjadi anak kecil itu yang paling bagus sekali ....

Kalau kita tidak dapat menjadi seperti anak kecil, semua kehidupan kita seolah2 pudar... memang mcm tu sebab tiada sedikitpun rasa kebahagiaan yang kita dapat kecapi...

Beck, ikan di laut, lupa di darat, lupa bikin maufakat kaitu ...? aik, campin bah kau ni Beck berpantun, saya pun campin sikit2, katam di laut, lapar.. makan di darat... lupa bawa selipar.. nah.. kekekekekek... Tiada selipar tu katam,

san said...

Honey, untuk menjadi seperti anak kecil, perkara penting yang harus di buat ialah semua harta di dalam dunia ini buat mcm biasa saja.. sekadar untuk memenuhi keperluan hidup saja semata-mata...

Kalau dijadikan hidup utama semua harta2 tu, maka saya pasti, walaupun seorang yang hartanya berlimpah, tetapi hidupnya tidak 100% tergantung kepada harta kekayaannya tu...

Aik,jau suda sa ni... Saya mengucapkan selamat Hari raya kepada semua kawan-kawan saya juga yang beragama Muslim... semoga berbahagia selalu... di hari yang mulia ini...

HoneyBUZZin said...

Ya ba Beck..San, you got a point there. Sia malas butul ne..ada jiran sia ini, tiap tiap malam gaduh wo..aiya...paning! Pernah ada urang kasitau itu jiran, sudahla..jangan gaduh..tapi tia lama itu, dia gaduh lagi. adedeh...

Ornest said...

Ikan di laut, Asam di darat
dalam periuk bikin muafakat...

sya pun anak suka nyanyi tu dulu smpi mengigau bah. Tgh2 mlm masa dia sdh tidur, tiba2 sj dia duduk dan nyanyi tu lagu.. pya kuat lagi tu. Takut lagi jiran terbangun wakakaka... Berhantu juga tu lagu rupanya :D

HoneyBUZZin said...

Aloha Ornest!..ngam laitu lagu...Beck pun masam sia ingat-ingat lupa..
Sia suka itu iklan..very touching. Ending part tu yg touching..cara mereka "hug" macam lama butul tia jumpa..penuh ikhlas..
Itu iklan yang terbaik bagi saya!
Kalu anak kmu terduduk nyanyi kuat-kuat itu lagu..kmu pun nyanyi sama bah!.iyalah..mengeratkan kasih sayang anak sama bapa..hehehe

Fetra said...

nice article..keep on posting my friend - bisnis internet>