Aikk...betul ke tajuk ni? Betul!!!!
Tentu kawan-kawan tertanya-tanya..apa yang perlu dirintihkan oleh seorang pemberi sedekah? Bukankah mulia kalau memberi sedekah kepada yang memerlukan? huhu...anda silap besar...
Masihkah anda ingat, semasa di restoran atau di gerai-gerai makan, seringkali sahaja kita didatangi oleh pemungut-pemungut sedekah yang datang dengan berbagai-bagai situasi?
Saya ingin bertanya semua, benarkah selepas memberi sedekah, kita telah menjadi masyarakat yang penyayang dan prihatin? ...atau kita sebenarnya (secara tidak sedar) telah menjadi mangsa penipuan?
KISAH BENAR 1
KITA SANGKAKAN....
Bila kita didatangi peminta sedekah..tidak kiralah yang cacat penglihatan atau yang cacat anggota tubuh badan yang lain, terus hati kita berkata..."laaa...kesian..., apa salahnya memberi seringgit dua?"..
BEGINI PULA JADINYA....
Tiba-tiba ada deringan telefon dari telefon mudah alih si peminta sedekah. 'Member' yang kita sangka daif dan memerlukan bantuan, mengeluarkan telefon yang lebih mahal dan canggih dari kita..Uhuk! uhuk!.....(Pada mulanya kita ikhlas memberi, selepas melihat realiti yang sebenar..kita jadi tidak ikhlas pula...SAkittttttttttt!)
KISAH BENAR 2
KITA SANGKAKAN......
Ada yang meminta untuk membeli makanan. Katanya lapar. Selepas disarankan agar 'member' yang kita sangkakan susah, makan sahaja di gerai yang kita makan, dia 'protes' pula. Katanya dia mahu makan di gerai lain..(dan mahal pulak tu)
BEGINI PULA JADINYA......
Betapa 'mereka' tidak menghormati orang yang memberikan sumbangan. Si penipu ini memarahi kawan saya..Katanya dengan berani " Kalau tidak mahu bagi..katalah tidak mahu bagi!!"GULPPPP!!
KISAH BENAR 3
KITA SANGKAKAN....
Mereka yang cacat pendengaran dan bisu tidak dapat memahami apa yang kita katakan....seringkali mereka-mereka ini datang dengan menjual barangan-barangan yang berbentuk permainan.
BEGINI PULA JADINYA....
Ada pula member sorang ni memberitahu kawan lain dengan bahasa Mandarin..."Brapa mao kasi dia?"belum lagi sempat kawannya menjawab....orang yang kita sangkakan cacat pendengaran itu menaikkan kad yang menunjukkan harga barangan!
..Aikkk...bukankah orang itu bisu dan cacat pendengaran? Bagaimana dia tahu pulak ek..?
Uhuk! Uhuk!Anda tentu faham apa yang cuba saya sampaikan. Fikir-fikirlah...
Anda masih mahu memberi?
20 comments:
heheheee.... betul, betul, betul... byk sdh yg tertipu. ada jg peminta sedekah yg menetapkan spy kt bg seringgit... kurang drpd tu x blh, tp klu lebih lagi la dorang suka!! hampeh betul!!
kadang-kadang ada semacam satu sindiket di belakang tabir kehidupan peminta sedekah ni....
So berhati-hatila....Jangan bagi lagi....sedekah sahaja kepada orang yang benar2 memerlukan sahaja..
Diikhlaskan saja ....
Kalau mereka menipu ..itu urusannya sama yang di atas.
Ha-ha-ha ... semakin kreatif saja para penggemis itu ya..
Bro Kabasaran Soultan - hahaha..memang ikhlas mahu menghulurkan bantuan..tapi seringkali aja ditipu....mana tahan!
Si penderma lebih memerlukan dari si penerima....adessssssh
lain lubuk lain ikannya, lain peminta same plak trik nye, hampe dah.
Emm sa pernah bat dlm situasi begitu. Ada seorang perempuan yg sangat selekeh... mungkin dlm pertengahan umur 30 atau 40an.. orang cakap dia ni setengah tiang. Saya beri lah seringgit dua..kesian kan, masa tu saya sedang minum di restoran. Bila saya keluar dari restoran dan melangkah menuju ke kereta, saya terpandang perempuan tadi di restoran sebelah duduk minum beer sambil hisap rokok!! apa perasaan anda?..
Helo honeyBuzz...
dulu, siapun selalu kena tipu oleh golongan manusia macam ni. Pasal masih daif sangat tentang manusia yang "talam dua muka" ni...
Dulu rasa kesian sangat mudah timbul di hati... bila nampak orang minta sedekah.
Tapi sekarang, semua ni tidak masuk akal lagi. Jadi setakat ni inda pernah bagi lagi... cerita orang mengaku bisu/pekak jual mainan tu memang real. Selalu sya jumpa. Tapi sia buat tia tau ja bila dorang datang jual... sia buat-buat ja tengah kelaparan gila. Jadi tiada masa nak layan.. he..he..
Patahati - Sokong! macam-macam trick si pengemis sekarang ni.
Kita sangka mereka miskin...rupanya kita lebih miskin dari mereka.
Huhuhu....
Apa macam ini?
C.Alv.B - hoho...hisap rokok minum beer???? Adeshhhhhhhhhh.....
pa bulih buat? Ada yang p isap 'gam'...
Jadi kita jan bagi lagi...NEVER GIVE ANYMORE! bagus bagi diri sendirila Alv...
MalaikatSesat - Malas sia jumpa peminta sedekah, terutama time makan tu..tapi tiapa..sekarang sia pakai trick 'lapar giler' ....
Hahaha......mangkali ini sj caranya.
ya harus bijaksana dalam memberi. jangan salah memberi kepada orang yg pura2 susah. padahal dia masih kuat utk bekerja.
Sang Cerpenis Bercerita -..betul tu Fan..harus bijak dalam memberi. Ramai yang berpura pura minta dikasihani..padahal dirinya malas..
Hello Honeybuzz, ha ha, interesting post.
I can faham about 35%.
You have a nice weekend, Lee.
"hai miss tolongla anak2 sa diruma sedang kelaparan," sambil menangis terisak isak. bila sa tengok dan amati betul2,mcm inda susa btl kehidupan c peminta sedekah..kuyak baju mcm disengaja kasi kuyak lagi....tuss sa pun pura2 gilerrr kelaparan mcm c MS...kotoh c peminta sedekah!!!!pirahhhhh!!!!
len kali honey kasi sengat ba orang2 mc ni....hehehehehee
atok lagy trok,tgh2 nk derma tuh.
die kuar duit bagy anak die suro beli rokok.
hmm bagy jelaa.
tu urusan die ngan Allah.
huhu
betul lah. sa pernah bagi duit sama budak yang macam tiada makan dua tiga hari saja ni,
skali bagi duit, dia p beli rokok pula. mau saja tangan ini menampar, tapi apa bulih buat. anak orang tu!
satu pengalaman yang sangat-sangat me'manas'kan lagi ialah 4 orang peminta 'derma' ni.
diorang mintak derma, katanya untuk anak-anak yatim. kesian katanya. saya bagi la RM10 utk tabung diorang. lepas tu budak perempuan tu cakap 'bang, saya belum makan bang'.
saya terkejut, sa bagi la RM5 untuk dia makan (tau lah harga makanan di KK sangat mahal), lepas tu dia tunjuk pula kawan dia yang lagi 3 orang. 'diorang bang?', saya tambah lagi RM5, dia cakap tak cukup. Saya cakap, cari la orang lain lagi (actually, saya sendiri pun bukan berduit sangat time tu)
dia juihkan bibir pada saya lalu cakap 'kedekut betul la abang ni' sambil keluar la bahasa entah apa sambil berlalu TANPA TERIMA KASIH.
panas juga la, tapi biar lah. lain kali? sorry naik lori ah.
Uncle Lee - Thank you for always dropping by to visit my page. I hope will be able to translate this blog if time permits.
you take care sir, have a wonderful day too.
Regards.
Lala - hahaha....honey sengat di siber ja....di luar sana sia diam diam ja ooo....
huhu...
Atok - Iyala..kita pun bukannya tahu, orang tu benar-benar susah atau tidak?
kalau sudah memberi, diikhlaskan saja...
Lain kali...say "NO"....atau kita yang minta dari mereka. Aikks ...ini maciem pun boleh ka brader?
Dear cicak....
Hehehe..you r one kind of a person. Baiknyerrrrr.....
Post a Comment