Saturday, October 25, 2008

Seandainya dia tahu...

Saya tidak tahu samada kamu ada mengikuti kisah yang saya paparkan dulu "Bila langit menangis"...dimana saya ada menceritakan tentang seorang perempuan yang saya anggap seperti kakak yang telah kehilangan suaminya setahun yang lalu.

Baru-baru ini saya telah menemuinya semula. Kami telah pergi bersama-sama untuk menziarahi kubur suaminya itu. Kami tiba di tapak perkuburan pada pukul 9pagi dan kelihatan beberapa orang pekerja tempatan sedang membuat beberapa kuburan baru. Mereka memandang kami dengan perasaan yang agak ganjil..iyalah..mungkin mereka sedang berfikir mengapa kami datang pada masa ini?

Selepas membersihkan kuburan, kami pun berdoa seketika sebelum bertolak pulang. Semasa didalam perjalanan pulang, dia memberitahu saya sesuatu. Dia berasa agak sedih kerana katanya ada sebilangan orang mengatakan kepadanya.."...suami kamu telah mati, jangan lagilah selalu pergi ke kuburan dia. .."

Saya agak tersentak juga apabila mendengarnya. Saya paling tidak bersetujulah bila jumpa orang yang cakap tak tapis punya! Main hentam ikut sedap mulut saja. Saya berpendapat, perempuan ini memang seorang yang benar-benar cintakan suaminya. Walaupun suaminya telah meninggal dunia setahun yang lalu, dia tidak pernah melupakan kenangan bersamanya. Saya berpendapat dia selalu menziarahi kuburan suaminya bukan hanya untuk membersihkan kuburannya sahaja..tetapi adalah kerana adanya CINTA yang tak pernah luntur.

Hmmm....

6 comments:

Beck the BandagedKnees said...

:( hmmm perhaps.. these other pple trying to make her feeling good baa mkin honey..? but silap ckp mkin..? perhaps kan..? sbb mkin shes looking extremely down so pple yg sayg dia ni tia dpt get her to forget the sorrow so durg trying to help but salah ckp sbb a bit annoyance sana mkin..? siapa tau kan..? :( but seriously she must get a bit hurt and confuse by that words..kan..? :(

i heart her.. there is no other pple who can really commit to this kind of love thing.. byk yg tersungkur mencari lain or bla bla bla.. they hav their reason.. wat r sweet heart of u.. ^_^ honey! :D

HoneyBUZZin said...

Bukan itu saja Beck..ada yg suruh dia kawin lain ooo...sedih betul dia...
memang dia perempuan yang setia arr..dan perempuan yang setia memang sukar dicari.
Saya juga mahu dicintai dan menyintai seseorang...tapi lebih bagus dicintai dari menyintai..sobsobsob

san said...

Dia silap cakap mangkali baitu honey.. atau dia memang cakap macam tu.. :D

HoneyBUZZin said...

Bukan silap cakap..tapi betul betul cakap arr..tia prihatin prasaan urang...anak-anak pun dingar..apa sorita?
Sia dingar pun sakit ati ooo..kasian kawan sia...

HoneyBUZZin said...

Memang setengah orang mulut macam LAZER arr...pakai lutut bila sakap..kurang pakai otak!

Ryuzaki "L" The KiD said...

ermm.. agaknya dia meratap pemergian suaminya tak putus2 kot? Seolah2 takda lagi esok selepas pemergian suaminya. Jadi, org2 kat sana nak dia supaya teruskan kehidupan..