Wednesday, October 29, 2008

Sekejap ada..sekejap tak ada..aikk!

Saya pernah menghadiri sebuah seminar dimana 'pensyarah' menggunakan
silap mata sebagai bahan pengajar - 'object lesson'. Saya hanya tahu membuat
dua 'trick' silap mata yang cukup mudah..yang pertama adalah dengan
mengoyakkan sekeping kertas yang sudah ditulis kemudian pada waktu yang sama
mengembalikannya semula kepada sekeping kertas asal yang tidak berkoyak
dan keduanya, membuatkan sebuah buku mengeluarkan api seolah-olah
ianya sedang terbakar. (maaf, tak boleh bagitau arr..nanti orang yang
buat silap mata ni marahkan saya..hik hik)

Silap mata yang kanak-kanak paling suka ialah dimana pertunjukan
ini mengeluarkan burung, arnab yang bertelinga panjang dan
bermacam-macam haiwan yang comel-comel dari dalam topi hitam
yang panjang. Ataupun daun terup yang bertukar saiz dan kain yang
berwarna-warni menjadi sejambak bunga plastik serta kotak-kotak hitam
yang nampak kosong tetapi penuh dengan benda-benda yang memukau penonton. (.hahaha..saya berpendapat, Tukang Kayu yang membuat kotak-kotak 'magik'
ini terpaksa mengeluh sebab terlalu banyak ruang-ruang rahsia yang perlu dibuat!)

Tapi saya agak musykil apabila menonton rancangan Silap Mata dekad ini.
Memang sungguh menakjubkan. Saya pernah menonton seorang pakar silap
mata yang cukup hebat dimana beliau boleh menaikkan kedua belah kaki
sehingga tidak mencecah lantai (aikk..terlampau 'silap mata' arr..), boleh
memusingkan kakinya ke 360 darjah dan dapat meneka kesemua
nombor ramalan sekaligus semasa membuat rakaman secara spontan.

Saya tidak percaya ini silap 'mata' lagi. Saya berasa agak gerun dan perasaan
saya menjadi tidak begitu tenang apabila menonton rancangan itu.
Saya masih tertanya-tanya sehingga hari ini... Adakah mereka menggunakan
'gimmick' supaya dapat menaikkan 'rating' penonton atau ini memang 'tersilap langkah'.......?????
Saya kurang pasti, anda bagaimana?

11 comments:

Bambangan @ Ony said...

Silap mata... emmm ramalan.... emmm bek lagi ramal tu nombor ekor apa yang keluar ni petang oh kan... jadi inda lagi susah2 mau kerja jadi pembohong... ngehehehe tapi perkataan pembohong inda sesuai kali ah, emmm silap mata magic ja lah ...

ko pandai wat pa mandakzzz

Apple said...

sebenarnya, tu adalah silap mata. Yg paling handal adalah semua org yg berada dlm rancangan tu adalah accomplish. kita ingat mrk adalah org biasa namun sbnrnya, mereka adalah geng si tukang silap mata.
yg men teka2 nombor tu, tu juga adalah silap mata. pusing 360 darjah tu juga.. dan hidupkan lalat tu juga, sambungkan kepala ayam yg terputus tu juga..
jk nak lebih tahu, tngk drama "Trick"<-- drama Jepun.

Apple said...

erm.. rasanya online ada kat mysoju.com. drama yg agak best gak, hehe..

Medusa said...

im not sure too hun! ^_^ hehe..

david copperfield.. david.. (apa tu nama dia aa..) n other magician yg memang uda terkenal~ some pple say they use genie (baa ko tau la asian.. lol) some other pple say they really do magic.. how to do it.. idk..

its about playing with pples mind.. etc.. idk.. u tell me.. heheh ^_^ since u know a bit bout magic.. nah u must b know a lil thing bout em.. ^_^ great one.. hehe

Unknown said...

Main silap mata to me is the special tecnique yang hanya blh dikuasai oleh mrk yang pandai kasih urng 'silik2' mata hehehehe..dia buat2 silap depan mata kita tu..jadi kita punya tersilap lah nampak hehehehehe..

HoneyBUZZin said...

Ony...

Sia kasi magik Ony di KK arr..kita p makan satay di Tanjung Aru..hik hik hik..

Itu dua 'magik' ja yang sia tahu..kasi tipu budak arr..tia boleh auta urang dewasa..bikin katawa jak..hehe

HoneyBUZZin said...

Ryu..thanks for the info..will keep in mind. Regards

HoneyBUZZin said...

Beck...lagi satu tu David Blaine...wa..ko pun suka eh..tingok 'magik' arr...
hahaha...
I think it's true..they fascinates us with their quick actions and fantastic props..
I don't know much..just two as I'd mentioned in the write-outs..but that really keep my young audience responded with 'Ooos' and 'wahhhs'..'magik' tipu budak ja..hahaha

HoneyBUZZin said...

c.alv.b,

Hi, welcome to my blog. Totally agreed with what u've said..hmm..fascinates me!

--- said...

kenapa mereka bagi nama silap mata? Bukan silap hidung kah atau silap mulut atau silap-silap , tiada silap? itulah.. kalau main silap mata, macam nampak tiada silap, tapi sebenarnya banyak silap..

Saya pun pernah nampak arnab ditukar menjadi burung merpati, di depan mata saya. duuuuuulu.. lama betul sudah tu...hahaha.. bagus juga bah mau lihat ni sekali sekala, tapi mcm saya tau teknik sikit silap mata ni, ada saya baca didalam satu buku mengenai silap mata dan teknik2 mereka..

Salah satu daripadanya ialah, telur pandai berdiri dan jarum tidak tenggalam di cawan.. nah.. kan.. hehehe..

HoneyBUZZin said...

Hehehe San...very funny U! memang kita boleh membaca permainan silap mata di buku...tapi yang mudah-mudah sajala..yang susah tu..'DON'T TRY IT AT HOME'..bahaya..nanti hilang mata dan hidung...aikkk!