Banyak yang kita baca dan ketahui melalui laman internet mengenai "doomsday", filem 2012, dan tentang kalendar Mayan yang mengatakan akan kiamatnya dunia kita di bulan hadapan. Semua ini saya baca dengan seribu satu perasaan yang begitu sukar digambarkan dengan kata-kata.
Haiiiiiizzz......kalau sudah tiba masanya untuk saya pergi menemuiNYA...saya pasti pergi. Samada hari kiamat atau tidak, mana mungkin kita tahu akan kesampaian waktu itu?
Semua ini membuat saya teringat akan sebuah kisah yang pernah disampaikan oleh dia. Kisah tentang rakannya yang meninggal secara tiba-tiba.
"Malam itu kami berempat masih bermain mahjong" kata dia. "Saya tidak menjangka itulah kali terakhir saya bersamanya".
"Apa yang sebenarnya terjadi?" kata saya sambil menggenggam tangannya.
Dia pun menceritakan kepada saya bahawa malam itu mereka berempat bermain mahjong dirumahnya. Itu bukanlah kali pertama mereka bersama meluangkan masa. Mereka berempat selalu bertukar tempat lokasi, kadang-kadang rumah si kawan ini, kemudian minggu hadapan di rumah kawan yang lain pula.
"Saya masih ingat malam itu seperti malam minggu yang lain-lain. Tidak ada juga apa-apa yang ganjil tentang arwah. Selepas tamat permainan pusingan terakhir, kamipun mengucapkan selamat malam dan masing-masing pulang kerumah. Malam itu kami tidur nyenyak sehinggalah saya mendapat panggilan cemas dari keluarganya. Betapa terkejutnya saya, rakan saya yang gempal itu telah meninggal dunia dua jam selepas kami beredar dari rumahnya. Saya diberitahu bahawa dia diserang sakit jantung" jelasnya dengan panjang lebar.
Saya memandang raut wajahnya yang tampan lantas memeluknya. Saya faham benar perasaan itu. Saya ingat peristiwa beberapa tahun yang lalu dimana kakak saya telah pergi menemuiNYA. Hujan malam itu seolah mengiringi tangisan saya bersama. Haizz....terasa rindu pula padanya sekarang. Mana mungkin kita tahu bila tiba masanya....iyalah...bila tiba masanya................