Monday, October 13, 2008

Bukan 'Sinderela'

Semasa saya masih kecil, saya sangat suka menonton cerita dari Disney 'Cinderella'. Berulang-ulang kali menontonnya pun saya tidak akan pernah bosan sebab saya suka sangat menonton babak dimana 'fairy godmother' menukar baju 'Cinderella' dari yang koyak rabak itu menjadi baju gaun yang cantik dan berkelip-kelip dengan cahaya 'magik'.

Sekarang bila sudah dewasa, saya menyampah pulak dengan cerita itu. Rupanya perwatakan gadis yang bertumit kecil dalam animasi 'Cinderella' yang saya sukai dulu ialah seorang perempuan yang cukup bangang! Iyalah..apa-apapun menunduk sahaja kemahuan orang lain. Rumah sendiripun boleh dibuat sebegitu...kesian. Tapi iyakan... namapun animasi...cerita budak budak..

Masa tu saya hanya tahu 'magik'..animasi yang cantik...burung burung yang boleh membuat gaun..(Kartun memang pandai tipu budak arr) dan perempuan baik mesti cantik..yang jahat hodoh belaka. (memang gitu konsep animasi ini..main double standard!)

Nasib baik bukan semua perempuan macam 'Cinderella'. Ni saya nak mula berceritalah..

Beberapa tahun yang lalu, semasa ke bandar, kawan saya telah menaiki sebuah bas yang agak kosong. Kerana agak keletihan, maka dia pun melelapkan mata dan cuba tidur sekejap sementara menunggu bas sampai ke destinasi yang diingininya. Kawan saya tersedar apabila dia terasa macam ada tangan merayau dibadannya. Dia pun membuka mata dan agak terperanjat apabila mendapati ada seorang penumpang lelaki duduk bersebelahan dengannya. Anda sangka tentu kawan saya berasa sangat malu kerana di raba..apa bukan? Anda ternyata silap!
Kawan saya bangun dari tempat duduknya dan mengherdik lelaki gatal itu.

"Kamu ni kenapa? sakit otak kah? Banyak banyak tempat kosong kamu tidak duduk, di sini juga kamu duduk dan raba saya..kurang ajar betul kamu ini!" kata kawan saya itu dengan kemarahan yang meluap-luap. Apalagi..lelaki itu tekan loceng dan turun dari bas. MALU!!

Ada lagi satu cerita..semasa kawan saya menaiki sebuah bas(bukan di KK) yang penuh sesak sewaktu ke sekolah, dia pun mengalami perkara yang sama. Kali ini dia berdiri berhimpitan dengan ramai orang di dalam bas. Ada seorang lelaki ini melakukan perkara yang sama seperti cerita diatas cuma agak teruklah kali ini sebab ramai orang sangat. Anda rasa tentu dia tidak dapat berbuat apa-apa atau terpaksa dibiarkan sahaja menanggung perasaan malu tu, apa bukan? Ternyata anda silap lagi!

Kawan saya menceritakan bahawa dia cukup marah pada masa itu tetapi dia tidak mahulah memalukan dirinya sendiri. Ini yang dilakukan olehnya...pada masa itu dia sedang memegang satu tin minuman air ..apalagi..diangkatnya tin minuman itu lalu dituangkannya ke atas baju lelaki itu...nah! Baru kau tau!!

Saya pun akan naik angin kalau perkara itu menimpa diri saya. Saya juga akan melawan dan tidak akan diam-diam kalau menghadapi situasi sebegitu. Saya cukup hairan, mereka yang suka mengambil kesempatan sebegini tidak tahu malukah? Saya cuma marah lelaki golongan ini sahaja ok...yang tak pernah buat tu jangan tersinggung lak..ini cuma satu cerita dari pengalaman seseorang sahaja.

(Teman-teman lelaki yang membaca blog saya, marilah kita sama-sama melindungi adik-adik kita, kakak serta sahabat perempuan kita dari diperlakukan sebegitu. Lindungi serta pertahankan mereka yang lemah)

Tapi yang nyata....kawan-kawan saya itu bukan 'Cinderella'. Mereka adalah 'MULAN' ..saya harap kamu begitu juga (ditujukan pada semua bloggers perempuan). Yeeeeeeha!






9 comments:

Anonymous said...

Fantatic sharing... Sya puji kawan2 ko yg berani melawan tu. Mmg ada kaum hawa yg malu utk menegakkan kebenaran dlm situasi ini. Bagi lalaki2 dayus yg melakukan perbuatan itu, dorang akan lebih bermaharajalela jika mangsa tidak melawan dgn terang2an.. Klu setakat tulak2 tangan tu, mmg tidak cukup utk menghalang dorang utk memberhentikan perbuatan keji itu. Yg paling effetif adalah menjerit, memarahi dan memukul si pervert itu. Ini akan menarik perhatian org yg lain di sekeliling. Dan masyarakat sekeliling juga ada peranan utk membantu mangsa dgn menangkap pervert itu dan menyerahkan dia pada pihak berkuasa utk tindakan selanjutnya. Apa yang respon dari tu driver, konduktor & penumpang lain sya pun tidak tau. Kdg2 masyarakat ini takut utk bertindak. Sya pun ndak tau kenapa.. mungkin sifat saling menolong sdh terhakis dan diganti dengan sikap pentingkan diri sendiri... Mcm satu kes yg berlaku di sandakan baru2 ini di mana 2 org pelajar dirompak dan dipukul dlm bas tp penumpang yg lain tidak pun cuba menolong mangsa. Akhirnya salah seorang mangsa terbunuh selepas ditendang oleh perompak keluar dari bas dan kepalanya terantuk pd simen...
Berbalik kepada kes cabul ini, mangsa perlu memberitahu kepada orang di sekeliling bhw dirinya dicabul dengan sekurang-kurangnya menjerit. Lelaki dayus itu sebenarnya takut jika org lain campur tangan dan terdapat kes di mana tukang raba telah dipukul oleh orang sekeliling dan dihantar kepada pihak polis selepas mangsa menjerit meminta tolong..

Apple said...

hey, kawan2 awk mmg berani, Mulan!Sy setuju ngan cara mereka mennjerit2 tu. yeah!
Pandangan ornest part yg perompak tu, sy rasa agak silap sedikit. Kdg2, kita boleh membantu hanya setakat yg kita mampu. Masih ingat lagi kes lelaki chinese yg mati gara2 nak menolong seorang perempuan dlm kes ragut? menolong kena ikut cara dan kemampuan..

p/s: sy masih peminat cerita cinderella.. Hehe..

--- said...

Honeybuzzin,
Saya pernah menulis artikel mengenai kejadian ini dan mereka siarkan didalam surat khabar duuuulu... lah....tapi kalau isu ini masih berleluasa, maka pengusaha bas harus melakukan sesuatu untuk menjaga nama baik mereka... sebelum artikel lain akan menyusul

Kejadian yang sama dilakukan oleh conductor bas kepada para gadis yang menaiki bas..dan semasa berada didalam bas.

Saya sendiri rasa terkilan dengan sikap mereka. Kadang-kadang konductor bas berfungsi sebagai pemungut duit saja, mereka malu juga mau tegur orang yang buat hal dalam bas... apatahlagi mereka tu adalah konduktor yg baru belasan tahun... mereka pun takut kena belasah oleh si penjahat...

kalau boleh, janganlah tidur dalam bas, bahaya tu...boleh dengar radioo kah atau apa saja, yg penting jangan tidur atau bawa kawan seorang, jangan saturang....

P/S: Yang kutulis, tetap ku tulis..

Medusa said...

haha!! yeah baby!! rock on!! \m/ ^_^ \m/ ini baru laaaa!! ;) padan muka org yg bt mcm tu kan..? haha!!.. its better to make it clear that we hate to being treat like that... otherwise they'll think we like tu.. ;) rock on!! hun honey! :)

HoneyBUZZin said...

Ornest...
Betul tu kata-kata kamu..zaman kini masyarakat sekeliling tu macam tak nak ambil tahu sangat..tak prihatin la..mungkin ada 'fear factor' sikit arr...
I don't know what to say..
My friend tak cerita pasal konduktor bas atau penumpang lain sebab katanya bas tu hampir kosong..maybe ada sorang dua dalam bas..gitu. Tapi I'm proud of her la..such a spirit!

HoneyBUZZin said...

Ryu...betul juga tu. Tapi kalau menghadapi situasi itu dan diluar kemampuan kita untuk menolong si-mangsa..kita boleh sekurang-kurangnya segera melaporkan kejadian itu kepada pihak yang berkuasa.

HoneyBUZZin said...

San..where is the artikel? kasi link..sia mao baca, Tengkiu

HoneyBUZZin said...

Yea Beck..we hate being treated with direspect.. Serve em'right! YO!

FL Feinier said...

Ya, memang perlu girl melawan, teriak kuat2 dan marah sebenarnya.. org ramai, memang takut mo tolong klu bersendirian.. so, klu mo tolong, bw org ramai2.. dan jangan lupa call atau sms polis...skrg ada HP...kena la kita guna dgn sbaiknya..