Monday, February 2, 2009

Binatang mempunyai perasaan...?

Pagi ini sebaik sahaja saya meletakkan kereta di lot meletak kereta, kawan baru
saya Alice (nama samaran), yang tinggal berdekatan pejabat saya terus menyapa
saya dan memberitahu bahawa ada seekor anak anjing terjatuh kedalam parit yang berhampiran.

Saya dan beberapa orang yang berada disana terus berjalan ke arah anak anjing
itu tetapi kami dapati memang agak sukar untuk menolongnya kerana anak
anjing itu menyelinap masuk kedalam bahagian parit yang tertutup.

" Alaa.....macamana nak tolong anak anjing itu?" kata saya kepada En Tan,
mekanik yang bekerja berhampiran.

"Susah betul ni, kalau anak anjing itu masuk kedalam bahagian parit yang
tertutup.." kata Encik Tan sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.

"Saya cuba juga mau ambil tapi ia gigit tangan saya.." kata Alice yang turut
sama dalam misi menyelamatkan anak anjing itu. (huhu...)

Anjing betina yang berbulu hitam putih itu tidak berhenti menyalak pada
setiap kenderaan yang berlalu. "Kasihan betul...dari semalam lagi ia
tidak pernah meninggalkan kawasan dimana anaknya terjatuh.." kata yang
lain-lain pula.

Saya berfikir-fikir pula sebentar tadi..peristiwa ini membuatkan saya
teringat akan komen yang ditinggalkan Tanakvagu mengenai sebuah blog
yang dia lawati yang menceritakan mengenai seekor anjing yang
menyalak dan menangis ditengah-tengah jalan dimana bangkai kawannya
tersadai disitu. Saya juga ada membaca mengenai cerita sebegini dan berasa
amat hairan dengan perkara yang saya kira luarbiasa ini.

Begitu juga dengan kisah benar ini yang berlaku di sebuah negara barat, dimana
sebuah akhbar melaporkan bahawa adanya kejadian seekor binatang yang
menangis dan berdegil untuk berjalan apabila dibawa ke tempat penyembelihan.
Oleh kerana fenomena yang agak membingungkan ini, beberapa pekerja di kilang
tersebut dikatakan meletakkan jawatan kerana tidak sanggup menyembelih
haiwan yang seolah olah punya perasaan itu.

Saya semakin bingung pula. Seperti kejadian pagi tadi, sifat keibuan anjing
betina itu sungguh mengharukan sesiapa sahaja. Benarkah binatang mempunyai
perasaan? Saya benar-benar kurang pasti. Saya sangka selama ini kita yang
diberikan akal untuk berfikir dan perasaan untuk menyayangi...tetapi mengapa
lain pula jadinya? Anda tentu faham maksud saya...


Binatang membunuh untuk makan, tapi manusia bisa membunuh tanpa alasan. - Tikno

.....sering org guna bila marah pada org lain " perangai mcm binatang"..tapi rasanya ayat td tdk begitu sesuai lagi digunakan sebab ibu anjing menunggu anaknya dan mungkin mengharapkan bantuan dari pihak lain untuk menyelamatkan anaknya. Tapi MANUSIA PULA BUANG ANAK DALAM LONGKANG DENGAN HARAPAN TIADA ORANG AKAN MELIHAT ANAKNYA...:(
- DL Sumunie

14 comments:

rahma said...

binatang pun syg ank2nya, pula manusia.... sy pernah dengar org ckp begitu... klu binatang pndi marah means ada perasaan la tu kan.. nice story btw.... ^0^

Joel Johnny said...

Wah.. That's is amazing story honey..! Wahhhh...
Hope the puppy can be save a.s.a.p..
I think the dog asking for help to save the puppy... Wow..!
Hope can see the video..hahaha..

p/s : I love cats and dogs.. hehe

Apple said...

Binatang mmg punya perasaanla. Ntah sapa yg pandai2 katakan bhw animal xda perasaan. Jika x, masakan ibu ayam boleh kenal yg mana anaknya, masakan lembu bole keluar air mata tym dekat kene sembelih etc..
Hmm.. satu cara nk elakkn anak anjing tu masuk ke dlm lagi ilh umpan dia ngan makanan. semoga ianya selamat.. hoho..

Tikno said...

Binatang membunuh untuk makan, tapi manusia bisa membunuh tanpa alasan.

www.katobengke.com said...

wah post yang nice..........
manusia juga tak boleh saling membenci.....
tapi marilah kita saling sayang menyayangi

TIMADANG said...

manusia tidak boleh d bandingkan dengan binatang.

manusia yg lemah(datang dari hawa nafsu atau daging) lalu bisa berkelakuan lebih dari binatang.

binatang menurut apa? :)

menurut naluri.
binatang tidak punya perasaan. :)
cuma anjing itu memang begitu...
tiada akhal.dia punya hati,memory dan naluri sahaja. :)

menurut saya la.tak pasti..

GC said...

haiwan juga punya perasaan, mungkin ni suatu pengajaran kepada kita semua, sepatutnya manusia lebih baik daripada haiwan.

Great post.

D.L Sumunie said...

Bagus topik ini... mungkin mesej yg saya dapat tidak menepati mesej yg honey nak sampaikan. post ini menyedarkan saya pada perkataan yg sering org guna bila marah pada org lain " perangai mcm binatang"..tapi rasanya ayat td tdk begitu sesuai lagi digunakan sebab ibu anjing menunggu anaknya dan mungkin mengharapkan bantuan dari pihak lain untuk menyelamatkan anaknya. Tapi MANUSIA PULA BUANG ANAK DALAM LONGKANG DENGAN HARAPAN TIADA ORANG AKAN MELIHAT ANAKNYA...:(

Unknown said...

I'm the animal lover...so kasihan the puppy..I hope someone sudah berjaya menyelamatkan anak anjing tu..huhuuuu..

Haris said...

Binatang memang punya perasaan juga dan nalurinya sangat tajam. Jika kita bersikap baik padanya, maka dia juga akan baik kepada kita.

FATAMORGANA said...

binatang saja punya perasaan apalagi manusia.

Miss G said...

Manusia bisa menjadi kejam, kalau binatang bukanlah kejam melainkan buas, sebab dia tidak diberikan akal untuk berpikir ttg mana yg baik dan mana yg jahat, jadi hanya berdasarkan instingnya saja. Demikian pula dengan si induk anjing, secara insting dia tahu bhw dia harus melindungi anaknya, karena itu maka dia tak mau menjauhi parit itu dan terus di situ untuk melindungi anaknya.

Kalau manusia, lebih sering berusaha menyelamatkan diri sendiri, makanya dapat jadi tega membuang anak sendiri kalau takut malu karena sesuatu dan lain hal atau merasa terbebani.

Rasanya siy begitulah yg membedakan manusia dan binatang, kalau binatang dapat menjadi buas, kalau manusia menjadi jahat dan kejam.

Andrik McVean said...

wah ko nie kan memang bersifat enviromentelist kan? heheheh...greening the world kah?

--- said...

Saya pun macam faham apa yang ko cakap tu honeybuzz. Ini kunu pantun yang dapat saya sharing:

--- start------
Kalau kusing mengiau, dia memang adalah kusing..

Kalau anjing menggonggong, dia adalah anjing..

Kalau tikus...bercicit, dia memang tikus..

--- end-----

Saya merenung (sijikap) Apa akan jadi kalau tikus berbunyi kucing? atau apa yang akan terjadi kalau kusing berbunyi anjing? atau anjing berbunyi kusing?

Kalau itu kusing minta tulung dan berbunyi: gong! gong! gong! dan tu anjing pun menjawab, ngiau!! ngiau!!!.... saya terus cabut lari.. sa takut hantu anjing sama hantu kusing.. :)