Tuesday, November 4, 2008

Huh!!

Baru-baru ini saya ada menemui kakak angkat saya. Kakak angkat saya
mempunyai beberapa lot kedai di sebuah kompleks membeli belah di
Kota Kinabalu. Saya ada bertanyakan padanya bagaimana perniagaannya
sekarang..dengan tersenyum sahaja dia menjawab..

"..perniagaan itu biasalah..turun naik keuntungannya , tetapi yang
paling menyakitkan hati apabila berdepan dengan saingan yang kurang sihat.."

Pada mulanya saya kurang mengerti apakah yang ingin disampaikan
oleh kakak saya itu, tetapi kakak terus menceritakan kepada saya
tentang perkara yang berlaku. Dikatanya lagi, bukanlah senang untuk
menceburi bidang perniagaan ini. Persaingan itu akan menjadi kurang
sihat bila adanya perasaan dengki-mendengki katanya lagi. Tak kisahlah
kalau kami menjual produk yang sama tetapi apabila kereta pun
menjadi mangsa, memang sudah keterlampauan katanya.

"..maksud sis, kereta digaris.."

"ya..." katanya lagi.

"Ohhhh.."

Kakak menyambungkan cerita lagi, "Saya pernah melihat dengan mata
saya sendiri, lelaki itu menggariskan kereta saya, didepan anaknya
yang berada didalam kereta".

"Huh.."

"Saya cukup hairan..dia tak malukah berbuat begitu didepan anak-anak" kata kakak sambil tersenyum hairan.

Pada pendapat sayalah, orang itu memang teruklah...kalau didepan anak-anakpun boleh bersikap begitu....saya tidak tahu nak bercakap apa lagi. Bukankah anak-anak selalunya akan mencontohi sikap ibubapa? Macamana nak disiplin anak kalau begitu pula gayanya? Bak kata pepatah " Bagaikan ketam mengajar anaknya berjalan dengan betul...hmmm...dia sendiri jalan tak betul!

7 comments:

GC said...

Honey, itu lah realiti, banyak lagi perkara yang tidak adil berlaku di luar sana, pandai-pandai lah kita jaga diri.

ReNo said...

Childrens learn what they live... klu kita buat jahat depan mereka, maka membesarlah mereka menjadi jahat... Apa kita dapat dari sikap saling mendengki selain api dendam yg akhirnya membakar diri... Persaing sihat la yang membangunkan kita sebenarnya serta menjadikan kita lebih positif dan strong survivor...

p/s: pendapat sendiri kunun ni tau... :P

Medusa said...

betul... ;) agree with u.. honey! hehe moi siou sa lewat.. :P bz baa ko tau laaa.. lol ^_^ anayway.. hmm.. tia tau laa apa mo ckp dgn org mcm ni kan..? memang ada tu wujud n its ashame bah kalu dpn anak2 dia bt mcm ni.. :P memang akan mempengaruhi anak2 tu.. secara tia lngsung atau tia..

Apple said...

Apakata kakak angkat awk calar keta org tu depan anak dia(pesaing)? So, anak dia(pesaing) akan paham, itu hanya permainan mengores2 sahaja..Hoho.. Just kiddin!

Yeah, memang wujud manusi ayg tinggi PHD ni.. haih.. Sia2 dikatakan ada agama..

HoneyBUZZin said...

Greg..benar tu..banyak keadilan yang berlaku di luar sana..cuma Honey tia masa mau tulis satu satu..iyalah..kita mesti pandai jaga diri.

Reno..
Benar juga..we reaped what we sow..too bad for parents with those type of mentality. Pathetic!

Beck..Susah mao ajar anak baik kalu gitu pula gaya orangtua. Kip on ROCKing!!What's the word again???

Ryu - PHD=Permanent Head Damage!!
Huhuhu...funny term arr..

HoneyBUZZin said...

Sorry..typo error..GREG,banyak KETIDAKADILAN..yang berlaku diluar sana..huhu..panat suda sia ni ari..half dead.!

Unknown said...

susah hidup kalau asyik bersaing saja..hari2 buat dosa pas tu bawa org buat dosa juga huhuuuuu..keadilan? susah mo cakap