No man is an island entire of itself; every man is a part of the continent, a part of the main.
Friday, December 18, 2009
Muslihat
"..moi...ko pamacam...sihatka?"...tanya saya sambil melabuhkan punggung di atas kerusi 'jurassic' awal pagi itu. (kerusi jurassic = kerusi lama...yang teda style punya..uhuk uhuk....)
"Kalau tidak pasal anak...mungkin sudah lama saya mati...." katanya dengan penuh kesedihan.
Saya mengambil masa hampir satu jam hanya mendengar kisahnya dan sekali sekala dia mengelapkan airmata. Sedih pula saya rasa tapi mana mungkin saya dapat menolong dia.
Dia menceritakan kepada saya bagaimana kawannya yang selama ini dianggap seperti saudara sendiri sanggup memperalatkannya.
"Orang lain pinjam wang...ko jadi gurantor ka moi...? tanya saya dengan mata terkebil-kebil.
" Ya..mana sia tau, sia mao ambil persen(faedah) saja...tapi dia kawan saya mah..dia suruh sia jadi gurantor orang pinjam wang...." katanya lagi. (aiya.....dia suruh p mati..ko p mati la....)
Bah! ini bukan kesudahannya..yang paling malang sekali adalah dia meminjam wang itu dari 'along' yang tidak berlesen.
Sebenarnya, dia tidak mengenali 'along' yang tidak berperikemanusiaan itu tetapi kawannya itu yang memperkenalkannya kepadanya. Anda tentu dapat "mencium" sesuatu disini..apa bukan?
Sebelum itu, dia dibawa bersiar-siar ke Kuala Lumpur bersama-sama dengan kawannya dan si 'along' sekali (perempuan)..."free" lagitu! (mana ada barang free..?)
Selepas itu diceritakan lagi, segala data orang yang meminjam wang dari amoi ini yang ditulis dalam buku juga telah hilang tiba-tiba sewaktu mereka kelam kabut 'check-in' untuk berangkat pulang ke KK.
Maka alkisah seterusnya..kawan kita yang 'ditipu' hidup-hidup ini terpaksa membayar segala hutang piutang si peminjam yang telah hilang datanya..jika tidak, mereka 'kacau' keluarganya! (data hilang...jadi tidak dapat dikesan si peminjam..sebagai gurantor, terpaksa bayarla..)
Adakah anda sangka si 'Along' zaman sekarang masih tulis dalam buku 555 ka? Adedehhhh....
Dia hampir pengsan waktu itu apabila diberitahu begitu. Rupanya kawan kita tidak tahu apa maksud 'gurantor'!...(Aduiiiiiiiiiiii.....)
Bah! jadi anda diluar sana berhati-hatilah bila berkawan. Jangan mudah mempercayai seseorang terutama sekali apabila melibatkan soal 'wang'...dan lagi satu..tidak ada yang 'percuma' di zaman ini. Anda tentu faham maksud saya!
(Amoi ini terpaksa membayar hampir RM10-30 setiap hari kepada 'along' yang tidak berperikemanusiaan ini)
Thursday, December 3, 2009
Bukankah kita 'sepatutnya' tahu......
Anda tidak tahu betapa terujanya perasaan saya apabila kedatangan saya disambut bagaikan seorang diplomat penting dari luar negeri, siap dengan nyanyian bersertakan mainan alat musikal seperti gitar dan tambourine.
(Aiseyman...alangkah bagusnya kalau tiap-tiap hari bila ke tempat kerja kita disambut dengan suasana 'gemilang' begitu? Hehehe....)
Tapi ini bukanlah sebabnya mengapa saya membuka entri ini. Sebenarnya saya agak tertarik dengan suatu isu yang dibincangkan oleh seorang pencinta haiwan. Malam itu selepas jamuan makan malam, kami diberi sedikit taklimat mengenai kitaran hidup spesies haiwan yang dipanggil Penyu.
Apa yang menarik disini, seorang pelancong asing berbangsa Inggeris telah berdiri dan menceritakan kisahnya dimana semasa beliau berkunjung di sebuah tempat di utara Semenanjung negara kita, penduduk-penduduk di sebuah perkampungan, mengambil, menjual dan makan telur penyu secara terbuka.
Dia berasa agak hairan kerana katanya, disini, kita bersungguh-sungguh benar cuba melindungi haiwan ini tetapi pada waktu yang sama, disini juga, telur-telur yang sepatutnya dibiarkan sehingga menetas telah diambil sebagai sajian sarapan pagi. Terpinga-pinga juga saya rasa...
"Kalau sudah bertahun-tahun, turun temurun, makanan(telur penyu) yang dikatakan punyai banyak khasiat itu tiba-tiba dimansuhkan....bukan mudah bagi mereka menerimanya. Bah..kan sudah jadi semacam 'staple diet'..." kata John, rakan saya.
"Bukankah penjualan telur-telur tersebut satu pencarian turun-temurun mereka..? ..Susah tu kalau minta mereka tutup perniagaan....' kata Danial pula.
Bagi saya, mungkin kita kurang pendedahan mengenai spesies ini dan betapa kita perlu melindunginya dari pupus. Saya teringat pula cerita 'GORILLA IN THE MISTS' dan isu yang dibentangkan di filem itu. (Maaf, saya tidak ingat nama pelakon wanita yang memegang watak utama di filem itu)
Saya teringin tahu apa respon pembaca mengenai isu ini. Rakan-rakan saya telah memberikan pendapat mereka masing-masing. Apa pula kata anda? Silakan semua.....
Saturday, November 21, 2009
Cerita seorang Pinoy - Hierarchy!
Inilah kali pertama saya bekerja bergandingan dengan pekerja bukan tempatan. Bagus atau tidak? Jawapan saya - CUKUP MEMENINGKAN KEPALA!
Hari ini saya membuka entri begini kerana saya percaya ramai rakyat tempatan yang bekerja bersama-sama dengan orang asing menghadapi permasalahan sebegini. Dilema ini sukar sangat dirungkai kerana mungkin ada beberapa faktor yang seringkali kita abaikan. Kalau dari pandangan majikan, ..mungkin soal remeh temeh sahaja..tetapi dari segi pandangan seorang pekerja...kalau tidak dicegah 'serangan emosi' ini....mungkin akan berlaku sesuatu yang tidak diingini.
Saya sebenarnya cukup bersimpati dengan majikan perempuan saya yang baik hati itu. Majikan saya telah banyak menolong 'mereka' dari segi kewangan..seperti kata saya dalam entri CERITA SEORANG PINOY, kebajikan 'mereka' bukan sahaja dijaga dengan begitu baik sekali malah termasuk "hutang kampung"..
Saya terkilan sangat kerana kebaikan budi majikan saya tidak dibalas dengan sepatutnya malah menyebabkan dia hampir jatuh sakit atas gara-gara mereka yang tidak mengenang budi!
Bukan itu sahaja malah saya juga turut menjadi mangsa 'ketaksuban' dan 'keangkuhan' mereka yang tidak sedar diri!..saya tidak dihormati sepatutnya. Bayangkanlah seorang pekerja bawahan berlagak dan menyamakan status mereka sama dengan orang yang lebih berkuasa dari mereka?
Bukan itu sahaja, seorang pekerja rakyat tempatan lelaki yang saya ambil bekerja dibawah arahan kami juga dibuli... saya cukup sakit hati! Berani sungguh mereka! Kurang ajar betul mereka ini!
Saya pernah menanyakan majikan perempuan saya mengapa dia tidak mahu memberhentikan pekerja pekerjanya yang tidak berguna itu?
"Mereka banyak hutang dengan saya...saya rasa mereka sengaja buat hal..menuduh
pekerja tempatan seperti kamu melayan(buli) mereka dengan buruk...mereka
berkomplot akan semua yang terjadi...supaya mereka dapat pulang tanpa membayar satu sen pun kepada saya.." kata majikan perempuan saya itu dengan nada yang penuh dengan penyesalan.
Apa yang perlu saya buat?
Saya mengharapkan nasihat-nasihat rakan blogger berkenaan masalah yang saya hadapi ini. Biarpun begitu, bukan bermakna saya membenci orang bukan tempatan..saya hanya membencikan orang yang tidak mengenal budi..yang tidak tahu tinggi rendahnya langit..yang kuat temberang...ini yang dikatakan..mengharapkan pagar, pagar makan padi pula..dan...hmmm....saya yakin anda lebih arif menamakan jenis manusia seperti ini!
Thursday, November 12, 2009
..DARI DIARI SEORANG POLIS- Kasihnya Pati (Bah 2)
Tidak dapat dibayangkan betapa takutnya Kak Huda masa itu. Berlari dan mengejar seseorang tanpa tahu dimana arah tujunya. Apa tidaknya..kelibat perempuan tua itu tidak kelihatan langsung. Cahaya mentari semakin malap. Sedikit sahaja desiran angin cukup menaikkan bulu roma sesiapapun...ditambah-tambah lagi jika anda keseorangan dan sedang mengejar seseorang yang kesihatan mentalnya cukup diragui! Entah-entah bila anda menoleh, ada pula sepasang tangan terus menjerut leher anda...erkkkkkkkk.....dan...ish...
Sebenarnya bukan begitu jadinya. Selepas ini anda tentu terperanjat dengan apa yang saya tulis disini.
Perempuan yang sakit mental itu berpusing arah dan berjalan gegas kearah Kak Huda. Tanpa berlengah lagi, dia terus memimpin tangan Kak Huda bagaikan seorang ibu memimpin anaknya yang sesat kembali keluar dari hutan dengan selamat.
Saya tercengang-cengang juga apabila mendengar pengakhirannya yang begini. Kata Kak Huda lagi, semasa di dalam kereta peronda, perempuan yang dikatakan sakit mental itu bertanyakan kepadanya, mengapa dia memanggilnya PATI..
"Saya memanggil kamu begitu kerana kamu adalah orang yang lebih tua dari saya"
kata Kak Huda.(PATI-Bahasa Ibunda India yang bermaksud atuk, nenek)
Dengan perasaan sebak, perempuan India yang dianggap gila itu memberitahu kepasrahan hatinya. Katanya kepada Kak Huda..
"......mengapa anak-anak saya, cucu-cucu saya tidak pernah memanggil saya
sebegitu..dan kamu, seorang yang berlainan bangsa dari saya memanggil saya
dengan panggilan (hormat) itu.."
Disaat itulah saya tersedar, dan cukup bersetuju dengan Kak Huda bahawa perempuan itu sebenarnya bukan gila. Tetapi jiwanya menderita kerana dia tidak pernah dipedulikan, dikasihi dan dilindungi sepatutnya. Saya rasa kasihnya Pati bukan terletak pada wang ringgit atau keperluan harta benda tetapi cukuplah hanya sekadar perhatian dan kasih sayang dari darah dagingnya sendiri. Tetapi adakah yang peduli di luar sana?
Semoga cerita ini memberikan teladan kepada kita semua. Janganlah sesekali kita membenci tangan yang menyuap kita. Janganlah sesekali....
Monday, November 9, 2009
..DARI DIARI SEORANG POLIS- Kasihnya Pati (Bah 1)
."..ada polis...jan ko jaat...nanti polis tangkap!... (Bah..bagitulah kalo terlalu jajal, tia mao dingar sakap..alahai mama......rupanya mama pun pandai main buyuk!! Hehehe..
Tetapi selepas saya menemui Kak Huda, seorang pegawai polis yang berpangkat dari cawangan Bukit Aman(bukan bahagian jenayah)...saya berasa agak senang dan lega..iyalah....mengapa harus takut kepada pihak berkuasa kalau tidak berbuat salah apa-apa? Entri ini saya tulis pun selepas mendapat kebenaran dari Kak Huda.
"Apa yang paling susah sekali sepanjang karier kak Huda sewaktu bertugas?"...tanya saya sambil memandang Kak Huda yang berperwatakan tegas dan tidak lokek berkongsi cerita dengan saya.
Dan dari situlah beliau menceritakan sebuah kisah yang saya ingin berkongsi dengan semua. Sudah beberapa malam saya terkenangkan akan kisah ini yang saya rasa cukup menyentuh perasaan sekali.
Begini kisahnya....
KASIHNYA PATI...
Sewaktu tahun 80an, Kak Huda (masa itu hanya seorang anggota polis berpangkat konstable sahaja) memakai skirt sewaktu menjalankan tugas. Pada suatu hari itu, beliau terpaksa menangkap seorang perempuan berketurunan India yang mempunyai masalah mental (Gila).
Perempuan India yang berusia lingkungan lewat 50an itu berlari semakin jauh ke dalam hutan apabila di kejar oleh Kak Huda.
Kak Huda bingung. Susah betul menangkap perempuan yang tidak mahu berhenti berlari itu. Sudahlah tu...hari semakin malam. Semakin gelap.
Sebagai manusia biasa, Kak Huda juga mempunyai perasaan takut...apalagi...berlari ke dalam hutan yang penuh dengan pokok pokok besar dan tua...hutan yang tidak pernah diterokai..bukankah menakutkan?
Perempuan gila itu berhenti berlari akhirnya apabila buat pertama kalinya dia terdengar............................................................................... (bersambung...)
Wednesday, November 4, 2009
Main buyuk...
Baru baru ini ada seseorang cuba menipu saya...atau ungkapan Uncle Greg dalam tajuk blognya, 'main buyuk' http://mainbuyuk.blogspot.com/
Lama sudah saya bersabar dengan orang yang cuba mengenakan saya dan team saya. Selalu sahaja dia berdolak dalih dan cuba menegakkan benang yang basah selepas melakukan kesalahan yang disengajakan dan tidak patut sama sekali.
Tapi hari ini saya telah berjaya mendapatkan hak yang sepatutnya kami miliki. Adakah selepas membuat perjanjian sesuatu kontrak dan dimeterai pula boleh dibatalkan sesuka hati?
Kertas perjanjian itu dianggap seperti sampah! Meradang betul saya!
Nasib baik ada bos memihak kepada saya dan kerana kebenaran sudah ternyata di depan mata...musuh saya terpaksa tunduk dan membayar gantirugi!
Bah! kalau bekerja di dunia luar sana tu, beginilah....kadang kala kita tidak boleh menyerah kalah..kalau benar tetap benar...yang salah tetap salah! Yang penting..usaha. Berbuat sesuatu dengan cara menipu hanya akan mengundang masalah dan malapetaka. Kita tentu ada cerita yang berbeza!
Moral - Janganlah sesekali kita melakukan kejahatan ataupun membuat sesuatu keuntungan dengan cara yang licik dan kurang berhemah ataupun merasa megah kerana kita sangka dapat memperbodohkan-bodohkan seseorang..kerana jerat yang kita pasang mungkin akan membawa padah kepada diri kita sendiri.
Saturday, October 24, 2009
Books of Record Sabah! ...Ini adalah cerita saya
Pagi itu masih awal dan saya sedang memandu melalui Jalan Penampang menuju ke bahagian arah bandar. Tiba-tiba dari jauh, saya ternampak seorang budak lelaki sekitar umur 6-7 tahun sedang menyeberangi jalan. Saya memandu pada had laju yang berpatutan pada masa itu..apa yang menaikkan kemarahan saya pagi itu ialah, budak itu membuat sedikit aksi jalan 'moonwalker' semasa melintas jalan walaupun dia tahu saya sedang memandu kearahnya.
Apa kena dengan budak itu? Mau matikah apa?
Selepas kejadian itu, beberapa hari kemudian, saya hampir terlanggar pula seorang lelaki berusia 50an sewaktu memasuki satu laluan bulatan kecil menuju ke kawasan Damai. Dia seakan akan tidak nampak saya yang benar benar berada kurang dari 30meter darinya.
Susah betullah kalau begini..nanti terlanggar orang, pemandu seperti kita tentu dipersalahkan.
Sedangkan cerita sebenar bukanlah begitu..
Ini hanya dua cerita. Mungkin boleh dimasukkan dalam "Book of records Sabah" kalau saya ingin menghuraikan satu persatu akan ke'bebal'an pejalan pejalan kaki yang mencabar kami sebagai pemandu di tempat ini.
Nasib saya baik kali ini kerana saya cukup berhati-hati......tetapi kalau sikap "tidak takut mati" mereka terus begini, tidak hairanlah sekiranya ramai yang akan 'mati kodok' dan statistik kemalangan yang banyak menyebabkan pejalan kaki akan terus meningkat!
Aikkks....Nasib saya baik kah atau nasib 'mereka' yang baik?
Anda tentu faham maksud saya!
Thursday, October 22, 2009
Sleeping with the enemy..
Saya hanya mampu mendengar sahaja..terasa kaget...langsung tidak dapat berkata apa-apa. Yang biasa kita dengar adalah berkisar tentang 'kecurangan' lelaki dan perempuan...tetapi yang ini..........
Bagaimana dia tahu suaminya curang?
Pagi itu seperti biasa dia terpaksa menghantar anak-anaknya kesekolah..tetapi entah mengapa hatinya itu terasa begitu lain pagi itu. Dia lantas pulang..dan mendapati................
.....................................Aiyaaa...ini pun mao cerita ka?
"No big deal la....." tentu kata anda. Bagaimana kalau musuh kita itu adalah adik kita sendiri?
(Cerita diatas disampaikan oleh rakan baik saya mengenai seseorang yang dia kenali....I was absolutely speechless....)
Monday, October 19, 2009
Jangan pandang ke belakang......
Lama betul saya berfikir, saya tidak mahu membuat sebuah keputusan yang akan menyebabkan saya menyesal dan secara tidak langsung menaikkan perangkaan statistik pengangguran negara...uhuk! uhuk!
Tapi saya bernasib baik...maka alkisah selanjutnya..hehe..saya telahpun bertukar angin...bukan angin taufan..tapi arah hidup yang berlainan. Iyalah...kerja baru, kawan baru..situasi kerja yang baru....cerita baru...pengalaman baru......segala-galanya baru...
Yang lama tetap empunya diri ini...hwaaaaaa........
Saya rasa agak lega sekarang kerana tidak lagi berdepan dengan bos yang serba serbi sempurna. Tidak ada lagi saya berjaga malam, penuh stress dan frustrasi. Bukan mudah untuk bekerja dengan bos yang begitu. Gaya dan cara pelayanannya membuat kita terus kekok...kalau ada ide yang melimpah-limpah keluar akan terus terbantut kerana segalanya serba tidak kena. Bah! beginilah hidup kalau bekerja setakat 'kuli' ja. (Ada jawatan kosong jadi bos ka?..)
Sekarang, saya tidak lagi memandang kebelakang..saya anggap segala-galanya satu pengalaman yang menjadikan saya seorang yang lebih dewasa, matang dan tabah. Saya gembira dengan kerja sekarang dan bos yang cukup baik hati dan prihatin.
Saya harapkan yang terbaik buat semua. Selamat Maju Jaya...
Lain kali kita cerita lagi k. Salam sejahtera!
Monday, October 5, 2009
Bila Badut Berjenaka....
13 Bulan? (mode – gosok-gosok mata..aikk..betulka?) Bukan seminggu atau dua….dan wanita-wanita itu dikatakan telah diamanahkan oleh si mati untuk tidak menguburkan mayatnya nanti dan tunggu sehingga mayatnya hidup semula. (kes ajaran sesat)
Selepas membaca cerita menggemparkan ini, ada sesuatu yang terlintas di benak fikiran saya. Saya tertanya-tanya dan berasa cukup hairan akan sikap kedua dua wanita itu..apakah yang terjadi, mengapa begitu sekali kepercayaan mereka terhadap sesuatu yang tidak mungkin dan dapat pula dimanipulasikan sehingga sedemikian rupa?
Saya rasa yang ditunggu (mayat) tidak akan hidup...tetapi yang hidup adalah bakteria…dan sel-sel otak yang memerlukan sedikit kajian!
Kes-kes sebegini mungkin tidak sebegitu dahsyat kalau berbanding dengan kisah-kisah barat yang menakutkan seperti kisah pembunuhan bersiri dan bermacam-macam lagi.
Saya juga pernah diberitahu oleh seseorang akan kisah penipuan seorang wanita yang suka sangat menipu…dari cerita A ke Z dan cerita dari Z ke A, semuanya penuh tipu helah dan plot cerita menarik dan penuh dramatik yang mana mungkin kalau dibukukan boleh mencecah sehingga 300 mukasurat.
Bah begitulah….. Jangan sahaja kita berhati-hati di jalanraya…..di zaman sebegini, kita perlu juga berhati-hati dengan badut badut yang terlalu suka berjenaka. Anda tentu faham maksud saya, apa bukan?
Hmmmmmmmm…..
Thursday, September 17, 2009
Cerita seorang Pinoy
Jadi, hari ini saya membawakan sebuah cerita yang baru, kisah benar yang saya dengar dari seorang pinoy(filipino)yang bekerja di tempat saya.
Saya rasa terdapat banyak faktor yang menyebabkan mereka berhijrah ke tempat lain untuk mencari rezeki. Pinoy yang saya kenali ini adalah merupakan seorang pemain bola keranjang di tempatnya sendiri dan berpendidikan..walaupun kadang-kadang saya tidak mengerti bahasa Inggerisnya yang tunggang-langgang...seperti contoh..kita bilang "BACK" dia bilang "BUCK"...
ha..gitula..'susah betul sia mao paham'..tapi pasai dia 'encem' sia buat-buat mengertila..hehe..aikkkk!
Saya pernah bertanyakan kepadanya, bagaimana dia boleh 'terlanding' di Sabah. Dari situlah dia menceritakan segala-galanya.
Yang kita tidak tahu..
Selalunya masalah keluarga....biasalah...ibubapa sudah berpuluh-puluh tahun bermaustatin di sini...kata pinoy, bapanya yang tak pernah ambil tahu tentang mereka..tetiba minta mereka datang ke Sabah..katanya gaji lumayan, hidup senang dan kata-kata yang tidak begitu benar sama-sekali. Jadi...si kawan kita pun datang kesini. Mungkin dia terlupa atau tidak pernah tahu ungkapan ini.."Hujan emas di Negeri Orang....(emas tipu). Rupa-rupanya bapa suruh datang untuk menyara dirinya yang semakin tua. Orang begini pun ada....susahla....
Yang kita tahu...
Laaaa.....mana ada manusia di dunia ini yang tidak ditimpa masalah?
Yang kita tidak tahu...
Masalah susah cari kerja di tempat sendiri...kata 'amah' keluarga saya..di kampungnya ada sawah..ada sayur..ada bela ayam itik..yang kurangnya $$$$...Itulah sebabnya mereka mencari kerja di rantau orang. Begitu juga dengan si-pinoy ni..faktor wang yang membawa dia kesini. "Hidup tidak semestinya indah"...
Yang kita tahu...
Gaji seorang pekerja tempatan berapa saja...? Kalau di Sabah, jangan ceritalah...apa benda pun mahal..Itulah sebabnya ada yang merantau sampai ke Kota Singa itu dan tertipu! Sedih! Adakah kita terlalu memilih kerja? Mungkin juga!
Yang kita tidak tahu...
Mereka mengeluh...susah...hari-hari pun mengeluh...ada makan mengeluh...tidak makan mengeluh...Gaji sedikit mengeluh...siap di beri penginapan, air api 'free' pun mengeluh lagi...
Segala-galanya penuh 'keluhan'...
Yang kita tahu..
Majikan terpaksa menjamin mereka..bukan Rm100 dua..tapi beribu untuk menjamin mereka. Dalam kes majikan saya yang terlampau baik hati tu....siap bagi penginapan, H2O, api 'free'..penghantaran pulang balik dari kerja...sabun, syampu..dan 'cabut gigi' yang sakit.....
aikkk....(Sya pun mau jadi 'amah' kalo ini maciem)..
Belum lagi sampai bab 'melarikan diri' dengan sepenuh jiwa raga...pening!
Jadi secara puratanya, 'SIKAP' adalah amat penting..tidak kira pekerja atau majikan. Sebab masalah yang banyak menimbulkan 'migrain' di kepala adalah mereka yang membawa masalah. Ada majikan yang baik..ada yang tidak...ada pekerja yang baik..ada juga yang tidak....
Apa lagi yang kita tahu...apa lagi yang kita tidak tahu....samada majikan dan pekerja atau...pekerja dan majikan..mereka ada cerita sendiri..
Begitulah adanya...
Thursday, August 27, 2009
JENAYAH - Sesuatu yang perlu anda tahu! (2)
Bagaimana?
Mula sekali, kita di TARGET....huhu....(mestilah...) Mereka berdiri agak rapat dengan si-pengeluar wang
Kemudian.....apabila pengeluaran wang berjaya.......(belum sempat mengambil kad ATM) bahu si-pengeluar wang akan ditepuk..dan diberitahu ada wang yang jatuh di lantai. Inilah masanya mereka bertindak apabila mangsa menunduk dan mencari wang yang dikatakan telah jatuh itu.
Gengnya yang lain akan cepat-cepat mencuri kad ATM yang belum sempat diambil oleh si mangsa ataupun dengan sekilas mata membuat pertukaran dengan kad ATM dengan kad yang kelihatan hampir sama dengannya.
Mangsa akhirnya mendapati adanya transaksi wang dijalankan apabila sedar akan kadnya telah dibuat pertukaran dengan kad yang lain.
Beginilah zaman 'auta' yang kita huni sekarang. Jadi berhati-hatilah.....
(Apasal derang tidak curi kad ATM "ALONG" yang berbelas-belas tu?.....hik!)
***Kejadian seumpama itu dilaporkan berlaku di Brickfields, Kuala Lumpur.
Saturday, August 22, 2009
Berhati-hati di jalanraya..
Dulu, apabila saya ternampak pemandu memandu perlahan di lorong yang laju, saya akan &*%@&...begitu juga apabila terserempak dengan 'talingung' atau 'kili-kili' yang tidak mematuhi peraturan jalaraya...terus naik adrenalin darah saya. Urgggh....
Tapi selepas saya mendengar cerita ini dari sahabat baik saya, saya sudah kurang mempraktikkan penggunaan &*%@& dan perkataan perkataan yang tidak pernah disenaraikan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka itu. (Hik!)
Sahabat saya pernah menceritakan bagaimana bapanya terkena serangan 'strok' semasa sedang dalam pemanduan dari Pekan Sipitang ke Kota Kinabalu beberapa tahun yang lalu. Separuh dari badannya lumpuh. Saya tidak mungkin akan tahu bagaimana kroniknya situasi bapa sahabat saya itu tetapi yang pasti, pada hari yang 'malang' itu, bapanya sudah pasti telah cuba mengawal diri dari panik dan meneruskan perjalanan yang bahaya itu.
(Sahabat saya juga hairan, bagaimana bapanya dapat meneruskan perjalanan dalam keadaan sebegitu..yang pasti, bapanya sampai akhirnya ke Kota Kinabalu dengan memandu dengan perlahan)
Cerita yang disampaikan oleh sahabat saya itu telah merubah cara saya berfikir sekaligus menyedarkan saya betapa kita perlu menjadi pemandu yang berhemah. Kita tidak mungkin akan tahu.....
JoyFinder -
... apa lagi yang boleh dikata? Kita berhati-hati.. tetapi malang tetap tidak berbau...
CJK -
Some times kita kena ikut rentak juga. Adakala nya kita terlalu berhemah, kita pula yang menjadi ...
D.L.Sumunie -
Khamis lepas saya nampak sebuah motosikal kena langgar di simpang masuk rumah kedai di Indah Permai.....
Wednesday, August 19, 2009
Uinaa...apa maciem itu?
Kata Z, dia tidak percaya seorang lelaki dan seorang perempuan boleh bersahabat baik dalam erti kata..."BEST FRIENDS' katanya. Saya bertanyakan kepadanya, mengapa tidak? Kalau belum lagi berumahtangga, apa salahnya..kalau hanya setakat berkawan baik?
Z pun menceritakan kepada saya akan gelagat seorang perempuan (isteri orang) menalifon suaminya dan menyuruh suaminya menolongnya membuat temujanji dengan doktor (sakit puan). Saya bertanyakan kepadanya..perempuan itu tidak bersuami ka? "Ada.." kata Z dengan geram. Z memberitahu saya bahawa suaminya bersahabat baik dengan perempuan itu.
Dia hairan mengapa mereka tidak boleh membuat temujanji sendiri tetapi melibatkan suaminya pula? Uinaa...apa maciem itu?
Bila saya fikir-fikir semula perihal hal ini, terasa pula ingin bertanyakan kawan-kawan blogger,
Bolehkah seorang perempuan dan seorang lelaki berkawan baik? Persahabatan yang bagaimanakah yang dimaksudkan sebagai 'Best Friends'?
Kalau lelaki dan lelaki atau perempuan dan perempuan, saya tidak hairan..tetapi kalau perempuan dengan lelaki?..
Anda tentu ada pendapat dan cerita yang berbeza. Hmmm...
Kata mereka di luar sana....
Yunna -
"Ada enaknya juga punya best friend cowok. kalau ada masalah, kita bisa lihat dari sudut pandang lain masalah itu. nggak melulu dari sudut pandang cewek. intinya..."
IsaiahEzra -"...so far, we r doing great after 10 years being bestfrens...."
BudakHutan - "...Manusia sering dibuai perasaan , apa lg time kita tul dlm keadaan yang memerlukan seseorang... dan..."
Wednesday, August 12, 2009
BUDI BAHASA BUDAYA KITA....aikkssss....
Kata orang ‘Budi Bahasa Budaya Kita’….saya memang setujulah…tapi cuma kadang kala itu saya rasa tergelak bila kita
Macamana tu?
Hahaha…anda akan faham selepas membaca apa yang saya paparkan disini.
Begini ceritanya.
Saya suka berkunjung ke Pantai Tanjung Aru. Selalunya, selepas puas berjalan-jalan ditepi pantai, saya akan menjamu selera pula di gerai gerai yang menawarkan pelbagai juadah yang ada disana.
Hahaha……yang dimaksudkannya disini adalah salaian buntut ayam..selalunya dijual berasingan bersama satay-satay yang menjadi kegemaran ramai. Saya tidak pernah makanla….tetapi ada yang pandai makan..katanya sedap!
Saya tersenyum senyum kerana saya mendapati penggunaan perkataan ‘buntut’ itu agak melucukan apabila disebut dan digunakan…apalagi kalau digunakan di tempat awam..dan bayangkanlah kalau orang menjerit memesan salaian istimewa itu…”Buntut 2”…”Buntut 1”…”buntut”, “buntut” dan ‘buntut” lagi.
Dan seperkara lagi, di tempat yang lain pula, saya agak terkejut apabila disambut dengan begitu ramah dan mesra oleh seorang pelayan sewaktu memasuki sebuah kedai makan yang menjual nasi ayam di kawasan
“ Selamat datang , silakan duduk...cik ingin mencuba nasi ayam kami?”
Aikkk…..hampir saja saya menanyakan soalan yang bodoh kepadanya seperti
“aikk………..ini KK ka?”
Maklumlah, setakat makan di kedai-kedai kopi, pelayan kedai makan ‘ekonomoney’ KK jarang menyambut pelanggan dengan cara sebegitu. Selain dari itu, kita akan berasa kekok pula kalau dilayan begitu. (Lainlah kalau makan di tempat-tempat istimewa dan berbelanja lebih untuk membayar ‘alas meja’…(uhuk uhuk)
Walaubagaimanapun, saya tabik pada pelayan tersebut.
Bukankah bagus sekiranya semua orang berbudi bahasa?
Thursday, August 6, 2009
Rintihan seorang pemberi sedekah......
Tentu kawan-kawan tertanya-tanya..apa yang perlu dirintihkan oleh seorang pemberi sedekah? Bukankah mulia kalau memberi sedekah kepada yang memerlukan? huhu...anda silap besar...
Masihkah anda ingat, semasa di restoran atau di gerai-gerai makan, seringkali sahaja kita didatangi oleh pemungut-pemungut sedekah yang datang dengan berbagai-bagai situasi?
Saya ingin bertanya semua, benarkah selepas memberi sedekah, kita telah menjadi masyarakat yang penyayang dan prihatin? ...atau kita sebenarnya (secara tidak sedar) telah menjadi mangsa penipuan?
KISAH BENAR 1
KITA SANGKAKAN....
Bila kita didatangi peminta sedekah..tidak kiralah yang cacat penglihatan atau yang cacat anggota tubuh badan yang lain, terus hati kita berkata..."laaa...kesian..., apa salahnya memberi seringgit dua?"..
BEGINI PULA JADINYA....
Tiba-tiba ada deringan telefon dari telefon mudah alih si peminta sedekah. 'Member' yang kita sangka daif dan memerlukan bantuan, mengeluarkan telefon yang lebih mahal dan canggih dari kita..Uhuk! uhuk!.....(Pada mulanya kita ikhlas memberi, selepas melihat realiti yang sebenar..kita jadi tidak ikhlas pula...SAkittttttttttt!)
KISAH BENAR 2
KITA SANGKAKAN......
Ada yang meminta untuk membeli makanan. Katanya lapar. Selepas disarankan agar 'member' yang kita sangkakan susah, makan sahaja di gerai yang kita makan, dia 'protes' pula. Katanya dia mahu makan di gerai lain..(dan mahal pulak tu)
BEGINI PULA JADINYA......
Betapa 'mereka' tidak menghormati orang yang memberikan sumbangan. Si penipu ini memarahi kawan saya..Katanya dengan berani " Kalau tidak mahu bagi..katalah tidak mahu bagi!!"GULPPPP!!
KISAH BENAR 3
KITA SANGKAKAN....
Mereka yang cacat pendengaran dan bisu tidak dapat memahami apa yang kita katakan....seringkali mereka-mereka ini datang dengan menjual barangan-barangan yang berbentuk permainan.
BEGINI PULA JADINYA....
Ada pula member sorang ni memberitahu kawan lain dengan bahasa Mandarin..."Brapa mao kasi dia?"belum lagi sempat kawannya menjawab....orang yang kita sangkakan cacat pendengaran itu menaikkan kad yang menunjukkan harga barangan!
..Aikkk...bukankah orang itu bisu dan cacat pendengaran? Bagaimana dia tahu pulak ek..?
Uhuk! Uhuk!Anda tentu faham apa yang cuba saya sampaikan. Fikir-fikirlah...
Anda masih mahu memberi?
Thursday, July 30, 2009
JENAYAH...sesuatu yang perlu anda tahu!
Seringkali sahaja saya mendapat emel-emel yang benar-benar membuat saya terdiam sejenak..yang banyak membuat saya terfikir...dan tertanya tanya.. "Betulkah apa yang saya baca ini"...?
Selepas menimbangkan banyak perkara, disini saya gabungkan beberapa nasihat ataupun tips yang saya rasa amat bernas dan tidak rugi pula sekiranya kita mengetahui sesuatu yang mungkin akan membawa faedah kepada kita pada suatu hari nanti. (Ada beberapa kisah benar disini)
Tips 1 - Jangan sesekali menaiki lif awam (kompleks membeli belah)seorang diri, lebih lebih lagi sekiranya anda adalah seorang perempuan. Hindarilah lif yang dinaiki lelaki sahaja dan tunggulah lif yang lain dimana ada orang awam yang berkeluarga dan bukan hanya anda, seorang perempuan sahaja.
Tips 2 - Jangan sesekali bersikap sambil lewa sewaktu berjalan menuju ketempat dimana kereta anda diletakkan. Pastikan diri anda tidak diekori dan kuncilah kereta anda dan memandulah pergi dengan segera. Anda disarankan meletakkan kereta anda secara "reverse'-in. (Kawan perempuan saya dan saya sendiri hampir menjadi mangsa....nasib baik kami cepat sedar....4 orang lelaki mengekori kami..uhuk uhuk..Bukan di Sabah)
Tips 3 - Jangan sesekali meletakkan telefon bimbit anda di atas meja makan di tempat-tempat awam. Anda hanya 'gigit jari' sekiranya telefon anda tiba-tiba disambar oleh seseorang didepan mata anda sendiri. Bila anda sedari apa yang telah berlaku, ia mungkin sudah terlambat kerana orang itu sudah hilang jauh dari pandangan anda.(Pernah berlaku)
Tips 4 - Jangan sesekali meletakkan beg tangan anda (khas buat perempuan) diatas riba anda. Biasalah kan....bila 'time' makan di luar, seringkali sahaja kita meletakkan beg tangan di atas riba..tapi jangan lagi berbuat begitu. Beg tangan anda mungkin disambar...(sama dengan kes 3)(Pernah berlaku - diberitahu oleh seorang sahabat yang menjadi mangsa ragut ini)
Tips 5 - Jangan sesekali mendedahkan maklumat tentang keluarga, majikan ataupun rakan-rakan anda kepada orang yang tidak dikenali. Anda belum tentu tahu, berkemungkinan besar, mereka yang tidak bertanggungjawab ini akan menggunakan maklumat yang anda berikan untuk menipu.
Tips 6 - Jangan sesekali mempercayai panggilan telefon yang mengatakan ahli keluarga anda telah diculik dan wang tebusan dengan jumlah tertentu diperlukan untuk menebus mereka. Telefon ahli keluarga yang terbabit itu dengan seberapa segera...samada di tempat kerja atau sekolah. Jangan sampai anda tertipu! Berkemungkinan besar ia hanyalah panggilan palsu untuk menipu anda.
Saya mengalu-alukan komentari dari anda sekiranya pernah mendapat emel sebegini yang mungkin dapat membantu kita...'eye opener'. Saya hanya dapat memaparkan 6 kes yang berlainan sahaja disini. Pernahkah anda menjadi mangsa jenayah? Pernahkah anda mendengar kes-kes yang lain dari yang disebutkan diatas? Bagus juga kalau kita dapat berkongsi maklumat.
Mari semua...
Wednesday, July 22, 2009
RASUK
Apabila saya membaca cerita-cerita ini di dada akhbar, seringkali sahaja terdapat banyak persoalan yang bermain di fikiran saya. Mengapa hanya sesetengah orang sahaja yang dirasuk? dan yang lain-lain tidak pula.....Yang pasti ada banyak cerita di luar sana. Benarkah mangsa mangsa ini dirasuk oleh roh hitam atau....?
Saya pernah mendengar cerita dimana pernah adanya seorang pelajar yang tinggal di asrama jatuh sakit dan di rasuk. Malam itu, semasa pelajar pelajar lain sedang mengulangkaji pelajaran di dewan, pelajar yang sakit ini dijagai pula oleh sahabatnya.
Tiba-tiba yang sakit ini bangun, dan melompat dari satu katil ke satu katil yang lain (jarak satu katil dengan satu katil adalah amat rapat)
"Kali ini saya sudah dapat kamu..!" kata pelajar yang sakit ini kepada kawannya. Apalagi, menjerit-jeritlah sahabat kita yang baik hati itu. Kerana ketakutan yang amat, dia tidak lagi tinggal di asrama.
Pernah juga saya dengar yang dirasuk bertukar suara dan meminta telur mentah. Selepas telur mentah diberikan kepadanya, ( 'dia' makan) roh itu pun meninggalkan mangsa. Terpinga-pinga pula si mangsa apabila tersedar dan bila ditanya tidak mengetahui pula apakah yang telah terjadi kepada dirinya.
Cukup misteri....apakah yang telah terjadi sebenarnya? Ada sesiapa yang dapat merungkai segala persoalan ini? Pernahkah perkara ini berlaku di tempat anda?.... dan adakah cerita kita sama?
Malaikat Sesat - Dalam kepercayaan kuno.. dikaitkan dengan kuasa supernatural... yang melebihi kuasa manusia biasa. Boleh jadi menyerupai macam-macam... penunggu, roh sesat, toyol dan pelbagai makhluk halus.
Ninie Jane -
....." saya suruh tentera tentera saya serang awak! "
Monday, July 20, 2009
"Cakar Ayam " vs PSP
Permainan sekarang pun banyak yang telah berubah terutama sekali permainan tradisional seperti congkak, batu lima, cakar ayam (konda kondi) dan sebagainya. Sekarang, kehebatan teknologi telah merubah cara kita berfikir, permainan juga tidak terkecuali.
Anda masih ingat permainan dulu yang semakin ketinggalan zaman? Saya tidak tahu pula apakah permainan yang pernah dimainkan di tempat kamu? Mungkin ada yang telah kita lupa...
mungkin juga lain dari yang kita ketahui. Mari kita berkongsi cerita.
Kris and Nadia -
.. pmainan dlu2 lagi siok, ble dpt byk kwn n ble merapatkan hubungan lg kan :) huhu
Sang Cerpenis Bercerita -
Saya suka main congklak dan bekel wkt kecil...
Tuesday, July 14, 2009
Fanatik
Saya tertanya-tanya juga, sejauh mana kebenaran itu?
Ada juga saya terbaca kisah orang-orang yang berfahaman songsang. Seperti di satu kisah ia menceritakan dimana seorang perempuan terpaksa berdoa dahulu untuk mengetahui kaki mana dahulu dipakaikan sepatu..kaki kiri atau kanan? Pelik sungguh! Perlukah berfikir bagaimana memakai sepatu?
Saya juga pernah berhadapan dengan orang-orang yang berfahaman fanatik. Mereka hanya hidup didalam pemikiran 'syurgawi' mereka sahaja. Apabila persepsi mereka mengenai sesuatu perkara itu bercanggah dengan pemahaman mereka..mereka akan mudah mengatakan.."ini terlalu duniawi dan sebagainya.
Saya cukup hairan dengan orang yang berfahaman sebegitu. Salahkah saya bercuti di tempat-tempat yang menarik atau berjalan menyusuri pantai dan melihat cantiknya matahari yang terbenam? Adakah saya dikatakan duniawi kerana saya tahu menikmati indahnya alam ciptaan Tuhan?
Perlukah saya bersedia menghadapi hari terakhir dunia ini dengan bertapa di gua?
Saya percaya tentu ramai diantara kita pernah terbaca, terdengar atau mungkin pernah mengenali orang-orang yang berfahaman fanatik ini. Mari kita berkongsi cerita.
Cicak -"... hidup di dunia tia payah lah mau taksub kepada sesuatu. amalkan prinsip kesederhanaan kepada semua perkara..fanatik buli bawa kepada malapetaka"
Thursday, July 2, 2009
Bila pencuri datang lagi....
Saya nampak dia dicelah-celah pokok di atas bukit dan ditangannya ada memegang karung plastic berwarna merah. Saya nampak dia menghidunya sekali-kala.
“Miss ______...nah…itu urang yang curi dari kadai kita itu ari….” kata Zie.
Saya nampak muka Zie sedikit pucat…seperti susah mahu bernafas.
“Betul ka?” tanya saya lalu memandang kearah lelaki berusia lingkungan 20an itu.
Saya cemas juga tetapi saya tidak boleh menunjukkan rasa ketakutan. Saya mesti mengawal fikiran saya. Sesuatu perlu dibuat…mana tahu dia akan datang dan mencederakan kami bertiga.
Kebetulan pula hari ini, pengarah berada di Kuala Lumpur dan rakan rakan sekerja saya yang lain-lain itu berada di luar bandar. Memang kecut perut…bayangkanlah…kalau ada dua tiga orang yang sebegitu…bagaimana kami dapat mempertahankan diri?
Saya bukannya ahli gusti, ataupun seorang yang mahir dalam bidang karate atau Judo tetapi sebentar tadi saya cuma berbekalkan sebatang penyapu dan Zie pula dengan sebatang kayu. Kami bimbang juga kalau lelaki itu mencederakan kami ataupun J___.
Selepas itu saya nampak dia menuruni anak bukit berdekatan kedai kami. Saya mengarahkan J__, rakan sekerja lelaki saya untuk berhati-hati. Dia datang dan mereka bercerita. J___ juga amat pintar…dia tahu bagaimana untuk melengah-lengahkan masa perbualannya dengan orang yang pernah mencuri di kedai kami.
Selepas itu saya menyuruh Zie cepat-cepat melaporkan kehadiran lelaki itu kepada pihak berkuasa. Segala episode mencemaskan ini hanya memakan masa selama 25minit sahaja.. dan lelaki yang menghisap gam itu ditangkap oleh pihak polis .
Ini bukan satu lagi episod dari drama bersiri GERAK KHAS arahan Yusof Haslam tetapi kejadian yang benar-benar berlaku di kedai kami tengahari tadi. Tahukah anda sekarang mengapa kita harus bekerjasama dengan pihak berkuasa?
(Thank you "Sarjan ______! Keep up the good work!
BUZZING OUT...lain kali kita cerita lagi! C ya.
Wednesday, June 24, 2009
PUKAU
Pernah suatu ketika rumah jiran saya dicerobohi masuk oleh seseorang. Malam itu saya terjaga dari tidur apabila terdengar hentaman kuat di bahagian dapur tingkat atas rumah saya. Mungkin kerana terlalu bising, malam itu saya lantas bangun dan ternampak kelibat seseorang menuruni pagar yang dipasang di bahagian dapur rumah saya lantas terjun dan lari dari situ.
Saya hanya mengetahui cerita sebenar apabila menemui jiran saya keesokkan harinya. Dia tidak sedar apa yang berlaku walaupun hanya tidur-tidur ayam sahaja malam itu. Saya tidak ingat samada Azi, jiran saya ada membuat laporan polis mengenai kejadian ini atau tidak ..tetapi katanya, hanya telefon bimbitnya sahaja yang sempat dilarikan oleh pencuri itu. Rata-rata jiran yang tinggal disana mengakui mendengar hentaman kuat di unit perumahannya. Hanya dia sahaja yang tidak dengar. Hmm..pelik bukan?
Begitu juga dengan beberapa kes siri perompakan yang berlaku di kedai 24jam sepertimana yang pernah dilaporkan oleh pihak media di tempat kita pada suatu ketika dahulu. Sahabat baik saya adalah salah satu mangsa perompakan di pagi yang hening itu.
Apabila diarah untuk memberitahu secara terperinci bagaimana rupa penjahat itu…dia tidak dapat memberitahu apa-apa. Katanya kepada saya ‘..baju..tubuh badan..saya boleh ingat tapi..muka….langsung inda saya ingat apa-apa..’’macam dia ada pakai ilmu untuk menutupi mukanya..’ Hmmm..pelik bukan? Bukan satu lagi siri X-Files saya tetapi kisah benar yang disampaikan oleh sahabat saya itu.
Kata orang, mereka yang mengamalkan ilmu ini ada membaca jampi-jampi dan menggunakan ‘barang’ yang hanya didapati di hutan. Ini sahaja yang saya dengar berkenaan ilmu ‘pukau’ ini. Benar atau tidak…saya tidak ada jawapan untuk itu!
BUDIAWAN HUTASOIT - "di indonesia, ilmu pukau ini mungkin ada kemiripan dengan ilmu sirep.biasanya bila si penjahat/pencuri sudah menggunakan ilmunya, maka pemilik rumah/korban, tidak akan sadar atau bahkan akan tidur sangat lelap, dan tidak mendengar apapun.banyak yang bilang, si pencuri menggunakan tanah kuburan yang sudah di jampi-jampi, dan tanah kuburan ini kemudian dilemparkan ke atap (roof) rumah. hard to believe but it's real.. "
UNCLE LEE - "...This was taught to me by a good friend long ago, he was a 'Boyanese' from Java. As our house had experienced a break in. "
RATNA -" ...and the pelik thing is..both houses after their finish doing their stuff ..they will ... "
Wednesday, June 17, 2009
Persidangan Apec pagi itu...
'Jangan lupa...kami mahu nasi lemak' kata Chong pada Ayu, rakan sekolah kami, yang menjual nasi lemak secara diam-diam tanpa diketahui sesiapapun kecuali murid murid sekolah tahun lima waktu itu. Saya pun tidak melepaskan peluang untuk menempah sebungkus nasi lemak darinya.
'Tapi..... Guru Besar cakap tak boleh jual nasi lemak lagi..'
'Takpe..takpe...kami simpan rahsialah' jawab Wee, Silvia, Chua, Siti dan beberapa rakan sekolah yang ber'mesyuarat' pagi itu.
Sebenarnya, Ayu adalah rakan sekolah kelas kami. Ayu kehilangan bapanya sewaktu masih kecil dan ibunya mencari nafkah dengan menjual nasi lemak. Setiap kali saya nampak bungkusan nasi lemak yang berdaunkan pisang, ingatan saya terus kepada kenangan manis ini. Bagi saya, nasi lemak yang dijual Ayu, adalah nasi lemak yang terpaling sedap.
Sebenarnya, Ayu tidak mahu lagi menjual nasi lemak kepada kami. Dia takut diketahui oleh guru besar kami yang berbangsa British itu. Ini adalah kerana seminggu yang lalu, pihak kantin sekolah mendapat tahu Ayu menjual nasi lemak lalu mengheretnya ke bilik guru besar.
Apabila kami mendapat tahu tentang nasib malang yang menimpa Ayu, kami cukup anti dengan pengendali kantin sekolah itu. Kami geram apabila mendengar cerita Ayu dibawa pergi dalam keadaan menangis. Kami juga berasa bersalah kerana tidak berhati-hati dan membawa nasi lemak jualan Ayu ke kantin sekolah. Ini tentu sedikit sebanyak merugikan perniagaan pihak kantin sekolah.
Tersenyum-senyum saya semasa menulis artikel ini...saya terfikir juga, budak budak sekolah pun boleh mempertahankan kawan-kawan sendiri tanpa mengambil kira perbezaan agama dan kulit....mengapa payah sangat orang dewasa berbuat demikian?
Hmmmm.......
Friday, June 12, 2009
My little HONEYBUZZ world!
Sehingga kita berjumpa lagi kalau masa mengizinkan. Buat mereka yang selalu singgah di shoutbox, saya akan melawat kamu nanti. Akhir kata, salam buat semua.
Buzzzzzzzzzing Out
Thursday, June 11, 2009
CINTAKAH INI?
Saya menulis mengenai beliau kerana selama saya berblogging, saya tidak pernah membaca blog dari seseorang yang menulis dengan begitu rapi, romantis dan dengan luahan perasaan yang jujur akan kenangan lalu.
Pengalaman pahit manis dan kisah-kisah zaman muda beliau akan mengoyah perasaan sesiapa sahaja apabila membacanya. Penulisan beliau seolah-olah dapat membawa anda ke satu dimensi ke zaman-zaman indahnya. Sungguh mengasikkan!
Zener, sahabat Indo saya pernah mengesyorkan saya supaya menulis sesuatu berkaitan cinta tapi saya rasa belum lagi begitu layak untuk menulis topik itu biarpun bersandarkan dengan pengalaman sendiri kerana sampai hari ini saya tidak begitu mengerti apa itu cinta yang sebenarnya. Sedih bukan? tapi memang begitulah hakikatnya. Tapi saya cuba menulis sebuah cerita cinta pada entri di hari akan datang.
Apakah maksud cinta untuk anda? Pada pendapat saya...
CINTA BERBEZA USIA - Cinta ini tidak bersandarkan pada usia, tetapi lebih bersandarkan pada sifat saling sayang-menyayangi, hormat menghormati. Usia bukan penghalang cinta sebegini. Itulah sebabnya ada lelaki yang mengahwini perempuan yang tua darinya dan sebaliknya. Semoga teguhlah cinta mereka ini.
CINTA PANDANG PERTAMA - Cinta ini tidak perlulah diberikan huraian lanjutan. Maksudnya ringkas 'straight to the point' - Si lelaki nampak si perempuan..si perempuan nampak si lelaki, muka lawa/encem(sebab tertarik) berbalas email, berchatting siang malam..hati rindu..tidur tak lena...mandi tak basah...dimana-mana sahaja nampak bebayangnya! Agak dahsyat jugakla. "HAPPY ENDING?"..mungkin ya..mungkin juga tidak!
CINTA KASIHAN - Cinta yang sebeginilah yang selalu membuat orang yang bercinta itu 'konpius' sendiri. Perasaan belas kasihannya melebihi perasaan cintanya. Mereka yang bercinta didalam kategori ini sebenarnya seorang yang prihatin cuma seringkali mendapati dirinya bingung kerana dia tidak dapat membezakan mana satu cinta dan mana satu belas kasihan. Sebab namanya CINTA KASIHAN...memang 'kasihan' jugalah cinta sebegini akhirnya. Iyala...sebab cinta itu bersandarkan pada keprihatinan...jadi bila ada kes yang lebih teruk dari cintanya dengan seseorang sebelum ini, dia beralih kasih pula kepada yang baru.
Aiihhh...saya pun 'konpius'.
CINTA DUITAN - Cinta ini pula...ada wang ada cinta...tiada wang tiada cintalah! Simple bah kan? Bukan juga wang itu tidak penting dalam kehidupan kita seharian, tetapi kalau sampai memperhambakan diri pada wang, itu yang tidak baik. Orang dalam kategori ini patut berkahwin dengan Bill Gates, atau AH LONG..tidakpun Britney "TOMBAK". Sebab mereka cukup 'loaded' arr..
CINTA TIDAK BERDUIT - Susah betul bercinta kalau tidak mempunyai wang. Pi 'dating' mesti pakai wang...masuk jamban pun berbayar.. Betul ke tidak? Ada yang membantah? Tapi ada juga yang meneruskan cinta mereka biarpun tidak berduit. Mereka boleh bahagia biarpun berlaukkan ikan masin, nasi putih dan kicap. Bagi mereka ..USAHA TANGGA KEJAYAAN. Saya percaya juga, kalau mereka benar-benar ingin maju, segala rintangan boleh diatasi. Masalahnya, bila sudah mewah..hati pula mungkin jadi lain pula. Sedih jugaklah. Tapi tidak semualah. Ada yang bahagia!
CINTA FANTASI - Hehe....macam cerita cinta saya dengan aktor Korea dalam BOYS OVER FLOWER tu. Fantasi saja..uhuk uhuk. Jatuh cinta ja bila menonton rancangan itu..kalau hari biasa buat kerja diam-diam ja. Uhuk uhuk!
Haaa...(sigh) rasanya inilah entri saya yang terpanjang. Saya bukanlah pakar dalam bidang bercinta ini. Tapi banyak jugalah kenangan manis dan baik yang pernah saya lalui. Pengalaman suka duka pun ada..biasalah..sayakan manusia biasa seperti anda?
(Uncle Lee...I really enjoyed reading your blog. I really hope to meet you one day. Please take good care of yourself and rest well. Shall we have the last waltz..? hehe)
Sunday, June 7, 2009
Dia....adalah kekasih saya yang sebenarnya...
Kalau di E-mel, saya dikatakan telah memenangi hampir setengah juta USD..hahaha...
Wah..kalaulah betul, tentu saya kaya-raya. Tentu saya telah pergi makan-angin dan mungkin sekarang saya sedang beristirehat diatas sebuah kapal layar serba canggih bersama 'korean darlin' saya..AIKKKKSsss...(mode-mimpi siang - ON)
Bermacam-macam pesanan ringkas 'auta' yang saya terima..bukan sahaja tawaran ini itu, menang wang dan lain-lain tetapi ada yang sampai ke tahap meminta mendermakan darah O, B+ dan lain-lain kepada si polan ini dan itu bersertakan dengan nama dan bilik hospital!
Mereka yang baik hati dan pergi ke hospital untuk mendermakan darah akhirnya sakit hati pula...kerana semuanya cumalah T.I.P.U sahaja. Bukankah keterlampauan semua ini? Inilah zaman Teknologi Maklumat, bila tidak dipergunakan dengan betul...yang kita dapat hanyalah maklumat palsu belaka.
Apa-apapun..jangan 'antam' percaya saja! Maklumat yang anda terima mungkin palsu belaka. 'Dia...adalah kekasih saya yang sebenarnya'..aikkss.....bukan judul entry ni! Nah kan..pa saya bilang?
hehe...jangan marah arr..nanti cepat tua!
Tuesday, May 26, 2009
Disebalik kata-katanya...
DISEBALIK KATA-KATANYA...
Mereka mengenali satu sama lain di Internet. Gadis itu berusia 19tahun. Pemuda itu mungkin beberapa tahun lebih tua darinya. Mereka tidak pernah berjumpa dan setelah hampir dua tahun berinteraksi melalui ruangan 'chatting' di Internet, mereka pun saling jatuh cinta. Saling rindu merindui. Tidak syak lagi, banyak janji telah diukir bersama. Banyak cerita yang dikongsi bersama. Mereka berjanji akan bertemu. Mereka berjanji akan bersama..mereka berjanji akan sehidup semati. Betapa indahnya musim-musim bercinta...
Pada suatu hari si pria memberitahu sesuatu yang mengejutkan. Dia terpaksa meninggalkan si dara. Okay! SAYONARA...THE END! Aahhh.....cerita biasa!
Tunggu dulu! Baca lagi!
Anda silap benar! Akibat kekecewaan yang amat, gadis itu sakit jiwa. Keluarga gadis itu berasa cukup bingung, dimanakah silapnya..dan mengapa anaknya boleh jatuh sakit dan sakit jiwa. Selepas beberapa lama menyiasat akan perkara itu, pada suatu hari, ibu kepada si gadis terjumpa ruangan 'chatting' mereka.
Ibu membuat penyiasatan sendiri. Ibunya cukup terkejut! Lelaki yang meninggalkan anak gadisnya sebenarnya tidak wujud. Dia bukanlah seorang lelaki tetapi seorang wanita! Dan wanita itu adalah musuh ketat keluarganya. Semua ini dirancang dengan penuh teliti oleh musuh mereka.
Plot cerita yang dahsyat..apa bukan? Ini bukan plot yang dibaca dari buku tetapi cerita benar yang disampaikan oleh rakan saya sewaktu ber'jogging' dengannya beberapa bulan yang lalu.
Saya terkejut juga apabila mendengar cerita ini. Betulkah ada kejadian seumpama ini? Saya tidak ingat dimana kes ini berlaku..adakah di tempat kita atau di tempat lain. Tapi yang nyata, perkara ini memang pernah berlaku.
Secara terus terang, saya amat bersimpati dengan gadis itu. Saya rasa kita perlu berhati-hati dengan siapa kita berinteraksi di Internet. Anda mungkin setuju dengan saya kalau saya katakan betapa kejinya perbuatan wanita yang menyamar menjadi kekasih gadis itu.
Saya hairan dengan jenis orang yang sebegitu. Mereka boleh berbuat apa sahaja untuk mempersenda dan menyakiti hati orang lain. Saya tertanya tanya juga...bolehkah dia tidur dengan aman di waktu malam..bolehkah dia makan dengan selera sekiranya dia tahu perbuatannya menyebabkan kelumpuhan jiwa seseorang?
Saya ingin bertanya, di alam maya ini adakah kita di beri 'lampu hijau' untuk berbuat sesuka hati? Bukankah memperdaya dan menyinggung perasaan orang lain adalah satu perbuatan yang tidak baik sama sekali? Haruskah kita berbuat begitu?
Cerita ini benar-benar membuka minda saya. Satu cerita yang cukup tragis. Tidak perlulah saya membuat huraian lanjutan dari cerita ini. Anda fikir fikirlah sendiri.
Williborn - "Saya berani mengatakan demikian kerana pernah terlihat kawan yang sedang berchatting di Tagged dan begitu asyik berbohong kepada seorang wanita dengan menyatakan bahawa dia masih Bujang padahal baru sebulan melangsungkan perkhawinan...entah apa tujuan sebenar..."
Ocoi -" ...tak kira gmail,chat box,yahoomail,roketmail,SMS,yahoo messanger dan apa juga yg wujud tanpa wajah dan suara sama aja.. ia sebenarnya terpulang kepada seseorang individu itu aja.."
Thursday, May 21, 2009
'Antam' saja! aikkksss......
Ini adalah kes gara-gara main 'antam' saja. Lucu tapi benar. Perkara inilah yang membuatkan kami ketawa terbahak-bahak. Serba salah pulak mahu ketawa kerana kami juga amat bersimpati dengan orang itu.
Bayangkanlah, betapa susahnya membersihkan kawasan yang penuh dengan semak samun akhirnya punah kecewa segala harapan......tanah yang dikerjakannya itu rupanya kepunyaan orang!....bukan itu saja, siap ditanam dengan pokok getah lagitu...! Laaaaaaaa......Itula...tidak periksa betul-betul....main 'ANTAM' saja.
Gara-gara 'antam' saja ni seringkali berlaku. Perkara ini tersangatlah ketara apabila saya pergi ke tempat makan yang selalu saya kunjungi. Makanan yang seringkali dipesan, kadang-kadang sedap..kadang-kadang tidak pula....Saya tertanya tanya juga..
"itu 'chif-kuk' sudah lari ka?" atau tersilap masuk kedai makan?
Tapi sebab makanan sudah 'landing' di meja...bila sudah makan...bah! baru tau tidak sama pula rasanya. Antam sajalah...asal kenyang!
Saturday, May 16, 2009
Aku Budak Dajal!
Adik pula keluar bermain bola petang itu, entah padang mana adik pergi petang itu. Tentu dengan member 'kamcing' pasukan ala 'Arsenal' tu.
Nak tahu apa yang terjadi....rupa-rupanya, adik lelaki saya ponteng sekolah...sampai satu minggu. (harap-harap adik lelaki saya tidak tahu siapa HONEYBUZZ ni..kalau tidak...saya pulak yang 'matai' nanti....itulah sebabnya saya mahu jadi 'anonymous' jak...uhuk uhuk..)
Kalau nak cerita terus terang, saya pun dajal juga masa budak-budak. Kalaulah ada infra merah, atau kaca mata super sonic, saya rasa tentu kamu tidak mengenali mana satu kaki saya dan mana satu kaki kuda belang.....syyy...sebab selalu jugak "HONEYBUZZ" yang korang kenal ni kana rotan....dajal kan? Selain dari dirotan mama, ada satu kali tu saya pernah juga dirotan guru besar...sebab menjerit apabila mendengar kisah hantu yang diceritakan kawan-kawan musim tu...nah apalagi...satu 'team' kana rotan...hahaha
Banyak kisah tentang guru-guru ini yang menjadi ingatan saya ...iyalakan.. hari inikan HARI GURU...
Dulu...semasa ada cikgu muda ( freshie ) di kelas kami dilawati pemeriksa dari Jabatan Pendidikan, seringkali pegawai itu akan duduk dibelakang kelas. Apa yang dia tahu, murid-murid didalam kelas memberikan respon yang cukup hebat untuk guru muda kelas kami hari itu.
Iyala...selama ini budak-budak macam kami malas betul mahu mengangkat tangan dan menjawab pertanyaan cikgu....Saya pun kurang pasti mengapa kami bersikap begitu.
Adakah kerana cara penyampaian yang membosankan? Adakah kerana masih mengantuk?..iyalah..awal pagi sudah dibangunkan...mata pun belum lagi betul betul mau buka dan ......adakah kerana kami memang malas? ..'I dunno'
Apa yang dia tidak tahu awal-awal lagi cikgu suruh kami menjawab soalan dan pertanyaannya nanti apabila orang yang bernama "PEGAWAI" ni datang ke kelas. Kami pun bukannya tahu apa-apa...kami tidak begitu faham musim tu...kami turuti sahaja pesanan cikgu..takut juga nanti kami menjadi punca cikgu masuk 'lokap' atau dikenakan hukuman gantung sebab kami tidak menjawab soalan.. alala ..bodohnyerrr....
Hahaha.....okayla...buat semua cikgu-cikgu yang lawa lawa..dan cute cute..dan yang encem-encem..saya ucapkan "SELAMAT HARI GURU"...jasamu dikenang! Sayang kamu semua.
Tuesday, May 12, 2009
ISYARAT
Aikk...anda silap tu. Pagi tadi sewaktu saya sedang 'berangkat' ke tempat kerja, dan semasa melalui sebatang jalanraya yang sedia kenal dengan trafik paginya, ada pulak 'manusia' yang buat isyarat asap!
Asap yang berkepul-kepul tebal dan tidak ada arah tuju bukan lagi isyarat kepulan asap yang mengisyaratkan makna 'meminta perhatian' ataupun 'ok' tapi lebih pantas menyebabkan peperangan. Huh!
Inilah 'part' yang paling boring kalau mau diceritakan!
Hampir setiap tahun, apabila hujan tidak turun, cuaca terik panas membahang dan ramai pula yang sakit-sakit, ada pulak mereka-mereka ini yang tidak prihatin. Mereka suka benar membakar sampah bila musim kering kontang!
Saya tertanya-tanya juga..kenapa dengan mereka ini? Bukankah panas terik? Bukankah hujan tidak turun setitik pun? Mengapa mesti membakar sampah? Bukankah kita dilarang membakar sampah secara terbuka? Mengapa susah sangat untuk faham?
Hmmmmm....
Tuesday, May 5, 2009
Curhat
Adakah kerana cinta saya telah ditolak oleh si dia, jejaka tampan pelakon " Boys over Flowers " itu? ( Chewah! "Kadang-kadang misti mao ada sikit 'visualising' la...baru hidup ada dramatik sikit maa...)
Wah..sesungguhnya 'mood' manusia seperti kita mudah bertukar-tukar.." sekejap marah, sekejap sedih, gembira, lucu, geram, bengang dan sedikit bangang pun ada.. " Bayangkanlah..semua perasaan ini akan kita rasai hanya dengan menonton sinetron hebat! Bukankah begitu?
Tapi hari ini saya cukup-cukup bengang. Pagi tadi semasa saya melewati sebuah kedai kopi, saya ternampak sepasang pelanggan membawa binatang peliharaan ke dalam kedai itu. Terbeliak mata saya apabila ternampak binatang yang di dudukkan di atas kerusi bersebelahan dengan tuannya.
Ini adalah kali kedua saya ternampak akan orang yang kurang peradaban. Tidakkah dia tahu kita dilarang membawa binatang peliharaan ke dalam premis yang menjual dan menghidangkan makanan?
Apa kena dengan mereka ini? Saya tertanya-tanya, bolehkah pihak yang tertentu mengenakan kompaun yang tinggi ke atas premis-premis yang bertoleransi dengan perkara sebegitu? Saya geram betul ne...tapi nak buat aduan dengan siapa? Tauke kedai pun tutup mata sebelah..apa macam ini? Fikir-fikir...pernahkah kawan-kawan mengalami peristiwa sebegitu? Mana tahu ada pulak cerita orang bodoh yang bawak 'kambing' dalam kedai kopi?
Aikkkk......cepatnya masa berlalu..sudah pukul 11 malam ni. Bantal peluk sudah panggil......"ok..ok....switch mood ...sekarang saya mahu berfeeling sikit...teringat my korean darlin..
Peluk bantal lagi malam ne....apalagi! Asal saya bahagia...Ahakkkks...
Monday, May 4, 2009
Aku telah jatuh cinta...
Dibawah adalah senarai lagu lagu yang saya dengar hampir setiap hari. Hati saya tersentuh. Lagu lagu seperti "A LITTLE" nyanyian Suh Jin Young dan Lagu T MAX - "FIGHT THE BAD FEELING(ballad Version) yang paling saya minati. Anda bolehlah google di youtube dan mendengar lagu-lagu ini. Saya minat benar muzik dan nyanyian mereka yang penuh perasaan itu.
Paradise by T-Max~
Saturday, April 25, 2009
Disebalik Mimpi ...
Saya tidak mahu menceritakan mimpi yang saya alami kelmarin tetapi saya ingin memberitahu satu mimpi yang pernah saya alami dulu...Saya bermimpikan seekor burung merpati putih (putih sangat) yang ditanam hidup-hidup. Saya tidak tahu siapa yang berbuat demikian, tetapi saya mengambilnya, membuang kekotoran yang ada dibadannya dan melepaskannya terbang jauh. Ada sesiapa tahu maksudnya?
Kata orang tua-tua, mimpi itu kadang-kadang ada maksud-maksud tertentu disebaliknya. Saya kurang pasti akan kesahihan cerita ini. Benarkah begitu?
Jude, rakan sekerja saya memberitahu bahawa dia selalu juga bermimpi. Pernah sekali itu dia bermimpi dikejar hantu. Yang peliknya, hantu yang mengejarnya tidak boleh terbang tetapi dia yang boleh terbang pula. ....Aikkk..."waitaminit"....yang mana satu hantu ne?
Begitu juga cerita mimpi dari Rozi. Katanya, dimalam sebelum hari pertunangan, dia dan kekasihnya mengalami mimpi yang hampir sama ertinya. Dia mengatakan kepada saya, di dalam mimpinya, dia tidak dapat menemui kekasihnya itu di majlis pertunangan mereka.
...dan menurut cerita mimpi tunangnya pula, dia bermimpi semasa berada di sebuah tempat yang sesak dengan orang ramai, dia juga kehilangan Rozi.. tetapi mimpinya itu berakhir dengan baik dengan pertemuan mereka. Rozi tertanya-tanya sehingga hari ini apakah maksud disebalik mimpi mereka? (mereka sudahpun berumahtangga sekarang)
Bagi saya, mimpi mereka memang menarik. Sepasang kekasih, bermimpikan sesuatu yang sama dan di malam yang sama pula? Bukankah pelik kamu rasa?
Saya juga pernah mendengar bahawa mimpi seorang ibu memang lain dari yang lain...terutama bermimpikan akan anaknya.
Adakah semua ini hanya satu kebetulan sahaja? Adakah mimpi sebegini membawa maksud-maksud yang tertentu disebaliknya? Saya pernah mendengar ungkapan orang yang mengatakan mimpi itu cuma mainan tidur sahaja.
Mimpi yang bagaimanakah yang pernah kamu alami? Adakah mimpi kamu menggerunkan, melucukan atau sampai berpeluh? Adakah ia benar-benar terjadi seperti yang dimimpikan?
Benar atau palsu, percaya atau tidak..saya tidak ada jawapan untuk itu.
Sunday, April 19, 2009
Aiseyman....Dua Barrel?
Sebenarnya, bukanlah mudah bekerja di sebuah syarikat yang mana hanya anda sahaja perempuan tapi syukurlah kerana saya tidak 'lone ranger' lagi. Hik! Hik! (lap peluh di dahi..)
Kadang-kadang memang seronok bekerja dengan pekerja lelaki kerana cara mereka bergurau dan berbual amat spontan sekali. Kadang-kadang mereka membawakan persembahan dengan menyanyi-nyanyi. Saya pening kepala juga apabila mereka berbuat begitu(..Hahaha...)
Bukan apa, saya tidak mahulah kalau perbuatan mereka itu menakut-nakutkan pelanggan yang singgah di kedai untuk membeli produk kami.
Encik Li pula, pegawai pemasaran di syarikat kami seringkali bergurau dengan saya. Ungkapan yang selalu digunakan ialah '.Dua Barrel'..
(-maksudnya dia meminta saya belanjakan dua barrel goreng ayam dari makanan hidangan ala segera yang masyhur di negara kita.)
Saya pula selalu menjawab " Uikks..mana ada duit?..sambil menunjukkan wang yang ada di dompet saya. Kata Encik Li, perempuan memang suka menyorok wang. Ditambahnya lagi..sebagai contoh, dia selalu mendapati isterinya menyorok wang dicelah-celah ruangan dompet.
Hahaha...Saya ketawa. Ini membuat saya terfikir, tentu ada sebab mengapa isterinya bersikap begitu. Yang pasti, tahap pemikiran seorang perempuan memang jauh berbeza dari seorang lelaki.
Dari cara pemanduan kereta, intelek, gurau senda, dan perasaan..semuanya memang tidak sama. Ada sebab mengapa seseorang berbuat begitu..kalau nak diceritakan, bab sorok menyorok bukan hanya setakat wang sahaja tapi banyak lagi.... Aik, betulke?
Saya tertanya-tanya..Cicak berbunyi dipihak mana kali ini...atau mati tercekik pula? Anda saja yang tahu.
Wednesday, April 15, 2009
Bila Cicak Berbunyi..maksudnya...
Masa itu saya tidak pasti adakah ini larangan atau hanya merupakan peringatan pantang larang. Saya juga pernah dilarang oleh Ita, sahabat zaman sekolah rendah saya dari menuding jari kearah pelangi cantik. Katanya, jari kita akan kudung nanti.
Aikkk...iya ker?
Ada pula yang memberitahu, apabila mata sebelah dijangkiti penyakit mata..merah, berair dan pedih, kita ikat benang..(maaf, saya tidak pasti warna apa..hitam atau merah..aiii..lupa uda..)
Membasuh kaki sebelum tidur dan jangan menyanyi semasa memasak adalah perkara yang seringkali saya dengar..maaf arr...saya tidak menyanyi di dapur, tapi seringkali menyanyi di jamban! hehe.. (testing suara arr..sebab bunyi dalam tandas ada sikit menyamai studio rakaman..hik hik..MINUS-ONE)
Begitu juga dengan cerita yang mengatakan, jika makan, biar piring bersih..jangan ditinggalkan walau sebutir nasipun kerana nasi tu akan menangis dan banyak lagi.
Saya tidak berapa ingat akan perkara-perkara sebegini lagi..cerita dulu-dulu..masih boleh 'pakai' kah pantang larang sebegini dizaman moden lagi serba canggih ini? Kawan-kawan tentu ada cerita menarik dan unik tentang perkara ini. Mungkin juga cerita yang tidak pernah kita dengar..
Bila cicak berbunyi semasa kita sedang berdiskusi tentang sesuatu perkara.....maksudnya apa ya? Nah! anda tentu tahu maksudnya apa bukan?
Ornest - "Banyak pantang larang yang bertentangan dengan agama seperti kalau mau jalan tiba2 terdingar burung berbunyi, niat berjalan tu harus dibatalkan. Atau tapun nasi dulu sblm bjalan.. Nah, ini amat bertentangan dengan agama kerana langkah kita ini dituntun oleh Tuhan, bukannya burung atau benda2 lain.."
Wednesday, April 8, 2009
Pedasnya lada di Negeri Sabah
Saya membenarkan dia duduk semeja dengan saya. Laa....gelabah juga saya apabila yang datang duduk bersama saya bukan dia sahaja tetapi ada lagi tiga lelaki pertengahan umur yang duduk bersama saya.
Hati saya serba salah pulak jadinya..tapi saya buat muka selamba..relax..dalam hati, padanlah muka saya..inilah akibatnya memandai-mandai duduk di meja yang besar. Hik Hik!
Bila sudah duduk semeja...Wah! apalagi, riuh rendah mereka bercerita...saya diam sahaja. Sekali sekala tersenyum juga dengan topik yang dibincangkan mereka. Ada satu perkara yang mereka bincangkan di situ hari itu yang membuat saya agak tertarik untuk menulis artikel ini. Kata mereka lada di Negeri Sabah ini yang paling pedas. Eh..eh..iya ka?
Mungkin juga ada kebenarannya kerana setahu saya, sepanjang makan di mana mana tempat..sos lada yang dihidangkan di restoran yang menjual 'beef noodle (Ngiu Chap)ini yang paling pedas sekali.
Bagaimana pula pendapat kamu? Adakah benar kenyataan mereka bahawa lada di Negeri Sabah ini yang paling pedas sekali? Tempat-tempat lain bagaimana?
Anda tentu lebih arif tentang ini! Mari kita berkongsi cerita.
(Restoran di Hilltop, Lintas)
Wednesday, April 1, 2009
Pelangi
Atuk dan Ita memandang kearah pelangi di awan biru petang itu.
“Tak boleh tuding jari kat pelangilah.” kata Ita pada saya.
“Napa arr?”
“Nanti jari tu kudung tau”…kata Ita bersungguh-sungguh.
Atuk cuma tersenyum sahaja.
Saya tidak tahu mahu percaya atau tidak saat itu..tapi saya masih ingat saya terus menjatuhkan tangan saya dan lihat semula bahagian jari tunjuk…takut juga kalau jari saya benar-benar kudung. Hik! Hik!
Tapi petang itu ‘Atuk’, Ita dan saya duduk sambil bercerita. Saat itulah yang terbaik kerana saya tahu akan adanya sesi belajar, bermanja dan makan-makan dengan atuk.
nun kap….mim alif kap nun ….alif pa
(Nak) (makan) (apa?)
Saya dan Ita tersenyum lebar. Belum sempat pun menjawab pertanyaan ‘atuk’, diminda saya masa itu ligat terbayang, aiskrim berperisa coklat dan strawberi…Ita pula suka aiskrim jagung ataupun yang berperisa durian.
‘Aiskrim….tuk! ba wau lam ya hah (boleh????) jawab saya penuh ceria.
Ita pun memang ‘terer’ jawi juga…saya pandai sikit-sikit je. Jawi saya setakat ‘pass’ saja sebab tak mau kalah arr.
Atuk hanya tersengih-sengih. Begitulah sikap atuk yang saya sayangi. Dia tak banyak cakap..tapi bila atuk mula bercakap…kalah calon wakil rakyat wehh!
Setiap kali apabila saya terkenangkan atuk, jiwa saya pasti tersentuh dan saya akan mengalirkan airmata. “ATUK” ..seseorang yang cukup hebat pernah hadir dalam hidup saya. Atuk bukan sahaja baik orangnya tetapi dia memang sayang saya..seorang yang tidak sebangsa dengannya.
Saya masih ingat kata-kata ‘atuk’ petang itu. “Kalau belajar…biarlah sampai ke Negeri China..’ ‘..belajar rajin-rajin’…
Ita dan saya mengangguk-anggukkan kepala sahaja.
Atuk menambah lagi…”Bila hidup..biar berdamai..” Toksah jahat ngan orang (jangan berbuat jahat dengan orang). “macam pelangi….kalau warnanya cuma satu, mana ada serinya? Cuba kalau semua hidup berbaik…barulah cantik macam pelangi” kata atuk.
Hah! Kata-kata atuk yang sebeginilah yang begitu banyak menyentuh perasaan saya.
Sekarang apabila saya sudah dewasa, seringkali saya teringat kata-kata ‘Atuk’. Bagi saya, ‘atuk’lah wira kedamaian. Alangkah baiknya kalau ‘atuk’ masih hidup….alangkah baiknya kalau ‘atuk’ dapat mendengar suara hati saya…
Atuk….tapi bukan datuk saya tapi ATUK selamanya dihati saya.
Saturday, March 28, 2009
60 saat
..Tentu kita bergelap gelita kerana waktu 24jam tidak dapat merangkumi masalah dunia kita yang semakin sakit..semakin merah...semakin hilang serinya.
Hanya 60saat.....satu permulaan...
Friday, March 27, 2009
Tetamu Malam
Malam itu mereka mengujungi rumah mewah tersergam indah di atas bukit itu. Mereka mendiamkan diri sahaja walaupun kedatangan mereka tidak disambut dengan ramah. Mereka memandang sekeliling..rumah besar ini persis istana..indah dengan segalanya. Cukup hebat! Orang berada...
Mereka terpaksa bermalam disana...walaupun mempunyai beberapa bilik tamu tapi pembantu rumah membawa mereka ke bilik di ruang bawah tanah. Tanpa selimut..tanpa bantal mereka dibiarkan bermalam disitu....
Sewaktu memandang sekeliling..mereka ternampak lubang besar di dinding... Si tua memberitahu..."mari kita menampal dinding itu" Si muda terpinga-pinga..kurang mengerti. Tetapi kerana rasa hormat pada si-Tua..dia langsung bersama-sama menampal dinding itu tanpa banyak soal.
Keesokkan harinya mereka melewati pula sebuah rumah yang paling buruk. Dindingnya sedikit berlubang. Atapnya cuma berlandaskan daun nipah yang dijahit rapi. Tetapi kali ini sikap tuan rumahnya jauh berbeza dari yang dikunjungi kelmarin.
Tuan rumah milik rumah kecil ini cukup ramah. Dia mempelawa tetamu malam yang tumpang
semalam makan bersama mereka.
Katanya, " marilah makan bersama kami..makanan yang ada tidak seberapa.."
Mereka juga memberikan satu-satunya tilam nipis yang ada kepada tetamu malam itu.
Dan malam itu juga musibah menimpa tuan rumah yang baik hati ini. Satu-satunya lembu peliharaan mereka mati. Si Muda tidak dapat menahan perasaan lagi.
Diajukan soalan ini kepada si Tua "Mengapa kamu menolong orang kaya yang sombong dan tidak mengendahkan kita dengan menampal dindingnya yang berlubang?"
"Dan mengapa pula kamu membiarkan satu satunya lembu peliharaan tuan rumah yang melayan kita dengan baik mati tanpa berbuat apa-apa?"
"Kamu akan faham juga akhirnya..." "tunggulah sehingga esok pagi..akan aku jelaskan" kata si Tua.
Keesokkan harinya, si Tua menjelaskan kepada si muda tentang persoalan yang diajukan kepadanya.
"Aku nampak emas semasa memandang kearah dinding yang berlubang itu..." Aku minta kita menampal lubang itu supaya orang kaya itu tidak akan terjumpa harta itu"
dan ditambahnya...."..dan pada malam kelmarin, sewaktu kita di rumah orang yang baik hati itu...malaikat maut datang dan meminta nyawa isteri orang yang baik hati itu..dan aku memberinya lembu mereka sebagai tukaran nyawa"! (anda tentu tahu mereka bukan manusia biasa...dalam cerita inilah..)
Aaaaahhhh...bukankah kita seperti itu kadang-kadang? Cepat berprasangka yang tidak baik akan sesuatu yang kita lihat, lalui atau baca?
Friday, March 20, 2009
Tajamnya duri...
Majikan saya yang memandu pada hari itu dan semasa melewati sebuah perkampungan di bahagian Ranau, kami nampak beberapa pondok kecil yang menjual buah durian.
Wah...teruja benar majikan saya. Kami bertiga (majikan, isterinya dan saya) terus 'lepak' sebentar di pondok itu sambil menikmati hidangan yang lazat itu.
Inilah pengalaman pertama saya makan terus dari tapak penjualan...
Aikkk...sedap juga makan terus di situ...saya duduk bersantai sahaja dan tersenyum memandang perempuan yang menjual buah durian itu.
Pada mulanya saya sangka perempuan itu belum berumahtangga kerana orangnya agak cantik dan menarik. Biarpun berpakaian kampung, kecantikan perempuan itu memang terserlah. Oleh kerana dia cantik, pernah juga dia didatangi pelanggan yang cuba mengodanya serta memberikan cadangan 'sampah' sebegini kepadanya.
Bikin apa kamu kerja begini..bagus ikut saja saya'
"Saya hanya tersenyum saja" katanya kepada saya. Banyak lagi karenah karenah pelanggan yang membuatkan dirinya tersenyum. Kadang-kadang dia membalas juga..
"memang beginilah hidup kami..orang kampung.." katanya kepada saya sambil memandang jauh.
Saya cuma mengangguk-anggukkan kepala sahaja pabila mendengar ceritanya itu. Saya rasa memang benarlah...memang ada orang yang hanya 'hidup' kalau ada wang dan harta benda...Tetapi mereka silap..bukan semua orang berpendapat begitu.
Saya rasa kesihatan yang baik adalah harta kita yang penting. Apa guna wang bertimbun..tetapi sakit!
Kadang-kadang saya berfikir pula...untuk mencari nafkah hidup..berapa banyak yang kita perlu untuk hidup...berapa banyak yang kita perlu untuk mencapai matlamat 'SUDAH CUKUP"?
Pendapat sayalah, pengalaman hidup yang susahlah yang akan membentuk sikap dan jati diri seseorang itu. Seperti buah durian..disebalik tajamnya duri ...didalamnya lemak manis rasa isinya. Hmmm...sedapnyerrrr...Nyum nyum..
Thursday, March 12, 2009
Cantik Bunga Sahara..silapnya dimana?
menonton persembahan 'Tiffany' yang diadakan di Pattaya, sebuah daerah kecil di
Negara Siam itu.
Apa yang menakjubkan disini ialah persembahan tarian dan sketsa pendek yang dipersembahkan diatas pentas auditorium itu sebenarnya dimainkan oleh lelaki yang berperwatakan lembut - Pondan (Maaf, demi penulisan yang berhemah, saya
ingin menamakan mereka 'bunga' sahaja)
Saya agak terpesona melihat mereka ini ...kerana mereka mempunyai
perwatakan seakan-akan perempuan dan memiliki kulit dan tubuh badan
yang agak 'ahem-ahem'.
Selepas sahaja selesai persembahan Tiffany itu dan sewaktu menunggu
pelancong-pelancong lain yang turut mengikuti rombongan bas yang sama,
saya mengajukan beberapa soalan kepada pemandu pelancong kami yang
berbangsa Cina-Thai itu.
Saya bertanyakan tentang penjagaan badan mereka kerana saya agak
mushkil..bukankah mereka itu sebenarnya dilahirkan lelaki? (selain dari
pembedahan plastik..ada juga yang cuma makan pil hormon sahaja..tiada
penukaran jantina yang berlaku)
Cik Dauntip, pegawai pelancong itu memberitahu saya bhawa
'bunga-bunga' ini mengambil suntikan hormon sekurang-kurangnya
seminggu sekali untuk mengekalkan bentuk badan mereka.
Sebenarnya, saya pernah juga terbaca sebuah artikel berkenaan perkara ini
tetapi kerana sifat ingin tahu saya begitu mendalam..saya mengajukan soalan
lagi kepadanya..
"tidakkah dengan mengambil suntikan hormon ini sedikit sebanyak akan
menggugat kesihatan? (iyalah...kan ada pengubahan hukum alam...mereka
bukanlah perempuan tulin tetapi sebenarnya lelaki)
Jawapan yang saya terima dari Cik Dauntip itu sungguh memeranjatkan.
"Kalau bernasib baik..mereka hanya dapat 'bertahan' sehingga 60tahun.
Selalunya, mereka-mereka ini 'bertahan' sampai 40tahun sahaja" katanya
kepada saya.
Banyak yang saya fikir selepas itu. Benarkah mereka dilahirkan begitu?
Benarkah mereka berjiwa perempuan tetapi terperangkap di dalam tubuh
badan seorang lelaki?
Ada yang mengatakan bahawa mungkin ada kaitan dengan hormon...pembawaan
dari kecil lagi...dan macam macam lagi.
Ada juga faktor faktor lain yang dikatakan telah menyumbang kepada
identiti yang agak 'taboo' dikalangan masyarakat timur kita.
Saya juga pernah berkawan dengan dua orang 'bunga' sewaktu di sekolah
menengah. Mereka betul-betul berperwatakan seperti perempuan. Lembut..
tapi bukan yang lembut...dan kasar..bukan pula yang kasar. Mereka ini
berjiwa lembut...mereka juga mengalirkan airmata seperti kita. Mereka juga
mempunyai perasaan. Hati mereka cepat tersentuh dan mereka juga agak cekal.
Mereka tahu masyarakat timur seperti kita sukar benar untuk menerima
keunikan mereka dikalangan kita. Saya rasa serba salah pula semasa menulis
artikel ini kerana saya tidak faham mengapa adanya 'lelaki' seperti ini dan sebaliknya.
Masyarakat selalunya memberikan 'lirikan' yang tidak selesa apabila terjumpa
mereka ini..tetapi tidak ada yang meminta dilahirkan sebegitu atau......memang ada
sebab lain disebaliknya?
Mereka tentu rasa terpinggir..seperti bunga di padang sahara..cantik tetapi terpinggir.
Salah siapa? Silapnya dimana?
Thursday, March 5, 2009
Saat itu..saya tahu saya akan mati
Masih jelas di minda saya, malam itu tidak berbulan. Gelap betul..Saya tidak memandu tetapi sahabat saya yang memandu malam itu. Kami sangka kereta di hadapan kami ingin membelok ke persimpangan yang sama ..rupa-rupanya tidak pula. Kereta itu membuat satu pusingan 'U' yang tidak dibenarkan dan menyebabkan kami hampir terkandas ditengah-tengah jalanraya kerana jarak kereta kami agak rapat diantara satu sama lain.
Kawan saya terpaksa memberhentikan kereta ..nyaris juga terlanggar tetapi tidak. Apa yang menakutkan selepas itu adalah soal hidup dan mati. Kami tidak sedar tiba-tiba muncul sebuah lori yang agak besar dari arah belakang menuju kearah kami. Saat itu....bagaikan terhenti! Kami tidak menjerit tetapi wajah kami betul-betul pucat lesi. Pada detik itu, saya tahu saya mungkin akan mati.
Nasib benar-benar menyebelahi kami...lori besar itu menekan break. Jaraknya dengan jarak kereta kami hanyalah 3 meter sahaja. Dapatkah anda tahu betapa bersyukurnya saya kerana masih hidup?
Bila saya renungkan semula semua ini..saya tertanya-tanya pada diri saya..apakah yang akan berlaku kalau malam itu ajal benar-benar telah menunggu saya? Sudahkah saya meminta maaf pada mereka yang telah saya sakiti..(kalau ada) dan..sudahkah saya memaafkan orang yang melakukan perbuatan yang menyakitkan hati saya?
Adakah saya seorang anak yang baik dan taat pada ibubapa? ..adakah saya seorang kakak dan adik yang baik? Adakah juga saya seorang sahabat yang baik? Apakah perkara yang terbaik pernah saya lakukan semasa hidup didunia ini?
Pernahkah terlintas dibenak anda tentang persoalan ini? Mengapa ada sesetengah diantara kita yang membenci diri sendiri...dan tidak pernah berasa bersyukur diatas 'nyawa' yang diberi..?
Sekarang...saya masih hidup. Saya masih dapat melihat..masih dapat merasa..menghidu dan menyentuh.... Saya tidak meminta apa-apa. Saya rasa cukup kalau masih dapat menghidu wangi rumput yang ditebas...melihat anak ikan berenang disungai...berjalan tidak bersepatu di pantai dan melihat cantiknya matahari yang terbit di ufuk timur... dan.....dan ..dan....dan...
Saturday, February 28, 2009
Bila sidia cemburu...
Ini hanyalah pendapat saya semata-mata. Sekiranya ada salah dan silap atau menyinggung mana-mana pihak dengan penulisan saya...saya ingin meminta maaf.
PADA PENDAPAT SAYA...
1. Seorang perempuan itu akan cemburu apabila......
Kekasihnya menjeling-jeling kearah perempuan lain semasa berjalan dengannya.
Ingat! pantang betul ni...... (yalah, kekasih anda disebelah..buat apa pandang-pandang orang
lain?)
2. Seorang perempuan itu akan cemburu apabila....
Anda ber'chatting' dengan perempuan lain selain dirinya. Memang kelihatan agak mementingkan diri tetapi begitulah hakikatnya. Kalau sekadar 'chatting' biasa tidak apa...tapi kalau selalu ber'chatting' dengan orang yang sama..ini tentu menimbulkan perasaan curiga dan pra-sangka. Tau-taulah..lelaki ni..kadang-kadang 'chatting'nya boleh mengubah arah angin..
3. Seorang perempuan itu akan cemburu apabila....
Anda menulis bukan-bukan di shoutbox seorang perempuan lain...seperti perkataan 'I miss
u'...rindu...animation love2...dan sebagainya. Kalau si perempuan menulis begitu di shoutbox
lelaki lain..anda tentu 'gigit jari'!
4. Seorang perempuan itu akan cemburu apabila...
Dia tidak dapat menalifon anda walaupun sudah berkali-kali. Telefon anda hanya ada deringan 'engaged' saja... Bila ditanya..anda hanya akan menjawab kawan telefon...pelanggan telefon...tapi kalau hari Ahad pun begitu..tentu tidak salah dia berperasaan begitu kan?
wa...saya rasa kalau tulis satu hari satu malam pun memang tidak habis... tapi saya rasa memang tidak salah seorang perempuan tu berasa cemburu...kerana kata orang...cemburu tu tandanya sayang. Anda tentu akan memberitahu saya..jangan sampai terlalu cemburu kerana mungkin akan merosakkan perhubungan..tetapi bagi saya pula....kalau tiada muzik masakan punggung bergoyang? Aikkkkk....anda tentu ada cerita sendiri. Hmmm...