Thursday, September 25, 2008

Cerita disebalik sekeping cikolet ...

Semasa saya kecil, saya tidak pernah susah. Ayah selalu menunaikan apa sahaja
permintaan kami, dengan kata lain, nak ini..dapat ini...nak itu..dapat itu..Kawan kawan sekolah pun agak terkejut melihat cara saya berbelanja.

Tetapi pada masa yang sama, saya agak hairan dengan sikap ibu, kerana ibu bersikap sebaliknya pula. Ibu tidak pula melayan sangat kehendak hati saya. Ibu hanya akan membelikan kami sesuatu apabila kami berkelakuan baik..dan selalunya, ibu hanya membelikan sekeping cikolet Mars dan kami tiga beradik terpaksa berkongsi pula.

Kami kurang mengerti pada masa itu, mengapa ibu bersikap demikian atau kedekut..bukankah kita berkemampuan? Mana cukup makan berkongsi sekeping cikolet sahaja? Tidak bolehkah ibu membeli setiap seorang sekeping?..inilah yang selalu bermain difikiran saya. Nak tanya, takut pula ibu marah.

Saya tidaklah begitu menyukai ibu ketika itu, mungkin kerana saya kurang faham

akan sikap ibu. Tetapi apabila saya dewasa kini, barulah saya faham erti disebalik
semua ini. Ibu memang sayangkan kami...Ibu banyak menyelitkan nilai murni didalam
setiap perbuatannya. Kerana ibulah, kami adik beradik sangat akrab.
Kerana ibulah kami belajar untuk berkongsi dan menyayangi satu sama lain.

Tetapi saya sedikit kecewa dengan ayah..bukan kerana saya tidak sayangkan ayah, tetapi ayah hanya tahu menyayangi kami dengan cara memberikan kebendaan. Ayah sebenarnya tidak tahu bagaimana untuk menyayangi kami.

Mungkin dengan membelikan barangan yang kami minta, ayah sangka dia telah
dapat menyempurnakan tugasnya sebagai seorang ayah..tetapi tidak begitu sebenarnya.

(Ini bukanlah cerita hidup saya, tetapi keluhan hati sahabat saya, sewaktu kami
bersarapan bersama pagi tadi..beremosi pulak kawan saya tu pagi ini...

...hmmm..nasib baik ada roti canai didepan mata...hehehe..apa apapun..makan dulu..)

Kasih sayang itu tidak boleh ditukar ganti dengan wang ringgit dan kebendaan. Saya
cukup bersetuju dengan kawan saya itu. Dengan zaman yang semakin mencabar ini,
kita terlupa bahawa ada yang lebih penting dari wang. Mencari nafkah itu penting tetapi
jangan sampai mengabaikan orang yang kita sayangi.

Saya ingin berkongsi satu cerita yang pernah saya dengar tidak berapa lama dulu. Begini
kisahnya...

Ada seorang anak yang setiap malam bertanyakan kepada ayahnya (seorang
peguam)soalan yang sama .."ayah, mari bacakan saya buku ini...""Maafkan saya, nak...ayah masih ada banyak kerja yang belum lagi siap"..Beginilah jawapan yang diterima oleh si anak
sehingga pada suatu malam, si ayah sudah agak bosan kerana kerjanya seringkali tergendala akibat diganggu anaknya yang meminta ini dan itu darinya.Lalu si ayahpun mengherdik anaknya itu..

"Anak, ayah benar-benar sibuk..kamu tahukah, saya dibayar $100 sejam oleh
pelanggan yang datang mendapatkan nasihat?

Si anak berlalu pergi dengan perasaan yang agak kecewa. Sejak dia dimarahi, dia tidak
lagi pergi ke kamar ayahnya. Si ayah berkata kepada dirinya..'..akhirnya anak aku mengerti
juga..' dan meneruskan kerjanya.

Setelah beberapa lama, pada satu malam, si anak pun masuk ke kamar ayahnya lalu
berkata..

"...ayah, disini ada wang sebanyak $100 yang saya kumpul, saya ingin membeli
masa satu jam dari ayah"

..Hmmm....yang lain-lain tidak perlulah saya ceritakan lagi. Anda fikir-
fikirlah sendiri.

3 comments:

Medusa said...

:P hmmm nowadays money is too important .. >_<"" call em anything.. wif any words.. but.. (materialistik laa paling famous kan..? :P..lol)but there is no way to cope wif our world today without $$$ .. p kadai pun.. hehe sorry laa dgn 5cent we can buy 3 sweets! :P duiii.. >_<""

HoneyBUZZin said...

It's true Beck..we can't cope without money. As for me, save some money for rainy days, cut some unnecessary spending..
Bukan materialistik..tapi susah klu teda duit woo...

--- said...

Nah, itulah bah...money, money, money, .... materialitik tu lain skop...