Wednesday, February 23, 2011

Sanggupkah hati ini......

Terasa lama saya tidak berblogging..tapi hari ini saya membuka lembaran baru dengan menceritakan kisah seorang sahabat yang begitu bersifat mulia. Semoga kita semua mendapat iktibar dari cerita ini. Salam Sejahtera.

...................................

"Saya terpaksa pulang.." jelas Dina kepada saya.

"Apa yang berlaku?" tanya saya kehairanan kerana setahu saya Dina mempunyai kerjaya yang baik di Singapura. Gajinya juga cukup lumayan.

" Mama diserang stroke sekali lagi...dan mama lumpuh.....tiada yang menjaga mama.." katanya lagi.

Dan dari situlah bermulanya satu marathon hidup bagi Dina. Dia terpaksa melepaskan jawatan tinggi yang disandangnya semata-mata pulang ke Sabah untuk menjaga ibu yang sakit. Dina menceritakan kepada saya bahawa segala titik hasil peluhnya dipertaruhkan dalam sebuah perniagaan kecil tetapi ia tidak membuahkan hasil yang baik dan seterusnya gagal begitu sahaja.

Saya hanya memandangnya ketika diberitahu. Terasa begitu payah untuk berkata apa-apa saat itu.

Kemudian, dia memberitahu saya lagi akan betapa sukarnya menjalani kehidupan selepas itu..tanpa wang, terpaksa pula menyara seorang adik yang menganggur dan ibu yang lumpuh.
Bukan adiknya tidak mahu bekerja, tetapi segala apa yang dibuatnya tidak pernah membuahkan hasil.

"...kadang-kadang saya berfikir, apa guna juga saya hidup, tapi saya ingat mama...tiada yang jaga mama..." kata Dina yang berbadan gempal itu.

Saya memegang tangannya sambil memberitahu.."jangan sekali-kali kamu berfikiran begitu...bukan semua orang mempunyai kekuatan seperti kamu.."

Semasa inilah saya nampak airmata Dina berlinangan. Memang payah kehidupan yang dilaluinya. Dia menceritakan lagi kepada saya betapa payahnya ketika itu kerana dia mempunyai phobia memandu kereta. Adik lelakinya itu juga menghadapi kemurungan dan tidak melayan kehendaknya apabila diminta membawanya kesini sana.

"Saya faham perasaannya....dia tentu berasa sangat kecewa.." kata Dina kepada saya.

"Saya belajar memandu semula pada sebelah malamnya...saya menunggu masa diantara jam 2-3 pagi untuk memandu disekitar KK untuk menghilangkan perasaan phobia ini..." katanya lagi.

Saya hanya mengangguk-anggukkan kepala sahaja. Terasa hiba pula hati saya. Ini adalah sebahagian kisah hidupnya yang diceritakan kepada saya.

Dina sekarang bekerja sebagai guru tuisyen di rumah. Baginya itulah yang terbaik kerana dia dapat menjaga ibunya dirumah dan adiknya pula sudah memulakan perniagaan secara kecil-kecilan dan menampakkan hasil.

Saya selalu terkenangkan kisah ini kerana kisah ini yang selalu menaikkan semangat saya. Saya berpendapat bahawa seseorang yang berjaya tidak semestinya bersandarkan pada nilai harta benda...

Banyak perkara didalam kehidupan ini yang lebih berharga...dan mungkin sekali sekala kita lupa akannya.

Anda tentu faham maksud saya.......

Thursday, February 17, 2011

ERRRrrkkkk....

Dari jauh saya nampak dia memandang saya sambil tersenyum manis. Saya melambaikan tangan kearahnya. Bagus pekerja ni..awal lagi sudah datang..bisik hati kecil saya. Kemudian saya ternampak pula Ben, teman lelakinya yang jalan tidak berapa jauh darinya.


"ms...............lawa ko ari ni ooo.." (lawa kamu hari ini) jeritnya kearah saya. Ditangannya memegang sesuatu.

"bah.....capat Boldturun!! " teriak saya pula. Saya memandang mereka berjalan dari aras satu bangunan itu.

Saya sememangnya agak sibuk kelmarin. Saya juga berasa agak marah dan kecewa pagi semalam kerana saya telah mengarahkan mereka menemui saya pada pukul 7 pagi. Saya hanya nampak Ben dan buah hatinya yang juga pekerja saya. Kemudian....saya hanya nampak Ben sahaja. Perempuan yang saya sangka pekerja saya tidak turun dari aras tingkat satu setelah setengah jam menunggunya.

"mana girpren ko Ben...?" tanya saya yang mula hilang kesabaran kerana menunggunya begitu lama.

"Ada di rumah...belum lagi dia mandi" kata Ben kepada saya.

"Aikk..bukan ko ngan dia tadikah..?" "sia nampak kamu berjalan dari tingkat atas..." tambah saya geram. Terasa bodoh pula seakan dipermain-mainkan Ben.

"Bila?" tanya Ben kehairanan. "Sia satu urang ja tadi..si Cici masih dirumah" katanya kepada saya.

"Masa ko keluar..ko bukan satu kali jalan sama Cici ka..?" tanya saya lagi langsung kebingungan.


"Saya nampak ko sama dia...jalan di tingkat atas tu....?" tambah saya lagi.

"ms...ko jangan kasi takut sia aa....." kata Ben yang mula berpeluh dingin.

Saya tidak menyoalnya lagi. Selepas satu jam, pekerja sebenar saya yang bernama Cici lantas turun menemui saya. Saya menyoalnya bertubi-tubi bagaikan peluru yang ditembak keluar dari rifle AK47.

Dia juga memberitahu saya bahawa dia tidak keluar bekerja bersama buah hatinya. Dia masih menunggu giliran menggunakan kamar mandi bersama pekerja yang lain. (mereka tinggal di asrama)

Jadi......kelibat siapa pula yang saya nampak pagi semalam? Saya benar benar nampak dia....tidak mungkin silap pandangan saya.. TIDAK MUNGKIN!!

Tapi kalau bukan pekerja saya, siapa pula dia?? atau mungkinkah.......

(I don't know what happened....this year alone I saw two sightings....satu kali nampak pintu besi pejabat ditolak....haiyaa...susah ooo mao kerja. ..nasib baik nampak itu barang "senyum"...kalau inda, mungkin sia pengsan uda ni..')

Friday, February 11, 2011

Betulkah hantu kak L...balik kampung?

Semalam, "Bau" itu datang lagi. Bau semarak yang membuat saya rasa tidak selesa sama sekali. Saya memeluk bantal besar di ruang tamu dan berpura-pura tidak mengendahkan bau yang datang dari tingkat bawah apartmen saya. Susah betul 'melenyapkan' perasaan yang satu macam saya rasa.

Teringat saya segera akan suatu senja pada malam Jumaat dua bulan yang lalu, bau kemenyan itu seakan-akan berligar-ligar di ruang tamu.

"Benda tu datang melawat kau..!" jelas abang Lias. "Lawat..? apasal?" tanya saya kurang mengerti.

"Iyalah...kau kan baru berpindah ke sana?"..Jadi benda tu datang melawat..." katanya lagi.

Ini bukanlah masalah besar sebenarnya..."tutup hidung" sahaja..habis cerita.

Tetapi yang ini lebih memeningkan....di telefon bimbit saya tertera pesanan ringkas sebegini:-

"ms...saya tidak sihat..nanti saya bagi MC.." kata pekerja yang bekerja di bawah arahan saya. (Medical Cert = Minta Cuti)

Dia tidak datang keesokkan harinya. Saya tunggu....dua hari, tiga hari...dan masuk hari keempat dia belum lagi hadir bekerja. Bagai menunggu bonus di hujung tahun....saya tidak dapat bersabar lagi.

Minta "S" segera datang kerja. Sy terpaksa cari orang lain ganti kamu kalau kamu tidak hadir esok. Harap Maklum. Saya memberikan pesanan ringkas yang cukup bermakna untuknya. Apalagi, maka dipendekkan cerita, si dia pun hadir bekerja hari ini.

Menurut cerita rakan sekerjanya yang lain, dia dikatakan telah 'dibuat' orang. Dia sakit-sakit akibat perbuatan orang.

"aikkk....." Pening-pening lalat saya dibuatnya. Bolehkah begitu? Kalau semua orang tidak hadir bekerja atas alasan di'buat' orang.....haiyaa........kompeni jual tikar pun boleh tutup kedai!

Bukankah begitu?

Saya berpendapat, dalam hidup ini, bukan perkara-perkara "hantu puaka" yang menakutkan tetapi hantu-hantu yang pandai curi tulang sewaktu bekerja, hantu-hantu yang tidak menjalankan tugas yang diamanahkan, hantu yang berkepala besar dan hantu-hantu yang mempunyai tabiat "kompeni bapak aku" yang menakutkan!

Hantu-hantu jenis inilah yang banyak menyumbang kepada kenaikkan darah tinggi yang melampau.

Haiyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa....