Semalam saya makan malam dengan kawan perempuan saya, Sally. Sally sudah lama tidak balik ke Malaysia kerana beliau bekerja diluar negara. Saya tidak tahu pula Sally sedang dilamun cinta. Segalanya terbongkar semalam apabila dia asyik bertanya ini dan itu dan pandai pula berbahasa bunga dengan saya. Walai..mengapalah dia tidak saja berterus terang mengatakan dia sudah ada 'kekasih'..tidak payahlah berpusing-pusing cakap untuk saya menangkap maksudnya.. Adui.. macam dalam kelas Kesusteraan Melayu pula.. Saya bukannya 'jiwang' sangat ne..hehehe..tapi siokk ba mendengar!
Sally berkata dengan saya, "kamu tahu Lyn, apabila seseorang itu menyintai kamu, dia akan selalu mahu mengambil tahu tentang perkembangan diri kamu walaupun baru semalam dia bertanyakan perkara yang sama" katanya sambil tersenyum.
"Dia akan mengenangkan perjumpaan kamu dengannya, dia akan membilang hari-hari yang akan datang untuk kamu bersua lagi" ....
"Dia selalu mengharapkan agar kamu membuka YM dan dapat pula ber'chatting' dengannya walaupun hanya untuk seketika sahaja"..
"Dia akan merindui kamu..setiap masa..setiap saat..setiap kali..kemana sahaja..dibawanya cinta itu bersama"...
"Bagi dia, kamulah ratu cintanya...dikamar hatinya tidak ada lagi ruang untuk orang lain.."
"Dia hanya mahukan kamu...tiada dua atau tiga dihatinya.."
"Cintanya tidak senang goyah...dia hanya tahu menyintai, merindui, menyintai dan merindui kamu. Dia tidak akan bosan terhadap kamu.."
Saya pun bertanya kepada Sally, "Jadi...?" "Adakah kamu menerima cinta dia?"
"Ya..saya menerima cinta dia"..
"Adakah kamu mahu bersamanya?" "..hidup bersama dengannya?" kataku lagi.
"Ya...saya menerima cintanya..saya ingin hidup bersamanya...saya tidak mahu mengkhianati Cintanya..dia berhak mendapatkan kasih saya.." kata sahabatku itu.
Aduhai...........indahnya perasaan cinta itu!
4 comments:
o fcuk! lol haha! ^_^" hmmm great one honey.. ^_^ hehe.. the dialect.. kewl bah! ^_^ hehe.. but ugh~ love thingy eh.. hehe.. its cool.. its cool hehe..
bah~ berabis laa ko kna tanya2 ni kan..? haha ^_^
Dalam cinta harus saling percaya
Dalam cinta harus berani pasrah
Dalam cinta harus janganlah goyah
Dalam cinta harus sejiwa
honey ..
cinta ... ada macam-macam rasa ...
;)
Hi Beck..LOL...ya ba..masih adakah urang yang gitu..so sentimental..hahahaha...
Tapi bagus juga ba kalu kana sinta bagitu..fuiyo! ^_^
Hi Sis Mira, memang benar apa kata Kak Mira tu.. cinta itu harus saling percaya, harus berani pasrah, tak mudah goyah dan saling bersatu sehati sejiwa.
Di zaman moden ni, susah betul nak cari cinta macam ni...
Alangkah bertuah badan sesiapa yang memiliki cinta sebegini? Hmmm...
Post a Comment