Thursday, October 16, 2008

Bila langit menangis...

Saya suka memandu tetapi ada satu perkara yang saya tidak suka apabila terlihatnya di jalan. Anda nak tahu apa? Bangkai! Saya rasa kurang selesa apabila ternampak bangkai anjing, kucing, tikus dan kekadang tu bangkai ular. Saya cukup geli dan agak terloya. Selalunya saya cuba tidak melihatnya dan mengelak dari melanggari bangkai itu. Anda tentu akan membuat perkara yang sama, apa bukan?

Hari ini saya tidak mahu menceritakan perihal bangkai binatang diatas jalanraya..tapi saya teringat akan sesuatu yang saya nampak semasa berhenti di persimpangan lampu trafik.
Saya ternampak dia, seorang perempuan, dan dia sedang menangis. Hmm..apa masalah dia? Walaupun saya tidak mengenali dia, saya turut berasa sedih pula.

Memang semua orang menghadapi masalah begitu juga dengan diri saya sendiri.
Tapi saya tidak mahu terlalu memikirkan masalah itu kerana saya mahu menghindari diri sendiri dari stress. Apabila saya terasa sedikit sugul, saya akan membaca, berjogging,
berenang dan bermain gitar. Saya bukannya pandai sangat bermain gitar ni, tapi sekadar

kod-kod mudah dan 'strumming' sahaja..dan sekali sekala menyanyilah.. Tapi sekarang selain dari aktiviti yang saya sebutkan diatas saya belajar..ber'blogging' pula ...ada ke perkataan 'ber-blogging' ni? (memandai-mandai jer saya ne..hik hik hik)

Saya ada kawan-kawan yang bersifat sangat positif apabila menandatangani masalah yang mereka hadapi. Saya ada seorang sahabat yang rapat, yang telah kematian suami setahun lalu. (saya anggap dia seperti seorang kakak) Dia menceritakan kepada saya bahawa pada mulanya dia tidak dapat menghadapi kenyataan itu, dia geram sangat dan menyalahkan
Tuhan. Katanya, mengapa Tuhan mengambil nyawa suaminya yang bersifat baik dan mengapa Tuhan tak cabut sahaja nyawa orang yang melakukan kejahatan? Saya terdiam, saya turut sedih. Saya hanya mampu memeluk sahabat saya itu sambil mengalirkan airmata. Saya tidak menjawab pertanyaannya itu kerana saya tahu pada masa itu dia sangat memerlukan seseorang untuk mendengar keluhan hatinya.

Saya juga ada mengenali seorang kanak-kanak yang menghidap penyakit kronik-Leukimia.
Saya kagum melihat kesabaran budak yang baru berusia 10tahun itu. Dia sedar akan tahap kesihatannya tetapi dia melaluinya dengan penuh ketabahan. Apabila saya ternampak dia,
saya akan terus memeluknya. Tiada kata-kata yang dapat saya berikan padanya..hanya
pelukan sahaja. Saya dapat membayangkan bagaimana perasaan kedua ibubapanya..iyalah..berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya.

Sahabat baik dan "kamcing" saya juga menghadapi masalah, saya ada bertanyakan kepadanya.."Kamu tidak terfikirkah untuk berumahtangga?" Dia memandang saya dan berkata.." Ya, pernah juga..tapi saya telah berjanji untuk menjaga ibu"..."Tidak apalah
kalau saya tidak berkahwin..asal saya dapat bersama ibu" katanya dengan wajah yang ceria. Anda nak tahu, ibu kawan saya itu sudah hampir 10tahun terlantar diatas katil. Serangan "stroke'' telah melumpuhkan ibunya. Kawan saya ini seorang yang terpelajar,

dia bekerja dengan gaji yang lumayan dan menetap di Singapura sebelum pulang
ke Sabah untuk menjaga ibunya. Sekarang, beliau ialah seorang guru kelas tambahan
sepenuh masa. Saya respek kawan saya itu. Saya cukup kagum dengan kecekalan
hatinya dan peribadinya yang cantik. Dia sanggup mengenepikan kebahagiaan sendiri
demi kasih sayangnya pada orang yang melahirkannya. Bukahkah sifatnya itu mulia
dan terpuji?

Saya juga pernah mempunyai seorang kakak yang dilahirkan cacat. Beliau telah
meninggal dunia beberapa tahun yang lalu. Apa yang paling mengecewakan saya ialah
saya tidak berada disampingnya sewaktu kakak menghembuskan nafasnya yang terakhir.
Sedih pulak saya bila mengenangkannya.Saya telah melaluinya, saya juga pernah menangis
kerananya..semua ini telah menjadikan saya seorang yang dewasa dan matang dari segi pemikiran.

Saya juga telah mendengar keluhan hati sahabat-sahabat saya. Saya terfikir juga,
tanpa masalah, belum tentu kita akan dapat belajar erti kecekalan..belum tentu tahu apa erti
cabaran hidup. Bukankah orang selalu berkata.."pengalaman adalah guru kita yang terbaik?"
Kalau langit tidak menangis masakan pula timbulnya pelangi?

12 comments:

--- said...

pengalamanlah yang paling banyak mematangkan manusia..

Semakin banyak kejadian yang berlaku didalam hidup kita, selagi itulah kita banyak pengalaman yg kita dapat, itu kalau tahu kita tahu memanfaatkan pengalaman, kalau sekadar logai-logai ja, maka... teda dapat apa2..

ya, pengalaman adalah guru pertama kita.. itulah yang terbaik (bagi saya lah) dan sambil2 tu, dalam masa yang sama, dapat belajar daripada pengalaman orang lain..yg positif lah..

Apple said...

Sangat berseni tajuk post ni honey, "Bila langit menangis.." Hoho..
Baru2 ni sy kehilangan seorang kawan baik. Dia xnak kawan sy lagi atas sb yg sy x boleh jelaskan di sini. Namun, apa yg dia lakukan adalah satu pengajaran yg sy xkan dapat terima, bahawa "lelaki dan perempuan tidak boleh bersahabat tanpa ada love diantara mereka".
Hmm..

Medusa said...

hmmm nice post.. i wish my rainbow will be around soon~ lol ^_^

experiences will be a good teacher~ (on certain part~ and other part.. its a poison~ LOL) but yeah.. life must go on! ^_^

great post! you're an independent friend! ^_^ great one! keep it spining! xD

Anonymous said...

Very touching post Honey.Thanks.

Faith, Hope and unconditional love.. elemen penting dalam hidup kita untuk terus maju dan melihat ke depan.

HoneyBUZZin said...

Ryu..kamu mengatakan....
"lelaki dan perempuan tidak boleh bersahabat tanpa ada love diantara mereka".
Saya rasa kurang benarlah kata2 kamu ni..Saya mempunyai ramai sahabat tak kiralah lelaki atau perempuan..tapi sekiranya jika seseorg itu menyukai km lebih dari seorg sahabat biasa dan km pula tidak berperasaan sebegitu..elokla berterus-terang sahaja dari membiarkan sidia menaruh perasaan. Berilah dia sedikit masa untuk melalui semua ini..
My adv to u - Get to know more people..and do sometg worthwhile urself. Regards

HoneyBUZZin said...

Beck...
It's true...life must go on..whether rain or shine..or there's ain't no rainbow...
We grow and we continue to learn life experiences.

HoneyBUZZin said...

Ornest,
Betul tu..walauapapun kita patut bersyukurla...ada yang lebih teruk dari kita..

Apple said...

honey, sy pun setuju ngan "prsahabatan tanpa sempadan"la..
(Namun, apa yg dia lakukan adalah satu pengajaran yg sy "xkan" dapat terima, bahawa "lelaki dan perempuan tidak boleh bersahabat tanpa ada love diantara mereka".)

ReNo said...

Langkaui perkataan sahabat. jadikan persaudaraan maka perasaan dan tindakan kita terhadap seseorang atau sesiapa juga akan lebih sungguh2... pengalaman tidak akan pernah kita lalui tanpa membuat keputusan yg berani... bersahabatlah dgn semua...

agree with u honey, bersahabat dengan semua org tidak akan pernah merugikan. Share & willing to listen to others. give & take, take & give. we'll never feel alone any more... akan ada bahu untuk kita sandarkan dikala kita bersediah dan teman utk bergelak ketawa semasa gembira...

p/s: hehe panjang plak ni... sori honey

HoneyBUZZin said...

Ryu...

Saya tidak tahu pengalaman yang sebagaimana kamu lalui bersama semasa menjadi sahabat dia. Walaubagaimanapun, kita boleh memaafkan seseorang itu tetapi amat susah pula untuk melupakannya..ini memang nature arr..
Don't worry..it takes time to heal!

HoneyBUZZin said...

Reno..
Thank you for commenting. Iyalah..kadang tu kalau kita tak 'share' story..mana taahu kesusahan dan kepayahan orang lain..
Itulah sebabnya saya tak kisah mendengar keluhan kawan2...sebab dari situ saya akan mendapat satu kesimpulan bhawa masalah yang saya hadapi tidaklah seteruk mana kalau dibandingkan dengan orang lain..and I am not alone facing life's challenges..gitu arr..
tapi saya bersyukurlah punya kawan yang ramai dan baik pulak tu..huhuhu...

Anonymous said...

pengalaman satu pengajaran..:-(