Monday, September 15, 2008

Siapa 'BOS'

Saya ingin bertanya..pernahkah kamu menyaksikan gelagat manusia yang tak masuk akal? Selalunya saya paling menyampah apabila bertemu dengan pemandu kereta yang memandu sekitar 25-40km sejam..macam kura-kura. Ada yang tidak tahu memberi isyarat membelok....dan pernah juga saya menyaksikan pasangan sedang ber'drama' sewaktu memandu kereta. Macam-macam gelagat manusia ini.Tapi itu bukanlah apa yang ingin saya sampaikan hari ini..bukan tentang pemandu yang tidak berhemah tetapi mengenai tingkah laku seorang lelaki di dalam restoren.

Baru-baru ini semasa kami menyambut perayaan 'Kuih Bulan' di sebuah restoren, saya dan kawan-kawan lain telah menyaksikan satu kejadian yang tidak masuk akal sama sekali. Kami cukup bernasib baik hari itu kerana apabila sampai disana..hanya ada satu meja sahaja yang kosong. Meja-meja lain telah dipenuhi oleh pelanggan-pelanggan lain yang sedang menjamu selera.

Restoren ini memang popular dengan masakan itik ala beijingnya. Jadi memanglah ramai yang sedang menunggu giliran masuk di luar pintu selepas kami. Meja dibelakang kami telah dikosongkan selepas pelanggan yang pertama selesai menghabiskan jamuan makan malam mereka.

Pada masa inilah kami telah menyaksikan sesuatu yang boleh dikatakan luar biasa...huh..Ada beberapa orang dan seorang YB yang dikenali telah masuk ke restoren ini. Mereka mengambil tempat duduk di meja belakang kami. Kami nampak memanglah mereka tidak cukup kerusi..tetapi ada seorang ni..(nampak muka macam orang berpelajaran..macam muka tauke besar..) tanpa menunggu pelayan restoren, dia mengambil kerusi-kerusi yang telah dikosongkan oleh orang lain di bahagian sudut dihadapan kami tanpa rasa segan silu , walaupun ada dua orang lelaki yang agak berumur sedang menunggu meja mereka dibersihkan disana! mengapalah si bebal tu tak ambil mejanya sekali? Boleh masuk 'Malaysia Book of Records' tu!

Tak tahu pula nak ketawa atau apa? Manusia beginipun ada! Mungkin dia mahu mengambil hati YB tu kata kawan saya. Tapi bagi saya, perbuatan dia melambangkan dia seorang yang kurang berhemah dan cukup memalukan. Berpelajaran? Hmmm.....

2 comments:

Mira said...

honey ... memang sakit hati kalau jumpa pemandu yang buat jalan raya tuh macam dia yang punya ..

sabar honey ...

sabar ...

:)

HoneyBUZZin said...

Hahaha....memang macam tu la sis Mira..belum lagi yang korek idung tu...alalala