Saturday, February 7, 2009

Cerita kita berbeza..

Saya ingin memulakan postingan hari ini mengenai sebuah cerita yang pernah saya baca dari sebuah artikel mengenai seorang kelasi laut yang pernah terdampar di sebuah pulau yang jauh dan tidak berpenghuni. Bayangkanlah...sekiranya itu yang terjadi pada diri saya...mungkin perkara pertama yang akan saya lakukan ialah menangis sekuat hati saya. Apa tidaknya..tidak ada seorangpun di pulau yang tidak berpenghuni, tiada pula tempat berteduh dan tiada pula makanan dan lain-lain keperluan asas. Tentu panik..apa bukan?

Tapi lain pula cerita kelasi ini. Kelasi yang terdampar di pulau ini tahu bahawa dia perlu berbuat sesuatu diatas musibah yang menimpanya. Dia tahu untuk 'hidup' dia perlu melakukan sesuatu. Perkara pertama yang dilakukannya ialah mendirikan tempat berteduh sementara dan mencari makanan di pulau itu. Setiap pagi juga si kelasi akan pergi ke tepi laut dan menghidupkan unggunan api dan mengharapkan sebuah kapal akan nampak isyarat asap itu. Dia membuat perkara yang sama setiap hari, malangnya bulan demi bulan dan tahun bergantian tidak ada seorangpun yang datang menyelamatkannya. Dipendekkan cerita, si-kelasi itu terpaksa tunduk menyerah kalah pada nasib buruk yang menimpa dirinya.

Pada suatu petang, semasa hujan lebat dan petir sabung menyabung, pondok yang didirikan oleh si kelasi telah terbakar disambar petir. Si kelasi terlalu pasrah...dia langsung terduduk diatas pasir pantai lalu menangis sekuat hatinya.."Oh tuhan...mengapa kau perlakukan aku sebegini..""Satu-satunya tempat tinggalku..kau biarkan ia musnah juga..".."lebih baik sahaja aku mati..." katanya.

Apa yang dia tidak tahu, keesokkan paginya sebuah kapal datang berlabuh di tempatnya.

"Kami nampak kepulan asap yang tebal di pulau ini".."setahu kami, pulau ini tidak berpenghuni..oleh itu kami tahu adanya seseorang terkandas disini"

Nah..tu dia!

Cerita diatas sedikit sebanyak telah mengubah cara saya berfikir apabila menandatangi sesuatu masalah itu. Terus terang saya katakan disini bahawa saya juga ada menghadapi beberapa masalah di tempat kerja. Saya bekerja di sebuah syarikat swasta dimana rata-rata pekerjanya adalah lelaki. Saya yang 'lone ranger' di sana. Anda tentu dapat memahami cabaran yang saya hadapi apabila berdepan dengan mereka.

Contoh yang ternyata...saya tak bolehlah pakai 'mini skirt'..tak boleh pakai pakaian yang menyeksakan 'mata' mereka...(uhuk-uhuk..) kedua, adalah perihal bab tandas ..dapatkah anda bayangkan stress yang saya hadapi setiap kali masuk dalam tandas...air kencing bersepah-sepah.....sungguh menyeksakan! alahai..
Maka terpaksalah saya membuat sesuatu untuk mengatasi masalah tersebut..susah betul mao perah otak atasi masalah spesis 'dominant' ini...sungguh memeningkan kepala. Ahakss!

Apa yang nyata, masalah tetap ada..cuma cerita kita yang berbeza.

19 comments:

GC said...

mungkin ada " blessing in disguise " seperti dalam cerita kelasi tu

bagi saya setiap perkara yang berlaku pada diri kita adakalanya sukar untuk kita telan, tapi kalu di kaji semula mungkin ia berlaku atas kehendak Nya.

Sabar menempuh dugaan, walau pun saya tidak merasa seperti mana yang kamu rasa, percaya lah "cerita" kita semua sama tapi tidak serupa.

Mujos said...

begitu lah kehidupan honey...kadang2 apa yg berlaku tu ada hikmah di sebaliknya... tapi kita yang lambat memahaminya...bagaimanapun... kita berserahlah kepadanya .. TUHAN yang maha ESA...

Haris said...

Begitulah Honey... setiap orang mempunyai masalah.

Kita berusaha menyikapinya dengan bijak. Masalah itu yang akan makin mendewasakan kita, jika bisa menyikapinya secara positif.

Apple said...

Hoho.. Kisah yang ada moral disebaliknya. Ada baiknya jika bersyukur dengan apa yang ada kerana setiap yang berlaku itu pasti ada makna dsebaliknya.. Tryin to be positive.. hmhm

Belle Edwin said...

emmm..what life without challenge kan...

admin said...

saya senyum-senyum pas baca yang ini :

air kencing bersepah-sepah.....sungguh menyeksakan!

bagaimana bisa? jorok sekali... :-(

mintalah sama your bos untuk dibikinkan special rest room buat honey..hehe

zener_lie said...

ternyata point judul cerita kita berbeda itu di terakhir toh :)

Bambangan @ Ony said...

Disebalik setiap pintu yg ditutupNya tidak menjanjikan kebahagiaan yg mana pada akal fikiran kita itulah jalan terbaik menuju kpd kebahagiaan. Seringkali kita merungut bila mana pintu2 berkenaan ditutup padahal kita hampir mencapainya, sebagai contoh, tali pertunangan yg telah kita ikat selama bertahun tiba2 putus walaupun kita mengandaikan pasangan kita adalah secocok utk kehidupan kita, tetapi Tuhan telah menutup pintu yang kita anggap itu sebagai puncak kebahagiaan kita, malah kita menyalahkan Dia kerana tidak membantu mempertahankan ikatan berkenaan.

Tetapi ketahuilah, setiap kita telah punya rencana kebahagiaan yg tersendiri. Dia tidak akan membiarkan setiap kita ini menuju kpd kesengsaraan.

Dan yg pasti setiap pintu yg ditutupNya, akan ada lagi pintu yg baru dibuka. Bersyukurlah untuk setiap pintu yg telah ditutup itu kerana ia tidak akan memberi kita kebahagiaan yg terbaik.....

Unknown said...

that's a life! but, whatever your problem, don't ever give up! Just struggle and pray.

rahma said...

hhhmmm... cerita yg bagus utk pagi2 begini... sy tngh down skrg ni. tp lepas baca ni ada la naik sikit ^-^

sy pun kerja dgn staff lelaki jgk, dulu klu p sampling sm2 dorang, mesti extra careful... tau la lelaki ni... nasib baik bos jenis yg understanding n jg me very well... alhamdulillah, setakat ni teda apa2 yg jd la... ^0^

ganbatte honey san!! ^0^

Unknown said...

Tuhan tidak akan menguji kita di luar batas kemampuan kita. Satu yang penting honey..sentiasa percaya kepadaNya..He will answer in the right time..just dont stop praying.. God Bless You!!

HoneyBUZZin said...

Salam buat cikgu Greg kerana selalu memberikan respon yang baik di blog Honey.
Kadang-kadang saya ada juga terfikir..mengapa terjadi hal ini atau hal itu dalam hidup saya..saya tidak menafikan segala yang berlaku itu mungkin berlaku diatas kehendakNYA.
memang kekadang itu sesuatu pengalaman hidup yang kita lalui itu sukar ditelan tetapi secara tidak langsung peristiwa yang kurang baiklah yang sebenarnya mendewasakan kita. Ambil yang jernih, buang yang keruh.
Hidup tanpa sebarang cabaran tidak bererti apa-apa..dan tidak ada masalah yang tidak dapat diselesaikan..barangkali mungkin kita belum 'nampak' cara yang terbaik untuk mengatasi masalah itu.
Saya mengharapkan yang terbaik untuk cikgu. Jaga kesihatan..jangan diingat lagi perkara yang sudah berlaku. syg cikgu. TakeC

HoneyBUZZin said...

Brader Shalom dan brader Erik - "Iya..Honey setuju"..terimakasih.

Ryuzaki - memang itulah yang Honey cuba sampaikan..langit tidak selalu cerah!

Belle - betul tu! Hugs

Budiawan my friend - hahaha..sekarang sudah ok sikit ..sebab ada sokongan dari bos yang baik hati dan prihatin. Thanks!

Zener_lie - iya...cerita kita berbeda my friend!

HoneyBUZZin said...

Bambangan my friend..betul tu, Honey bersetuju dengan komentar kamu. Saya rasa begitulah juga..walaupun kadang tu ada perkara yang begitu sukar untuk dihadapi..cabaran hidup yang begitu payah dilalui..tapi iyalah, bukan semua perkara yang kita lihat dan fikir itu membawakan kebahagiaan. God may have better plan for us. Shalom.

HoneyBUZZin said...

Fanny - iya..selalu juga saya berdoa tentang masalah ini. Thank you my friend.

Rahma - Honey happy sebab cerita itu menaikkan sedikit semangat sis yang 'down' tu. Pelan-pelan ..TakeC

C.Alv.B - Yea..I know. Thanks dear.

--- said...

Kalaulah saya berada didalam situasi seperti itu, saya akan cabut tu pukuk kalapa.. sa buat rakit.. nah.. babay kau pulau... sa mau jalan sudah.. (Dalam hati saya)...

tapi mampukah saya yang kerdil ini mencabut segala apapun jenis tumbuhan dipulau itu?

Persoalannya terletak pada kemampuanku.. :)

Andrik McVean said...

Satu-satunya tempat tinggalku..kau biarkan ia musnah juga..".."lebih baik sahaja aku mati.
uinah...memang ayat skema butul tau..heheheh

E-Tavasi said...

Kesian ko sana kan lone ranger..air kencing bersepah2 hehe.. bah suruh bos ko bikin tandas special..bagi wanita sahaja...

Kalau pulau tidak berpenghuni mesti banyak sumber makanan tuu.. hehe

bah cabaran hidup saja tuu.. mesti relaks steady menghadapi cabaran
(^^,) best juga cerita kelasi ni

HoneyBUZZin said...

San.....mampukah kamu membuat rakit saturang? Jauh tu!

Andrikkkk...hahaha...tia boleh tulis kasar2 arr..ada budak sekolah baca punia woo..

Etavasi my friend...hahaha..ok suda sekarang la...honey ok. Don't worry.