Wednesday, February 18, 2009

Menipu, ditipu dan tertipu...

Hampir setiap hari saya terpaksa membuang kad-kad jemputan dari 'along'
yang terselit dicelah-celah cermin kereta saya. Semakin hari, semakin banyak
pula kad-kad mereka. Kalau dikumpul memang boleh jadi seguni. Semacam ada satu pertandingan pula diantara mereka untuk mendapatkan pelanggan. Uhuk! uhuk!

Cerita 'along' tidak pernah habis..begitu juga dengan cerita-cerita penipuan
lain seperti kes penipuan nombor ekor, skim cepat kaya,(pyramid), peraduan
gores dan menang, kes 'filter air'..dan bermacam-macam lagi. Kita memang
sudah maklum bahawa semua ini adalah kes penipuan dan seperti biasalah..
kalau ada yang menipu..ada pula yang ditipu dan tertipu.

Tapi cerita saya kali ini mungkin berlainan pula dari yang ada tersenarai
diatas. Jangan pergi kemana-mana..baca sehingga habis...anda tentu terperanjat!

Begini ceritanya.

Beberapa tahun yang lalu, ibu kepada sahabat baik saya mengalami sejenis
penyakit mata yang sukar diubati. Saudara mara sebelah pihak ibunya, telah memperkenalkannya dengan seorang dukun. Kawan saya marah juga sebab
dia tidak percaya akan hal dukun-dukun ni sebab baginya lebih baik berjumpa
dengan pakar mata..kalau sah tidak ada perawatan untuk penyakit matanya
yang ganjil, barulah dicuba rawatan tradisional yang diiktiraf dan juga
bersertakan doa..katanya kepada saya.

Dipendekkan cerita..pada hari ibunya ditemani oleh adik iparnya ke tempat
si-dukun.. si dukun 'auta' ni memberitahu ibunya bahawa ada 'sesuatu' yang
tidak baik pada dirinya. Hanya ada satu cara sahaja untuk membuat
perawatan 'pemulihan' matanya itu.

Anda nak tahu....si dukun 'bedebah' itu memberitahu bahawa penyakit
mata seperti itu hanya boleh diubati selepas menjalankan upacara meniduri
adik ipar sahabat saya yang cantik itu!

Aha!..ini memang jelas kes menipu! Saya tidak tahu mahu tergelak atau tidak?

Lagi satu..Masihkah anda ingat akan paparan cerita anak-anak muda kita yang
tertipu dalam mencari pekerjaan di rantau orang gara gara agen-agen yang tidak berperikemanusiaan itu? Saya tidak pernah melupakan kes itu
kerana saya faham masalah rumit sebegini hanya akan dapat diselesaikan dengan
kerjasama dua hala dari pihak yang berkuasa.

Liputan cerita ini pernah disiarkan di akhbar 'Daily Express' dan juga
pernah dipaparkan didalam blog seorang blogger - San (piasau) dan para
blogger yang lain seperti Wel yang amat prihatin dan kesal akan kejadian
tersebut.

Saya sungguh mengharapkan kita tidak akan melupakan kejadian penipuan
sebegitu dan terus menerus menjadikan blog kita sebagai satu saluran penyebaran
maklumat yang baik. Akhir kata dari saya...berhati-hatilah...

Jangan sekali kita menipu..jangan mudah kita ditipu..jangan pula mudah tertipu.

15 comments:

Haris said...

Benar Honey, sekarang banyak sekali peniuan, dan beragam cara penipuannya.
Kita mesti hati hati agar tidak menjadi korban penipuan

Apple said...

Hmm.. nampak sngt dukun tu menipu. Apa kaitan org len tidur dengan dia tuk sembuhkan org lain pulak. Jgn ada yg terperangkap dengan penipuan bodoh mcm ni sudahla.. Haha..

--- said...

Saya takut jadi korban... saya sentiasa berhati-hati.

:: the truth :: said...

betol2..kene sentiase berhati2 la kan..skang nie cam2..diorg nak dpt kan duet ngan cr yg mudah..senang hidup diorg nak.susah cket xmo adap..cam2 laa

Unknown said...

yup! mesti hati2, soalnya sekarang cari uang makin sulit, makin banyak orang yg mencoba cari uang dg menipu.

Anonymous said...

Hati-hati dengan bomoh. Ramai bomoh menipu sekarang ni. Ini adalah satu amalan nekromansi yang dikutuk Tuhan. Amalan berjumpa bomoh atau sesiapa saja yang menggunakan jampi serapah, memang dilarang dalam Kristian. Amalan ini sudah menular dalam banyak gereja sehingga ramai penganut yang terpengaruh dan menganggapnya bukan dosa. Saya rekomen buku "Nekromansi : Amalan yang dikutuk Tuhan". Buku ini juga disokong dan direkomen oleh ramai pemimpin gereja seperti Roman Katolik, SIB, GPI, Calvary, Basel dab beberapa lagi..

admin said...

waduh honey..sound crazy..cara dukun itu menyembuhkan dengan meniduri?
ridiculos..

di indonesia kasus (case)penipuan seperti ini juga sering terjadi. and you know, the 'funny' thing is..selalu ada orang yang percaya.

kita harus waspada dengan perangkap si penipu2 seperti ini.

Thanks for sharing..

Joel Johnny said...

Entahlah, macam sudah jadi lumrah dah sekarang ni.. Menipu untuk kesenangan dan kepentingan diri sendiri..

Pada sia, mungkin sikap lebih berhati hati itu perlu ada dalam diri setiap kita..

Ada pepatah berkata... jangan percaya orang lain selain dari diri sendiri... Ermmm..thinking..

Mujos said...

palui dukun ni.. terang2 penipu cuba ambil kesempatan dan yg hairannya ramai juga yg percaya dan tertipu.. walaupun benda ni karut.. kita hati2 lah.. dan sentiasa beri nasihat terutama orang2 yang dekat dengan kita...Thanks for sharing honey...

D.L Sumunie said...

Bukan angkuh mahu pun ego tapi kalau bomoh ni saya kurang percaya...setiap kita ada kepercayaan agama masing2 kalau sudah dengan cara pengerasnya meniduri seorang perempuan bagus sa kasi tidur itu bomoh selamanya enda guna hidup bukan mau tolong mau kasi susah ada. :/

HoneyBUZZin said...

Erik - selepas saya mendengar cerita itu, saya menjadi seorang yang lebih berhati-hati. Orang menipu ini sanggup buat apa sahaja.

Ryuzaki - memang dukun itu seorang yang penipu. Budak sekolah tadika pun boleh tahu dia menipu.

San - ya..hati hati..jangan mudah ditipu dan tertipu!

HoneyBUZZin said...

Salma - memang betul tu..zaman sekarang dah lain. banyak betul penipuan yang berlaku. Ini baru satu cerita. Banyak lagi tu kalau nak diceritakan...cukup sahaja dengan cerita ini. nanti org boring lak nak baca..

Fanny - ya, Honey setuju.

Brader Oiga - Dimana saya boleh mendapatkan buku tersebut? let me know, would like to have a copy.

HoneyBUZZin said...

Budiawan - It does sound crazy...memang beyond joke la..tapi memang pernah berlaku. Dimana-mana sahaja ada penipuan cuma taktik yang digunakan berlainan. Berhati-hatilah my friend!

Johnny - saya rasa kita jangan TERLALU percayakan orang yang baru kita kenali. Kadangtu ada..udang disebalik mee..aikk!

Shalom my bro - Dukun itu memang 'palui' sikit arr...where got such thing!

DL Sumunie - betul tu. Kita mesti sentiasa berhati-hatila..memang ada manusia yang tidak ber'tamadun' yang sanggup menipu orang lain. Lain hari derang taula...

E-Tavasi said...

Wahh.. kes menipu, ditipu dan tertipu..hebat ni..yang penting kita tetap berhati-hati lah kio :) yang kes dukun tu bahaya juga solution dia main tidur2 apa nii..

HoneyBUZZin said...

Etavasi - Betul tu...mesti berthati-hati. Dunia sekarang sudah lain.