Saturday, March 16, 2013

Airmata seorang perempuan (2)

Sebenarnya, saya sudah lupa akan cerita ini. Apabila saya membaca sekilas dua akan entri-entri terdahulu, baru saya teringat akan cerita ini apabila saya membaca semula kisah "Airmata seorang perempuan" http://honeybuzzin.blogspot.com/2008/10/airmata-seorang-perempuan_09.html

Kisah lama ini telah disampaikan oleh rakan sekolah saya Cyndi. Saya sebenarnya tidak tahu sejak bila Cyndi mempunyai teman. Cyndi yang berkacukan Inggeris dan Sikh itu sememangnya agak cantik dan begitu ramah orangnya. Dia menceritakan kepada saya akan kisahnya tanpa menunjukkan rasa sebak.
"Saya sebenarnya kecewa jugaklah kerana perkara itu terjadi...tetapi saya benar-benar tidak tahu Jay telah ada teman wanita. Masa itu kami baru keluar bersama dari kompleks beli-belah....tiba tiba ada seorang perempuan menghampiri kami. Dia maki hamun Jay, kemudian perempuan itu menyentap rambut yang saya sanggul dan kemudian menolak saya jatuh..."

".. saya cukup malu, sudahlah saya jatuh, rambut pula kusut masai.. terselak skirt pendek saya...pada waktu itu ramai pula orang menyaksikan pergaduhan kami bertiga"

Saya hanya memandangnya penuh 'tension' apabila dia menceritakan babak itu. Mata saya terus membulat dengan besar. Cyndi sebenarnya hanya memiliki ketinggian 4 kaki 9 inci sahaja, dan ketika kejadian itu dia memakai kasut bertumit tinggi yang tingginya 3inci. Aishhhh....sadis!

Anak seorang doktor, dia memberitahu,.........." Saya geram betul, tapi sebab terlalu ramai orang melihat kami, "I have to keep my cool"  tambahnya lagi.

Dia menceritakan betapa geram hatinya dikala itu, mahu saja dia ganyang perempuan itu tetapi dia tidak berbuat demikian. Dia bangun, memperbetulkan skirt pendek yang tersingkap naik, mengemaskan rambut yang kusut masai dan kemudian menghampiri perempuan yang menyakitinya sebentar tadi.

Tanpa sebarang amaran, Cyndi lantas memberikan satu tamparan kuat dan tepat ke muka perempuan itu dan selepas itu dengan penuh selamba berjalan pergi dari situ. Cyndi menceritakan kepada saya bahawa perempuan itu menangis sebaik sahaja menerima tamparannya.

Jay, jantan yang tidak berguna itu hanya terdiam tidak dapat berbuat apa-apa. Cyndi langsung tidak memandangnya. Sakit benar hatinya.

Saya melopong apabila diberitahu reaksinya itu.

"Tidak bolehkah dia (perempuan) itu bersikap lebih baik ..ini tidak, terus sahaja memukul orang. Kurang Ajar betul!" kata Cyndi yang kemudiannya tergelak pula apabila teringatkan dirinya yang jatuh di khayalak ramai. "Malu...saya jatuh di hadapan ramai orang...aishhhh..."

"Lelaki itu masih call you.." tanya saya.

"Ada..masih terus menerus menalifon saya..tapi saya tidak mahu ada apa-apa perhubungan pun  dengan dia. Lagipun saya cuma anggap dia seperti rakan biasa sahaja" jelas rakan saya yang memiliki rambut yang melepasi bahu.

Nah! Inilah susahnya kalau kita tidak mengenali peribadi sebenar orang yang kita dampingi. Saya cukup tidak setuju perempuan bergaduh kerana berebutkan seorang lelaki. Ada yang saya tontoni di youtue berkenaan dengan pergaduhan yang melibatkan perasaan cemburu dan iri. Apa juga gunanya kita (perempuan) berkelahi sesama sendiri..bukankah rugi? Alangkah bagusnya kalau perempuan lebih banyak mempelajari seni mempertahankan diri dan disepaknya itu adalah ........ 

Hmmm....anda tentu tahu maksud saya, apa bukan?

(..sepak sahaja yang jahat..yang baik kita sayang k! Auww....)

Thursday, March 7, 2013

Cerita Seorang Tukang Kasut - Acik

Namanya Acik. Orangnya sederhana sekali.  Hari ini saya membawakan sebuah kisah pendek yang disampaikankan oleh Acik. Ada kisah-kisahnya yang lain tetapi kisah pendatang asing inilah yang cukup menarik minat saya untuk memberitahu kawan-kawan semua.

Sebenarnya beberapa bulan yang lalu, kami berbual berkenaan perihal PTI - (Pendatang Tanpa Izin) yang banyak memberikan masalah kepada penduduk tempatan Sabah. Biasalah, kalau sudah bercerita, macam-macam berita sensasi pun keluar. Acik memberitahu saya, "Di KL sinipun ada masalah itu.."

"Pernah ada masalah dengan pendatang asing?" tanya saya memandangnya.

"Ada" katanya lagi.

"Dulu, semasa saya mencari nafkah dikawasan itu, (maaf, saya tidak ingat nama kawasan itu) ada beberapa pendatang asing cuba menghalau saya dari tempat itu.." tambahnya lagi.

"Bolehkah begitu? Apa yang Acik buat?" .."Tidak takut ka?' tanya saya.

"Saya takut juga..sebab mereka tu ramai. Jadi saya memberanikan diri bertanyakan kepada mereka.

"kamu ini Islamkah?

Bila mereka memberitahu saya mereka itu orang Islam barulah saya bertanyakan kepada mereka lagi.

"Saya orang Islam dan saya rakyat Malaysia. Apa hak kamu menghalau saya dari mencari makan disini?  Kita sama-sama cari makan, kamu ada kawasan kamu, saya ada kawasan saya.  Saya tidak curipun pelanggan kamu" kata Acik kepada beberapa pendatang asing yang juga menjalankan perniagaan membaiki kasut.

Selepas mendengar apa yang saya katakan itu, mereka terus beredar dari situ. Selepas beberapa minggu, kawasan tempat saya berniaga telah diserbu oleh pihak berkuasa. Ramai juga yang telah ditangkap.

"Wah... susah juga begitu ya....mencari nafkah di tempat sendiripun kena bersaing.." kata saya.

Ini hanyalah sebahagian ceritanya yang dapat saya sampaikan disini. Susah benar saya memberikan penumpuan untuk berblogging. Minda saya saban hari tertumpu pada kes pencerobohan di Lahad Datu. Ada yang menghantar pesanan telefon kepada saya menanyakan ini dan itu dan tahap keselamatan kami di Kota Kinabalu. Maklumlah di KK pun ramai pendatang asing yang mempunyai kad pengenalan Malaysia.

"Susah!...susah hati!.... dulu kita hanya mendengar kisah-kisah perang yang berlaku ditempat lain, tidak terduga pula boleh terjadi disini. Anda tidak tahu betapa sukarnya melalui perasaan itu. Betapa payahnya melalui kehidupan seharian bila mengetahui kita "tidak begitu selesa" disini. Masih ingatkah dengan cerita kawasan perumahan saya dimasuki pencuri?

Salah siapa? Angkara siapa? Siapa pengkhianat sebenarnya sehingga pengganas begitu berani mengganas?

Banyak penjelasan dan banyak pula tanda tanya perihal kes pencerobohan yang berlaku.  Sekejap ini, sekejap itu, sekejap begini, sekejap begitu, dia kata ini, dia kata itu...

"Saya ingin membeli pil kasi hilang bingung"  kata seorang rakan di fesbuk. Saya cukup setuju dengannya.

Saya pun rasa bingung!


Buzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzout.

(Ucapan takziah  kepada anggota keluarga mereka yang terkorban untuk melindungi rakyat Sabah. Jasamu tetap dikenang! Terimakasih kerana melindungi kami)