Sunday, October 26, 2008

Eh...eh..betulke?

Pagi ni sebenarnya saya ingin pergi ke tamu di Jalan Gaya..tapi hasrat saya terpaksa
dibatalkan kerana cuaca tidak begitu mengizinkan. Sudah lama saya tidak kesana.
Saya masih ingat...kalau pergi kesana, saya suka melihat arnab-arnab dan binatang
peliharaan domestik lain seperti anjing yang ada juga dijual disana.

Bercakap berkenaan anjing...baru saya teringat tentang kisah ini. Beberapa tahun
yang lalu, kawan saya Carol telah kehilangan seekor anjing jenis baka yang baik.
Menurutnya, dia tidak percaya anjing kesayangan itu lari dari rumah. (Aikk...kelakar arr..
anjing pun pandai lari dari rumah..merajuk tu mangkali..hehe)
Mereka sekeluarga mencari diseluruh kawasan perumahan dan tidak menjumpai anjing itu. Mereka juga menyuruh sahabat-sahabat mereka mencari anjing itu tetapi pencarian itu tidak berhasil.

Beberapa minggu kemudian, mereka menjumpai anjing itu di tempat yang lain dan
anjing itu berada didalam keadaan yang amat buruk sekali. Saya masih ingat, Carol menceritakan kepada saya sambil menangis.

Itu bukan sahaja satu cerita yang saya dengar tetapi ada lagi seorang rakan saya
yang juga kehilangan anjing tetapi selepas lama mencari dia menemuinya
di Lebuhraya. Pada mulanya, Lia tidak percaya itu anjingnya..tetapi apabila
dia menyeru namanya..anjing itu terus menyalak dan masuk kedalam keretanya.
Mereka memberitahu saya bahawa ada pihak yang menculik anjing-anjing
baka baik ini untuk dibuat persenyawaan dengan anjing mereka.
Kemudian, anak-anak anjing yang dilahirkan ini akan dijual.
Maklumlah..dari anjing baka baik!

Begitulah kisahnya..betul atau tidak..saya tidak tahu...tapi saya masih tertanya-tanya
...betulke ada perkara macam ni yang berlaku? Bolehkah laporan dibuat? Kelakar pulak
rasanya.. Tapi begitulah yang diberitahu kepada saya...saya hanya dapat menjawab
"Eh..eh..betulke?"

12 comments:

Kawoix said...

nasib baik la anjing sya kurus2...hehehe..
mungkin ada betul juga tu...sebab setahu sya, anjing ini bukan pandai sesat...

GregChai a.k.a. teekay said...

bah peringatan kepada semua yang gemar bela anjing sebagai pet, hehe percaya atau tidak, ada urang yang suka makan daging anjing ini lagi musim ujan. :)

Beck the BandagedKnees said...

hmmm bagi sa tia kelakar laa Honey.. :( i pity the doggie.. :(

u know wat.. anjing tia akan lari dr uma wei.. hehe ^_^ but i believe memang kena capture to do that bread thingy kaa atau pun.. mau kena makan! haha! siou to sab but uik.. ada baa O_O"" some race in malaysia yg (tapuk2) makan doggie.. O_O"" ehermmm.. O_O"" lol (i dont want to know either.. scary pun ada kan..? i mean..? O_O"" yuck?)

jahat oo org yg bt mcm tu to ur friend's doggie.. :( hmm.. human r sometimes worst than animals~ :(

...Oh ya! :O
Sa pun suka tinguk tu pet2 sana gaya street! xD haha!.. lastime i bought ham2.. sana laa.. O_O"" wanna buy again.. since he passed away.. -_-"" but dad ckp its like jailing em dlm 1 cell kecil.. -_-"" sux! but it really makes me think! lol ^_^

tp kalu kucing / anjing tu ok laa sbb kita kasi lepas2 dia kan..? hehe ^_^

O_O"" i wanna go for snake nextime.. O_O"" small one that look sexy and.. O_O"" hot! LOL haha! atau baby cub? :D phanter xD! arghh!! byk yg sa sukaaa!! buli tap2 head durg kan..? alalala!!

i found a doggie wif fur like lion O_O"" ko pecaya honey? haha! ^_^ ada! tuari i even touch his head ni.. mau peang smpai kulit dia baa but tlmpau thick tu fur dia.. ^_^ i think its being shape baa kan? eh.. idk O_O""

xoxoxox peace honey! melencong uda cerita sa ni! xD

HoneyBUZZin said...

hi Kawoix...betul tu..anjing mana pandai lari tu...apalagi suda lama sama tuannya...kasian betul kawan sia..last-last jumpa juga..itu anjing punyalah kurus dan kotor.

HoneyBUZZin said...

Hi Greg..Betul tu...kes kedua itu, kawan saya sangka itu anjing mungkin suda kana makan uda..pasal ada construction di tempat dia itu time..tapi dia jumpa itu anjing di highway..jauh dari rumah..
Dia pun heran ooo...

HoneyBUZZin said...

Ya Beck..memang tia funny...tapi saya masih tertanya2, boleh buat report ka..klu ada kes begini arr...itu yg sia maksudkan? melaporkan pada polis pasal anjing hilang diculik?????
Tapi yalabah...y pple mao makan doggie? Yuckkss..

san said...

Saya suka berkawn dengan anjing, dari duuulu lagi.. Kesian c carol, menangis? Dia kuat menangis kah Honey? Adesh..

Saya suka piara arnab dan anjing yang kuit, Kalau yang kagalon tu, ulala, main jauh2 tapi dulu saya suka kasi makan anjing yg kagalon, terus anjing tu pandai gemuk, cantik dan ensem..mcm boleh dijual tapi teda gia mau beli anjing kalau di kg..sebab semua ada anjing.

Betul tu greg, ada yang makan anjing, itu orang bilang bikin ubat.. tapi mesti pandai masak, jangan tak pandai, anjing yang bagus lah..

Anjing kalau dipiara dengan baik, dia akan menjaga tuannya sampai mati, lebih baik daripada seorang manusia yang kejam..

san said...

orang makan anjing tu yang anjing hutan.. tidak tau lah kalau ada yg makan anjing bandar...

san said...

Di kampung sa dulu, ada anjing yang suka mencuri, diurang tangkap tu anjing dan pukul, mati, kasi masak, buat kari anjing tapi mereka bukan sembarangan pukul tu anjing, mereka bagi peluang banyak kali suda, tapi mencuri lagi..

Kesian tu anjing... tapi yg tidak mencuri, tidak mcm tu.. daging anjing macam daging arnab diurang bilang , tidak rasa lagi bau dia sebab masak pakai rempah.. yang lengkap,

HoneyBUZZin said...

San - Ada anjing mencuri ka? oo sia tia tahu ini oo..tapi kana masuk periuk juga ka? adui...sori arr..sia tia makan anjing punya wo....
ERrkkkkkk...

HoneyBUZZin said...

Dulu, semasa saya masih kecil..keluarga kami ada pelihara 3 ekor anjing. 2 ekor anjing jalan biasa la..lagi satu ..anjing polis arr..tapi anjing polis memang kuat arr..berbanding anjing biasa...lagi satu..lebih pintar!

Ryuzaki "L" The KiD said...

Hmm.. agaknya betul kot ada kes macam nie. Nak lapor kat sapa, tu mmg x pasti sebab, sdgkan kes curi moto atau kereta pun polis wat derk sj, nikan pulak kehilangan anjing...
mmg x kelakar penjenayah2 sekarang, makin sial ada la..