Tuesday, October 7, 2008

X-FILES 2

Hari tu saya menceritakan pengalaman saya tentang fenomena yang pernah saya hadapi-tentang objek yang terbang dan jalan yang berhantu. Tetapi hari ini saya beralih ke sebuah cerita yang saya dengar dari seorang bekas juruterbang Malaysia. Dia bukan 'matair' saya arr..Sudah lama juga saya tidak menemui dia.

Dulu beliau tinggal di Kota Kinabalu tetapi sekarang telah berpindah ke Kuala Lumpur atas urusan perniagaan. Saya banyak bercerita dengannya semasa beliau masih berada di Kota Kinabalu. Beliau sebenarnya sudah agak berumur..dan saya anggap dia macam pakcik saya sendiri.Kami bercerita apa saja, dari perihal makanan, tempat-tempat yang pernah dilawati (dalam dan luar negara) dan lain-lain hal isu semasa.

Tetapi ada satu perbualan yang saya masih ingat sampai kini yang beliau kurang selesa untuk menjawabnya.

Honeybzz - Selama 'uncle' bekerja sebagai pemandu kapalterbang komersial, adakah apa-apa objek yang pernah 'uncle' lihat dan tidak pula mengenalinya?

Bekas Juruterbang - Ya, pernah..(sambil memandang jauh..sedikit gerun) tetapi saya tidak mahu menceritakannya..maaf...saya rasa lebih baik saya tidak menceritakannya.

Inilah jawapan yang beliau berikan pada saya. Saya masih terfikir-fikir sampai hari ini. Objek yang saya nampak tu betul-betul wujudkah atau cuma permainan mata sahaja? Dan mengapa pula sahabat saya tidak mahu memberitahu saya tentang pengalaman yang pernah dilaluinya sewaktu bekerja? Semua ini menjadi tanda tanya sehingga ke hari ini seperti cerita X-files yang tidak berkesudahan. Hmm..........

5 comments:

Ryuzaki "L" The KiD said...

Hmm.. Sama gak apbl kita berjumpa ngan seorang peramal nasib. ketika dia meramal masa depan kita.., Dia tgk kat tpk tngan kita then mukanya berkerut lalu berkata "O My God!". dia lalu berdiri dan melarikan diri.. Rasa2nya, nasib kt benar2 buruk n menakutkan o dia lari sb dia terlupa akan sesuatu yg agak penting di rumah? msh menjadi persoalan kita, kan?

jadi, awk harus tnya pakcik tu lagi tuk kepastian.

HoneyBUZZin said...

Saya ada mendesaknya utk memberitahu saya apa yang pernah dilihatnya sewaktu menjalankan tugas..tapi dia tk mau kasitau...dia senyum senyum..pandangan matanya lain seperti cuba utk melupakan perkara yang "mungkin" menakutkan itu. Dia kasitau saya dua kali...saya tdk mahu menceritakan perkara ini bilangnya. Saya tdk berani lagila mao mendesak...sebab sia respek dia arr...

Buzzzzzzzzzzzing Out

Beck the BandagedKnees said...

lol perhaps.. he didnt know bout that either thats y he say its better if we leave it behind..? haha! jk.. ^_^"

how r u girl..? ehe.. xoxoxox.. honey! ;)

Andrik McVean said...

LOL..mangkali labah tuh honey...jan ko takut bah..inda juga dia pi jumpa ko tuh....

pagi pagi aku kesini
mahu membaca entri terkini
usa honey gunda gulana
kerana mungkin hanya sandiwara

HoneyBUZZin said...

Andrik my friend....apa khabar?

Andrik memang sahabat Honey
Blog dikunjung pantun diberi
Bukan sandiwara benar ceritanya
Belum nampak manakan percaya..

Andrik yang jauh disebelah sana
Pagi kemari Honey tiada
Berpantun santai bila bila aja
Di blog ini jangan lupa...

Buzzzzzzzzzzzing Out