Saturday, April 25, 2009

Disebalik Mimpi ...

Saya terbangun pagi tadi bukan kerana kurang rasa selesa dengan keadaan yang agak panas tetapi kerana saya telah mengalami sebuah mimpi yang agak aneh. Saya tidak tahu bagaimana untuk menceritakan mimpi yang saya alami itu.

Saya tidak mahu menceritakan mimpi yang saya alami kelmarin tetapi saya ingin memberitahu satu mimpi yang pernah saya alami dulu...Saya bermimpikan seekor burung merpati putih (putih sangat) yang ditanam hidup-hidup. Saya tidak tahu siapa yang berbuat demikian, tetapi saya mengambilnya, membuang kekotoran yang ada dibadannya dan melepaskannya terbang jauh. Ada sesiapa tahu maksudnya?

Kata orang tua-tua, mimpi itu kadang-kadang ada maksud-maksud tertentu disebaliknya. Saya kurang pasti akan kesahihan cerita ini. Benarkah begitu?

Jude, rakan sekerja saya memberitahu bahawa dia selalu juga bermimpi. Pernah sekali itu dia bermimpi dikejar hantu. Yang peliknya, hantu yang mengejarnya tidak boleh terbang tetapi dia yang boleh terbang pula. ....Aikkk..."waitaminit"....yang mana satu hantu ne?

Begitu juga cerita mimpi dari Rozi. Katanya, dimalam sebelum hari pertunangan, dia dan kekasihnya mengalami mimpi yang hampir sama ertinya. Dia mengatakan kepada saya, di dalam mimpinya, dia tidak dapat menemui kekasihnya itu di majlis pertunangan mereka.

...dan menurut cerita mimpi tunangnya pula, dia bermimpi semasa berada di sebuah tempat yang sesak dengan orang ramai, dia juga kehilangan Rozi.. tetapi mimpinya itu berakhir dengan baik dengan pertemuan mereka. Rozi tertanya-tanya sehingga hari ini apakah maksud disebalik mimpi mereka? (mereka sudahpun berumahtangga sekarang)

Bagi saya, mimpi mereka memang menarik. Sepasang kekasih, bermimpikan sesuatu yang sama dan di malam yang sama pula? Bukankah pelik kamu rasa?

Saya juga pernah mendengar bahawa mimpi seorang ibu memang lain dari yang lain...terutama bermimpikan akan anaknya.

Adakah semua ini hanya satu kebetulan sahaja? Adakah mimpi sebegini membawa maksud-maksud yang tertentu disebaliknya? Saya pernah mendengar ungkapan orang yang mengatakan mimpi itu cuma mainan tidur sahaja.

Mimpi yang bagaimanakah yang pernah kamu alami? Adakah mimpi kamu menggerunkan, melucukan atau sampai berpeluh? Adakah ia benar-benar terjadi seperti yang dimimpikan?

Benar atau palsu, percaya atau tidak..saya tidak ada jawapan untuk itu.

Sunday, April 19, 2009

Aiseyman....Dua Barrel?

Baru-baru ini saya berasa amat teruja kerana bos telahpun mengambil seorang pekerja perempuan untuk mengisi kekosongan jawatan di bahagian akaun. Saya tidaklah lagi berasa kurang selesa atau stress. Saya juga tidak lagi berasa begitu sunyi.

Sebenarnya, bukanlah mudah bekerja di sebuah syarikat yang mana hanya anda sahaja perempuan tapi syukurlah kerana saya tidak 'lone ranger' lagi. Hik! Hik! (lap peluh di dahi..)

Kadang-kadang memang seronok bekerja dengan pekerja lelaki kerana cara mereka bergurau dan berbual amat spontan sekali. Kadang-kadang mereka membawakan persembahan dengan menyanyi-nyanyi. Saya pening kepala juga apabila mereka berbuat begitu(..Hahaha...)

Bukan apa, saya tidak mahulah kalau perbuatan mereka itu menakut-nakutkan pelanggan yang singgah di kedai untuk membeli produk kami.

Encik Li pula, pegawai pemasaran di syarikat kami seringkali bergurau dengan saya. Ungkapan yang selalu digunakan ialah '.Dua Barrel'..
(-maksudnya dia meminta saya belanjakan dua barrel goreng ayam dari makanan hidangan ala segera yang masyhur di negara kita.)

Saya pula selalu menjawab " Uikks..mana ada duit?..sambil menunjukkan wang yang ada di dompet saya. Kata Encik Li, perempuan memang suka menyorok wang. Ditambahnya lagi..sebagai contoh, dia selalu mendapati isterinya menyorok wang dicelah-celah ruangan dompet.

Hahaha...Saya ketawa. Ini membuat saya terfikir, tentu ada sebab mengapa isterinya bersikap begitu. Yang pasti, tahap pemikiran seorang perempuan memang jauh berbeza dari seorang lelaki.

Dari cara pemanduan kereta, intelek, gurau senda, dan perasaan..semuanya memang tidak sama. Ada sebab mengapa seseorang berbuat begitu..kalau nak diceritakan, bab sorok menyorok bukan hanya setakat wang sahaja tapi banyak lagi.... Aik, betulke?

Saya tertanya-tanya..Cicak berbunyi dipihak mana kali ini...atau mati tercekik pula? Anda saja yang tahu.

Wednesday, April 15, 2009

Bila Cicak Berbunyi..maksudnya...

Semasa saya masih anak-anak, saya seringkali terdengar kata-kata mama mengatakan kepada adik lelaki saya.."Jangan kencing di bawah pokok besar'...."jangan ini..Jangan itu"..dan jangan macam-macam lagi.

Masa itu saya tidak pasti adakah ini larangan atau hanya merupakan peringatan pantang larang. Saya juga pernah dilarang oleh Ita, sahabat zaman sekolah rendah saya dari menuding jari kearah pelangi cantik. Katanya, jari kita akan kudung nanti.
Aikkk...iya ker?

Ada pula yang memberitahu, apabila mata sebelah dijangkiti penyakit mata..merah, berair dan pedih, kita ikat benang..(maaf, saya tidak pasti warna apa..hitam atau merah..aiii..lupa uda..)

Membasuh kaki sebelum tidur dan jangan menyanyi semasa memasak adalah perkara yang seringkali saya dengar..maaf arr...saya tidak menyanyi di dapur, tapi seringkali menyanyi di jamban! hehe.. (testing suara arr..sebab bunyi dalam tandas ada sikit menyamai studio rakaman..hik hik..MINUS-ONE)

Begitu juga dengan cerita yang mengatakan, jika makan, biar piring bersih..jangan ditinggalkan walau sebutir nasipun kerana nasi tu akan menangis dan banyak lagi.

Saya tidak berapa ingat akan perkara-perkara sebegini lagi..cerita dulu-dulu..masih boleh 'pakai' kah pantang larang sebegini dizaman moden lagi serba canggih ini? Kawan-kawan tentu ada cerita menarik dan unik tentang perkara ini. Mungkin juga cerita yang tidak pernah kita dengar..

Bila cicak berbunyi semasa kita sedang berdiskusi tentang sesuatu perkara.....maksudnya apa ya? Nah! anda tentu tahu maksudnya apa bukan?


Ornest - "Banyak pantang larang yang bertentangan dengan agama seperti kalau mau jalan tiba2 terdingar burung berbunyi, niat berjalan tu harus dibatalkan. Atau tapun nasi dulu sblm bjalan.. Nah, ini amat bertentangan dengan agama kerana langkah kita ini dituntun oleh Tuhan, bukannya burung atau benda2 lain.."

Wednesday, April 8, 2009

Pedasnya lada di Negeri Sabah

Hari itu sewaktu saya sedang menjamu selera sendirian..makan 'beef noodle' di restoran bersebelahan dengan sebuah restoran yang menjual Dim Sum, saya telah didatangi oleh seorang pemuda. Dia meminta kebenaran untuk duduk semeja dengan saya..maklumlah..meja yang diduduki saya agak besar.

Saya membenarkan dia duduk semeja dengan saya. Laa....gelabah juga saya apabila yang datang duduk bersama saya bukan dia sahaja tetapi ada lagi tiga lelaki pertengahan umur yang duduk bersama saya.

Hati saya serba salah pulak jadinya..tapi saya buat muka selamba..relax..dalam hati, padanlah muka saya..inilah akibatnya memandai-mandai duduk di meja yang besar. Hik Hik!

Bila sudah duduk semeja...Wah! apalagi, riuh rendah mereka bercerita...saya diam sahaja. Sekali sekala tersenyum juga dengan topik yang dibincangkan mereka. Ada satu perkara yang mereka bincangkan di situ hari itu yang membuat saya agak tertarik untuk menulis artikel ini. Kata mereka lada di Negeri Sabah ini yang paling pedas. Eh..eh..iya ka?

Mungkin juga ada kebenarannya kerana setahu saya, sepanjang makan di mana mana tempat..sos lada yang dihidangkan di restoran yang menjual 'beef noodle (Ngiu Chap)ini yang paling pedas sekali.
Bagaimana pula pendapat kamu? Adakah benar kenyataan mereka bahawa lada di Negeri Sabah ini yang paling pedas sekali? Tempat-tempat lain bagaimana?

Anda tentu lebih arif tentang ini! Mari kita berkongsi cerita.

(Restoran di Hilltop, Lintas)

Wednesday, April 1, 2009

Pelangi

‘Ita, tengok tu….wah! ada dua pelangila” kata saya sambil menuding jari kearah pelangi kembar yang cantik itu.
Atuk dan Ita memandang kearah pelangi di awan biru petang itu.
“Tak boleh tuding jari kat pelangilah.” kata Ita pada saya.
“Napa arr?”
“Nanti jari tu kudung tau”…kata Ita bersungguh-sungguh.
Atuk cuma tersenyum sahaja.

Saya tidak tahu mahu percaya atau tidak saat itu..tapi saya masih ingat saya terus menjatuhkan tangan saya dan lihat semula bahagian jari tunjuk…takut juga kalau jari saya benar-benar kudung. Hik! Hik!

Tapi petang itu ‘Atuk’, Ita dan saya duduk sambil bercerita. Saat itulah yang terbaik kerana saya tahu akan adanya sesi belajar, bermanja dan makan-makan dengan atuk.

nun kap….mim alif kap nun ….alif pa
(Nak) (makan) (apa?)

Saya dan Ita tersenyum lebar. Belum sempat pun menjawab pertanyaan ‘atuk’, diminda saya masa itu ligat terbayang, aiskrim berperisa coklat dan strawberi…Ita pula suka aiskrim jagung ataupun yang berperisa durian.

‘Aiskrim….tuk! ba wau lam ya hah (boleh????) jawab saya penuh ceria.

Ita pun memang ‘terer’ jawi juga…saya pandai sikit-sikit je. Jawi saya setakat ‘pass’ saja sebab tak mau kalah arr.

Atuk hanya tersengih-sengih. Begitulah sikap atuk yang saya sayangi. Dia tak banyak cakap..tapi bila atuk mula bercakap…kalah calon wakil rakyat wehh!

Setiap kali apabila saya terkenangkan atuk, jiwa saya pasti tersentuh dan saya akan mengalirkan airmata. “ATUK” ..seseorang yang cukup hebat pernah hadir dalam hidup saya. Atuk bukan sahaja baik orangnya tetapi dia memang sayang saya..seorang yang tidak sebangsa dengannya.

Saya masih ingat kata-kata ‘atuk’ petang itu. “Kalau belajar…biarlah sampai ke Negeri China..’ ‘..belajar rajin-rajin’…

Ita dan saya mengangguk-anggukkan kepala sahaja.

Atuk menambah lagi…”Bila hidup..biar berdamai..” Toksah jahat ngan orang (jangan berbuat jahat dengan orang). “macam pelangi….kalau warnanya cuma satu, mana ada serinya? Cuba kalau semua hidup berbaik…barulah cantik macam pelangi” kata atuk.

Hah! Kata-kata atuk yang sebeginilah yang begitu banyak menyentuh perasaan saya.

Sekarang apabila saya sudah dewasa, seringkali saya teringat kata-kata ‘Atuk’. Bagi saya, ‘atuk’lah wira kedamaian. Alangkah baiknya kalau ‘atuk’ masih hidup….alangkah baiknya kalau ‘atuk’ dapat mendengar suara hati saya…

Atuk….tapi bukan datuk saya tapi ATUK selamanya dihati saya.