Monday, October 20, 2008

X-FILES 3

Hari tu hampir senja dan saya ada temujanji dengan Mary. Saya memintanya
menunggu saya berdekatan tangga rumah saya. "Sekejap lagi saya pulang..trafik ne..."
kata saya kepada Mary. Dalam kurang setengah jam, Mary telah menalifon
saya sebanyak dua kali. Suaranya sedikit bergetar...tapi masa itu saya sedang
menumpukan perhatian pada pemanduan saya..kalau kena saman gara-gara
menjawab telefon kan parah! Saya tidak tahu apa yang berlaku dengan Mary.

Setibanya saya dirumah, saya nampak Mary duduk diatas tangga. Dia agak
ketakutan sedikit. Mary sebenarnya adalah sahabat filipina saya yang
berasal dari Zamboanga. Dia telah mendirikan rumahtangga dengan
orang tempatan. Saya bertanyakan kepadanya "kamu ok?" ..dia kelihatan
agak ketakutan. Mary memberitahu saya bahawa semasa menunggu saya,
dia ternampak buaian kosong di taman perumahan saya berbuai dengan laju
seolah-olah ada sesuatu yang sedang bermain dengannya.

"Oh itu..jangan takut" kata saya langsung mengajaknya naik kerumah.

Sebenarnya saya juga pernah melihatnya, saya tidak ingat bila tu..dan pernah
seorang jiran saya yang tinggal betul-betul berhadapan dengan taman permainan
juga pernah menyaksikan kejadian itu. Aneh! Mungkin ada diantara anda yang
tidak percaya akan benda-benda karut marut seperti ini..

Tetapi saya pernah menyaksikannya..begitu juga sahabat saya, Mary dan juga
jiran saya. Saya hairan dan tertanya-tanya..mengapa sesetengah orang begitu
sensitif dan dapat merasai dan melihat kuasa dari alam ghaib..yang sesetengahnya tidak? Hmm...saya masih tertanya-tanya sampai hari ini..

2 comments:

Apple said...

kawan sy mengaku bahawa dia mempunyai keupayaan tngk benda2 halus camni. dan, menurutnya, antu2tu xdepun rupa cam dalam movie2 yg kita tngk, malah lebih buruk lagi. Smp skrg dia kene ganggu dek antu2 yg bermacam2 jenis.. Entahla, kawan sy, nak tak nak, percaya jerla.. hehe..

p/s: sy blm pernah nmpk lagi. pernah mencari dan gagal.

HoneyBUZZin said...

Benda macam ni tidak perlu dicari Ryu...memang ada tempat-tempat tertentu yang berhantu...cuma kita tidak nampak secara kasar sahaja. Ada banyak perkara yang kita tidak nampak tetapi ada kewujudannya..seperti angin, udara..tapi iyalah..sampai sekarang sia masih tertanya-tanya..mengapa ada yang nampak, ada pulak yang tidak!