Sejak kebelakangan ini saya memang agak sibuk sekali. Banyak kerja yang
perlu disiapkan. Cepat benar masa berlalu. Hari ini sahaja saya sibuk
menghadiri sebuah seminar di Le-Meridien.Bila bercakap pasal seminar tu
...maksudnya termasuklah makanan yang jarang-jarang kita makan.
Mana tahan makan makanan hotel..bukan murah tu.. Selalunya saya
'tapau' sahaja dari rumah untuk bekalan tengahari..makan ala kadar sahaja.
Asal kenyang perut..okaylah tu..
Anda tahu tak apakah yang paling membuat kita bosan bila
menghadiri seminar..atau kursus atau apa-apa sahaja? Bagi sayalah,
saya cukup menyampah apabila adanya deringan telefon. Nasib baiklah
saya dapat mengawal kesabaran saya pagi tadi..kalau ikutkan hati mahu
saja saya maki perempuan disebelah saya yang tak habis2 menjawab telefon.
Orang jenis ni memang 'bebal' sikit arr...
Lagi satu, menghadiri jamuan, majlis majlis perkahwinan atau apa-apa sahaja keramaian..adakah anda perasan..ada orang tak menepati masa?
Mengapa dan kenapa kita bersikap begitu?Adakah ini sikap orang-orang kita?
Sikap 'datang lambat' itu seolah-olah telah menjadi satu fenomena yang
sudah cukup lama sebati dalam masyarakat kita. Saya paling kasihan melihat
anak-anak yang turut hadir dalam majlis sebegini. tentu mereka kelaparan.
(saranan saya, makan sedikit sebagai alas perut sebelum menghadiri apa-apa majlis)
Saya rasa anda tentu pernah mengalaminya. Saya cukup hairanlah, mengapa
susah sangat untuk menepati masa? tak terfikirkah..bukankah sikap
'datang lambat' itu seperti tidak menghormati hos kita? Bagi saya hanya
ada satu jalan penyelesaian sahaja untuk mendidik masyarakat kita.
Tulis je dalam kad jemputan .."Makanan akan dihidangkan TEPAT pukul
....sekian-sekian...!"Senang faham bukan?...samada tetamu jemputan datang atau tidak...makanan akan dihidangkan tepat pada waktu yang tertera dalam
kad jemputan. Kalau lambat..faham-fahamlah!
12 comments:
hehe honey! ;) sseem to be understood.. lol moi.. ^_^ great to c ya around.. anyway i can sense the anger in here.. hehe.. ^_^ ya baa.. i hav experience. having/ coming to an event wer i hav to wait for everything to load/ run like in their plan.. :P understood juga tu.. its pissing i know! lol ..and its getting pissing when everyone seems not to care. Haha!
hence.. hmm i guess the girl wif the handphone really bothering u.. ^_^ ya baa biasa laa kan bising baa.. :P tia peduli org sblah2 lagi tu.. :)
...great post honey.. lov to c u around.. :) people like those on ur new writing.. "They're around".. cant comment more.. coz we knew more! LOL.. ^_^ xoxox
bercakap tentang dtg lambat.. beberapa hari lalu, kawan saya mengadakan majlis perpisahan tuk staff u. staff u tu kawan sy gak. hari tu, watak utama dah dtg namun ketua kpd watak utama belum sampai2lagi..
semua menunggu ketua watak utama tu. Sy nak gak kata mrk bodoh (dlm ati dah katakan dah). Sy xkan peduli even PM sekalipun, watak utama harus diutamakan!
honey...sya ni kalau pasal lambat punya hal memang sudah jadi perkara biasa...even smtimes, sya sendiri pun terrrr'lambat'...hehe.
sebenarnya kita ni suda dibiasakan dan terbiasa dengan keadaan seperti ini...
btw, support ko honey...the question is...macam mana kita mau kasi disiplin ni orang2????termasuk sya la juga..:)
Hi Beck...sia geram butul itu urang sebelah sia ooo..mau saja sia hempap kepala dia dengan itu file..
Tapi tia sampai ati juga la...germ diam diam jak..huhu
Ryu...sia sokong kamu...sia paling bosan tunggu urang arr..sia pandai lari punya wo..
huhu..
Kawoix..cute oo itu baby..ko kaitu?
ba..jan lagi datang lambat..
...ingatlah orang yang tersayang....Aikkksss
Sia suak betul tu kalu ada kursus atau meeting di hotel dpt makan free. Tentang org tidak menepati masa ni, sia paling tia suka. Kalu p majlis kawen sia selalu tu sediakan biskut dalam kereta takut kelaparan hehehe
Betul tu Nika...klu tidak ada spare roti ka..chewing gum ka..memang kebulur suda..
nanti esok di daily ada tertulis..
Sabtu, 32hb
Seorang perempuan telah ditemui pengsan dimajlis keramaian atas gara-gara terlalu kebulurr...adedeh..
(just kidding LOL)
orang-orang yang hadir ke seminar adakalanya bukan berniat untuk menghadiri ceramah pun, tetapi lebih pada mencari kenalan baru atau pun tayang model telefon baru.
Satu pembaziran betulkan. Ada pula tu sesetengah dari mereka sebenarnya menghadirkan diri di seminar kerana ingin lari dari tugas rasmi di pejabat, kononnya sudah bosan di pejabat cuba cari peluang lain, sedangkan pada hakikatnya mereka bukan buat kerja pun, hampah betul.
tentang datang lambat ke sesuatu majlis atau acara, yang ni memang susah, dari bangku sekolah lagi sudah ada penyakit ni. silap haribulan di rumah mereka pun macam tu, suka buat hal perlahan-lahan, atau melambat-lambatkan sesuatu perkara
:)
dari dulu lagi... memang sikap suda ada mcm ni.. cuma kena bertimbangrasa dengan yang lain saja lah..
Teacher Greg,
Betul kata-kata cikgu...macam2 diurang punya gaya ni..memang satu pembaziran kalau tidak dimanfaatkan sepenuhnya. Terimakasih kerana memberi komentar..saya tahu cikgu sibuk. thanks
San..betul tu..saya cukup geram dengan orang sebelah saya yang langsung tak prihatin. Iyalah..macam2 manusia ni...
Post a Comment