"Takut apa...?... Ada aku buat salah?" kata mama kepada mereka. "..dia mengemis, merempat, makan minum tidak menentu,... ada korang kisah?
Dulu, sukar benar bagi kami memahami mama yang berbadan gempal dan berambut ikat sanggul itu. Sekarang, baru saya memahami tindakan mama. Tentang "sungai', sampai hari ini saya tidak tahu misteri disebalik kisah hidupnya ..tapi walau apapun yang terjadi, rasanya tiada perbezaan dulu dan sekarang. Sekurang-kurangnya "sungai" bernasib baik dari budak-budak 2-3 hari umurnya!
Sebenarnya saya tidak ingat lagi cerita lampau ini tetapi saya teringatkannya semula baru-baru ini kerana terlalu banyak kiriman emel yang berunsurkan cerita penipuan. Kisah-kisah mereka yang ditipu dan cara-cara sindiket ini menipu.
Persoalannya, adakah faktor sedia kenal kita yang "baik hati' ini yang seringkali membuat kita ditipu dan tertipu? Apa salahkah berbuat baik?
Dan oleh itu saya tertanya-tanya.."Di zaman globalisasi dan serba canggih sekarang, kita tahu teknik penipuan mereka yang tidak bertanggungjawab ini semakin hari semakin kreatif. Kalau begitulah gayanya....siapa pula yang berani berbuat baik??
Pernah sekali dua perkara ini terlintas di fikiran saya. Kata orang "buat baik berpada-pada..buat jahat jangan sekali..."
Yang berbuat baik menjaga bayi di perhentian bas tidak tahu pula kesudahannya.....hmmm...
(Berita baru-baru ini yang mengejutkan kita perihal seorang gadis yang diminta menjaga seorang bayi kepunyaan seorang wanita, akhirnya mendapati ibu bayi itu tidak datang mengambil anaknya selepas mununggu selama dua jam. Gadis itu akhirnya membawa bayi itu ke pihak yang tertentu.)
No man is an island entire of itself; every man is a part of the continent, a part of the main.
Wednesday, January 12, 2011
"Sungai" - Bah 1
Hari itu mama pulang dengan seorang budak lelaki . Rambutnya hampir botak. Keadaan dirinya amat menyedihkan. Saya masih ingat, ketika itu saya mungkin berusia diantara 9 tahun...mungkin juga 10 tahun. Saya tidak berapa ingat..tetapi wajah itu tidak pernah luput dari minda ini.
“Kau siapa?” tanya saya tersipu-sipu malu sedikit.
Dia tidak menjawab pertanyaan saya tetapi hanya memberikan senyuman yang menampakkan giginya yang kuning dan jongang itu.
“Ni tuala...pergi mandi..” kata mama kepadanya.
Bagaikan lembu yang dicucuk hidung, dia mengikuti arahan mama tanpa sebarang bantahan. Selepas itu dia makan pula bersama-sama kami. Kami hanya memandangnya dengan berbagai-bagai persoalan yang timbul dalam minda. Kami takut pula bertanyakan mama perihal dia kerana mama adalah seorang yang cukup tegas.
Persoalan itu terjawab akhirnya apabila pada suatu hari itu, saya terdengar mama menceritakan kisahnya pada sahabat baiknya, Makcik Jah yang tinggal disebelah rumah.
Kata mama “..kesian betul budak tu..”
“Mana keluarganya?” tanya Mak Jah sambil memerhatikan budak yang berusia sebaya saya itu.
“Adakah patut, sebab dia nakal sangat, ditinggalkan budak tu..?” kata mama lagi.
Menurut cerita orang, keluarga budak itu dikatakan telah berpindah ke tempat lain tanpa membawanya bersama. Tidak tahu pula apa sebabnya , dia ditinggalkan begitu sahaja.
Demi hidup, maka terpaksalah budak itu menyelongkar makanan di tong-tong sampah dan tidur di tepi-tepi rumah orang atau didalam tempat-tempat pemujaan merah kecil di tepi pokok angsana yang besar.
Ada kalanya, untuk mengisi perut yang kosong, dia mengambil upah dengan membeli makanan atau minuman untuk kaki judi yang bermain terup di kedai kopi. Setiap kali itulah, dia sering dipermain-mainkan, diperbodoh-bodohkan dan dihina.
“..Nak duit...?? Kau panggil aku bapak dulu...” kata mereka yang mengusiknya.
“Ho Sui” atau “Sungai” hanya tinggal seminggu sahaja di tempat kami kerana mama melaporkan tentangnya di pusat kebajikan.
“Kau tidak takut ka bawa lari anak orang..” kata salah seorang penduduk apabila mengetahui mama membawanya pulang kerumah kami yang agak jauh.
Mama berkata kepada mereka...
BERSAMBUNG.........

Saturday, January 8, 2011
Bila nasi menjadi bubur....
"halo bos!" ...waaa....long time no see aa...! kata saya sambil berjabat tangan dengan lelaki berbadan besar dan bekerja sebagai peguam itu. Sambil duduk semeja di restoran dan menghirup minuman panas yang semakin "menjerut leher" dengan kenaikkan harga baru, saya berpeluang mengambil kesempatan itu untuk bersembang dengannya sebelum masuk kerja.
Saya pun mengeluh kepadanya betapa sukar untuk mencari ruang meletakkan kenderaan kerana musim sekolah telah bermula dan..iyalah...bila cerita punya cerita maka lelaki yang kacak itu menceritakan kepada saya akan sebuah kisah yang amat menyentuh perasaan.
"Lama cerita ini"...kata Michael kepada saya.
"Cerita sajalah.." kata saya kepadanya pula.
Maka lelaki itupun menceritakan kepada saya akan kisah kawannya yang berasal dari keluarga yang serba berjaya. Iyalah, hampir kesemua adik beradiknya berjaya, bapanya pula bukan calang-calang orang...ahemmm! Tetapi dalam semua adik-beradik sahabatnya yang ramai itu, terdapat seorang adiknya yang tidak begitu pandai dalam bidang akademik. Hanya dia sahaja yang seringkali gagal dalam peperiksaannya.
"Teruskan...teruskan..." kata saya tidak sabar.
"Biasalah..." katanya kepada saya. "Bila kita tidak begitu pandai atau cemerlang maka perbandingan seringkali berlaku.." tambahnya lagi.
Dia lantas menceritakan saya bagaimana bapa sahabatnya itu seringkali mengeluarkan kata-kata yang cukup pedas, sinis dan begitu negatif sekali kepada adiknya itu.
"Kau saja yang bodoh!" .."mengapa adik kau..abang kau...kakak kau ..semuanya pandai-pandai..." "...kau saja yang begini.." marah bapa sahabatnya itu.
Seringkali adiknya itu menguncikan diri didalam bilik berjam-jam lamanya dan menangis. Pernah juga dia memujuk-mujuk adik kesayangannya itu supaya jangan terlalu mengambil hati akan kata-kata ayah mereka.
Tetapi pada suatu hari itu, sahabatnya itu mendapat panggilan telefon dari adiknya. "Saya sayang kamu kak..." dan tiada lagi kata-kata lain lagi. Talian telefon kedengaran terputus.
"Sahabat saya mengejar pulang hari itu..." kata Michael lagi. Mukanya semakin berkerut.
Adik sahabatnya itu ditemui mati tergantung didalam kamar tidurnya.
Sebak juga hati saya mendengar kesudahan ceritanya yang begini.
Pada mulanya, saya berasa begitu berat hati untuk menulis entri ini.."HAIYAaaa.....masih tahun baru...entri yang pertama di tahun baru 2011...tulis cerita begini pula.."ONG" (tuah) pun lari ooo..tetapi...bila pikir punya pikir....saya tulis juga..sebab kita selalu leka, kita semakin alpa....
baju, rumah, kereta, pekerjaan, cita-cita segalanya boleh baru...cuma satu saja yang perlu sangat perubahan besar..
SIKAP!
Seperti cerita diatas, kalaulah ayahnya itu bersikap memahami dan menerima kekurangan anaknya itu...kalaulah dia diberi perhatian yang saksama dan adil...kalaulah dia tidak melemparkan kata-kata yang membunuh semangat, kata-kata yang begitu mengguris perasaan..maka tidak adalah kesudahannya yang begitu....
Bila terjadinya perkara begini...salah siapa? Satu jari kita tuding kearah orang lain...tiga jari menuding pula kearah kita! Mana ada yang sempurna di dalam dunia ini?
Haiyaaaaa...!

Subscribe to:
Posts (Atom)