Saturday, November 8, 2008

Tanakvagu my friend!

Gambar ini diambil dari blog Tanakvagu-Fred, Kota Singa.

Saya dan Tanakvagu berkawan baik bermula dari siber chat di sebuah ruangan forum. Dia adalah sahabat siber saya yang pertama..semuanya bermula dari forum, kemudian ke Sabahan Blog (Butod) dan sehinggalah kami membuka blog masing-masing. Di Sabahan bloglah kami bersembang dan mula mengenali ramai-ramai sahabat lain seperti Andrik, Reno, Brader Butod, Casper, San, Sweetlady(sweet), Wel, Tot dan ramai lagi. (Maafkan saya kerana tak berapa ingat nama kawan-kawan yang lain)

Saya menganggap Tanakvagu macam adik saya sendiri. Bestla bercerita dengannya di forum..bermula dari thread berjudul "Temujanjiku dengan Honey" yang dibuka olehnya dan kemudian ke thread "Hi Honey" dimana thread ini dibuka pada 31 Mac tahun ini oleh seorang forumer dari Jakarta, Indonesia yang bernama Luv-luv.
Seringkali kami bercerita apa sahaja di ruangan forum itu...dari bersenam, masakan dan cerita-cerita seharian yang melucukan.

Untuk Fred...Terimakasih kerana sudi menjadi sahabat Honey yang pertama di alam Siber ini. Kamu adalah sahabat dan adik Honey yang baik. Jangan lupa pulang ke Sabah!
Untuk kawan-kawan bloggers yang lain, terimakasih kerana menjadi sahabat saya. Mari kita teruskan 'berblogging' dan berkenalan sesama bloggers. Bagi saya..anda adalah yang terbaik. Salam sejahtera.



11 comments:

Boy said...

hi sister..sia baru terima pesanan ringkas kamu tadi :)

pada mulanya memang sia mencari teman d siber semasa keberadaanku d sini,agak lama sia d post itu.yg sia ingat kamu,zahil dan
sis rita(semananjung) malah sampai berbalas pantun lagi... :) hehe

SAMPAI ada yg mengaku jatuh cinta wakakaka..sis trimakasih ya post tentang kita.

mulanya memang agak terharu mambaca post kamu yg indah ini.
sia menangis juga sekijap.. :)

seriusleh..sia mau peluk kamu sis. :)

HoneyBUZZin said...

Tanak...u r like a brother to me. jagalah diri kamu bagus-bagus di rantau orang. Jangan lupa kampungmu disini.
TakeC..kalu ada apa2 problem, talipaun sja. Jan lupa p gereja.
Tanpa DIA kita bukan sesiapa. Shalom!

Boy said...

:) OK sister..

sis ok bah..juga sia d sini.
iya iya..

Unknown said...

Ya,,berkawan tanpa sempadan. Alam siber mmg bgs jika digunakan baik2. Sa pun mula mendapat ramai kwn baru dr alam siber. Bermula dari Nuluhon forum..Sabah Forum..

HoneyBUZZin said...

Betul tu c.alv.b, kalau digunakan baik-baik memang membawa manfaat. Selain kamu, Beck, Minsulod dan ramai lagi yang saya kenal sejak saya membuka blog ini.. saya gembira sekali kerana kita dapat berkenalan di alam ini walaupun tidak pernah ketemu.

--- said...

maalum labaini ni, perkawanan tidak pernah ada batasnya, mcm tu lagu bangau:

bangau oh bangau,
mengapa engkau kurus,
Macam mana aku tak kurus,
aku mau ramping.. kekekekek

last2....
Ular oh ular,
mengapa kau makan katak?
macam mana aku tak makan,
aku tak mau diet..kekekekekek..

Kawan oh kawan,
mengapa engkau tak makan aku,
macam mana aku nak makan,
engkau kawan aku.. nah...

itu ular sama katak kadang2
tidak bengam, selalu saja
makan katak, hehehehehehe..

Dan kawan oh kawan
mengapa engkau kawan,
macam mana nak jadi kawan
nanyi lagu bangau... kekekekek

Bah, bah, life is open to everyone,
everytwo and everythree... so on..
begitulah kejadian... heheheheh..
bagus bah banyak kawan, buli minum2 beer, minum apa sajalah... yg penting ada stok, hehehehe..

Bah2... Take Care all.. :)

Apple said...

Hey, this is sumthin personal from Honey and i like em. So, why theres no love bet you n Tanakvagu by the way? OPs! Crossing the line, hehe.. Write more!

ReNo said...

honey, jan lupa kasi masuk nama sy dlm senarai kawan bloggers ko ah? thanks...

HoneyBUZZin said...

Huhuhu San...beer apa yang ko ada ne San...bukanka ko selalu p minum tapai..ahakz!

HoneyBUZZin said...

Ryuzaki..tanakV and I are not meant to be couple..just good friends. you should get to know him..he's such a nice bloc.

HoneyBUZZin said...

Renoooo...ko tia nampak muka encem kmu ka? nanti sia kasi link la ba..like the rest..sia kasi promote dulu blog kmu...nanti sa tukar lagi hari 4...orang lain lagi...
ThankQ for visiting my blog. keep on Blogging arr Reno..