Saya tidak tahu apa itu kematian. Semasa kecil, saya hanya tahu bila ibu mengatakan sipolan ini atau si polan itu telah meninggal dunia dan itu bererti kami tidak boleh pergi kesana. Kematian bermaksud memakai baju berwarna hitam atau putih dan seseorang itu telah meninggalkan kita. Itu sahaja yang saya tahu mengenai kematian.
Apabila umur semakin meningkat dewasa, saya mula menghadiri pengebumian..tidak kiralah yang saya kenal atau tidak. Seperti kematian abang seseorang, kakak seseorang, ibu, ayah atau kematian seorang sahabat.
Saya masih ingat, tidak ingat lagi tahun bila, saya ada menghadiri 4-5 pengebumian. Saya sedih apabila lagu "AMAZING GRACE" itu dimainkan. .sebuah hymn kristen.
Memanglah hidup kita ini cumalah sebuah persinggahan sementara sahaja. Saya masih ingat saya kehilangan seorang kakak akibat sakit yang lama. Sedih sangat rasanya. Setiap tahun, saya akan membeli sejambak bunga dan meletakkan didalam pasu dan dipasu itu saya tampalkan sekeping nota...
"Kakak kesayangan....dalam ingatan selamanya"
Saya berada jauh dari tempat pusaranya. Mungkin terpaksa mengambil pesawat untuk pulang. Tapi tidak apalah, biarpun dia sudah lama tiada, dia tetap didalam kenangan.
2 comments:
hidup ini hany sekali...kematian hanya sekali berakhir.semua manusia akan mengalaminya.tiada yg terkecuali hehe..
sya pun mati juga satu hari nanati.so dengan itu kita selalu membuat kebaikan semasih hidup.sentiasa bersyukur..ceria ceria selalu.
Betul tu Fred...dunia ini cuma tempat persinggahan sementara kita sahaja. Buatlah yang terbaik dalam hidup kita.
Saya pun tidak mahu terlampau fikirkan perkara yang tidak ada jalan penyelesaian..like u said, sentiasa bersyukur..ceria ceria selalu.
Post a Comment