Saturday, November 1, 2008

Ingatlah..adanya mereka dikalangan kita

Dulu, semasa saya keluar kemana-mana sahaja, seringkali sahaja saya
ternampak budak-budak yang cukup nakal dan tidak mendengar nasihat
ibubapa. Saya terpaksa mengakui bahawa saya seringkali berpendapat
bahawa ibubapalah patut dipersalahkan dalam hal ini apabila anak
tidak mendengar cakap. Tetapi selepas saya menghadiri sebuah sesi
pertemuan yang dianjurkan oleh sebuah kelab, sangkaan
buruk saya itu memang jauh meleset.

Encik Tan dan isterinya menceritakan kepada kami semua bagaimana
sukarnya untuk mereka menjaga seorang anak yang menghidap
penyakit 'autism'. Anak-anak yang mengalami masalah ini sebenarnya
tidak menunjukkan apa-apa kekurangan dari segi fizikal. Mereka
kelihatan macam budak-budak yang lain. Menurut cerita pasangan
suami isteri ini..Mereka tahu dari riak airmuka orang lain betapa
mereka 'menyampah' dengan Danny yang seolah-olah terlalu 'dimanjai'
dan 'kurang disiplin'. Inilah keluhan mereka. Saya agak tersentak..saya
benar-benar tidak tahu akan adanya anak-anak yang mengalami
syndrom autism ini.
(Buat pengetahuan anda, 15 tahun dahulu, perangkaan autism adalah
diantara 1 kes - 5,000 tetapi mengikut rating hari ini, ia adalah 1 kes - 150)

Mereka terpaksa menjaga Danny mengikut masa kerana Danny
agak hyperaktif. Menurut mereka lagi, anak itu akan memanjat dan
tidak sedar akan perbuatannya yang mungkin membawa kecederaan
kepadanya. Pernah sekali mereka terlupa mengunci pintu pagar dan
Danny keluar entah kemana. Mereka mencari di merata tempat tapi
syukurlah ada orang yang mengenali anak ini dan membawanya pulang.
Dimasa inilah pasangan suami isteri itu mengalirkan airmata. Hati saya
juga turut hiba. Oh..begini pula rupanya mereka yang menghidapi autism.

Mereka sangat keletihan, kerana selain dari penjagaan yang rapi,
masalah kewangan, pelajaran yang berbeza dari mereka yang
normal serta mendapatkan bantuan pakar yang mengendalikan
kes sebegini, mereka terpaksa pula tidur bergilir-gilir untuk menjaga
Danny...dan semua kesusahan dan kepayahan ini hampir hampir
saja memusnahkan perkahwinan mereka.

Saya tidak mahu cerita lagi. Hati saya cukup sebak. Saya tahu selepas
saya mendengar cerita mereka, saya tidak akan lagi berfikiran begitu.
Saya tidak akan berprasangka yang buruk lagi. Saya harap anda juga
tidak berprasangka buruk apabila melihat seorang anak itu turun naik
eskalator...tekan-tekan butang lif..kelihatan terlalu nakal...dan tidak
menyahut apabila si ibu atau si ayah memanggil mereka.
Mereka mungkin anak-anak dari golongan ini.

8 comments:

Medusa said...

understood.. cant blame on both party.. ^_^

one of my friend's niece also considered as this syndrome and.. guess wat.. she never realized everything can cause her 'bad' ; for an example she staples her finger and still able to show and tell other how her fingers bleed, next she jumpped on the stairs from top to the ground but unfortunatelly she slipped off and hurt her head.. (bleeeding lagi tu..) & etc laa.. but yup i guess for those who hav kids like those we hav special care oredi kan..? sana kepayan laa as i heard..

^_^ anyway.. hmm.. good info my friend n kids are juz too beautiful to predict.. ^_^" biasa laa baa tu jajal.. nnti besar ckiit can control uda cikit ty.. :) nice one.. ;) xoxox

rock on!..(nitey nite c honey! )

--- said...

Kesian bah kanak-kanak macam ni, mereka sepatutnya diberikan perhatian dan kasih sayang yang sepenuhnya... tapi lama2 mereka boleh control diri sendiri juga tu kalau bapa mereka pasut pakai rotan, Nah...

Janganlah rotan, kesian mereka... mereka juga mempunyai otak yang aktif mangkali tapi tidak tahulah.. Saya belum lagi mendapat info sepenuhnya mengenai penyakit yang seperti ini..saya tahu sikit2 saja. :)

Apple said...

honey, sy dah dengar lama dah perkataan 'autism' tp awk wat saya sedar. Ya, memang ada budak2 yg sangat nakal n kdg2 menyakitkan hati, tp x sngka pula, itula yg dimaksudkan dengan autism.. Hmhm.. insaf! Xkan berprasangka buruk lagi!

HoneyBUZZin said...

Beck..yes, indeed I felt sorry for parents with autism children. It's a heartbreak to live with one because of their inability to focus and their incapability to understands like others. I shed tears whilst listening to the couple's sharing. It is a sad picture. There's a lot of struggles..a lot of effort in ensuring one child to survive and soar like the rest of their siblings. God have mercy. Regards.

HoneyBUZZin said...

San, memang kasihan anak-anak istimewa ini. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya. Salam.

HoneyBUZZin said...

Ryu...I think it's ok kalu inda tahu..klu suda tahu..kita akan jadi lebih prihatin.
Saya insaf juga.

Boy said...

honey...anak apa itu?

itu anak2 manja lah' adalah yg terbaik ialah kasih sayang dan memberi pengertian sepenuhnya.tanya apa dia mahu,klo tidak mendengar...kasi rotan hahahaha..
sama seperti si san..mungkin bapa dia dan aku sama gaya kan hehehe

Boy said...

ek..maksud sya bapa sia dan si san
penyayang huhuhu gurau...