Saturday, April 30, 2011

Wujudkah "casper" the friendly ghost? BAH 1

Malam ini memang saya ingin bercerita. Saya teringatkan cerita ini kerana setiap hari apabila saya menonton televisyen, kekadang tu terus keluar slot-slot 'berambut panjang'..'bermata merah saga'...'berbaju putih yang melompat-lompat dari satu atap rumah ke rumah yang lain selaku aksi stunt.. aiseymannnnn...patah terus semangat saya.....

Jika anda juga berperasaan begitu, jangan gentar, pesanan saya, setiap kali anda menonton televisyen pastikan "remote control' berada ditangan anda...bila ada episod-episod begitu, bha cepat-cepatlah tukar ke channel 612 - Spongebob Squarepants....gerenti aman hati anda..
(nasihat untuk mereka yang penakut seperti saya..hehe)

Ini cerita dululah..waktu masih budak-budak. Saya tidak berapa ingat akan umur saya ketika itu, tetapi saya masih ingat, saya disuap oleh kakak setiap kali makan..hmmm..paham-pahamlah..mungkin masih berhingus-hingus itu musim aa..

Waktu itu kakak-kakak saya seringkali membawa saya bermain-main di ruang bengkel kepunyaan papa di belakang rumah. Di tempat yang agak luas itu, terdapat sebuah tempat takungan air yang sebesar 'bath tub' dan sebuah akuarium ikan emas kepunyaan mama.

Di "bath tub' itu terdapat banyak ikan-ikan 'longkang'..dan disitu jugalah abang saya menjalankan pembedahan sainsnya terhadap ikan-ikan bunting sahaja. Mama pernah bertanyakan kepadanya "Ko buat pa tu.." dan abang memberitahu mama bahawa dia 'operate' perut ikan bunting dan mengeluarkan telur-telur ikan.

"..lagi cepat akuarium ni penuh dengan anak-anak ikan ma.." jawabnya dengan penuh perasaan.

Alala.............................................

Saya tidak tahu berapa banyak ikan bunting yang 'terkorban' gara-gara genius abang saya yang ketika itu mungkin berusia -10 atau 11 tahun. (He's crazy mannn...)

................bersambung...

Saturday, April 23, 2011

Bila Laut Bergelora....

Saya masih ingat beberapa bulan yang lalu, rakan lelaki saya yang berasal dari Korea itu telah menceritakan kepada saya akan kisah selamannya ketika di laut.

"waa...tentu seronok menyelam ya.." kata saya kepadanya.

Lelaki kacak berkulit cerah dan seorang penyelam amatur itu menceritakan kepada saya akan pengalamannya ketika menyelam di laut yang tidak bersempadan itu ketika kami makan tengahari di sebuah restoran Jepun yang memang terkenal dengan sushinya.

"Dulu..., kami pernah naik bot laju, ada satu "spot' dimana kami buat selaman.." katanya. "Didasarnya yang tidak begitu dalam, saya telah menangkap seekor udang galah.." tambahnya pula.

"aikk...seekor saja..? napa tidak tangkap banyak sikit..boleh juga berkongsi dengan krew-krew lain.." kata saya kepadanya.

"Tidak....saya menangkap untuk diri saya sendiri sahaja....mereka terpaksa menangkapnya sendiri jika mahu ..." jelasnya kepada saya. "Di alam ini, kita tidak tahu akan sempadannya.....kita perlu menghormati alam mereka" ..Bukan saya sahaja yang berkata begini mengenainya..malah rakan-rakan selaman saya yang lain juga turut berkata demikian.." tambahnya lagi.

Saya cuma mengangguk-anggukkan kepala sahaja. Banyak persoalan yang bermain di minda saya. Mungkin benar juga kata-katanya. Saya bukanlah seorang penyelam. Saya memang biasa bersnokel. Kadang-kadang bila berada di laut dan diatas perairan terumbu karang, perasaan itu begitu lain sekali. Ia adalah satu perasaan yang begitu menakjubkan, anda benar-benar berasa seperti berada di satu alam yang berbeza, bukan di bumi...terasa pula diri saya seolah-olah menceroboh dunia mereka!

Begitu juga cerita yang disampaikan oleh seorang lagi rakan saya yang pernah membuat selaman di sebuah pulau yang terkenal di tempat kita.

"Saya hampir mati kerana tidak dapat mencari jalan keluar dari tempat itu.." kata Leo. Dia menceritakan kepada saya akan pengalaman buruk yang menimpanya pada tahun 2000 itu.

"Saya terperangkap didalam sebuah tempat 50m dari tempat spot terjunan kami.."..bukan kepalang takut saya rasa, dengan suluhan lampu, saya hanya nampak bangkai-bangkai tulang penyu yang begitu banyak tersadai disitu..." katanya sambil memejamkan mata seolah-olah cuba membuang mimpi dahsyat itu dari mindanya.

Saya hanya mampu mendengar dengan teliti.

"...saya hampir kehabisan oksigen....tapi nasib sangat menyebelahi saya..."..rakan-rakan saya yang juga berada di sana terjumpa jalan keluar .... katanya lagi.

".Apalagi..kami keluar dari tapak "perkuburan" itu dengan segera.." "Saya terpaksa naik kedarat, menukar tong gas oksigen dan turun semula kelaut untuk "membuang" nitrogen yang terkumpul dalam badan.
(haiyaa....saya tia tahu apa definasi bahasa yang betul untuk decompressed....sigu-sigu mintak ajar...)

Waaaaaaa......begitu pula. Patutlah ada seorang sahabat saya yang juga merupakan seorang penyelam yang beriktiraf tidak lagi mahu menyelam dilaut! Mungkin inilah sebabnya. Kisah 'mati' hidup semula! Alam yang begitu misteri, cerita-cerita yang 'terkubur' bersama kedalamannya.

Bila laut bergelora....mana mungkin kita tahu maksudnya...