Wednesday, September 3, 2008

Indahnya.....

Aku suka berjalan-jalan menyusuri pantai. Banyak-banyak pantai yang pernah aku kunjungi, aku paling suka pantai di Kuala Penyu. Pantai disana bersih dan tidak boleh aku lupakan ialah pasirnya yang putih dan halus seakan garam.

Ada juga pantai lain yang pernah aku lawati seperti di Batang Ai, Sarawak. Aku masih ingat dimana aku menginap di rumah penginapan yang dibuat mengikut rekabentuk rumah panjang Sarawak. Bagus juga berjalan-jalan disana. Tetapi keindahan pantai di Kuala Penyu tidak dapat ditandingi samada di sana ataupun di Pantai Tanjung Aru, Kota Kinabalu.

Pantai di Kuala Penyu itu memang lain dari yang lain. Dulu, seringkali sahaja aku kesana dan bermalam berdekatan Temburong. Hmmm...aku masih ingat, dimana aku berdiri berhadapan laut yang seakan akan berwarna kebiruan..kekadang tu berwarna kehijau-hijauan.Memang indah ciptaan Tuhan.

Bila aku berdiri berhadapan dengan laut, aku sungguh bersyukur kerana aku hidup sebagai seorang yang bebas. Dapat aku rasakan betapa kecilnya aku ini dan betapa besarnya Maha Pencipta yang mencipta semua ini. Aku rasa kerdil.

Pernah suatu ketika, aku mengambil sebatang kayu dan menulis nama seseorang di atas pasir halus...huruf yang besar-besar. Masa itu aku rasa sekiranya sebuah pesawat melintas di awan, pasti akan dapat melihat ayat yang aku ukir diatas pasir itu. Hmm..memang romantis bila dikenang semula.

Aku juga suka mengutip siput siput kecil yang berselerakan diatas pasir, kekadang tu aku suka pula menimbus permukaan lubang-lubang kecil yang dibuat anak-anak ketam. Aku rasa tenang sekali bila berjalan di persisiran pantai. Seronok rasanya bila kakiku terkena air laut dan kakiku yang tenggelam sedikit didalam permukaan pasir yang basah. Cuma satu sahaja nasihatku, apabila kamu ke pantai, gunakanlah penyembur serangga khas yang melindungi kita dari digigit nyamuk ataupun serangga pasir(sandflies). Jangan sesekali memijak tumbuhan laut(seaweed) yang terdampar di pantai, kerana disitulah serangga-serangga pasir ini bersembunyi. Begitu juga jangan dialihkan sebarang kayu kayu besar yang terdampar dipantai. Memang gatal-gatal seminggu kulit kamu kalau disengat oleh serangga serangga kecil ini.

No comments: