Sunday, October 5, 2008

X-FILES

Sebenarnya saya agak keberatan untuk menulis cerita ini...macam cerita seram pulak tapi saya ingin bertanyalah, pernahkah kamu mengalami kejadian atau fenomena yang agak ganjil yang mungkin bukan dari alam nyata?

Dulu, saya bukanlah seorang yang mudah mempercayai semua ini kerana saya ialah seorang yang bersikap "Sudah lihat ..baru percaya.."saya nak tahu sangat dari pengalaman kawan-kawan yang membaca blog saya. Saya ingin tahu pengalaman kamu kerana pengalaman seseorang itu agak berbeza. Mungkin anda pernah mengalaminya..atau mungkin tidak pernah mengalaminya.

Biarlah saya menceritakan sedikit pengalaman perihal hal ini. Semasa saya masih bersekolah di tempat lain (bukan Kota Kinabalu) saya tinggal di sebuah kawasan perumahan yang agak padat penduduknya. Tetapi ada sebuah lorong ini..agak jauh dari rumah saya ( huishh....nasib!) hampir setiap malam akan kedengaran lolongan anjing yang sambung menyambung dan semua ini bermula dari jam melewati 12tengah malam selama 15minit. Lolongan anjing ini cukup menakutkan sesiapa sahaja yang mendengarnya. Pada masa itu, saya selalu mengharapkan dapat tidur sebelum waktu itu kerana saya amat takut mendengar lolongan anjing dan bunyi desiran daun-daun kering yang berterbangan pada masa yang sama...seolah-olah sesuatu sedang melalui tempat itu.

Menurut penduduk setempat yang lama tinggal di tempat itu, tempat itu pernah terjadi sebuah kes pembunuhan yang melibatkan pasangan dari luar negara. Sekarang saya sangat bersyukur kerana telah pulang menetap di Kota Kinabalu. Wuishh...lap peluh dulu!

Begitu juga kisah yang berlaku di tempat ini beberapa tahun yang lalu, semasa saya sedang berehat di anjung rumah, saya ternampak sebuah objek yang melalui tempat saya. Objek ini menyerupai sebuah imej berbentuk segi tiga leper dan bergerak laju melepasi ruang udara. Saya cuba mengamati objek itu, ia lalu begitu laju dan tanpa sebarang bunyi. Aneh! Tidak pernah saya melihat sesuatu yang begitu! Adakah seseorang sedang bermain dengan alat permainan terbang yang canggih? Saya tidak tahu!Tetapi beberapa hari kemudian, di sebuah akhbar tempatan (Sabah) telah melaporkan kejadian keranda terbang berserta dengan gambarnya sekali. Adakah ini juga satu kemahiran mengedit gambar yang seperti diajar dalam Photoshop? Ini juga saya tidak pasti...anda bagaimana?

12 comments:

Beck the BandagedKnees said...

Hehe.. I'm not sure, honey.. lol yes i have some silly xperiences that is alike those before but the thing that look like 3 segi tu.. kinda odd.. i mean lol.. perhaps thats an UFO? LOL.. UFO= unknown flying object.. hehe.. ^_^ kurang pasti laa Honey.. but i hope that they didnt kidnap pple for their experiment lol ^_^ hehe

let our time answer all those question.. hehe ^_^ xoxox honey.. :D

Beck the BandagedKnees said...

Eeeee.. Honey.. xoxoxox juz wanna say hi n bye baini.. lol but ur shoutbox cant load for my screen... lol so.. xoxoxo hehe.. rock on girl! :D enjoy ur last sunday~ lol.. till another sunday to come.. hahah!!.. ^_^ xoxox

Ryuzaki "L" The KiD said...

Hmm.. dont think that was somethin lk hantu... Probably, permainan minda? Yer kno, kdg2 apa yg kita lihat bukanla apa yg kita nampak tp apa yg kita pikirkan..
bunyi hilaian tawa di waktu mlm mngkn bukan pontianak tp perempuan gila. perempuan berambut pnjg di atas pokok mangga blkg rumah, mgkn bkn pontianak tp seorang perempuan berbaju putih, berambut pnjg y sk menghendap org. pervert it is!

by the way, post ni menarik minat!

ReNo said...

ayak..sy bukan la org yg tidak percaya pada cerita2 ni tp mungkin sudah andang2 dilahirkan nda penakut... perkara itu kita terima sebagi lumrah, hidup di dunia ini berkongsi2 (cewah) dengan semua makhluk... nda perlu takut dan hairan, in fact belum ada lagi ba urg mati kana makan hantu sebenarnya... adakah? hehe let them with their onw life and space, kita hidup dengan cara kita sahaja, kita nda usik durang, durang nda usik kita juga...:D

HoneyBUZZin said...

Hi Beck..sa pun inda mau percaya tapi memang itu barang lalu depan mata..laju lagitu...dia punya warna ada silver sikit la...berkilat..tia pernah tingok objek macamtu.
Kadang pikir juga..ini mungkin permainan canggih elektronik yang boleh terbang la..tapi sa lihat altitudenya itu..bukan sebarang mainan punya..sampai sekarang sia masih ingat..

HoneyBUZZin said...

Hi Ryuzaki "I" the kid..

Trimaksih kerana singgah dan memberi komen. Sebenarnya sayapun mahu menganggapnya permainan minda sahaja tetapi jalan itu memang berhantu. Laungan anjing itu akan bermula sebaik melewati 12malam dan kemudian desiran angin dan daun-daun juga berterbangan pada waktu yang sama. Laungan anjing pun tidak berhenti..bukan seekor..tapi mungkin 3-4 ekor. (Huisshhh..lap peluh lagi..)

HoneyBUZZin said...

Reno.ya, saya cukup setuju dengan kamu. We are not alone here..ya, saya faham itu. Tidak berani kacaula itu barang..cuma gerun ja kalau terserempak. Tapi sekarang saya rasa bukan "barang" ini yang menakutkan tapi PTI, perompak, perogol, orang tipu orang..yang buat saya takut arr Reno...
hehehe...Cheers!

san said...

kadang-kadang juga susah mau percaya kalau UFO , KFO , MFO CFO atau apa saja baini.. Tapi kalau sudah ternampak, sendiri tau saja...

kalau tnampak anjing tbirak di tengah jalan, itu saya tidak takut...saya kesiokan tinguk.. kekekekekek...

Bikin takut baitu kalau ternampak hantu.....aik hantu pula sa cerita ni.. kekekekekek..

UFO sa belum pernah nampak lah, cuma dalam surat khabar saja...cerita2 kumik saja lah tapi menurut kajian Angkasa lepas di AS, itu UFO adalah agen daripada negara lain.. spy.. tak tau pula.. sa tak pernah nampak bah tu..

HoneyBUZZin said...

San..bagusla tia pernah nampak..jangan mintala....

J0J0 said...

ye ke?

HoneyBUZZin said...

Hi Jojo...tq arr sebab singgah blog Honey. Memang betul..cerita diatas benar2 terjadi. Tak ingat lagi tahun bila.
Anyway..Honey happy sebab kenal your all di Topix walaupun Topix tu kekadang membuat Honey hampir muntah darah..hehehehe.
All the best to you and semua aweks kat Blog Jojo arr.. ADIOS!

Bambangan @ Ony said...

uiii nah cerita keranda terbang... sia ada baca tu news, kalau inda silap macam tahun lalu tu. Tapi selama siorang membesarkan, siorang selalu dengar tu cerita keranda terbang. memandakan siorang tinggal sana Lahad Datu,ada satu kaum yg tinggal di Segama tu, tradisi lama (rasanya tidak lagi diamalkan) menguburkan mereka yg telah meninggal akan ditempatkan di satu bukit (bukit tu kena tebuk untuk simpan keranda). Ada satu2 masa keranda yg disimpan di bukit itu akan berterbangan.... (tapi tak pernah lihatlah cuma dengar cerita) Kawasan perkuburan dulu2 tu masih lagi kelihatan kesannya pada hari ini (selepas jambatan segama dari Lahad Datu ke Kota Kinabalu). Memang nampaklah lubang2 tu.... Jadi bila setiap kali balik KK dulu, pasti gerun ni limpas tu kawasan, tapi mau juga lihat.... ngehehehe