Semasa saya membalas kunjungan blogger, hati saya tersentuh dengan blogger kepunyaan seorang guru yang di hantar bekerja ke sebuah sekolah pendalaman di Sabah. Dalam keluhannya di blog, dia menceritakan bagaimana dia terpaksa mengharungi jalan yang tidak bertar serta berlubang dan tempat tinggalnya yang tidak mempunyai bekalan elektrik dan air yang mencukupi. Hati saya cukup hiba. Mereka inilah permata kita yang sanggup mengenepikan keselesaan sendiri demi mencurahkan bakti kepada masyarakat..biarpun di blognya mengatakan kelas yang dikendalikannya hanya mempunyai 12 orang pelajar sahaja. Saya tabik guru ini.
Saya juga mempunyai seorang rakan yang menjual alat tulis dan buku buku sekolah. Saya pernah bertanya kepadanya, apakah yang dilakukannya pada buku-buku yang tidak terjual?
Dia memberitahu saya, dia menghantar buku-buku tersebut ke sebuah tempat pendalaman di Sabah. (perjalanan mengambil masa 4 jam untuk sampai ke situ) dan diberinya secara percuma.
Begitu juga dengan seorang guru besar sekolah menengah yang saya kenali memberikan tuisyen percuma kepada anak-anak miskin yang lemah di dalam pelajaran mereka.
Mereka-mereka inilah sebenarnya permata kita. Guru yang mengenepikan keselesaan sendiri, usahawan yang bukan hanya tahu mengaut keuntungan sahaja..dan keprihatinan seorang guru besar yang memahami kesusahan orang lain. Saya kagum...saya tabik mereka ini. Dimanakah hala tuju kita semua? Didalam apa-apa jua bidang yang kita ceburi, bolehkah kita membuat sesuatu yang positif untuk masyarakat di luar sana yang memerlukan khidmat kita? Adakah kita seperti mereka..atau kita dengan hal masing-masing? Tepuk dada tanyalah selera!
4 comments:
abang sy 2 org jd guru.. tahun 90an sorg jd cikgu di Long Pasia.. tp bnyk perubahan minda dia bahkan sy sendiri pernah ke sana sebb dia. nah sebab itulah sy kenal ramai kwn2 Lundayeh yg sy sudah anggap sbg saudar di rantau skg ini...
Tuhan akan membalas kebaikan durg dengan kebaikan...for sure!
Ya Reno..mereka-mereka ini sangat berpandangan jauh dan mempunyai keprihatinan yang tinggi. Sebenarnya itu baru 3 contoh saja, banyak lagi tu, tapi tk dapat saya tuliskan disini. Belum lagi cerita di Telupid,Pensiangan..tia payah jauhla..di Daerah Penampang sahaja sudah ada kesukaran melalui sekolah yang terletak jauh di kampung. Berjalan kaki dari jalan ke kampung sahaja mengambil masa 8jam.
Semoga Tuhan melindungi serta memberkati mereka ini.
Buzzzzzzzzzzing Out
Yup! Sy pernah pegi ke sebuah perkampungan kat pedalaman Sabah, Pelajar tahun 2 hingga 6, semua dlm satu kelas. Ada dua org guru shj.. mmg hebat mrk sanggup mengajar kat sana.
Jgn kata mrk "terpaksa" sb kedengaran macam mrk x sanggup. Jk x sanggup, sy rasa kelayakan mrk masih di tahap rendah. <--just my 2cents.
Hmmm....betul jugak!
Post a Comment