Saturday, October 24, 2009

Books of Record Sabah! ...Ini adalah cerita saya

Saya tidak ingat bila saya terbaca tentang statistik kemalangan yang mana banyak menyebabkan pejalan kaki. Saya ada membaca juga tentang sebab musababnya. Semua ini membuatkan saya teringatkan akan dua peristiwa yang benar-benar berlaku beberapa hari yang lalu.

Pagi itu masih awal dan saya sedang memandu melalui Jalan Penampang menuju ke bahagian arah bandar. Tiba-tiba dari jauh, saya ternampak seorang budak lelaki sekitar umur 6-7 tahun sedang menyeberangi jalan. Saya memandu pada had laju yang berpatutan pada masa itu..apa yang menaikkan kemarahan saya pagi itu ialah, budak itu membuat sedikit aksi jalan 'moonwalker' semasa melintas jalan walaupun dia tahu saya sedang memandu kearahnya.

Apa kena dengan budak itu? Mau matikah apa?

Selepas kejadian itu, beberapa hari kemudian, saya hampir terlanggar pula seorang lelaki berusia 50an sewaktu memasuki satu laluan bulatan kecil menuju ke kawasan Damai. Dia seakan akan tidak nampak saya yang benar benar berada kurang dari 30meter darinya.

Susah betullah kalau begini..nanti terlanggar orang, pemandu seperti kita tentu dipersalahkan.
Sedangkan cerita sebenar bukanlah begitu..

Ini hanya dua cerita. Mungkin boleh dimasukkan dalam "Book of records Sabah" kalau saya ingin menghuraikan satu persatu akan ke'bebal'an pejalan pejalan kaki yang mencabar kami sebagai pemandu di tempat ini.

Nasib saya baik kali ini kerana saya cukup berhati-hati......tetapi kalau sikap "tidak takut mati" mereka terus begini, tidak hairanlah sekiranya ramai yang akan 'mati kodok' dan statistik kemalangan yang banyak menyebabkan pejalan kaki akan terus meningkat!

Aikkks....Nasib saya baik kah atau nasib 'mereka' yang baik?

Anda tentu faham maksud saya!

Thursday, October 22, 2009

Sleeping with the enemy..

Saya termenung selepas mendengar cerita itu. Terdiam sejenak terus. Saya sangka kisah-kisah sebegitu hanya dapat kita tontoni di layar perak...tetapi ini sesuatu yang benar-benar berlaku dan sungguh menjengkelkan...sungguh menyakitkan...sungguh melukakan. Kepasrahan seorang wanita. Kedukaan yang hanya 'dia' tahu dan tidak mungkin dapat dirasai oleh sesiapapun. Bagaimana 'dia' dapat melalui ini semua, diam-diam dan bertahun tahun???

Saya hanya mampu mendengar sahaja..terasa kaget...langsung tidak dapat berkata apa-apa. Yang biasa kita dengar adalah berkisar tentang 'kecurangan' lelaki dan perempuan...tetapi yang ini..........

Bagaimana dia tahu suaminya curang?

Pagi itu seperti biasa dia terpaksa menghantar anak-anaknya kesekolah..tetapi entah mengapa hatinya itu terasa begitu lain pagi itu. Dia lantas pulang..dan mendapati................
.....................................Aiyaaa...ini pun mao cerita ka?

"No big deal la....." tentu kata anda. Bagaimana kalau musuh kita itu adalah adik kita sendiri?

(Cerita diatas disampaikan oleh rakan baik saya mengenai seseorang yang dia kenali....I was absolutely speechless....)

Monday, October 19, 2009

Jangan pandang ke belakang......

Saya cukup sibuk kebelakangan ini. Itulah sebabnya blog ini semacam tersadai begitu saja. Saya sebenarnya telah bertukar kerja. Hemmm..biasalah kalau bos selalu ini itu..semuanya serba tidak kena dibuatnya. Kadang-kadang memang terasa sukar kalau dapat bos yang serba sempurna...segala - galanya sempurna...PERFECT! Aduiinaaa...........

Lama betul saya berfikir, saya tidak mahu membuat sebuah keputusan yang akan menyebabkan saya menyesal dan secara tidak langsung menaikkan perangkaan statistik pengangguran negara...uhuk! uhuk!

Tapi saya bernasib baik...maka alkisah selanjutnya..hehe..saya telahpun bertukar angin...bukan angin taufan..tapi arah hidup yang berlainan. Iyalah...kerja baru, kawan baru..situasi kerja yang baru....cerita baru...pengalaman baru......segala-galanya baru...
Yang lama tetap empunya diri ini...hwaaaaaa........

Saya rasa agak lega sekarang kerana tidak lagi berdepan dengan bos yang serba serbi sempurna. Tidak ada lagi saya berjaga malam, penuh stress dan frustrasi. Bukan mudah untuk bekerja dengan bos yang begitu. Gaya dan cara pelayanannya membuat kita terus kekok...kalau ada ide yang melimpah-limpah keluar akan terus terbantut kerana segalanya serba tidak kena. Bah! beginilah hidup kalau bekerja setakat 'kuli' ja. (Ada jawatan kosong jadi bos ka?..)

Sekarang, saya tidak lagi memandang kebelakang..saya anggap segala-galanya satu pengalaman yang menjadikan saya seorang yang lebih dewasa, matang dan tabah. Saya gembira dengan kerja sekarang dan bos yang cukup baik hati dan prihatin.

Saya harapkan yang terbaik buat semua. Selamat Maju Jaya...

Lain kali kita cerita lagi k. Salam sejahtera!

Monday, October 5, 2009

Bila Badut Berjenaka....

Baru baru ini, penduduk-penduduk di negeri ini telah digemparkan dengan kisah sekujur mayat yang telah ditemui didalam sebuah rumah. Yang peliknya tentang kes ini, pihak berkuasa mendapati terdapat dua wanita yang tinggal bersama mayat lelaki ini yang dikatakan telah disimpan dirumah itu selama 13 bulan.

13 Bulan? (mode – gosok-gosok mata..aikk..betulka?) Bukan seminggu atau dua….dan wanita-wanita itu dikatakan telah diamanahkan oleh si mati untuk tidak menguburkan mayatnya nanti dan tunggu sehingga mayatnya hidup semula. (kes ajaran sesat)

Selepas membaca cerita menggemparkan ini, ada sesuatu yang terlintas di benak fikiran saya. Saya tertanya-tanya dan berasa cukup hairan akan sikap kedua dua wanita itu..apakah yang terjadi, mengapa begitu sekali kepercayaan mereka terhadap sesuatu yang tidak mungkin dan dapat pula dimanipulasikan sehingga sedemikian rupa?
Saya rasa yang ditunggu (mayat) tidak akan hidup...tetapi yang hidup adalah bakteria…dan sel-sel otak yang memerlukan sedikit kajian!

Kes-kes sebegini mungkin tidak sebegitu dahsyat kalau berbanding dengan kisah-kisah barat yang menakutkan seperti kisah pembunuhan bersiri dan bermacam-macam lagi.
Saya juga pernah diberitahu oleh seseorang akan kisah penipuan seorang wanita yang suka sangat menipu…dari cerita A ke Z dan cerita dari Z ke A, semuanya penuh tipu helah dan plot cerita menarik dan penuh dramatik yang mana mungkin kalau dibukukan boleh mencecah sehingga 300 mukasurat.

Bah begitulah….. Jangan sahaja kita berhati-hati di jalanraya…..di zaman sebegini, kita perlu juga berhati-hati dengan badut badut yang terlalu suka berjenaka. Anda tentu faham maksud saya, apa bukan?

Hmmmmmmmm…..