Tuesday, November 18, 2008

Dimanakah silapnya..? Bahagian 2

Seperti yang telah dijanjikan saya mahu berceritalah..tapi sebelum itu saya
ingin mengucapkan terimakasih kepada kawan-kawan yang memberikan
respon yang baik pada pertanyaan saya.Setiap kali apabila kita menyentuh
aspek ini, ramai yang akan terus berpendapat seperti komen-komen sahabat
bloggers di sini. Saya cukup bersetuju sekali dan tak menyangkal walau
satupun komen bernas mereka..tapi cerita yang saya paparkan ini akan
membuat kita berfikir dan melihat dari satu sudut yang berlainan pula.

Ini adalah cerita benar yang saya dengar dari orang lain.

Lis (nama samaran) dan suaminya adalah sepasang suami isteri yang muda.
Kedua-duanya memang cocok, Lis memang cantik, suaminya kacak pula.
Suaminya adalah seorang pegurus pengendali makanan dan mereka
hidup secara sederhana sahaja. Demi sokongan dan kasihnya pada suami,
Lis akan bangun seawal pukul 3pagi untuk membuat juadah-juadah untuk
dijual. Lis memang isteri yang baik(bukan senang nak buka bisnes makanan ni..)
Begitulah jadual mereka setiap pagi dan setiap hari. (Mereka mempunyai
sepasang cahayamata). Mungkin sebab kesukaran untuk membuat perniagaan
sendiri, mereka beralih kepada bidang yang lain, Lis dan suaminya masing
masing bekerja di syarikat yang berlainan.

Tidak tahu pula dimanakah silapnya apabila Lis berkasihan pula dengan lelaki lain.
Dia seringkali dilihat mabuk-mabuk. Kasihan betul kata kawan saya itu.
Adakah Lis sengaja curang? Dari awal lagi kita ketahui..Lis adalah perempuan
yang rajin dan baik. Saya cukup terkilan apabila mendengar cerita sepasang
suami isteri ini. Dimanakah silapnya? Saya berpendapat, Lis mungkin patah
hati atau kecewa akan sesuatu perkara...kerana perempuan tidak semudah
itu untuk beralih kasih apalagi kita sudah sedia maklum dari awal, dia adalah
isteri yang rajin dan baik. Tentu kamu akan berkata 'hati manusia akan berubah'
...bagaimana pula ya boleh jadi begitu drastik?

Cerita Kedua

Hampir 25 tahun, Don(nama samaran) mengahwini perempuan itu.
Perempuan itu tidak pernah melayannya seperti seorang suami. Segala
pakai minum anak-anaknya dan dirinya diuruskan sendiri. (Kes ini memang
agak ganjil sedikit dan keterlampauan) Baru-baru ini dia telah menemui
seorang perempuan. Mereka saling berkasihan. Ibu Don pernah juga
mencarikan seorang isteri untuknya kerana katanya perempuan yang
dikahwininya itu tidak berguna sama sekali. Saya cukup bersetuju.

Apa yang membuat saya tertanya tanya, bukanlah sangat tentang perihal
masalah mereka kerana semua orang mempunyai masalah unik masing-masing.
tetapi apa yang menjadi persoalannya ialah...sudah sampai ketahap yang teruk
sebegini dan baru menemui kebahagiaan sendiri, bolehkah Don dikatakan
seorang yang curang..maklumlah masih terikat dengan seseorang dan

adakah pula Lis seorang isteri yang tidak baik?

Adakah ini dikatakan permainan nafsu semata-mata? Don pernah meluahkan
kesedihan hatinya kepada seorang 'kakak' yang saya kenali..katanya,

'kamu tidak tahu betapa sunyinya hati saya'..selama 25tahun saya
berasa seperti hidup keseorangan'..

Saya mati akal. Sedih pula saya rasa..tapi iyalah.."luka di tangan nampak
berdarah..luka dihati siapa yang tahu?" Dimanakah silapnya...? Saya tidak
ada jawapan untuk itu.


15 comments:

Apple said...

Lis:
Rasanya Lis merasakan bahawa apa yg suaminya bg kat dia masih x cukup baginya. Inilah sebenarnya ketakutan yg paling besar bagi sesiapapun kerana, kita risau jk apa yg kt berikan masih x cukup tuk pasangan kita.ERm.. Di sini jelas, Lis curang.
Lirik lagu T2 -->"Jk bukan kerna cinta, aku sudah x tahan lagi.. Terlanjur mencintaimu"
Dia dah memilih suaminya dari awal2 lagi, dia xharus menyesal dan memilih org lain. Entah awk percaya akan LOVE tp, jk dia menyintai suaminya, lelaki terhensem di Bumi inipun xkan dapat memikat hatinya. Lust 1 love 0. P/s: Ke Lis kena guna2? Hoho.. Mlngnya sy x percaya crap spt itu.

Don: Don curang dengan istrinya selagi dia berstatus married. Perkhawinan menjadikan dua insan jadi satu. malang sekali bagi Don dpt istri camni. Hmhm.. Adalah lebih baik dia menceraikan istrinya terlebih dahulu (Cerai x baik tuk anak2) barulah dia ber-kasih-an dengan perempuan baru itu yakni berkhawin dngannya.

Medusa said...

sugar, wat r u trying to say in here hun? ;)

anyway.. juz to share my view.. :) perhaps..:-

story 1
1. Liz was bored with being patient. she want to achieve MORE than her current life..? ...perhaps liz does greedy for MORE than what she got.. who knows.. :)
2. shes doing that for their family by 'other way' ;) idk.. no further comment.. :P

story 2
1. the wife hav her "ego". female nowadays r kinda ego to be a new leader.. ;)
2. the guy really 'desperately-lonely' that drive him to seek for another babe~

...hmm still thinking girl, what is the connection? ^_^" for me.. both r into "doomed-marriage" thats for sure.. :( too bad kan honey..? :(

my conclusions: everything that interfere with hearts arent for real i mean.. it washes off.. :P

great topic hun! :)

Medusa said...

** btw.. y do they take that alternative to skip from making things right!? O_o" K.. hehe.. man2 ko si honey! :)

GC said...

wah, ni nak gali pengalaman dari masalah orang yang dah berumah tangga ya. Bagus, saya pun rasa sepatutnya semua pasangan yang ingin bersatu, perlu tahu apa yang bakal mereka tempuhi bersama.

Saya tidak akan sentuh kisah yang kamu tulis Honey, sebaliknya saya ingin bagi pandangan lain yang mungkin ada hubung kait sedikit, kalau tersasar saya mohon maaf.

Ini hanya pandangan peribadi saya, harus diingat saya BUKAN pakar saya pun masih belajar dari kesilapan saya.

Baik suami atau pun isteri, harus ada tolak ansur. Komunikasi penting.

Bukan semua pasangan menghadapi masalah. Terpulang pada mereka untuk berbincang cara terbaik untuk menyelesaikan salah faham sebelum bertukar menjadi masalah.

Adakalanya, kehadiran orang ketiga dalam hidup mereka tanpa disedari. Orang ketiga ni boleh jadi adik, abang, kakak, ibu, bapa. Pelik, tapi itu boleh jadi punca tidak selesa pasangan.

Zuriat. Ini paling bahaya, bergantung pada pasangan. Adakalanya desakan keluarga, masyarakat yang menyebabkan pasangan hilang pertimbangan.

Nafsu, baik suami atau isteri sama sahaja.

Restu dari ibubapa untuk bernikah.
Hah ini kalu tidak ada, habis lah, hidup pasangan ni boleh kucar kacir.

Penyakit-'materialistik'

Internet-IRC, zaman sekarang hampir semua orang tahu guna IRC untuk chatting, di alam maya lah segalanya bermula, mula dengan gurauan, lam-kelamaan jadi intim, lepas tu -kamu fikir lah sendiri Honey :)

Perkahwinan perlu pengorbanan kedua pihak

Bah, saya rasa terlalu banyak saya temberang di ruang komen kamu, saya harap jangan kamu terima bulat-bulat apa yang saya tulis di sini, saya rasa kamu cukup matang untuk buat penyelidikan kamu sendiri, biarlah ini sebagai garis panduan sahaja.

Ok Honey. tahniah, topik menarik :)

Willie a.k.a Reptoz said...

Kalau nak cari silap nya dgn pemikiran manusia memang susah. Tetapi kita sedar bahawa godaan dan cobaan sentiasa ada. Bukankah iblis itu sentiasa mengaum-gaum mencari mangsanya. Andaikata org itu kuat pegangan agamanya, mungkin perkara ini tidak berlaku atau tipis sekali utk berlaku. Apatah lagi orang yang lemah pegangan agamanya...mudah sekali jatuh ke dalam pencobaan. Mungkin pendapat ini sedikit sebanyak membantu. Yang lain-lain tu bloggers lain ler yang top up pendapat mereka. HEhehe

--- said...

Pendapat saya pula.. Em.. jangan besarkan masalah yang kecil.. dan cuba mengecilkan masalah yang besar...

keyakinan dari dalam itu juga sangat penting.. kalau dua-dua sayang sama Tuhan, tidak akan berlaku kejadian macam ni.... Kes sebegini banyak berlaku.. dan saya hairan, orang yang kuat agama pun masih boleh tumbang?

Ini mesti ada masalah dalaman..... yg belum diselesaikan..

Bambangan @ Ony said...

Bawa berbincang begia.

Kes pertama, ni pasti tu pompuan salah sangka dengan laki dia tu kan, mana tau dia ternampak laki dia jalan dengan awek muda dari dia, terus dia anggap laki dia main kayu tiga atau berlaku curang saja untuk membalas dendam sebab selama dia kira dia setia tapi ini pula yg dia dapat dari laki dia.....

kes kedua...
Don.. 25 tahun tinggal bersama tapi tidak merasa bersatu... emm dapat anak sudah pun, alah kira tulung urus diri sendiri pun masalah kah? pada sia biasa saja bah tu tulung menulung, mana tau si isteri penat sudah sangat menjaga keluarga, jadi inda salah tulung2 cuci kain, masak utk keluarga kah apa kah... kalau sampai p cari perempuan lain saja utk mengisi kesunyian... emmm perkara budu pada sia, banyak lagi benda lain boleh buat, bawa keluarga p shopping, bawa isteri p urut2 kaki kah atau apa2 saja bah, kc surprise sikit bila sampai hari2 yg istimewa kah... paling best bawa isteri p bercuti, kira pi berkasih2 lagi spt dulu2... anak suruh mama jaga, wakakaka

kes ketiga....
Don dan Lis adalah suami isteri... wakakakak
Ya lah c Lis rasa dia sudah banyak berkorban utk keluarga, sanggup ni bangun awal pagi pi putung2 daging, randam mee dll, suami pula siok2 o oi... sebagai balasan dia cadangkan c suami tulung lipat kain... tapi si suami inda mau, terus p cari sumandak lain... bila c lis tau ada awek lain, bah dia pun mau test2 ni macam mana kalau ada kekasih gelap sendiri,.....

emmmm pa ni, sia merepek apa ni?

larikkkkkkkkkk (aki style)

Medusa said...

arghhh!! haha! good connection si ony! :) lol.. ya baa.. still the guy hav desire.. la la la.. hmm.. siou girl.. :) kinda interrupt jak kan sini.. :)

waiting for more views.. sa mati kutu uda ni maklum laa kum breakfast.. lol :)

Mira said...

honey ... dalam hal kecurangan nih biasanya melibatkan banyak pihak ...

mungkin betul isteri don yang bersalah dan tak mahu menerima teguran don ... tak mahu berubah demi don dan anak-anak ... mengambil mudah semua perkara ...

tapi kita kena tengok juga latar belakang isteri don tuh ... mungkin dia dari kalangan orang berada yang memang tak pernah buat kerja rumah ...

untuk lisa ... mungkin dia kecewa dengan sikap suaminya ... yerlah ... waktu susah bersama-sama ... bila dah senang lisa tak dihiraukan ... so lisa mula cari tempat mengadu di luar dan mula terjerumus dengan aktiviti tidak sihat macam tuh ..

honey ... ada juga orang yang suka mengambil kesempatan di atas masalah orang lain ...

apa pun ... tuhan tuh maha adil honey ... hari nih dia buat pada orang ... hari mendatang tentu tuhan akan beri dia rasa apa yang dia dah beri pada orang lain suatu masa tuh ...selalunya ... lebih perit dari apa yang dia buat pada orang ...

setiap perbuatan kita ... ada ganjaran yang setimpal kan ...

banyak lagi sebenarnya ... tapi kakmira rasa ... cukup nih dulu kot ..

:)

Mujos said...

honey.. ini pendapat saya

Dalam dunia yang fana ni.. kita tidak lepas dari cobaan, dugaan, masalah, godaan, cemburu, kemahuan, menyangi, disayangi, dan sebagainya..

Selagi kita dinamakan MANUSIA.. semua benda2 ni pasti kita rasa.. cuma yang membezakan ialah ialah tahap pertahanan kita..kalau kita tahan... selamat la tu.. kalau tidak.. pasti hanyut..

terus terang... saya cepat tergoda..bila tengok ppuan cantik... hati saya cepat tergoda .. tapi syukur lah.. perempuan yg x tergoda sama saya... wakakakaka...

:: the truth :: said...
This comment has been removed by the author.
:: the truth :: said...

hahaha cam2 la..ini la yg dkatekan "life"..selagi kite bernafas...kite berpeluang tok :melihat:mendengar:mungkin mengalaminye:depends la cam mane kite nak adap sume tue..msg2 ade "internal" problem kan?..mungkin LIS juge mengalami masalah "dalaman" :D (sesuke hati buat andaian kan???)
::KNAPE die brbuat demikian..mybe tok kepuasan:or greedy ataw anything else kite xtaw kan..manusia xlari dr mmbuat kesilapan..(me too :'( hukhuk )..tp jgn ikot LIS taw (me too)..xelok gtue bha..
::DON- ??? knape yea...come on gurlss xkan nak wat cam tue kan???ish jgn la..xbaik taw.wink ;)..so DON just find out other wife la..

ReNo said...

Honey, memang curang2 mencurang ni kalau sudah ada niat apa buli buat la kan? wang ringgit bukan la segala-galanya! ini dulu, mungkin skrg sudah berubah? ntah la...nah, semua di luar sana, tepuk dada tanya hati..tapi itu la, klu pun kita nafikan semati-matinya, esok mgkin sudah berubah, hanya Tuhan tahu masa akan datang... buat yang terbaik, dan kekal yang terbaik...

Boy said...

-LIS ISTERI Yg BAIK-
Buktinya bangun tiap pagi(berkorban untk keluarganya)

enmm..bagi saya tak mungkin ini terjadi..
-KEKUATAN CINTA ITU ADA-

keberangkalian ini yg dinamakan main SOS..siapa yg tidak dapat memenuhi perkataan sos suda tentu dia kecewah.

mengikut dari apa yg sia baca ni...kedua dua pasangan ini belum bersedia berumatangga dan tidak pernah saling menghargai CINTA.juga terlalu muda.

cinta bukan setakat berjiwang jiwang dan kata2 manis saja... :)
wakakaka...

last2 sia pun tidak tahu...nafsu manusia semua ne.tia perna sayang anak..

Beautydaffodil said...

For me, wlu apapun kelemahan dan keburukan partner kita, once kita suda kawin dgn org tu, we have to accept everything she/he can offer to us. Bila timbul masalah, cari jalan penyelesaian di luar rumah (curang, libatkan keluarga mentua, etc) bukan la cara yg terbaik.

Komunikasi plg penting!