Wednesday, December 31, 2008

Seindah percikan bunga api dilangit..

Malam ini Disember 31...akan kedengaran percikan bunga api dan dentuman
kuat dilangit. Sekiranya dilihat dari ruang angkasa, kita pasti nampak banyak
tompokan-tompokan putih dan kecil di planet yang bernama bumi ini.

Saya mahu turut bergembira..saya mahu juga mengira detik jam...
tik tik tik ..lima saat..empat..tiga..dua..satu...KABOOOOMM...! seiring
dengan mesej-mesej didalam telefon bimbit yang saya terima tak putus-putus nanti...

Aaahh..cepat betul masa berlalu. Tempohari baru kita menyambut
Krismas...sekarang, di kebanyakkan tempat membeli-belah kedengaran
pula lagu menyambut Perayaan Tahun Baru Cina...hik hik hik...!! apa nak buat,
beginilah cara berniaga...semuanya cepat..cepat...cepat..
Begitu juga dengan usia kita..semakin meningkat dengan cepat...

makan semakin cepat..memandu semakin cepat...cuma penerimaan
gaji saja yang lambat! aikk...ini tak boleh jadi!

Ada juga yang bertanyakan saya..apakah azam Tahun Baru saya?
Susah pula nak jawab..hari ni saya buat azam Tahun Baru...bila akhir
tahun menjelang..tak ingat pula azam yang telah dibuat!
Pelik!

Tahun 2009, saya tidak mahu membuat azam yang baru. Saya tidak
mahu azam saya sekadar kata-kata. Saya tidak mahu azam yang dibuat
hanya seindah percikan bunga api di langit...cantik sekali tapi sebentar sahaja.
Cukup hanya ala-kadar sahaja..mensyukuri apa-apa rezeki yang mendatang...
dan sihat! Ini yang penting bagi saya.

Selamat Tahun Baru 2009 buat semua, semoga dimurahkan
rezeki dan sihat sejahtera selalu.... sila naikkan gelas... yat yee sum
YAMmmmmmmm SENG!!







Saturday, December 27, 2008

Sains atau ....

Kami jarang berbual..tapi pagi itu saya datang sedikit awal ke tempat kerja,
saya terserempak dengannya sekali lagi. Saya tidak tahu namanya...
tapi saya tahu dia ada membela beberapa ekor kucing.

Seperti biasalah...saya ni memang peramah arr...jadi saya pun membuka
tirai perbualan pagi itu..

"Lama tinggal sini..." tanya saya sambil tersenyum.
"Lama juga..ada dua tahun sini..."
"Ko bukan kerja opis _____ itukah? tanya perempuan itu.
"oh bukan ba....sia karaja itu kompeni _____ sambil menuding kearah
kedai yang berdekatan tempat tinggalnya.
"oooo...." sambil ketawa. "Sori arr...sia selalu tinguk tinguk jugak ko...
..sia sangka ko karaja opis ini..tapi disana pula ko karaja"...katanya.
"hahaha...." saya lantas ketawa.

Memang biasalah, saya selalu didalam pejabat, jarang keluar.
Pelanggan yang datang ke tempat kami, jarang sekali nampak saya..
saya sahaja yang boleh nampak mereka... ..sebab cermin gelap ada dipasang
didalam bilik pejabat saya.

Berbalik semula pada cerita saya dan perempuan itu..dia pun menceritakan
beberapa kisah menarik dan aneh yang pernah dialaminya sewaktu tinggal disana. Dikatanya...dia masih ingat bila Orang-orang Cina menyambut perayaan
'Hantu' dibulan tujuh (kalendar Cina)..maaf saya tidak berapa pasti...
dia pernah ternampak 3 orang perempuan yang cantik dan tinggi lampai
di kedai bersebelahan pejabat kami.

Wuissh..naik meremang bulu roma saya bila mendengar kisahnya itu...

Pernah suatu malam, lebih kurang pukul 2pagi, dia terdengar tangisan
perempuan yang kuat..tangisan yang cukup lama dan menghibakan.
Dia hairan juga dan tertanya-tanya dimanakah datangnya tangisan itu?
Keesokkan harinya, dia pergi menemui pemuda yang bekerja di kedai 7-eleven
(satu blok)...dan disoalnya pemuda itu, adakah sesiapa lagi yang tinggal di blok tempat tinggalnya..
Ternyata hanya dia sahaja yang tinggal disana..tidak adapun penghuni lain katanya
kepada saya dengan penuh perasaan.

Ditambahnya lagi, pernah satu kali didalam mimpinya, dia didatangi oleh
tiga perempuan itu..."Kami sebenarnya ingin berkawan dengan kamu..."
kata mereka kepadanya."..Tapi kami tidak boleh mendekati kamu kerana
kamu pelihara kucing.."

"Oh...! Dimana kamu tinggal? kata kawan baru saya itu.
"..Tu...dan mereka menuding jari ke arah blok yang kosong itu..."

Terperanjat amat kawan saya itu!
Cerita ini bukan rekaan semata-mata tetapi kisah benar yang diceritakan
kepada saya pagi itu...

Anda percaya atau tidak... Saya percaya!

Thursday, December 25, 2008

Dia

Namanya Valerie. Gadis kecil berusia 10tahun. Dia kini terlantar di Hospital Likas,
Kota Kinabalu. Seminggu yang lalu kami dikejutkan dengan keadaan kesihatannya
yang kurang stabil. Jade menalifon saya sambil menangis..."saya dapat tahu dia
berada didalam keadaan koma selama beberapa hari...selepas itu dia sedar,
menangis dan dalam keadaan yang takut.." kata Jade dengan nada yang sedih.

Pada mulanya saya terpaku seketika...saya tidak tahu kerana saya memang
agak sibuk kebelakangan ini... Dulu, anak kecil yang berusia 10tahun
itu memang pernah sakit..tapi kali ini agak teruk. Saya tidak dapat merasakan
kehibaan yang dirasai Jade ketika dia menalifon saya...mungkin kerana Jade amat
rapat
dengannya.

Tapi hari ini, semasa orang ramai berpusu-pusu membeli belah di 1-Borneo
atau di tempat-tempat makan bersama keluarga tersayang, saya mengambil
keputusan untuk melawat Valerie..kerana saya tidak mempunyai banyak masa.
Saya memang kenal anak kecil ini walaupun
tidak seakrab sahabat baik saya, Jade.

Semasa saya melawatnya, saya melihatnya tidur, dicelah matanya tergenang
sedikit airmata dan saya lihat wajahnya agak lebam akibat
suntikan 'steroid'..
Melihat keadaannya yang sebegitu, hati saya bagaikan direntap dengan kuat.
Saya tidak dapat menahan perasaan langsung menangis diatas bahu Jade.


Saya masih ingat, dulu..setiap kali apabila saya menemui Valerie..saya akan
terus memegang tangannya dan bertanyakan khabarnya. Tapi kali ini saya
hanya mampu memegang tangannya kerana Valerie didalam keadaan separa sedar.

Baru saya tahu perasaan Jade apabila dia menangis di telefon tempohari...
hari ini saya juga tidak dapat mengawal perasaan apabila melihat dengan
sendiri keadaan Valerie yang sakit itu.

Kadang-kadang bila mengalami keadaan sebegini, saya berfikir sejenak....
ramai orang bersuka-ria hari ini tetapi ramai juga yang sakit dan menderita di
luar sana. Bagi saya, hadapilah hidup hari ini dengan penuh kesyukuran..kita tidak
akan tahu apa yang akan berlaku di kemudian hari!

Wednesday, December 24, 2008

Berita Nasional...hik hik

BERITA INTERPOL KOTA KINABALU....
Disember, 24, Kota Kinabalu,

Saya tidak dapat mengUPDATEkan blog saya buat sementara waktu kerana ada kerja-kerja "kuli"
yang harus dibereskan. Terimakasih kerana sudi mengunjungi saya dan menulis sepatah dua kata di shoutbox saya.
Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Natal kepada kawan-kawan dan rakan bloggers yang mengenali saya...baru dan lama.
Akhir kata..pandu cermat...kurangkan lemak dalam badan, banyakkan senyuman...jaga badan...(nanti jadi macam itu DORAEMON...nyesal kamurang ooo)...anyway...Have a happy happy happy Christmas and a Blessed New Year 2009)

Signing out.....ada sikit kerja lagi mao buat....uhuk uhuk...)

Wednesday, December 10, 2008

"Atuk"..tapi bukan datuk saya!

Budak perempuan itu mungkin baru berusia 10tahun. Saya melihat dia menolong bapanya menjual "Char Kuey Teow" di satu sudut bersebelahan dengan penjual nasi. Yalah..sekarangkan musim cuti sekolah..jadi tidak hairanlah kalau ternampak budak-budak berusia lingkungan 10-12 tahun menolong keluarga mereka di restoran atau di gerai-gerai menjual makanan.

Semua ini membuatkan saya terkenangkan kembali akan satu masa yang lalu dimana saya menolong 'Atuk' di kedainya yang kecil dengan menjual suratkhabar. Sebenarnya, 'atuk' yang saya panggil tu bukanlah datuk saya..tapi datuk Ita, sahabat zaman sekolah rendah saya.
Terkenang pula pada Ita. Hmm..tak taulah dimana agaknya dia sekarang? ..sebab sejak Ita berpindah ke tempat lain, kami telah putus hubungan.

Dulu tu, memang seronoklah berpeluang bekerja dengan 'Atuk'. Ita dan saya akan menolong 'atuk' di kedai setiap hari minggu. Walaupun Ita dan saya berlainan bangsa, tapi kami sangat akrab. Persahabatan baik diantara kami selalu menjadi perbualan orang-orang yang singgah di kedai 'atuk'.

Iyalah..orang selalu tertanya-tanya..'anak siapa pulak ni'....atau "..yang ini cucu jugak ker?" tanya pelanggan yang datang ke kedai atuk tu. 'Atuk' cuma tersengih-sengih jer... kadang-kadang 'atuk' jawab juga..'iya..iya..cucu aku'..katanya. Memang atuk sayang saya juga sebab apa-apa saja barangan yang dibelinya untuk Ita, dia beli juga untuk saya.

Saya sayang pada 'atuk' biarpun 'atuk' bukan sebangsa saya. Saya berpendapat kalau mahu mengekalkan keharmonian yang sebenar dikalangan apa-apa bangsa sekalipun, sebenarnya tidaklah sesukar mana. Saya hairan mengapa selalu perkauman itu dipertikaikan? Saya berbangsa Cina dan atuk berbangsa Melayu. Biarpun begitu realitinya, 'atuk' tak seganpun mengatakan kepada orang lain saya cucunya. Bagi saya tidak ada masalah pun...
Itulah yang buat saya terkenangkan orang yang bernama 'atuk' ini.

Tapi 'Atuk' dah lama pergi meninggalkan kami kerana sakit tua. Tapi saya tak dapat melupakan 'atuk'...sebab sikap 'atuk' yang agak terbuka itu telah merapatkan satu jurang dua bangsa yang berlainan. Saya dan dia! ... 'Atuk' melihat saya dengan 'mata' yang mengenal erti kedamaian. Saya masih tertanya-tanya, sejauh manakah kita mengenali erti kedamaian yang sebenar?
'Atuk' lebih duluan mengetahui ini dari kita.

..sampai hari ini saya masih tidak tahu nama 'atuk' yang sebenarnya....I'm sorry cos wasn't around to be by your side when u left us :(

Monday, December 8, 2008

Selamat Datang 2009..

Wah...cepat betul dahpun hampir kepenghujung tahun 2008. Dimana-mana sahaja kita pergi terutama di kompleks membeli belah Kota Kinabalu, kita akan dapat melihat pokok-pokok Krismas dihiasi indah dengan cahaya yang berkelip-kelip. Lagu-lagu Natal kedengaran berkumandang dimana-mana sahaja. Begitu juga dengan industri perhotelan, semuanya sibuk dengan penjualan tiket dan pakej-pakej hidangan malam yang ditawarkan untuk menyambut perayaan ini sekaligus menyambut ketibaan Tahun Baru 2009.

Bagi saya, tahun ini pula merupakan tahun yang agak mencabar. Dalam kesibukan saya bekerja, saya telah mula berjinak-jinak didalam bidang penulisan yakni menjadi seorang 'blogger'. Pada mulanya saya sangka menulis ini hanya untuk hobi sahaja tetapi lama-kelamaan saya merasakan untuk menulis sesuatu dan menghasilkan sebuah penulisan yang baik tidak semudah itu. Tabik untuk mereka yang telah lama berkecimpung dalam bidang ini.

Saya tidak tahu sejauh mana saya akan dapat bertahan untuk mengekalkan blog ini..adakah saya akan menulis lagi..adakah saya akan bersara...adakah... Aaaahhh..banyak betul persoalan yang bermain di minda saya dan tidak mungkin dapat saya jawab dalam masa sesingkat ini.

Kepada pengunjung blog ini, saya, Honeybuzz ingin mengucapkan "Selamat Hari Natal" kepada semua rakan-rakan bloggers yang beragama Kristen dan Selamat Tahun Baru 2009 kepada semua. Sekian sahaja buat kali ini...jika tiada aral melintang, semoga ketemu lagi di masa yang lain.

Salam Sejahtera.

Thursday, December 4, 2008

Saya takut akan...

Semasa membuat kunjungan balas ke satu blog kepunyaan blogger yang bernama Mell -"This is a Blog..DUH!"...saya cukup tertarik dengan youtube yang dipasang olehnya. Ia adalah berkenaan rasa ketakutan yang dialami oleh seorang budak bila menonton aksi boneka yang dimainkan seseorang dibelakang tabir dan tentang seorang wanita lewat 4oan yang amat takut pada karekter badut.

Saya juga pernah mengalami beberapa phobias dalam hidup saya. Saya masih ingat semasa saya menaiki kenderaan awam di Bangkok, Thailand, saya mengalami kejutan itu. Cara pemanduan orang-orang tempatan sana amat menakutkan saya. Jarak sebuah kereta dengan sebuah kereta yang lain hanya beberapa inci sahaja. Bukannya seperti di tempat kita dimana kita dibahagikan dengan garisan yang jelas..disana lain pula. Saya pasti kena 'cardiac arrest' kalau tidak menutup mata. Betul-betul menakutkan saya.

Selain dari ketakutan pada pemanduan yang laju, saya juga takut dengan cicak. Hahahaha...saya tidak suka akan binatang kecil ini...saya cukup geli dan loya terutama sekali bila ternampak sebahagian ekornya yang tertanggal dan masih ligat bergerak..adedeh..

Lagi satu, semasa saya kecil saya takut betul melintasi pusara. Setiap hari saya terpaksa melalui kawasan pusara itu untuk ke sekolah...semasa melalui tempat itu, saya akan langkah seribu arr....terus berlari macam lari 100meter. Aihh..cukup menakutkan saya..tetapi sekarang apabila sudah dewasa, saya telahpun memahami diri saya yang sebenar. Saya tidak takut pada pusara lagi tetapi saya masih takut pada dua perkara yang saya ceritakan diatas tadi.

Apakah yang anda takuti dan geruni..apakah phobia anda? Adakah malam yang sunyi..anjing yang melolong...lipas...ular..atau ketinggian yang menjadi phobia anda? Hanya anda yang tahu. Mari kita bercerita....takut juga..tapi tatap ROCK! Hik hik

Tuesday, December 2, 2008

Khianat!

Mereka berkomplot mengenakan perempuan itu. Jenny yang mempunyai
dua orang anak itulah yang selalu menjadi "batu api" dan dalang pada
peristiwa beberapa tahun yang lalu. "Huh.... suka hati anak sayalah kalau
mau main basikal di tempat letak kereta" katanya sambil menjuihkan bibirnya.
Dia mengadu pada Ivy dan Anita, jiran yang tinggal di kawasan perumahan itu.

"Iya..apa salahnya bermain di tempat letak kereta..bukankah kawasan itu juga
kawasan awam?" kata Ivy sambil memerhatikan anak-anak mereka bermain
basikal 'mountain bike' yang berharga $300 ringgit itu. Anak-anak yang
berusia diantara 8-11tahun adalah 'samseng muda' di sana dan kelihatan selalu,
kelima-lima budak itu memperagakan aksi 'stunt' dengan basikal mahal mereka.

Perempuan yang menjadi mangsa itu tidak dapat berbuat apa-apa. Dia
sebenarnya cuma menasihati budak-budak itu supaya jangan bermain di
tempat letak kereta kerana keretanya tercalar dengan teruk akibat basikal
mereka yang menyelusup sini sana dan aksi "stunt" yang cukup bahaya.
Ada juga kereta jiran lain yang menghadapi keretakan di bahagian
nombor 'plate' akibat kecuaian anak-anak ini semasa bermain basikal.

"Dik..dik..bagus adik pergi bermain di taman...disini banyak kereta yang
tercalar nanti" itu sahaja kata-katanya kepada sekumpulan budak-budak
yang dilihatnya seringkali bermain basikal di tempat dimana keretanya diletakkan.

Malangnya ada sesetengah orang tidak suka anak mereka ditegur. Ramai penduduk
telahpun menyuarakan ketidakpuasan mereka berkenaan hal itu dan telahpun
membuat aduan kepada pihak pengurusan apartmen itu malangnya ibubapa kepada
anak-anak nakal ini tidak mengendahkan aduan tersebut.

Kasihan sungguh perempuan malang yang menjadi "target" mereka kali ini.
Setiap kali ada sahaja kesan calar yang baru..kesan calar yang cukup dalam.
Perbuatan "khianat"orang dewasa. Pernah 3 kali keretanya dipancit dengan
paku "konkrit" yang sepanjang 2 setengah cm itu. "Kegilaan" itu berlaku hampir
setiap hari. Pernah sekali dia ternampak anak-anak si batu api itu
menyemburkan minyak basikal keatas keretanya. Kawan sekepala dengannya
itu masing-masing membuat sedikit sebanyak 'hadiah' di kereta kepunyaan perempuan
itu. (selepas kejadian tayar dipancit, laporan polis telahpun
dibuat pada hari yang sama)

Perempuan itu tidak dapat berbuat apa-apa. Dia cukup malas melayan
karenah orang-orang dewasa yang kurang pendidikan 'sivik'...walaupun
dia sudah cuba berdiplomatik dengan mereka..tetapi usahanya sia-sia.
Dia cukup hairan...mengapa dia diperlakukan sebegitu? Salahkah menyuarakan
sesuatu dengan baik? Kalau kereta tak dicalar, tayar dipancitnya pula
dan pernah menyebabkannya terkandas di jalanraya. Aduhai...keluh perempuan itu.

"Kadang-kadang perkara itu berlaku bukan kerana adanya salah faham.."
kata kawan kepada perempuan malang itu. "Ada setengah orang itu..dia
benci dan iri hati melihat kemampuan orang lain..." "Ada setengah orang itu
sengaja mencari perbalahan..kerana mungkin kamu ada sesuatu yang dia tidak ada.."
"Ada juga yang suka memperbesar-besarkan sesuatu perkara yang boleh
diselesaikan dengan cara yang baik".

"manusia ini bermacam-macam ragam.." kata pula kawan-kawannya yang
lain selepas mendengar rintihan perempuan itu.

"Yalah....tidak apa..mereka kuat" jawab perempuan itu dengan nada yang sedih.

Memang kes ini kes menangis tak berlagu....perempuan malang dalam cerita ini adalah saya sendiri! Hwaaaaaaaaaaa.................

(sebenarnya perbualan mereka itu didengar oleh saya di bahagian dapur
rumah dimana kedudukan ruang tempat letak kereta itu betul-betul dibahagian
bawah rumah saya..huhu)

Thursday, November 27, 2008

Sahabat yang baik..tidak ternilai harganya

"Boss..selamat pagi..sori saya menganggu ...ayah Jim meninggal dunia pukul
lima pagi tadi" kata saya dalam telefon. Terdiam seketika boss saya itu.
Kemudian saya meneruskan lagi.."dia memerlukan pertolongan".
"Okay" jawab boss saya dan kami pun mengakhiri perbualan singkat pagi itu.

Sebenarnya Jim (nama samaran) adalah kawan baik kepada pengarah syarikat saya.
Saya pun rasa agak guguplah tapi saya mesti memberitahunya akan perkara itu.
Sebenarnya Jim dan bapanya sahaja yang tinggal di Sabah. Adik-adik perempuannya
semuanya telah berkahwin dan berhijrah ke luar negeri. Ibunya pula berada di
Hong Kong bersama adik perempuannya ketika itu. Tapi syukurlah ibu beliau dan
beberapa orang adiknya sempat pulang melihat bapa mereka pada kali yang terakhir.

Salah seorang pekerja Jim berkawan baik dengan saya dan dialah yang memberitahu
saya akan hal yang mengejutkan itu. "Kasihan sungguh" kata kawan saya.
"Dia benar-benar keseorangan menghadapi ini semua.. hanya kepada kamilah,
pekerjanya yang menolong menguruskan hal pengebumian, surat kematian,
membeli persiapan ini dan itu
untuk pengebumian bapanya" kata kawan saya
dengan nada yang sedih.


"Ya...saya tahu akan perasaan itu" kata saya. Saya juga pernah kehilangan seorang
kakak yang dilahirkan cacat beberapa tahun yang lalu. "Baguslah kalau dapat
menolong Jim..dia memang sangat memerlukan sokongan dari semua" kata saya.

Sebenarnya saya telah meminta kebenaran untuk menulis cerita ini kerana ada
satu aspek yang saya ingin sentuh disini yang saya rasakan amat benar.
Kadang-kadangtu, bila didalam kesusahan, sahabat handai dan rakan taulan
yang rapat banyak memberikan sokongan moral kepada kita.

Saya masih ingat, ada satu masa itu, saya pernah mengalami stress yang amat teruk.
Saya meminta sahabat saya, Eleen untuk menemani saya untuk 'brisk walk' di
sebuah taman berdekatan bangunan Arkib. Kami sudah berjalan hampir 2
pusingan dan sebelum mengucapkan "selamat tinggal'..kawan saya memberitahu
saya bahawa bahagian kakinya sedikit sakit. (..sudah seminggu kakinya sakit)

Sayapun bertanyakan kepadanya "kenapa kamu tidak memberitahu saya.."
'kata saya sedikit kesal.
"Saya risau tentang kamu dan saya ingin menemani kamu" kata kawan saya itu.
Saya terus memeluknya. Disaat itu saya mengalirkan airmata.

Sejak hari itu, saya belajar seperkara lagi tentang kehidupan. Wang dan harta
boleh dicari tetapi sahabat yang baik dan memahami adalah umpama sebutir
permata dipasiran pantai.

Sunday, November 23, 2008

Aduhai...TEE

"Eer...saya pun mau tulis bloglah..macamanalah tu" tanya Tee, gadis dari Syarikat perakaunan yang dihantar ke pejabat saya pada Jumaat lalu. Saya pun berkata dengannya. Saya bukanlah pandai sangat dalam bidang penulisan ni, baru belajar sebab sebelum ber'blogging' ini saya tak pernahpun menulis. Kadangtu tak ada idea pula nak menulis.

Tapi pagi ini saya menulis kerana saya agak kagum dengan sikap Tee itu atau panggilan manjanya TeeTee..(macam TT duit keluar dari bank). Dia merajuk gak bila saya katakan padanya saya nak tulis nama TeeTee..dikatanya.."Ala..nama tak best...tulis jer nama "Tee"..glamour sikit katanya sambil tersipu-sipu malu.

Aikkk....melebeh-lebeh pulak ko arr Tee...hik hik (nah..senyum-senyum suda dia)

Tengahari tu kami berjalan sekejap di Tamu. Tee yang ajak saya. Orangnya cantik..eh eh silap..Tee cakap dengan saya kalau nak tulis cerita tentang dia..jangan tuliskan diatu cantik..tapi 'kiut"..ok..ok..dah tulis pun. (tersengih lagi ..)

Sepanjang perjalanan di tamu dari gerai A-Z tu, saya agak sedikit kekok dan juga kagum dengan sikap Tee yang begitu peramah sekali.
"Eh..macam sadap itu makanan? Mana ko beli..." ditanyanya pada makcik yang menjual tembakau. Tersenyum-senyum dan dibalas pula pertanyaan itu oleh makcik yang menjual tembakau tu. Dari tapak penjualan kura-kura, madu lebah dan lain-lain, Tee menyapa mereka. Terasa pula macam berjalan dengan bakal YB. Hik Hik..

Hari ni saya ada temujanji lagi dengan Tee..dia mahu saya menemaninya ke sebuah majlis perkahwinan.
"Eh..boleh ke pergi kalau tak dijemput..? kata saya sambil menggaru-garu kepala yang tak gatal. "Eh boleh ba..di Kampung Petagas..kawan saya tu."...katanya

Saya menulis cerita tentang Tee ni sebab saya rasa baru pertama kali saya berjumpa orang yang sebegitu peramah. Seronoklah berkawan dengannya..tak kering gusi ketawa. Hari ni saya bercerita santai jer..lain kali kita berbincang akan satu isu kehidupan yang lain pula. Salam Sejahtera buat semua.

(Kawan-kawan bloggers yang mengenali Honey...berilah sedikit "komentar" untuk Tee. Dia nak cari kenalan tu...huhu.."hi" ka? gitu arr..jangan nakal-nakal tau)

Tuesday, November 18, 2008

Dimanakah silapnya..? Bahagian 2

Seperti yang telah dijanjikan saya mahu berceritalah..tapi sebelum itu saya
ingin mengucapkan terimakasih kepada kawan-kawan yang memberikan
respon yang baik pada pertanyaan saya.Setiap kali apabila kita menyentuh
aspek ini, ramai yang akan terus berpendapat seperti komen-komen sahabat
bloggers di sini. Saya cukup bersetuju sekali dan tak menyangkal walau
satupun komen bernas mereka..tapi cerita yang saya paparkan ini akan
membuat kita berfikir dan melihat dari satu sudut yang berlainan pula.

Ini adalah cerita benar yang saya dengar dari orang lain.

Lis (nama samaran) dan suaminya adalah sepasang suami isteri yang muda.
Kedua-duanya memang cocok, Lis memang cantik, suaminya kacak pula.
Suaminya adalah seorang pegurus pengendali makanan dan mereka
hidup secara sederhana sahaja. Demi sokongan dan kasihnya pada suami,
Lis akan bangun seawal pukul 3pagi untuk membuat juadah-juadah untuk
dijual. Lis memang isteri yang baik(bukan senang nak buka bisnes makanan ni..)
Begitulah jadual mereka setiap pagi dan setiap hari. (Mereka mempunyai
sepasang cahayamata). Mungkin sebab kesukaran untuk membuat perniagaan
sendiri, mereka beralih kepada bidang yang lain, Lis dan suaminya masing
masing bekerja di syarikat yang berlainan.

Tidak tahu pula dimanakah silapnya apabila Lis berkasihan pula dengan lelaki lain.
Dia seringkali dilihat mabuk-mabuk. Kasihan betul kata kawan saya itu.
Adakah Lis sengaja curang? Dari awal lagi kita ketahui..Lis adalah perempuan
yang rajin dan baik. Saya cukup terkilan apabila mendengar cerita sepasang
suami isteri ini. Dimanakah silapnya? Saya berpendapat, Lis mungkin patah
hati atau kecewa akan sesuatu perkara...kerana perempuan tidak semudah
itu untuk beralih kasih apalagi kita sudah sedia maklum dari awal, dia adalah
isteri yang rajin dan baik. Tentu kamu akan berkata 'hati manusia akan berubah'
...bagaimana pula ya boleh jadi begitu drastik?

Cerita Kedua

Hampir 25 tahun, Don(nama samaran) mengahwini perempuan itu.
Perempuan itu tidak pernah melayannya seperti seorang suami. Segala
pakai minum anak-anaknya dan dirinya diuruskan sendiri. (Kes ini memang
agak ganjil sedikit dan keterlampauan) Baru-baru ini dia telah menemui
seorang perempuan. Mereka saling berkasihan. Ibu Don pernah juga
mencarikan seorang isteri untuknya kerana katanya perempuan yang
dikahwininya itu tidak berguna sama sekali. Saya cukup bersetuju.

Apa yang membuat saya tertanya tanya, bukanlah sangat tentang perihal
masalah mereka kerana semua orang mempunyai masalah unik masing-masing.
tetapi apa yang menjadi persoalannya ialah...sudah sampai ketahap yang teruk
sebegini dan baru menemui kebahagiaan sendiri, bolehkah Don dikatakan
seorang yang curang..maklumlah masih terikat dengan seseorang dan

adakah pula Lis seorang isteri yang tidak baik?

Adakah ini dikatakan permainan nafsu semata-mata? Don pernah meluahkan
kesedihan hatinya kepada seorang 'kakak' yang saya kenali..katanya,

'kamu tidak tahu betapa sunyinya hati saya'..selama 25tahun saya
berasa seperti hidup keseorangan'..

Saya mati akal. Sedih pula saya rasa..tapi iyalah.."luka di tangan nampak
berdarah..luka dihati siapa yang tahu?" Dimanakah silapnya...? Saya tidak
ada jawapan untuk itu.


Dimanakah silapnya..? - Bahagian 1

Sebenarnya banyak yang ingin saya tuliskan disini tetapi ada sesuatu yang menjadi tanda tanya saya sejak dulu lagi. Banyak postingan saya sebelum ini selalunya mengambarkan perihal kehidupan. Tema sebegitu memang tidak lari dari penulisan saya kerana saya memang mempunyai ramai kawan-kawan dari berbagai lapisan masyarakat dan juga dari berbagai umur..bermula dari yang sekolah tadika sehinggalah pada yang boleh saya gelarkan datuk.

Hari ini saya nak menyentuh perihal suami isteri yang curang. Mengapa berlakunya perkara tersebut, dimanakah silapnya? Saya ada dua cerita untuk dipaparkan disini..(malam ini baru saya tulis di blog) tetapi saya ingin mendapat komen dari para pembaca. Saya ingin membaca pendapat kamu ataupun pengalaman dan cerita yang pernah kamu dengar.

Kali ini kamu cerita dulu..

Friday, November 14, 2008

Saya cukup menyampah kalau...

Sejak kebelakangan ini saya memang agak sibuk sekali. Banyak kerja yang
perlu disiapkan. Cepat benar masa berlalu. Hari ini sahaja saya sibuk
menghadiri sebuah seminar di Le-Meridien.Bila bercakap pasal seminar tu
...maksudnya termasuklah makanan yang jarang-jarang kita makan.
Mana tahan makan makanan hotel..bukan murah tu.. Selalunya saya
'tapau' sahaja dari rumah untuk bekalan tengahari..makan ala kadar sahaja.
Asal kenyang perut..okaylah tu..

Anda tahu tak apakah yang paling membuat kita bosan bila
menghadiri seminar..atau kursus atau apa-apa sahaja? Bagi sayalah,
saya cukup menyampah apabila adanya deringan telefon. Nasib baiklah
saya dapat mengawal kesabaran saya pagi tadi..kalau ikutkan hati mahu
saja saya maki perempuan disebelah saya yang tak habis2 menjawab telefon.
Orang jenis ni memang 'bebal' sikit arr...

Lagi satu, menghadiri jamuan, majlis majlis perkahwinan atau apa-apa sahaja keramaian..adakah anda perasan..ada orang tak menepati masa?
Mengapa dan kenapa kita bersikap begitu?Adakah ini sikap orang-orang kita?
Sikap 'datang lambat' itu seolah-olah telah menjadi satu fenomena yang
sudah cukup lama sebati dalam masyarakat kita. Saya paling kasihan melihat
anak-anak yang turut hadir dalam majlis sebegini. tentu mereka kelaparan.
(saranan saya, makan sedikit sebagai alas perut sebelum menghadiri apa-apa majlis)

Saya rasa anda tentu pernah mengalaminya. Saya cukup hairanlah, mengapa
susah sangat untuk menepati masa? tak terfikirkah..bukankah sikap
'datang lambat' itu seperti tidak menghormati hos kita? Bagi saya hanya
ada satu jalan penyelesaian sahaja untuk mendidik masyarakat kita.
Tulis je dalam kad jemputan .."Makanan akan dihidangkan TEPAT pukul
....sekian-sekian...!"Senang faham bukan?...samada tetamu jemputan datang atau tidak...makanan akan dihidangkan tepat pada waktu yang tertera dalam
kad jemputan. Kalau lambat..faham-fahamlah!

Monday, November 10, 2008

Jangan berfikir ke arah 'itu'...

Hari ni saya nak menceritakan sesuatu yang berlainan dari postingan
saya sebelum ini. Perkara ini terjadi setahun yang lalu apabila saya dan
kawan perempuan saya pergi menziarahi saudara perempuannya yang kurang sihat.

Perempuan itu "kurang sihat" bukan kerana sakit biasa tetapi lebih kepada
"sakit hati". Ceritanya begini, biarlah saya namakan perempuan ini 'J'.

'J' adalah seorang perempuan dalam lingkungan 50an. Masalah berpunca
dari suaminya yang bermain kayu tiga. Suaminya telah menemui perempuan
lain semasa menghadiri sebuah kelas tarian di bandar. Menurut cerita kawan
saya, suami si 'J' itu mula bersikap lain selepas menghadiri beberapa sesi tarian.
(itulah baik buruk kelas tarian..kalau berpasangan...hmmm...iyalah..tak perlulah
saya huraikan keadaan tu macamana..kita bukannya budak-budak sekolah rendah...)

Kawan saya itu memang pandai ber'diplomatik' dengan saudara perempuannya itu.
Kamu nak tahu...'J' telah banyak kali cuba membunuh diri. Nasib baiklah kawan
saya itu seorang yang penyabar, penyayang dan pandai pula 'berkata-kata'.
Pada hari saya melawatnya..'J' ada menyimpan mata pisau cukur didalam koceknya.
(Dia cuba mengelar pergelangan tangannya)..wuishh..nasib kami tiba awal arr..

Menurut kawan saya, 'J' sebenarnya sungguh kecewa kerana suaminya beralih kasih.
Saya dan 'J" sebenarnya tidak begitu mengenali satu sama lain (itulah sebabnya
dia banyak bercerita dengan kawan saya) Sesiapa juga akan berasa amat kasihan
melihat perempuan itu, walaupun matanya memandang kearah kamu, tapi
fikirannya jauh melayang sebenarnya. Dirinya cukup tidak terurus lagi.
Dia benar-benar patah hati.

(Tidak kira apa sahajalah penderitaan, kesedihan ataupun kesusahan yang kita alami, tak usahlah kita mengambil langkah yang salah iaitu dengan membunuh diri. Tindakan sebegitu sebenarnya tidak akan dapat menyelesaikan apa-apa masalah yang kita hadapi..bahkan hanya membuat orang lain yang menyayangi kita menderita diatas perbuatan kita. JANGAN sesekali berfikir kearah itu kerana sesungguhnya tindakan 'itu' tidak berbaloi sama sekali)

Saturday, November 8, 2008

Tanakvagu my friend!

Gambar ini diambil dari blog Tanakvagu-Fred, Kota Singa.

Saya dan Tanakvagu berkawan baik bermula dari siber chat di sebuah ruangan forum. Dia adalah sahabat siber saya yang pertama..semuanya bermula dari forum, kemudian ke Sabahan Blog (Butod) dan sehinggalah kami membuka blog masing-masing. Di Sabahan bloglah kami bersembang dan mula mengenali ramai-ramai sahabat lain seperti Andrik, Reno, Brader Butod, Casper, San, Sweetlady(sweet), Wel, Tot dan ramai lagi. (Maafkan saya kerana tak berapa ingat nama kawan-kawan yang lain)

Saya menganggap Tanakvagu macam adik saya sendiri. Bestla bercerita dengannya di forum..bermula dari thread berjudul "Temujanjiku dengan Honey" yang dibuka olehnya dan kemudian ke thread "Hi Honey" dimana thread ini dibuka pada 31 Mac tahun ini oleh seorang forumer dari Jakarta, Indonesia yang bernama Luv-luv.
Seringkali kami bercerita apa sahaja di ruangan forum itu...dari bersenam, masakan dan cerita-cerita seharian yang melucukan.

Untuk Fred...Terimakasih kerana sudi menjadi sahabat Honey yang pertama di alam Siber ini. Kamu adalah sahabat dan adik Honey yang baik. Jangan lupa pulang ke Sabah!
Untuk kawan-kawan bloggers yang lain, terimakasih kerana menjadi sahabat saya. Mari kita teruskan 'berblogging' dan berkenalan sesama bloggers. Bagi saya..anda adalah yang terbaik. Salam sejahtera.



Thursday, November 6, 2008

Wakakaka atau Huhuhuhu

Semalam betul betul hari yang sibuk untuk saya. "Mamat" akauntan pun datang
lambat..dah hampir masuk pukul 4.30pm baru nampak batang hidung! Selepas
sejam 'mental torture' dengan mamat tu, saya terpaksa bergegas ke bandar
untuk menghadiri kelas sebelah malam. "Bye, bos!" kata saya sambil melambaikan
tangan dan memandu pergi.

Saya tidak dapat menumpukan perhatian pada kursus yang diajar semalam
kerana saya memang keletihan. Saya menoleh kearah jam..ahh...hampir pukul 9.30malam..masa inilah saya benar-benar mengantuk dan terasa sengal-sengal
bahagian belakang badan. Rakan sebelah menyapa, "kamu tidak buat latihan
yang guru berikan?"..Saya cuma menggeleng-gelengkan kepala saja..
....buat latihan?..huhu..taik mata seguni adalah..kata saya dalam hati.

Saya nampak yang lain-lain pun agak keletihan juga..kemudian ada seorang member ni membuka tirai perbualan. "Eh..kamu nak dengar cerita tak?"...

"apa dia"..kata kami.

Begini ceritanya...
Ada seorang anak pergi melawat ibunya yang sakit sesak nafas dihospital.
Semasa berdiri disebelah katil ibunya, dia nampak ibunya memang semakin
sesak nafasnya. Sebab mungkin sukar untuk berbicara, maka si-ibu menyuruh
anaknya mengambil pena dan kertas untuk menulis..(pakai bahasa isyarat).
Kertas itu kemudiannya diberikan kepada anaknya ..dan anaknya itu melipatkan
kertas itu dan memasukkan ke dalam kocek kemeja tanpa membacanya.Si ibu
cuba memberi isyarat untuk mengatakan sesuatu tetapi kerana sesak nafasnya
yang tiba-tiba semakin teruk, si ibu pun meninggal dunia.

Di pendekkan cerita selepas pengebumian, si anak pun memanggil kesemua ahli keluarga terdekatnya.

" Saya menyuruh kamu berkumpul hari ini kerana disaat-saat terakhir ibu meninggalkan kita, dia ada menulis sekeping nota untuk kita.." kata si anak itu. Dia hampir pengsan apabila membaca nota itu.

Nota itu tertulis.."JANGAN PIJAK TIUB PERNAFASAN!!!!"

Tuesday, November 4, 2008

Huh!!

Baru-baru ini saya ada menemui kakak angkat saya. Kakak angkat saya
mempunyai beberapa lot kedai di sebuah kompleks membeli belah di
Kota Kinabalu. Saya ada bertanyakan padanya bagaimana perniagaannya
sekarang..dengan tersenyum sahaja dia menjawab..

"..perniagaan itu biasalah..turun naik keuntungannya , tetapi yang
paling menyakitkan hati apabila berdepan dengan saingan yang kurang sihat.."

Pada mulanya saya kurang mengerti apakah yang ingin disampaikan
oleh kakak saya itu, tetapi kakak terus menceritakan kepada saya
tentang perkara yang berlaku. Dikatanya lagi, bukanlah senang untuk
menceburi bidang perniagaan ini. Persaingan itu akan menjadi kurang
sihat bila adanya perasaan dengki-mendengki katanya lagi. Tak kisahlah
kalau kami menjual produk yang sama tetapi apabila kereta pun
menjadi mangsa, memang sudah keterlampauan katanya.

"..maksud sis, kereta digaris.."

"ya..." katanya lagi.

"Ohhhh.."

Kakak menyambungkan cerita lagi, "Saya pernah melihat dengan mata
saya sendiri, lelaki itu menggariskan kereta saya, didepan anaknya
yang berada didalam kereta".

"Huh.."

"Saya cukup hairan..dia tak malukah berbuat begitu didepan anak-anak" kata kakak sambil tersenyum hairan.

Pada pendapat sayalah, orang itu memang teruklah...kalau didepan anak-anakpun boleh bersikap begitu....saya tidak tahu nak bercakap apa lagi. Bukankah anak-anak selalunya akan mencontohi sikap ibubapa? Macamana nak disiplin anak kalau begitu pula gayanya? Bak kata pepatah " Bagaikan ketam mengajar anaknya berjalan dengan betul...hmmm...dia sendiri jalan tak betul!

Saturday, November 1, 2008

Ingatlah..adanya mereka dikalangan kita

Dulu, semasa saya keluar kemana-mana sahaja, seringkali sahaja saya
ternampak budak-budak yang cukup nakal dan tidak mendengar nasihat
ibubapa. Saya terpaksa mengakui bahawa saya seringkali berpendapat
bahawa ibubapalah patut dipersalahkan dalam hal ini apabila anak
tidak mendengar cakap. Tetapi selepas saya menghadiri sebuah sesi
pertemuan yang dianjurkan oleh sebuah kelab, sangkaan
buruk saya itu memang jauh meleset.

Encik Tan dan isterinya menceritakan kepada kami semua bagaimana
sukarnya untuk mereka menjaga seorang anak yang menghidap
penyakit 'autism'. Anak-anak yang mengalami masalah ini sebenarnya
tidak menunjukkan apa-apa kekurangan dari segi fizikal. Mereka
kelihatan macam budak-budak yang lain. Menurut cerita pasangan
suami isteri ini..Mereka tahu dari riak airmuka orang lain betapa
mereka 'menyampah' dengan Danny yang seolah-olah terlalu 'dimanjai'
dan 'kurang disiplin'. Inilah keluhan mereka. Saya agak tersentak..saya
benar-benar tidak tahu akan adanya anak-anak yang mengalami
syndrom autism ini.
(Buat pengetahuan anda, 15 tahun dahulu, perangkaan autism adalah
diantara 1 kes - 5,000 tetapi mengikut rating hari ini, ia adalah 1 kes - 150)

Mereka terpaksa menjaga Danny mengikut masa kerana Danny
agak hyperaktif. Menurut mereka lagi, anak itu akan memanjat dan
tidak sedar akan perbuatannya yang mungkin membawa kecederaan
kepadanya. Pernah sekali mereka terlupa mengunci pintu pagar dan
Danny keluar entah kemana. Mereka mencari di merata tempat tapi
syukurlah ada orang yang mengenali anak ini dan membawanya pulang.
Dimasa inilah pasangan suami isteri itu mengalirkan airmata. Hati saya
juga turut hiba. Oh..begini pula rupanya mereka yang menghidapi autism.

Mereka sangat keletihan, kerana selain dari penjagaan yang rapi,
masalah kewangan, pelajaran yang berbeza dari mereka yang
normal serta mendapatkan bantuan pakar yang mengendalikan
kes sebegini, mereka terpaksa pula tidur bergilir-gilir untuk menjaga
Danny...dan semua kesusahan dan kepayahan ini hampir hampir
saja memusnahkan perkahwinan mereka.

Saya tidak mahu cerita lagi. Hati saya cukup sebak. Saya tahu selepas
saya mendengar cerita mereka, saya tidak akan lagi berfikiran begitu.
Saya tidak akan berprasangka yang buruk lagi. Saya harap anda juga
tidak berprasangka buruk apabila melihat seorang anak itu turun naik
eskalator...tekan-tekan butang lif..kelihatan terlalu nakal...dan tidak
menyahut apabila si ibu atau si ayah memanggil mereka.
Mereka mungkin anak-anak dari golongan ini.

PENCULIKAN!

Saya nampak perempuan itu. Perempuan yang kurus tinggi dan memakai
baju berbulu hitamputih. Rupanya perempuan itu adalah dalang penculikan
anjing-anjing comel disekitar kawasan itu selama ini. Banyak betul anjing-anjing
yang diculiknya. Dua orang konconya yang tidak berguna itu menjaga
anak-anak anjing itu disebuah rumah lama di atas bukit.

Saya terdiam, saya tak berani melaporkan kejadian itu kepada pihak
yang berkuasa. Saya rasa tidak berdaya..aaahhh...mengapa saya hanya
bercakap banyak selama ini..? Mengapa dan kenapa saya tidak boleh bertindak?
Kalaupun saya takut akan pembalasan mereka nanti..saya boleh menghubungi
'RakanCop'..bagi saja maklumat sebegini di pesanan ringkas..bukan susah?

Tapi saya memang penakut...saya tak mahu mencampuri urusan yang
bukan urusan saya...tapi betulkah tindakan saya ini..?

Huhuhu....terkena lagi! Macamanalah nak melaporkan kejadian itu?
Saya hanyalah pelakon tambahan sahaja...iyalah..duduk-duduk sambil
menonton 'Dalmation 101'...hehehe

Macam silap mata pulak bulan ni. Cepat betul masa berlalu..dan hari ini
genaplah dua bulan saya berblogging. Saya ingin mengucapkan terimakasih
kepada kawan-kawan yang selalu memberi sokongan dan membaca blog saya.
Saya ingin minta-maaf jikalau penulisan saya ada menyinggung perasaan mana-mana pihak..harap-harap tak adalah.

Sekian sahaja buat kali ini..lain kali saya serius pula. Hik Hik....

Wednesday, October 29, 2008

Sekejap ada..sekejap tak ada..aikk!

Saya pernah menghadiri sebuah seminar dimana 'pensyarah' menggunakan
silap mata sebagai bahan pengajar - 'object lesson'. Saya hanya tahu membuat
dua 'trick' silap mata yang cukup mudah..yang pertama adalah dengan
mengoyakkan sekeping kertas yang sudah ditulis kemudian pada waktu yang sama
mengembalikannya semula kepada sekeping kertas asal yang tidak berkoyak
dan keduanya, membuatkan sebuah buku mengeluarkan api seolah-olah
ianya sedang terbakar. (maaf, tak boleh bagitau arr..nanti orang yang
buat silap mata ni marahkan saya..hik hik)

Silap mata yang kanak-kanak paling suka ialah dimana pertunjukan
ini mengeluarkan burung, arnab yang bertelinga panjang dan
bermacam-macam haiwan yang comel-comel dari dalam topi hitam
yang panjang. Ataupun daun terup yang bertukar saiz dan kain yang
berwarna-warni menjadi sejambak bunga plastik serta kotak-kotak hitam
yang nampak kosong tetapi penuh dengan benda-benda yang memukau penonton. (.hahaha..saya berpendapat, Tukang Kayu yang membuat kotak-kotak 'magik'
ini terpaksa mengeluh sebab terlalu banyak ruang-ruang rahsia yang perlu dibuat!)

Tapi saya agak musykil apabila menonton rancangan Silap Mata dekad ini.
Memang sungguh menakjubkan. Saya pernah menonton seorang pakar silap
mata yang cukup hebat dimana beliau boleh menaikkan kedua belah kaki
sehingga tidak mencecah lantai (aikk..terlampau 'silap mata' arr..), boleh
memusingkan kakinya ke 360 darjah dan dapat meneka kesemua
nombor ramalan sekaligus semasa membuat rakaman secara spontan.

Saya tidak percaya ini silap 'mata' lagi. Saya berasa agak gerun dan perasaan
saya menjadi tidak begitu tenang apabila menonton rancangan itu.
Saya masih tertanya-tanya sehingga hari ini... Adakah mereka menggunakan
'gimmick' supaya dapat menaikkan 'rating' penonton atau ini memang 'tersilap langkah'.......?????
Saya kurang pasti, anda bagaimana?

Sunday, October 26, 2008

Eh...eh..betulke?

Pagi ni sebenarnya saya ingin pergi ke tamu di Jalan Gaya..tapi hasrat saya terpaksa
dibatalkan kerana cuaca tidak begitu mengizinkan. Sudah lama saya tidak kesana.
Saya masih ingat...kalau pergi kesana, saya suka melihat arnab-arnab dan binatang
peliharaan domestik lain seperti anjing yang ada juga dijual disana.

Bercakap berkenaan anjing...baru saya teringat tentang kisah ini. Beberapa tahun
yang lalu, kawan saya Carol telah kehilangan seekor anjing jenis baka yang baik.
Menurutnya, dia tidak percaya anjing kesayangan itu lari dari rumah. (Aikk...kelakar arr..
anjing pun pandai lari dari rumah..merajuk tu mangkali..hehe)
Mereka sekeluarga mencari diseluruh kawasan perumahan dan tidak menjumpai anjing itu. Mereka juga menyuruh sahabat-sahabat mereka mencari anjing itu tetapi pencarian itu tidak berhasil.

Beberapa minggu kemudian, mereka menjumpai anjing itu di tempat yang lain dan
anjing itu berada didalam keadaan yang amat buruk sekali. Saya masih ingat, Carol menceritakan kepada saya sambil menangis.

Itu bukan sahaja satu cerita yang saya dengar tetapi ada lagi seorang rakan saya
yang juga kehilangan anjing tetapi selepas lama mencari dia menemuinya
di Lebuhraya. Pada mulanya, Lia tidak percaya itu anjingnya..tetapi apabila
dia menyeru namanya..anjing itu terus menyalak dan masuk kedalam keretanya.
Mereka memberitahu saya bahawa ada pihak yang menculik anjing-anjing
baka baik ini untuk dibuat persenyawaan dengan anjing mereka.
Kemudian, anak-anak anjing yang dilahirkan ini akan dijual.
Maklumlah..dari anjing baka baik!

Begitulah kisahnya..betul atau tidak..saya tidak tahu...tapi saya masih tertanya-tanya
...betulke ada perkara macam ni yang berlaku? Bolehkah laporan dibuat? Kelakar pulak
rasanya.. Tapi begitulah yang diberitahu kepada saya...saya hanya dapat menjawab
"Eh..eh..betulke?"

Saturday, October 25, 2008

Seandainya dia tahu...

Saya tidak tahu samada kamu ada mengikuti kisah yang saya paparkan dulu "Bila langit menangis"...dimana saya ada menceritakan tentang seorang perempuan yang saya anggap seperti kakak yang telah kehilangan suaminya setahun yang lalu.

Baru-baru ini saya telah menemuinya semula. Kami telah pergi bersama-sama untuk menziarahi kubur suaminya itu. Kami tiba di tapak perkuburan pada pukul 9pagi dan kelihatan beberapa orang pekerja tempatan sedang membuat beberapa kuburan baru. Mereka memandang kami dengan perasaan yang agak ganjil..iyalah..mungkin mereka sedang berfikir mengapa kami datang pada masa ini?

Selepas membersihkan kuburan, kami pun berdoa seketika sebelum bertolak pulang. Semasa didalam perjalanan pulang, dia memberitahu saya sesuatu. Dia berasa agak sedih kerana katanya ada sebilangan orang mengatakan kepadanya.."...suami kamu telah mati, jangan lagilah selalu pergi ke kuburan dia. .."

Saya agak tersentak juga apabila mendengarnya. Saya paling tidak bersetujulah bila jumpa orang yang cakap tak tapis punya! Main hentam ikut sedap mulut saja. Saya berpendapat, perempuan ini memang seorang yang benar-benar cintakan suaminya. Walaupun suaminya telah meninggal dunia setahun yang lalu, dia tidak pernah melupakan kenangan bersamanya. Saya berpendapat dia selalu menziarahi kuburan suaminya bukan hanya untuk membersihkan kuburannya sahaja..tetapi adalah kerana adanya CINTA yang tak pernah luntur.

Hmmm....

Tuesday, October 21, 2008

Hantu 'AUTA'

Saya nak menceritakan sesuatu yang berlainan pula hari ni..bukan pasal cerita hantu dari alam ghaib tapi cerita hantu dari alam nyata. Nak tahu apa dia..? teruskan membaca ya....

Pernahkah anda didatangi pengemis sewaktu makan? Saya paling bosanlah kalau didatangi pengemis-pengemis ini. Selalunya saya tidak mahu memberikan apa-apa bukan kerana saya kedekut tetapi kerana saya tidak mahu menggalakkan mereka berbuat begitu. Saya tidak tahu samada mereka itu benar-benar susah atau sebaliknya. Banyak yang saya dengar tentang mereka-mereka ini tapi saya tidak mahulah memaparkan sesuatu yang saya sendiri tidak begitu pasti.

Tetapi ada sebuah cerita ne..lucu pulak kalau diingatkan semula. Begini ceritanya..
Rakan sekerja saya, Helmi pernah didatangi oleh seorang perempuan. Perempuan ini mengendong seorang anak kecil dan disisinya ada dua orang anaknya lagi. Dia memberitahu rakan saya bahawa dia tidak cukup wang untuk pulang ke kampung. Di tangannya, dia menunjukkan beberapa helai ringgit kepada kawan saya ini.

Kawan saya itu berasa kasihan pulak dengan perempuan itu. Dia pun memberikan wang kepadanya-buat tambang balik...Yalah bah! orang kita ni penuh dengan perasaan kasih sayang dan prihatin. Tapi menurut Helmi, perempuan itu dilihatnya seperti seorang PTI bukan orang tempatan tetapi dia amat fasih bertutur dalam Bahasa Kebangsaan kita.

Dipendekkan cerita...tidak beberapa lama kemudian, maka terserempaklah kawan saya dengan perempuan itu sekali lagi ...juga dengan cerita yang sama. (Iyalah kan..tiap-tiap hari menipu orang...yang mana kena tipu..yang mana ditipu..mana nak ingatkan?)

"Encik...saya mau minta tolong..saya tidak cukup wang, ada wang disini tapi tidak cukup buat tambang pulang kampung (perempuan ini bukan pakai dialek Sabahan arr..tapi Bahasa
Malaysia yang cukup fasih)

Kawan saya pun menjawab " Aikk...kamu masih belum pulang lagi ka?"

Nah! kedapatan sudah...Inilah hantu alam nyata yang perlu kita hindari..tidak payah bersusah-payah mencari mereka ..mereka pula yang akan datang mencari kita!

Monday, October 20, 2008

Kartun Siber

Saya menyahut cabaran Greg, menukarkan dialog kepada bahasa yang lain. Saya menggunakan bahasa Jawi sebagai pengganti.
Selamat Terhibur.. YO!

..Baru kamu tahu..geli - hik!
..tu!
..lepas (cacing)

Buzzzzzzzzzzing Out

X-FILES 3

Hari tu hampir senja dan saya ada temujanji dengan Mary. Saya memintanya
menunggu saya berdekatan tangga rumah saya. "Sekejap lagi saya pulang..trafik ne..."
kata saya kepada Mary. Dalam kurang setengah jam, Mary telah menalifon
saya sebanyak dua kali. Suaranya sedikit bergetar...tapi masa itu saya sedang
menumpukan perhatian pada pemanduan saya..kalau kena saman gara-gara
menjawab telefon kan parah! Saya tidak tahu apa yang berlaku dengan Mary.

Setibanya saya dirumah, saya nampak Mary duduk diatas tangga. Dia agak
ketakutan sedikit. Mary sebenarnya adalah sahabat filipina saya yang
berasal dari Zamboanga. Dia telah mendirikan rumahtangga dengan
orang tempatan. Saya bertanyakan kepadanya "kamu ok?" ..dia kelihatan
agak ketakutan. Mary memberitahu saya bahawa semasa menunggu saya,
dia ternampak buaian kosong di taman perumahan saya berbuai dengan laju
seolah-olah ada sesuatu yang sedang bermain dengannya.

"Oh itu..jangan takut" kata saya langsung mengajaknya naik kerumah.

Sebenarnya saya juga pernah melihatnya, saya tidak ingat bila tu..dan pernah
seorang jiran saya yang tinggal betul-betul berhadapan dengan taman permainan
juga pernah menyaksikan kejadian itu. Aneh! Mungkin ada diantara anda yang
tidak percaya akan benda-benda karut marut seperti ini..

Tetapi saya pernah menyaksikannya..begitu juga sahabat saya, Mary dan juga
jiran saya. Saya hairan dan tertanya-tanya..mengapa sesetengah orang begitu
sensitif dan dapat merasai dan melihat kuasa dari alam ghaib..yang sesetengahnya tidak? Hmm...saya masih tertanya-tanya sampai hari ini..

Sunday, October 19, 2008

Comeinyer...


Award ini saya terima dari GregTeekay(http://kupiokawkaw.blogspot.com/ )..blogger dengan senyuman menggodanya tu...teringat dia..terkenang pulak "kupi"...
Kadang-kadang rasa kelakar pulak bila teringatkan cerita tentang kupi ne tau...
Bukankah Tenom pengeluar 'kupi' di tempat kita..apasal bila kita minum di kedai kupi..dia bagi 'Nes_______ pulak???

Kata greg..award ni kena passing kat 4 bloggers lain..
Susah betul nak bagi award ne...ramai blog member yang Honey lawat tu giler habiss...
tapi hanya pilih 4 saja ...

1) Blogger -Kampung Lopot.. Syy...dia makan 'sawong'...katanya sedap lak tu...makanan exotic. Erkkkkkk..... Blog bagus!

2) Blogger Beck-lutut yang dibalut...saya terfikir juga..apasal lututnya kana balut? Mungkin ada "TATOO" yang dia tia mau urang nampak..gitu mangkali..Misti tingok blog dia arr...yang kurang semangat itu..jangan p arr..! Saya suda kasi warning dulu..

3) Blogger Ryuzaki'I'Kid-dia adalah seorang penulis muda yang berbakat besar...yang suka cerita-cerita pendek...bah, ini tempat landing kamu. Tia payah p jauh..click saja..

4) Blogger Shalom..- kalau mau baca tentang masyarakat setempat ka...kalau ada sedikit feeling 'sentimental' ka..teringat kampung halaman ka...ini blog kamu p arr..lagi satu, syyyy...adik dia cantik woooh..masih single lagi tu bilangnya..

(Just kidding arr..sia main2 jak...NO hard feeliNGs! ....kamurang kasi award 4 blogger lain arr..itu rule dia...sia out-dulu..next time sorita lagi..buzzzzzzzzzzzing Out)

Saturday, October 18, 2008

Serius...bukan gurauan

Malam itu saya terpaksa melakukan misi penyelamat. Saya tidak kisah walaupun hujan agak lebat, yang pasti saya mesti melakukannya. Saya mesti menolongnya..ia dan anaknya. Dua dari anaknya telah mati dalam tempoh empat bulan selepas dilahirkan. Saya sedih kerana tidak dapat berbuat apa-apa. Saya hanya dapat melihat ianya memanggil anaknya yang telah mati akibat dilanggar oleh jiran saya dengan secara tidak sengaja.

Saya telah cuba melindunginya selama ia dibawah jagaan dan pemerhatian saya. Saya memberikan ia dan anak-anaknya makan selama hampir 4 bulan. Kerana kesibukan dan kurangnya masa, saya hanya dapat memberikan ianya makan dua kali sehari.

Tapi malam itu saya menyelinap keluar, saya membawa ianya bersama saya. Saya memerhatikan keadaan sekeliling, saya bimbang kalau misi menyelamatkannya terbongkar..saya mungkin akan ditangkap..saya mungkin akan disoal siasat..saya tidak sanggup melaluinya..Saya memandu meredah hujan yang lebat..dan melepaskannya di lorong berdekatan sebuah restoran. Itulah yang terbaik yang dapat saya lakukan untuknya.

Anda jangan salah faham, saya bukan penyelamat seperti misi penyelamat Mercy Malaysia yang pernah di hantar ke Afghanistan..atau Interpol atau FBI atau cerita Miami CSI....hik hik hik..gara-gara pengaruh buruk televisyen arr...

Saya hanya menyelamatkan seekor kucing betina dan anaknya yang diberi nama 'summer'..
('Ish..ish..ish...buat suspen jer.....) Janganlah ketawakan saya...maleh arr asyik asyik cerita serius..sekali-sekala bergurau sendalah kita ye... hehehe..

Happy Weekend People!

Thursday, October 16, 2008

Bila langit menangis...

Saya suka memandu tetapi ada satu perkara yang saya tidak suka apabila terlihatnya di jalan. Anda nak tahu apa? Bangkai! Saya rasa kurang selesa apabila ternampak bangkai anjing, kucing, tikus dan kekadang tu bangkai ular. Saya cukup geli dan agak terloya. Selalunya saya cuba tidak melihatnya dan mengelak dari melanggari bangkai itu. Anda tentu akan membuat perkara yang sama, apa bukan?

Hari ini saya tidak mahu menceritakan perihal bangkai binatang diatas jalanraya..tapi saya teringat akan sesuatu yang saya nampak semasa berhenti di persimpangan lampu trafik.
Saya ternampak dia, seorang perempuan, dan dia sedang menangis. Hmm..apa masalah dia? Walaupun saya tidak mengenali dia, saya turut berasa sedih pula.

Memang semua orang menghadapi masalah begitu juga dengan diri saya sendiri.
Tapi saya tidak mahu terlalu memikirkan masalah itu kerana saya mahu menghindari diri sendiri dari stress. Apabila saya terasa sedikit sugul, saya akan membaca, berjogging,
berenang dan bermain gitar. Saya bukannya pandai sangat bermain gitar ni, tapi sekadar

kod-kod mudah dan 'strumming' sahaja..dan sekali sekala menyanyilah.. Tapi sekarang selain dari aktiviti yang saya sebutkan diatas saya belajar..ber'blogging' pula ...ada ke perkataan 'ber-blogging' ni? (memandai-mandai jer saya ne..hik hik hik)

Saya ada kawan-kawan yang bersifat sangat positif apabila menandatangani masalah yang mereka hadapi. Saya ada seorang sahabat yang rapat, yang telah kematian suami setahun lalu. (saya anggap dia seperti seorang kakak) Dia menceritakan kepada saya bahawa pada mulanya dia tidak dapat menghadapi kenyataan itu, dia geram sangat dan menyalahkan
Tuhan. Katanya, mengapa Tuhan mengambil nyawa suaminya yang bersifat baik dan mengapa Tuhan tak cabut sahaja nyawa orang yang melakukan kejahatan? Saya terdiam, saya turut sedih. Saya hanya mampu memeluk sahabat saya itu sambil mengalirkan airmata. Saya tidak menjawab pertanyaannya itu kerana saya tahu pada masa itu dia sangat memerlukan seseorang untuk mendengar keluhan hatinya.

Saya juga ada mengenali seorang kanak-kanak yang menghidap penyakit kronik-Leukimia.
Saya kagum melihat kesabaran budak yang baru berusia 10tahun itu. Dia sedar akan tahap kesihatannya tetapi dia melaluinya dengan penuh ketabahan. Apabila saya ternampak dia,
saya akan terus memeluknya. Tiada kata-kata yang dapat saya berikan padanya..hanya
pelukan sahaja. Saya dapat membayangkan bagaimana perasaan kedua ibubapanya..iyalah..berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya.

Sahabat baik dan "kamcing" saya juga menghadapi masalah, saya ada bertanyakan kepadanya.."Kamu tidak terfikirkah untuk berumahtangga?" Dia memandang saya dan berkata.." Ya, pernah juga..tapi saya telah berjanji untuk menjaga ibu"..."Tidak apalah
kalau saya tidak berkahwin..asal saya dapat bersama ibu" katanya dengan wajah yang ceria. Anda nak tahu, ibu kawan saya itu sudah hampir 10tahun terlantar diatas katil. Serangan "stroke'' telah melumpuhkan ibunya. Kawan saya ini seorang yang terpelajar,

dia bekerja dengan gaji yang lumayan dan menetap di Singapura sebelum pulang
ke Sabah untuk menjaga ibunya. Sekarang, beliau ialah seorang guru kelas tambahan
sepenuh masa. Saya respek kawan saya itu. Saya cukup kagum dengan kecekalan
hatinya dan peribadinya yang cantik. Dia sanggup mengenepikan kebahagiaan sendiri
demi kasih sayangnya pada orang yang melahirkannya. Bukahkah sifatnya itu mulia
dan terpuji?

Saya juga pernah mempunyai seorang kakak yang dilahirkan cacat. Beliau telah
meninggal dunia beberapa tahun yang lalu. Apa yang paling mengecewakan saya ialah
saya tidak berada disampingnya sewaktu kakak menghembuskan nafasnya yang terakhir.
Sedih pulak saya bila mengenangkannya.Saya telah melaluinya, saya juga pernah menangis
kerananya..semua ini telah menjadikan saya seorang yang dewasa dan matang dari segi pemikiran.

Saya juga telah mendengar keluhan hati sahabat-sahabat saya. Saya terfikir juga,
tanpa masalah, belum tentu kita akan dapat belajar erti kecekalan..belum tentu tahu apa erti
cabaran hidup. Bukankah orang selalu berkata.."pengalaman adalah guru kita yang terbaik?"
Kalau langit tidak menangis masakan pula timbulnya pelangi?

Monday, October 13, 2008

Bukan 'Sinderela'

Semasa saya masih kecil, saya sangat suka menonton cerita dari Disney 'Cinderella'. Berulang-ulang kali menontonnya pun saya tidak akan pernah bosan sebab saya suka sangat menonton babak dimana 'fairy godmother' menukar baju 'Cinderella' dari yang koyak rabak itu menjadi baju gaun yang cantik dan berkelip-kelip dengan cahaya 'magik'.

Sekarang bila sudah dewasa, saya menyampah pulak dengan cerita itu. Rupanya perwatakan gadis yang bertumit kecil dalam animasi 'Cinderella' yang saya sukai dulu ialah seorang perempuan yang cukup bangang! Iyalah..apa-apapun menunduk sahaja kemahuan orang lain. Rumah sendiripun boleh dibuat sebegitu...kesian. Tapi iyakan... namapun animasi...cerita budak budak..

Masa tu saya hanya tahu 'magik'..animasi yang cantik...burung burung yang boleh membuat gaun..(Kartun memang pandai tipu budak arr) dan perempuan baik mesti cantik..yang jahat hodoh belaka. (memang gitu konsep animasi ini..main double standard!)

Nasib baik bukan semua perempuan macam 'Cinderella'. Ni saya nak mula berceritalah..

Beberapa tahun yang lalu, semasa ke bandar, kawan saya telah menaiki sebuah bas yang agak kosong. Kerana agak keletihan, maka dia pun melelapkan mata dan cuba tidur sekejap sementara menunggu bas sampai ke destinasi yang diingininya. Kawan saya tersedar apabila dia terasa macam ada tangan merayau dibadannya. Dia pun membuka mata dan agak terperanjat apabila mendapati ada seorang penumpang lelaki duduk bersebelahan dengannya. Anda sangka tentu kawan saya berasa sangat malu kerana di raba..apa bukan? Anda ternyata silap!
Kawan saya bangun dari tempat duduknya dan mengherdik lelaki gatal itu.

"Kamu ni kenapa? sakit otak kah? Banyak banyak tempat kosong kamu tidak duduk, di sini juga kamu duduk dan raba saya..kurang ajar betul kamu ini!" kata kawan saya itu dengan kemarahan yang meluap-luap. Apalagi..lelaki itu tekan loceng dan turun dari bas. MALU!!

Ada lagi satu cerita..semasa kawan saya menaiki sebuah bas(bukan di KK) yang penuh sesak sewaktu ke sekolah, dia pun mengalami perkara yang sama. Kali ini dia berdiri berhimpitan dengan ramai orang di dalam bas. Ada seorang lelaki ini melakukan perkara yang sama seperti cerita diatas cuma agak teruklah kali ini sebab ramai orang sangat. Anda rasa tentu dia tidak dapat berbuat apa-apa atau terpaksa dibiarkan sahaja menanggung perasaan malu tu, apa bukan? Ternyata anda silap lagi!

Kawan saya menceritakan bahawa dia cukup marah pada masa itu tetapi dia tidak mahulah memalukan dirinya sendiri. Ini yang dilakukan olehnya...pada masa itu dia sedang memegang satu tin minuman air ..apalagi..diangkatnya tin minuman itu lalu dituangkannya ke atas baju lelaki itu...nah! Baru kau tau!!

Saya pun akan naik angin kalau perkara itu menimpa diri saya. Saya juga akan melawan dan tidak akan diam-diam kalau menghadapi situasi sebegitu. Saya cukup hairan, mereka yang suka mengambil kesempatan sebegini tidak tahu malukah? Saya cuma marah lelaki golongan ini sahaja ok...yang tak pernah buat tu jangan tersinggung lak..ini cuma satu cerita dari pengalaman seseorang sahaja.

(Teman-teman lelaki yang membaca blog saya, marilah kita sama-sama melindungi adik-adik kita, kakak serta sahabat perempuan kita dari diperlakukan sebegitu. Lindungi serta pertahankan mereka yang lemah)

Tapi yang nyata....kawan-kawan saya itu bukan 'Cinderella'. Mereka adalah 'MULAN' ..saya harap kamu begitu juga (ditujukan pada semua bloggers perempuan). Yeeeeeeha!






Friday, October 10, 2008

AIRMATA SEORANG PEREMPUAN...

Saya duduk bersebelahan dengan gadis itu semasa menaiki pesawat pulang ke Kota Kinabalu beberapa bulan yang lalu. Orangnya agak manis dan berperwatakan menarik. Mungkin kerana saya adalah seorang yang agak peramah dan suka berkawan maka amat mudahlah untuk saya memulakan sesuatu topik perbualan itu.(..jangan salah faham arr...tengok orang jugalah, kalau lelaki duduk disebelah tak perlu cerita banyak..senyum sahaja dah memadai, nanti lain-lain pulak jadinya..disangkanya 'escort'..nah..cari penyakit!)

Banyaklah yang kami sembang, iyalah..sekadar nak menghilangkan kebosanan selama dua setengah jam di pesawat tu. Apabila perbualan kami semakin rancak, gadis ini memulakan sebuah perbincangan yang tidak dijangka oleh saya. Ditanyanya saya, apakah pendapat saya mengenai kekasih kepada seorang lelaki yang sudah berumahtangga? Aikk...tetiba pulak dia tanya soalan sebegini, tapi saya teruskan jugalah menjawab soalannya. Saya berkata padanya bahawa saya sebenarnya tidak berapa setujulah, terutamanya bila lelaki itu adalah bapa dan suami orang, tak patutlah diganggu.

Dia pun menanyakan saya lagi, mengapa masyarakat memandang serong kepada perempuan yang menjadi orang kedua....Sayapun menjawab, "kalau dah tahu kepunyaan orang, mengapa harus diganggu". Dia tak puas hati, diajukan lagi soalan kepada saya..."Bagaimana kalau perempuan itu tidak tahu lelaki itu sudah berkahwin?"

Pada masa inilah, saya rasa sedikit terkilan kerana perempuan ini betul-betul jahil..mungkin terlalu muda. Saya malas pula nak beramah tamah dengan perempuan itu. Inilah jawapan saya kepadanya.."Itulah sebabnya bila kita berkawan dengan seseorang, kita harus tahu dengan siapa kita berkawan....iyalah..banyak perkara perlu kita ambil tahu dan selidiki. Banyak juga perdebatan kata-kata secara 'sopan' yang berlaku diantara saya dan gadis muda itu.

Kemudian dia mula berterus terang dengan saya. Dikatanya dia masih belajar, umur baru 20tahun. Dia sedang bercinta dengan seseorang..(nah..anda mungkin sudah tahukan?..Tepat sekali)..dengan suami orang! Saya rasa sedikit guguplah sebab kami baru berjumpa dan dia begitu terbuka. Saya menanyakan kepadanya, bagaimana mereka berjumpa? "Di internet" katanya. Dikatanya lagi, lelaki itu akan menaiki pesawat untuk menemuinya dan dia diberi hadiah semasa harijadi dan bermacam-macam lagi. (hmm..begitu pula teknik mengorat ya..)

Saya terpaksa senyum kambing...iyalah..kita sedang berdepan dengan spesis yang agak luarbiasa.. JANTAN!

Saya berkata "kalau lelaki itu boleh menipu isterinya, anda berkeyakinan bahawa dia akan jujur juga dengan kamu?"

"Itupun pernah terlintas di fikiran saya" katanya.

"Kamu tahukan dia sudah beristeri dan punya anak?" "Ya..tapi ini cinta pertama saya..." katanya lagi.

"Ba...kamu ada pilihan sebab belum berkahwin dengannya. Kamu boleh pilih untuk meneruskan perhubungan sebegini atau tidak ..atau meneruskannya dan menghadapi hari-hari yang tidak seindah yang disangka" jawab saya penuh selamba dan mengakhiri perbualan menarik hari itu. (kapal suda mao landing arr..tiba KK)

Saya sebenarnya agak terkilan kerana saya berpendapat perempuan paling rugilah dalam soal ini. Yang jadi isteri terpaksa menderita melayan karenah suami yang sebegitu, dan kekasih kepada lelaki sebegini terpaksa pula menghadapi masa depan yang "TIDAK" begitu cerah. Saya tidak mahu menyalahkah "kekasih" seratus peratus, begitu juga pada mereka yang bergelar isteri, tetapi saya ada terfikir, bila si suami beralih kasih..silapnya dimana? Mana-mana situasi pun, perempuan juga yang menangis...

Thursday, October 9, 2008

Dengar sini kekasihku....

Seorang lelaki bersama kekasihnya didalam kereta...sebelah tangan kekasihnya memegang stering dan sebelah tangannya lagi memegang tangan kekasihnya erat-erat. Dunia berputar seakan berhenti seketika...dunia mereka paling indah. Lalu kekasihnya bertanya.."mengapa sayang terdiam?" dan kekasih seorangnya lagi berkata..."Oh tidak...saya cuma terfikir..mengapa kita tidak punya lagu sendiri"...

Kata si kekasihnya lagi...." Dengar sini, kekasihku...........

Lagu kita adalah panggilan telefon setiap pagi....dengan ucapan "Selamat Pagi..bangunlah sayang..aku merinduimu dan aku sangat menyintaimu.."

Lagu kita adalah panggilan telefon setiap tengahari...dengan ucapan.."Sudah makan...? jaga diri...aku menyintai kamu..."

Lagu kita adalah panggilan telefon setiap malam...sebelum mata terlelap...dikatakan "..mari kita tidur, selamat malam..dan semoga dibuai mimpi yang indah...

Lagu kita adalah pesanan di telefon yang diukir kata-kata sebegini...
"Aku adalah milikmu.....Hatiku sepenuhnya padamu....Aku menyintai kamu"

Lagu kita adalah juga pesanan sebegini...
"Jaga dirimu baik baik...Semoga hari harimu diberkati....aku milikmu...

Lagu kita adalah pabila kita saling berbisik...."Aku menyintaimu...sangat menyintaimu

Lagu kita adalah kali pertama aku melihat kamu ketawa....

Lagu kita adalah bila kita bercanda...

Lagu kita adalah bila kita saling berpegangan tangan...dan merenung ke wajah masing-masing..

Lagu kita adalah bila kita sama sama menangis..

Lagu kita adalah bila kita berjanji untuk mengharungi segalanya bersama..

Lagu kita adalah bila kita saling memahami, menyayangi...dan memaafi

Lagu kita.......

Wednesday, October 8, 2008

Mereka inilah permata kita...

Semasa saya membalas kunjungan blogger, hati saya tersentuh dengan blogger kepunyaan seorang guru yang di hantar bekerja ke sebuah sekolah pendalaman di Sabah. Dalam keluhannya di blog, dia menceritakan bagaimana dia terpaksa mengharungi jalan yang tidak bertar serta berlubang dan tempat tinggalnya yang tidak mempunyai bekalan elektrik dan air yang mencukupi. Hati saya cukup hiba. Mereka inilah permata kita yang sanggup mengenepikan keselesaan sendiri demi mencurahkan bakti kepada masyarakat..biarpun di blognya mengatakan kelas yang dikendalikannya hanya mempunyai 12 orang pelajar sahaja. Saya tabik guru ini.

Saya juga mempunyai seorang rakan yang menjual alat tulis dan buku buku sekolah. Saya pernah bertanya kepadanya, apakah yang dilakukannya pada buku-buku yang tidak terjual?
Dia memberitahu saya, dia menghantar buku-buku tersebut ke sebuah tempat pendalaman di Sabah. (perjalanan mengambil masa 4 jam untuk sampai ke situ) dan diberinya secara percuma.

Begitu juga dengan seorang guru besar sekolah menengah yang saya kenali memberikan tuisyen percuma kepada anak-anak miskin yang lemah di dalam pelajaran mereka.

Mereka-mereka inilah sebenarnya permata kita. Guru yang mengenepikan keselesaan sendiri, usahawan yang bukan hanya tahu mengaut keuntungan sahaja..dan keprihatinan seorang guru besar yang memahami kesusahan orang lain. Saya kagum...saya tabik mereka ini. Dimanakah hala tuju kita semua? Didalam apa-apa jua bidang yang kita ceburi, bolehkah kita membuat sesuatu yang positif untuk masyarakat di luar sana yang memerlukan khidmat kita? Adakah kita seperti mereka..atau kita dengan hal masing-masing? Tepuk dada tanyalah selera!

Tuesday, October 7, 2008

X-FILES 2

Hari tu saya menceritakan pengalaman saya tentang fenomena yang pernah saya hadapi-tentang objek yang terbang dan jalan yang berhantu. Tetapi hari ini saya beralih ke sebuah cerita yang saya dengar dari seorang bekas juruterbang Malaysia. Dia bukan 'matair' saya arr..Sudah lama juga saya tidak menemui dia.

Dulu beliau tinggal di Kota Kinabalu tetapi sekarang telah berpindah ke Kuala Lumpur atas urusan perniagaan. Saya banyak bercerita dengannya semasa beliau masih berada di Kota Kinabalu. Beliau sebenarnya sudah agak berumur..dan saya anggap dia macam pakcik saya sendiri.Kami bercerita apa saja, dari perihal makanan, tempat-tempat yang pernah dilawati (dalam dan luar negara) dan lain-lain hal isu semasa.

Tetapi ada satu perbualan yang saya masih ingat sampai kini yang beliau kurang selesa untuk menjawabnya.

Honeybzz - Selama 'uncle' bekerja sebagai pemandu kapalterbang komersial, adakah apa-apa objek yang pernah 'uncle' lihat dan tidak pula mengenalinya?

Bekas Juruterbang - Ya, pernah..(sambil memandang jauh..sedikit gerun) tetapi saya tidak mahu menceritakannya..maaf...saya rasa lebih baik saya tidak menceritakannya.

Inilah jawapan yang beliau berikan pada saya. Saya masih terfikir-fikir sampai hari ini. Objek yang saya nampak tu betul-betul wujudkah atau cuma permainan mata sahaja? Dan mengapa pula sahabat saya tidak mahu memberitahu saya tentang pengalaman yang pernah dilaluinya sewaktu bekerja? Semua ini menjadi tanda tanya sehingga ke hari ini seperti cerita X-files yang tidak berkesudahan. Hmm..........

Sunday, October 5, 2008

X-FILES

Sebenarnya saya agak keberatan untuk menulis cerita ini...macam cerita seram pulak tapi saya ingin bertanyalah, pernahkah kamu mengalami kejadian atau fenomena yang agak ganjil yang mungkin bukan dari alam nyata?

Dulu, saya bukanlah seorang yang mudah mempercayai semua ini kerana saya ialah seorang yang bersikap "Sudah lihat ..baru percaya.."saya nak tahu sangat dari pengalaman kawan-kawan yang membaca blog saya. Saya ingin tahu pengalaman kamu kerana pengalaman seseorang itu agak berbeza. Mungkin anda pernah mengalaminya..atau mungkin tidak pernah mengalaminya.

Biarlah saya menceritakan sedikit pengalaman perihal hal ini. Semasa saya masih bersekolah di tempat lain (bukan Kota Kinabalu) saya tinggal di sebuah kawasan perumahan yang agak padat penduduknya. Tetapi ada sebuah lorong ini..agak jauh dari rumah saya ( huishh....nasib!) hampir setiap malam akan kedengaran lolongan anjing yang sambung menyambung dan semua ini bermula dari jam melewati 12tengah malam selama 15minit. Lolongan anjing ini cukup menakutkan sesiapa sahaja yang mendengarnya. Pada masa itu, saya selalu mengharapkan dapat tidur sebelum waktu itu kerana saya amat takut mendengar lolongan anjing dan bunyi desiran daun-daun kering yang berterbangan pada masa yang sama...seolah-olah sesuatu sedang melalui tempat itu.

Menurut penduduk setempat yang lama tinggal di tempat itu, tempat itu pernah terjadi sebuah kes pembunuhan yang melibatkan pasangan dari luar negara. Sekarang saya sangat bersyukur kerana telah pulang menetap di Kota Kinabalu. Wuishh...lap peluh dulu!

Begitu juga kisah yang berlaku di tempat ini beberapa tahun yang lalu, semasa saya sedang berehat di anjung rumah, saya ternampak sebuah objek yang melalui tempat saya. Objek ini menyerupai sebuah imej berbentuk segi tiga leper dan bergerak laju melepasi ruang udara. Saya cuba mengamati objek itu, ia lalu begitu laju dan tanpa sebarang bunyi. Aneh! Tidak pernah saya melihat sesuatu yang begitu! Adakah seseorang sedang bermain dengan alat permainan terbang yang canggih? Saya tidak tahu!Tetapi beberapa hari kemudian, di sebuah akhbar tempatan (Sabah) telah melaporkan kejadian keranda terbang berserta dengan gambarnya sekali. Adakah ini juga satu kemahiran mengedit gambar yang seperti diajar dalam Photoshop? Ini juga saya tidak pasti...anda bagaimana?

Wednesday, October 1, 2008

Kupi KawKaw satu mari....

Hari ini saya kena tag(oleh tukang kupi - blogger bernama Greg)...apake bendanya tu? Saya pernah membaca nama saya tertera di blog sahabat kesayangan saya Adora-Madpie..dan dia pernah menyebut ingin tag saya. Tetapi pada masa itu saya kurang faham apakah maksudnya tag-mentag ni. Saya hairan juga..rupanya ada permainan menanyakan soalan pula di alam siber

Soalan CEPU EMAS..(hehehe)

Soalan pertama: Apakah kaitan horoscope dengan diri anda?


I am a Taurean....

Taurus is the Second Sign of the Zodiac, represented by the Bull which is prized for strength and stamina. The Egyptian Horus was the Bull of Heaven and a white bull was sacrificed in Babylonia at the time of the New Year to placate Ramman, the God of Thunder and Lightning. Taurus peacefully tends and nurtures Spring's garden, bringing forth harmony from chaos. Like the Bull, Taurus does not move unless there is something worth moving for. Taurus likes to keep a firm hand on possessions and nothing makes this Sign happier than secure material prosperity. Taurus craves the good things in life. Dominated by the romantic Planet of Venus, Taurus is deeply loving with strong values, but can be slow to make decisions. Earthbound with worldly goals and in tune with nature, Taurus is the most reliable and faithful Sign of the Zodiac. In essence, Taurus governs practicality and security.

Honeybzz kata - Saya tidak mengikuti perkembangan Horoscope, kerana saya tidak percaya pada ramalan.

Soalan kedua: Apakah perasaan anda kalau tiba-tiba horoscope itu katakan yang anda tidak baik pada tahun hadapan dan apakah tindakan yang mungkin anda lakukan?

Honeybzz kata - hehehe...tindakan? Hari hari pun kena bertindak..

Itulah sebabnya saya tidak percaya akan ramalan-ramalan sebegini kerana
benda sebegini adalah syirik dan kita mungkin menjadi "bondage" kepada
ramalan sebegini. Kita jadikan ia sebagai hiburan bacaan sahaja. Tidak ada
seorang pun yang dapat menukar sehelai rambut hitam menjadi putih
(bukan pakai pewarna arr..)Sesungguhnya mempercayai ramalan
sebegini, perkara yang tiada diada-adakan..and lo and behold, it will
becomes a bondage. .

Soalan Ketiga: Adakah anda bergantung kepada ramalan?

Honeybzz kata - Iya..saya bergantung pada ramalan...bukan ramalan nasib arr..
ramalan cuaca sebab saya suka jogging dan berenang. Kalau hujan tia dapat pigi ooo
.....huhuhu (Please refer above)

Soalan Keempat: ...saya nampak itu acronym 'BBKK' (BBKK stands for " buli ba kalau kau")
(Sebenarnya adalah arahan untuk men-tag 7 orang yang lain)
(Saya mau passing jugala ini tag men-tag ni...7 orangkah? Kalu 2 inda bole?....I break the rule la..
2 saja saya tag arr..."double or nothing"..bilang si-burung kakaktua dalam sorita HOME ALONE..Huhu.....

Saya tag - TANAKVAGU my friend......dan RENO. (sorry arr Reno, dulu punya pantun di Butod sana tidak terbalas wo..huhuhu)

(ps..Reno punya blog yang mana satu arr..tulung kasitau arr..bilang dia kana cepu emas..yeeeeha)