Wednesday, February 11, 2009

Saya bukan "ALONG".....

Saya masih ingat akan sebuah iklan yang agak lucu dimana seorang lelaki
tionghua memainkan peranan sebagai peminjam wang - "ALONG".
Dengan ketrampilannya yang menyerupai 'ALONG'.., gelang emas,
rantai emas besar-besar..muka gangster..huhu..meminjam wang dan
segalanya, katanya tidak menjadi masalah. Lepas tu, lampu dipadamkan.
Aahh...bukan "along" yang cekik darah rupanya...

"Saya bukan "Along"..saya cuma mau tolong!!"
katanya.. wakakakaka. Buat suspen jer!

Hari ini saya bukan mahu cerita pasal "Along" tapi satu topik yang saya
paling malas mau cerita..tapi mau cerita jugalah..sebab kadang-kadang
tidak tahu hendak berbuat apa-apa.

Tengahari tadi sewaktu saya ke pejabat pos dengan Ju__, saya menerima
sebuah panggilan. Panggilan sebeginilah yang paling boring sekali kalau dapat.
"Mau mintak tolong..pinjam wang" katanya.
"Berapa banyak?" saya bertanya kepadanya. "_____ringgit" katanya.

Saya sekarang didalam dilema. Macam dalam filem animasi, selalunya ada babak
dimana mereka akan membuang satu demi satu kelopak bunga..dan
dikatanya..."He loves me.." dan dibuangnya sehelai kelopak bunga, dan
dikatanya lagi.."he loves me not"

Nah..serupalah dalam kes saya..tapi minda saya pula yang berpusing ligat.
' tolong '.. 'tak nak tolong' ..' tolong' .. 'tak nak tolong'...saya berfikir pula.
..laaaa....nanti kesian pulak kalau tak tolong..hmmm...kalau tolong,
dia bayarke? Macam-macamla dalam fikiran ini.

Dua minggu yang lalu saya juga menghadapi masalah sebegini dengan
seorang kawan yang lain. Sama juga kesnya...minta pinjam wang! Dijanjinya
akan melangsaikan hutang dalam masa dua hari. Aikkk...dua hari?..
mengapa mesti bersusah payah meminjam kalau dapat melangsaikan
wang sebegitu cepat? Saya tak berikan pinjaman padanya. Baru-baru ini
saya mendapat cerita bahawa si-kawan ini 'songlap' duit pengurusnya,
pelanggannya dan kawan-kawannya yang lain..Nah pa saya bilang!

Saya bukanlah kedekut..atau tidak mahu membantu rakan-rakan
yang ternyata susah. Tapi biarlah benar-benar susah dan mestilah
mengikut kemampuan saya juga. Bab 'pinjam meminjam' ni saya tidak
berapa sukalah...sebab perkara begini akan menyebabkan kita
kehilangan kawan. Kalau si-peminjam memulangkan wang kita..ok,
kalau tidak KO!

Pernahkah kawan-kawan mengalami dilema yang sama seperti saya?
Saya ingin tahu bagaimana kamu mengatasi masalah itu! Saya percaya, kamu
tentu ada cerita sendiri!

(*ALONG* - nama panggilan yang digunakan oleh masyarakat tempatan kepada
si peminjam wang yang mengenakan kadar faedah yang tinggi )







12 comments:

zener_lie said...

kalau kecil aku kadang tak peduli. jika besar aku baru berpikir.

tapi jika uang dipinjam tak kembali sakit. tapi aku lebih sakit jika koleksiku ipinjam tapi tak balik. koleksi sesuatu berarti benda itu susah didapet. pinjam tak balik bagaimana aku mendapatkan benda itu :(

Unknown said...

Dulu saya selalu menghadapi keadaan macam ni... dan saya ini terlalu naive..tolong saja...last2 sampai sekarang..habuk pun tarak. Learn from the mistake...saya tidak peduli sdh dgn org2 seperti ini..kawan makan kawan..

Ternyata after a few years 'mereka' dapat contact saya balik dan minta pinjam lagi...saya tidak bagi..then 'mereka' cakap..'kamu ni betul2 sudah berubah la. Saya lebih suka kamu yang dulu'..nah apa pendapat kamu? kwn macam ni.. hanya mau mempergunakan kawan..mereka mahu 'kawan' bukan 'sahabat'. So..saya tidak peduli.. kalau mereka betul2 mau byr balik..at least 1% from the hutang kita akan dapat bah..Ini tidak. Susah..and saya tau yang mereka ni kuat enjoy..time ada duit pura2 'menghilang' dari kita..dapat tau mereka sedang enjoy..time susah baru cari.

Tapi Honey..I'm sure ko boleh bezakan yang mana sahabat sebenar. Sebab kadang2 pertolongan kita yang kecil dapat mengubah hidup mereka ada juga pertolongan kita yang berlebihan akan 'merosakkan' mereka.

Beautydaffodil said...

Sblm memberi pinjam, ada baiknya kita tanya dlu duit itu untuk apa, dr situ kita boleh nilai sendiri kemampuan dia utk membayar balik. Kalu kita rasa kawan kita tu mampu bayar balik, apa salahnya membantu.

Kalu tidak, pandai2lah cari alasan menolak yg tidak menyakiti hati si kawan.

Unknown said...

memang susah. dipinjami salah, gak dipinjami salah juga.

serba salah deh.
gara2 uang bisa melenyapkan persahabatan.

harus pandai lihat situasi, Hon...
apakah dia benar2 dalam kesulitan atau tidak.

GC said...

heran ya apabila kita tidak mahu beri pinjam duit, si peminjam anggap kita jahat tidak mahu membantu mereka yang dalam kesusahan, dan mula menjauhkan diri.

tidak kah pernah mereka memikirkan kita juga mungkin ada masalah sendiri.

saya setuju dengan pandangan kamu, bab pinjam-meminjam ni boleh merosakkan suatu persahabatan malah mungkin juga saudara mara.

Haris said...

Memang serba salah ya. Menurut saya, kita nilai dulu untuk apa akan digunakan, apakah orang tersebut dapat dipercaya? Layakkah dia dipinjami?

Jika dapat dipecaya dan layak,
Kemudian apakah kita mampu meminjamkannya?
Seberapa besar kita mampu bantu? Jangan terlalu memaksakan diri, sehingga diri kita nantinya malah jatuh dalam kesulitan juga.

Banyak yg meminjam dengan memelas, namun saat kita tagih pinjaman tersebut, malah marah-marah.

Biasanya kalau dia mau pinjam terlalu besar, maka saya tolak permintaannya dengan alasan tertentu. Jika saya bisa bantu, tidak sepenuhnya, misalkan dia mau pinjam 500, maka saya pinjamkan 100, dengan memperhitungkan seandainya dia tidak bisa mengembalikan,saya bisa mengikhlaskannya.

Apple said...

Setuju ngan pandangan2 kat atas. Tpkan, skrg kebanyakan along ada yg berlesen, rujukkan shj kawan kamu kat along honey, abis cerita. Hoho..

Clarence said...

post ini mengingatkan saya kembali time di Universiti dahulu..trend pinjam meminjam ini memang lumrah dikalangan pelajar. Kalau difikirkan betul, memang betul juga kata kamu. Kalau ingin meminjam ataupun meminjamkan wang sekalipun, biarlah dengan orang yang betul-betul kita kenali dan boleh diharapkan.

HoneyBUZZin said...

Zener_lie..- bab meminjam koleksi kesayangan itu yang paling 'sakit' kita rasa.
Lain kali tidak usah dipinjam ama kawanmu lagi. :(

C.Alv.B - those friends just take u for granted ja...salam buatmu alv. takeC

Adora - ya,..selalunya banyak betul alasan tu..
masalahnya..derang bayar ka inda?

HoneyBUZZin said...

Sang cerpenis - susah tidak bagi pinjam..lain kali ketemu, mungkin tidak berkawan lagi.

Cikgu Greg..betul betul dan betul lagi. Kalau kita pinjam..kita takut derang tia bayar..kalo tia pinjam, dia bilang kita tia mao tolong..nanti hilang kawan lagi..adedeh

HoneyBUZZin said...

Erikkkk.. - gimana kabarmu? Betul tu. Honey sokong. memang bernas kalau difikir saranan abg Erik! Thanks

Ryuzakiiiii.....hahahaha, betoi betoi

Clarence - memang gitulah...tapi selalunya bila suda kasi dan tidak diberi balik, baru tau itu kawan teda guna. tapi nasi suda jadi bubur lo..huhu

ღ NinieJane ღ said...

sa pun perna experinced sama.. last2 after 3 years, dia pura2 tia tau hutang dia sama sa.

mau tagih pun malu ni huhu