Thursday, November 27, 2008

Sahabat yang baik..tidak ternilai harganya

"Boss..selamat pagi..sori saya menganggu ...ayah Jim meninggal dunia pukul
lima pagi tadi" kata saya dalam telefon. Terdiam seketika boss saya itu.
Kemudian saya meneruskan lagi.."dia memerlukan pertolongan".
"Okay" jawab boss saya dan kami pun mengakhiri perbualan singkat pagi itu.

Sebenarnya Jim (nama samaran) adalah kawan baik kepada pengarah syarikat saya.
Saya pun rasa agak guguplah tapi saya mesti memberitahunya akan perkara itu.
Sebenarnya Jim dan bapanya sahaja yang tinggal di Sabah. Adik-adik perempuannya
semuanya telah berkahwin dan berhijrah ke luar negeri. Ibunya pula berada di
Hong Kong bersama adik perempuannya ketika itu. Tapi syukurlah ibu beliau dan
beberapa orang adiknya sempat pulang melihat bapa mereka pada kali yang terakhir.

Salah seorang pekerja Jim berkawan baik dengan saya dan dialah yang memberitahu
saya akan hal yang mengejutkan itu. "Kasihan sungguh" kata kawan saya.
"Dia benar-benar keseorangan menghadapi ini semua.. hanya kepada kamilah,
pekerjanya yang menolong menguruskan hal pengebumian, surat kematian,
membeli persiapan ini dan itu
untuk pengebumian bapanya" kata kawan saya
dengan nada yang sedih.


"Ya...saya tahu akan perasaan itu" kata saya. Saya juga pernah kehilangan seorang
kakak yang dilahirkan cacat beberapa tahun yang lalu. "Baguslah kalau dapat
menolong Jim..dia memang sangat memerlukan sokongan dari semua" kata saya.

Sebenarnya saya telah meminta kebenaran untuk menulis cerita ini kerana ada
satu aspek yang saya ingin sentuh disini yang saya rasakan amat benar.
Kadang-kadangtu, bila didalam kesusahan, sahabat handai dan rakan taulan
yang rapat banyak memberikan sokongan moral kepada kita.

Saya masih ingat, ada satu masa itu, saya pernah mengalami stress yang amat teruk.
Saya meminta sahabat saya, Eleen untuk menemani saya untuk 'brisk walk' di
sebuah taman berdekatan bangunan Arkib. Kami sudah berjalan hampir 2
pusingan dan sebelum mengucapkan "selamat tinggal'..kawan saya memberitahu
saya bahawa bahagian kakinya sedikit sakit. (..sudah seminggu kakinya sakit)

Sayapun bertanyakan kepadanya "kenapa kamu tidak memberitahu saya.."
'kata saya sedikit kesal.
"Saya risau tentang kamu dan saya ingin menemani kamu" kata kawan saya itu.
Saya terus memeluknya. Disaat itu saya mengalirkan airmata.

Sejak hari itu, saya belajar seperkara lagi tentang kehidupan. Wang dan harta
boleh dicari tetapi sahabat yang baik dan memahami adalah umpama sebutir
permata dipasiran pantai.

18 comments:

admin said...

agree..friends are forever..

postingan yang sangat bagus..

thanks for sharing ya..

tukang nggame said...

Nice post

Sepakat... tks ya sharingnya

:: the truth :: said...

fuhhh..terharunyerrr.tue la "sahabat"...i love my fren so much..espescially sarah.die pon cam eleen.sgt bimbangkan keadaan sy klo sy ade prob..tp honey,sy da xrs cam sy berkawn ngan sara dulu da...sgt sedih :(.ms mengubah segala nye..klo la sara bleh dengar dgr suare hati sy..she will be here...but now????ermm ntah la.no comment....susah nak cr "sahabat"."kawan" mane2 leh dpt..kan honey??

n honey hopefully awk still troskan tls blog nie lagi..i lve to read ur entry.

erizabesu said...

hi honey...it is true.
Persahabatan lebih penting berbanding harta dan kekayaan.
It is great to have a friend like Eleen. It is wonderful to have a friend like you too.

take care Honey. GBU
thanks for sharing this post.

Tikno said...

Good post!
It's easy to get a lot of friend, but when in difficult situation, we can see for who is the true friend.

Apple said...

Yup, setuju ngan awk. Sahabat baik mmg diperlukan walau dimana kita berada.
Namun, nak cari sahabat baik sngt2345 susah. Dats y, lebih baik kt x meletak harapan yg tinggi kat persahabatan dari org tp meletakkan keikhlasan tertinggi kita kat persahabatan tu.

Unknown said...

Who said thhey dont believe in angel? this is an angel..an angel without wings..God send to us and we can be an angels to others too..yes friends are forever..

Medusa said...

-_-" friends r good when u meet someone who is actually "good" ..lucky u met someone special like her.. but some r not lucky.. anyway.. ^_^ hav a great day! :) lovely story honey! :D

Mira said...

honey ...

kita boleh kenal siapa "kawan" kita yang sebenar diwaktu kita susah ....

take care yer ...

:)

HoneyBUZZin said...

Terimakasih sdr Budiawan dan sdr Erik kerana sudi menjadi sahabat Honey. Saya gembira kerana dapat berkenalan dengan kalian.

HoneyBUZZin said...

Salma..sedih lak Honey dengar cite Salma tentang Sara. Apakata Salma menulis tentang Sara, tentang kerinduan Salma pada persahabatan yang lalu?...mungkin juga Sara sibuk..mungkin juga dia ada masalah sendiri..banyak kemungkinan ni... tapi kalau Salma ada no tel Sara..eloklah bertanyakan berita..tak kisahlah kalau Salma yang memulakannya dulu.. take care

HoneyBUZZin said...

Min..and C.alv.B, I hope u do find some "angels" around u. Thank God..I was blessed with many. If it wasn't for them...I could hv gone cuckoo..
U both ..takecare

GC said...

Sahabat, teman, kawan atau rakan yang menangis bersama kita adalah sahabat sebenar.

ada di antara so called sahabat adalah hipokrit, baik di depan tapi dibelakang menikam.

apa-apa pun adakalanya kita terpaksa melalui suatu ujian bersama mereka untuk mengenali sejauh mana persahabatan itu.

Honey, terima kasih kerana sudi berkongsi.

HoneyBUZZin said...

Sdr Tikno, Beck and Ryu...memang benar tu..dikala kita susah baru kita tahu mana permata dan mana kaca. Tapi seeloknya biarlah kita menjadi 'permata' didalam kehidupan orang lain.
Ada pepatah mengatakan..buat baik berpada-pada..buat jahat jangan sekali..cuma dengan bersikap begitu dan saling hormat menghormati,Honey yakin, kita akan ketemu ramai sahabat yang baik diluar sana. Salam.

HoneyBUZZin said...

Cikgu Greg..memang benar tu kata-kata cikgu. Saya juga pernah menghadapi situasi dimana kawan menikam belakang saya..tapi memang beginilah lumrah manusia..ada yang baik..ada yang tidak.
Hati saya juga pernah kecewa amat akan sifat seseorang yang saya anggap 'kawan'..rupanya selama ini dia hanya mempergunakan saya. Bila susah cari saya..bila senang saya tak nampak batang hidung.
Walaubagaimanapun...saya tak simpan kebencian itu didalam hati..hidup perlu diteruskan..asal kita tak buat orang macam tu ya. cikgu, takecare

HoneyBUZZin said...

Sis Mira...u r my friend. Bila lagi dapat ber'chatting' ni? huhu
mintak yahoo kat Datin Diaries..tlg add balik ya..Honey rindu korang taw.

ReNo said...

great post Honey, mudah2an cerita ni jadi contoh yg baik bhw we need each other! and true friend will always there for us whenever we sad or happy... persahabatan sebenar tidak boleh dinilai dgn wang ringgit! GBU

HoneyBUZZin said...

Benar tu Bro Reno....kawan yang baiklah tempat kita mengadu segala semuanya...yang menyokong kita dan memberi kita sokongan yang kita perlukan.
Terimakasih kerana sudi memberi komen..sia tahu brader sibuk aar..